1,720,970 research outputs found

    Alumni 1983-1992: Yang Berbahagia Dato' Sri Hajah Nancy Binti Haji Shukri / Jati Kasuma Ali ... [et al]

    No full text
    Dato’ Sri Hajah Nancy Haji Shukri, anak kelahiran dari Kuching Sarawak, tanggal 5 Ogos 1961. Merupakan anak ke sepuluh dari sebelas orang adik-beradik. Berumah tangga dengan Kamil Misuari tanggal 29 September 1985. Mereka dikurniakan 3 orang anak; Faeroz Kamil, Farouk Kamil dan Bibi Freka Kamil. Mendapat pendidikan sekolah rendah di Padungan Council School, di ikuti pula dengan sekolah menengah di SMK Green Road, sebelum ke Institut Teknologi MARA. Selepas bekerja selama 2 tahun, Hajah Nancy menyambung pelajaran dalam jurusan Undang-Undang ke University of Hull, England dari 1987-1990. Sambil bekerja sebagai Pegawai Tadbir Bahagian Undang-Undang di Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) untuk selama 11 tahun 6 bulan, beliau melanjutkan pelajaran secara jarak jauh dalam jurusan Executive Masters in Business Administration di UITM-Ohio University. Dengan Keputusan cemerlang, beliau mendapat penganugerahan Beta Gama Sigma pada Tahun 1997

    Alumni 1983-1992: Encik Thomas Anak Paul Bilun / Jati Kasuma Ali ... [et al.]

    No full text
    Thomas anak Paul Bilun tidak pernah menjangka pengajian beliau ke Institut Teknologi MARA Cawangan Sarawak (ITMCS) membentuk arah tuju kerjaya beliau hingga ke hari ini. Timbalan Pengarah Audit Negeri Sarawak di Jabatan Audit Negara Negeri Sarawak ini merupakan seorang individu yang teliti dan sangat menjaga profesionalisme kerja bagi menjamin kualiti audit yang telus. Anak kepada Paul Bilun yang dilahirkan pada 12hb Ogos 1970 ini melayakkan diri menyambung pengajian diploma di ITM dalam bidang perakaunan di School of Accountancy, seterusnya bergraduat dengan jayanya pada tahun 1992. Pengalaman sebagai seorang pelajar di Kampus Semariang, Petra Jaya dizahirkan melalui kenangan manis semasa Minggu Sesi Suai Kenal dan juga aktiviti kokurikulum unit KESATRIA. Menelusuri kehidupan peribadinya, Thomas merupakan seorang ayah kepada tiga orang cahaya mata dan mempunyai seorang isteri yang sentiasa menjadi teman dan penyejuk hati beliau. Pendidikan adalah merupakan suatu kepentingan pada diri Thomas dan ini yang selalu diterapkan dalam mendidik anak-anak beliau. Ingatan pada pendidik ITM tidak pernah beliau lupakan dalam membimbing beliau dan rakan-rakan, hanya titipan terima kasih buat para pensyarah yang mampu beliau zahirkan

    Alumni 1973-1982: Encik Mohd Hinri Abdullah @ Hinri George / Jati Kesuma Ali ... [et al.]

    No full text
    Mohd Hinri Abdullah @ Hinri George, anak Bisaya kelahiran Limbang, Sarawak telah mendapat pendidikan menengah di Sekolah St Andrew, Negara Brunei Darussalam sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang Diploma Pentadbiran Awam dalam tahun 1973. Sebagai pelajar perintis ITM Kampus Batu Lintang, Kuching, semangat beliau untuk menimba ilmu dan melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi tetap utuh hingga beliau berjaya memperolehi Diploma Lepasan Ijazah dalam bidang Pemasaran di Research Institute for Management Science, Delft University of Technology, The Netherlands dalam tahun 1983. Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Penolong Pengurus Besar (Pencegahan dan Penguatkuasaan), di Sarawak Timber Industry Development Corporation

    Alumni 1983-1992: Puan Diana Talit / Jati Kasuma Ali ... [et al.]

    No full text
    Diana Talit merupakan alumni ITM Sarawak yang berkelulusan Advance Diploma in Business Studies (Marketing), Shah Alam 1992-1993 dan pada tahun sebelumnya, beliau merupakan bekas pelajar Diploma in Business Studies di ITM Semariang 1987- 1989. Kehidupannya di ITM Kampus Samariang merupakan kenangan manis beliau kerana beliau berpeluang untuk berkenalan dan belajar bersama rakan-rakan dari pelbagai kaum dan latar belakang dan sehingga kini, ada yang masih menjadi rakan rapat dan sejati

    Alumni 1983-1992: Encik Halim Bin Boweng / Jati Kasuma Ali ... [et al.]

    No full text
    Menerajui Kumpulan Wang SImpanan Pekerja sebagai Pengarah Wilayah, Halim Bin Boweng bukanlah satu nama yang asing lagi. Beliau telah mendapat pendidikan di UiTM Sarawak dalam bidang perakaunan, bergraduat pada tahun 1986 (Diploma) dan 1994(Sarjana Muda). Pada tahun 1997, beliau telah melanjutkan pengajian ke peringkat Executive Masters dalam bidang pentadbiran dan perniagaan di UiTM. Halim Boweng menzahirkan rasabersyukur dan setinggi-tinggi terima kasih kepada UiTM kerana telah menyediakan platform untuk warga bumiputera untuk melanjutkan pelajaran mereka di peringkat diploma hingga peringkat yang paling tinggi dengan kos pengajian yang murah berbanding dengan universiti lain. Beliau juga berpesan supaya menggunakan ilmu yang diperolehi apabila menjejak langkah ke alam pekerjaan ataupun perniagaan

    Alumni 1993-2002: Datu Dr. Rashidah Binti Bolhassan / Jati Kasuma Ali ... [et al.]

    No full text
    Rashidah binti Bolhassan merupakan sosok individu yang sangat bersemangat dan berketerampilan dalam kerjaya beliau. Dikenali umum sebagai Datu Dr. Rashidah, beliau dilahirkan di Sarawak pada tanggal 29 April 1961. Beliau merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Perpustakaan dan Maklumat di UiTM Jalan Othman, Petaling Jaya Selangor dari tahun 1981 sehingga 1984. Bidang pengajian terakhir beliau adalah Executive Master of Business Administration (Ohio University – ITM) dan bergraduat pada tahun 1997. Rashidah kini merupakan seorang Pegawai Tadbir Khas yang menggalas tugas utama selaku Penasihat Warisan di Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Sarawak. Berkongsi sejarah latar belakangnya yang merupakan seorang Pustakawan, beliau pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Pustaka Negeri Sarawak selama 17 tahun bermula dari tahun 2003 sehingga tahun 2020

    Alumni 1983-1992: Encik Wan Idris Bin Wan Ibrahim / Jati Kasuma Ali ... [et al.]

    No full text
    Encik Wan Idris bin Wan Ibrahim merupakan Timbalan Presiden Persatuan Persatuan Alumni UiTM Sarawak - MITSA. Beliau dilahirkan pada 3 Oktober 1968. Berkelayakkan dalam Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan UiTM Cawangan Sarawak. Sebelum ini beliau merupakan bekas alumni ITM di Shah Alam. Kenangan manis beliau adalah apabila berjumpa dengan rakan-rakan lama yang suatu ketika dulu mengambil jurusan yang sama. Beliau berpendapat bahawa UiTM telah banyak membantu dalam mencorak keperibadian profesionalisme diri seorang pelajar. Bagi beliau UiTM Cawangan Sarawak pula telah menyediakan tenaga pengajar serta pembelajaran yang kondusif serta suasana yang sesuai untuk pembangunan ilmu

    Alumni 1983-1992: Profesor Dr. Abang Zainoren Bin Abang Abdurahman / Jati Kasuma Ali ... [et al.]

    No full text
    Abang Zainoren bin Abang Abdurahman dilihat mempunyai karakter yang tegas. Pengiktirafan dunia kesarjanaan dan akademik yang membawa gelaran hormat Profesor Dr. Abang Zainoren bin Abang Abdurahman tidak pernah menjadikan beliau janggal dalam bersosial, baik dalam bermasyarakat di kejiranan mahupun di dalam dunia kepimpinan akademik. Insan yang dilahirkan pada 1hb November 1963 ini merendah hati apabila dijuluki sebagai antara alumni Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (FPP), UiTM Cawangan Sarawak (UiTMCS) yang Berjaya dalam kepimpinan akademik di universiti. Anak kelahiran Wilayah Sarawak ini sentiasa positif dalam mengamati kehidupan mencabar pada masa kini

    Alumni 1983-1992: Puan Kartini Binti Sarkawi / Jati Kasuma Ali ... [et al.]

    No full text
    Pengasas dan Pengarah urusan Sixteen Twentynine Sdn Bhd, Puan Kartini Sarkawi merupakan antara alumni usahawan graduan ITM Sarawak, Kampus Samariang, Kuching. Lulusan bidang Diploma Pengajian Perniagaan telah bergraduan dalan tahun 1992 kini hampir 10 Tahun telah aktif menceburi bidang perniagaan pemprosesan makanan sepenuh masa. Puan Kartini juga pernah memegang jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Dan Pegawai Atasan di dalam Syarikat O&G

    Alumni 1993-2002: Dato' Sri Rohani Binti Abdul Karim / Jati Kasuma Ali ... [et al.]

    No full text
    YBhg. Dato Sri Rohani Abdul Karim merupakan anak jati Sri Aman, Sarawak yang dilahirkan pada 3 Januari 1955. Beliau merupakan Graduan Executive Masters of Business Administration pada tahun 1998 di UiTM dan Ohio University, USA dengan penganugerahan Beta Gamma Sigma. Beliau mendapat pendidikan awal di SK Abang Ali dan Methodist Secondary School di Sibu sebelum meneruskan pengajian Bachelor of Science Perniagaan Tani di Universiti Pertanian Malaysia (UPM)
    corecore