176 research outputs found

    Transkrip wawancara bersama Kamarul Azam bin Mohamad Roslan peniaga dan usahawan / Ahmad Syaheed Mohamad Arshad and Muhammad Haziq Fikri Fauzi

    No full text
    Temubual ini adalah antara Encik Kamarul Azam bin Mohamad Roslan. dan Ahmad Syaheed bin Arsyad dan bersama Muhammad Haziq Fikri bin Fauzi. Temubual ini mengisahkan tentang latar belakang tokoh, pengalaman beliau dalam memajukan makanan tradisional tanah air dan juga pencapaian beliau. Tokoh merupakan seorang anak jati Pahang, tetapi dibesarkan di Kelantan. Bermula dengan minat sejak kecil dan juga dorongan oleh kedua ibu-bapa beliau, Encik Azam berjaya membuka sebuah kedai dimana terdapat satar goreng dan makanan-makanan lain seperti keropok ikan dan sos buatan sendiri. Berkat kecekalan beliau dalam memajukan industri makanan tradisional ini, beliau terpilih untuk mewakili negeri Kelantan dalam program 'Malaysia Agricultural, Horticulture and Agrotourism' di Serdang. Perniagaan yang diusahakan beliau juga mendapat perhatian dari pihak luar seperti institusi pelajaran mahupun pihak media seperti RTM. Sering keluar di kaca Televisyen dan ini menunjukkan beliau amat komited dalam perjalanan perniagaannya. Satar merupakan sebuah makanan tradisional yang tidak harus dilupakan pada generasi sekarang mahupun akan datang. Jadi melalui temubual ini, ia dapat membuka mata kepada sesebuah pihak tentang kepentingan makanan tradisional sepertì Satar

    Transkrip wawancara bersama Nik Azam bin Nik Abdullah tokoh seni dikir barat / Muhammad Hamdi Ahmad Mortza and Wan Amirul Anwar Wan Sabri

    No full text
    Temubual ini dilakukan bersama ketua kumpulan pasukan Seruling Kasih Makmur Gold iaitu Nik Azam bin Nik Abdullah untuk mengetahui tentang pengalaman, sumbangan dan anugerah yang telah beliau dapatkan sepanjang berada di dalam seni dikir barat ini. Temubual ini telah dijalankan di rumahnya di Kampung Geting, Tumpat, Kelantan. Tarikh temubual tersebut adalah pada 6 Julai 2023 bermula pada jam 3.00 petang hingga 4.00 petang. Nik Azam bin Nik Abdullah atau dikenali sebagai Ajea mula menceburi dalam dari tahun 1997 sehingga kini. Beliau merupakan tokoh dikir barat yang tegas dan berwibawa dalam menghasilkan sesebuah karya yang berkualiti tinggi. Beliau juga merupakan penyanyi, Tok Jogho dan penggubah lagu seni dikir barat di kumpulan beliau. Beliau telah memenangkan pelbagai anugerah bukan sahaja di peringkat kebangsaan malah lebih tinggi lagi iaitu Asean. Pelbagai ujian dan cabaran telah dihadapi oleh Nik Azam bin Nik Abdullah. Pengalaman hidup dan kerjaya beliau dapat dijadikan sumber inspirasi kepada semua orang

    UPGRADE THE MINI AUXILIARY BOILER MOUNTINGS FOLLOW THE DEPARTMENT OF OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH (DOSH) REQUIREMENT

    No full text
    In this Final Year Project, our group consist of three members, Muhammad Nazrin Hasni Bin Ros Hasni, Amierul Iemran Bin Saad and Muzrifah Binti Muhamad. Our group has chosen to “Upgrade the Mini Auxiliary Boiler Mountings and system follow the Department of Occupational Safety and Health Malaysia (DOSH)”. The Objective of this project are to improve and improvise the boiler mountings for the safety following by DOSH. Furthermore, we want to enhance technical skills during made up of the project. At the end of the study, authors also plan on this system as a teaching kid

    Transkrip wawancara bersama Muhamad Saiful Azam bin Mohamed Yusoff pelawak dan pelakon / Shafie Saleh @ Daud and Zul-Amirul Muhaimin Mohd Zukri

    No full text
    Temubual ini dilakukan bersama Encik Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff untuk mengetahui tentang perkhidmatan beliau dalam kerjayanya sebagai salah satu anak seni di Malaysia. Temubual ini telah dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Google Meet. Tarikh temubual tersebut adalah pada 18.07.2022 bermula pada jam 10.19 malam hingga 1.00 pagi. Encik Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek merupakan seorang pelawak lagenda tanahair. Beliau pernah diberi julukan sebagai “Pelawak No. 1 Negara” semasa zaman kegemilangannya dan juga gelaran “Sifu” oleh pelawak-pelawak masa kini. Sehingga kini, aura dan kredibiliti beliau sebagai seorang pelawak tiada tolak banding dan gantinya. Beliau terkenal sebagai seorang pelawak intelektual yang berilmu dalam setiap tutur kata dan adabnya semasa menghibur. Pelbagai ujian dan cabaran telah dilalui oleh Encik Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff sepanjang perjalanan kariernya sebagai anak seni di Malaysia. Sejarah kehidupan, kerjaya dan pencapaian beliau dapat dijadikan sumber inspirasi terutama kepada anak muda yang ingin menjejakkan kaki di dalam bidang seni sepertinya

    Tranksrip wawancara bersama YDH DCP Dato' Fadzil bin Ahmad mengenai Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia / Muhammad Thaqif Yusri Azam and Noor Shahila Rosli

    No full text
    Artikel ini adalah berdasarkan kepada dokumentasi lisan sebagai sumber utama. Transkrip ini mengandungi temu bual bersama YDH DCP Dato' Fadzil Bin Ahmad yang merupakan seorang Timbalan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Polis Diraja Malaysia. Wawancara ini membicarakan mengenai pengalaman beliau sebagai seorang anggota polis dan cara-cara beliau menangani kes-kes atau jenayah yang melibatkan anggota polis di Malaysia. Seperti yang diketahui Polis Diraja Malaysia adalah badan organisasi kerajaan yang digeruni dan ditakuti oleh rakyat kerana tugas anggota polis itu dalam menjaga keamanan negara. Namun anggota itu sendiri tidak terlepas daripada melakukan jenayah dan di dalam kajian ini mengupas akan cara dan modus operandi yang dilaksanakan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard dalam menangani isu ini

    Program azam tani: peningkatan kemahiran secara tidak langsung melalui pembangunan pengetahuan komuniti miskin

    No full text
    Kemiskinan merupakan sesuatu perkara yang baru bagi sesebuah negara. Kemiskinan dilihat sebagai satu permasalahan yang mampu memberi impak negatif kepada sesebuah negara. Malaysia tidak terlepas dari menangani masalah kemiskinan ini. Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang mana penduduknya majoriti beragama Islam. Oleh itu jika dilihat dari sudut perspektif Islam, kemiskinan dianggap sebagai satu penyakit sosial (Hairi Abdullah, 1984). Para cendekiawan menyatakan salah satu cara kemiskinan dapat diatasi adalah melalui pelaksanaan program pembangunan komuniti. Salah satu program pembangunan komuniti yang terdapat di Malaysia adalah Program AZAM Tani. Kajian ini melibatkan peserta Program AZAM Tani kawasan Seberang Perai. Kaedah bancian digunakan untuk mengumpul sampel dari lapangan dan 54 sampel berjaya dikumpul. Hasil kajian menunjukkan bahawa Program AZAM Tani ini mampu membantu meningkatkan pengetahuan dan melalui pengetahuan, peserta mampu meningkatkan tahap kemahiran. Ini dapat dilihat pada hasil korelasi Spearman yang menunjukkan kaitan pengetahuan dengan pelaksanaan program (r = 0.496, p < 0.05) serta kaitan pengetahuan dengan kemahiran (r = 0.612, p < 0.05). Kedua-dua hubungan ini adalah positif dan mempunyai hubungan yang signifikan

    Ajab ul Ajaab

    No full text
    Classical Arabic Literature, Poetry, Ethics, Islamic History, Prose and fiction, Short StoriesThis book was edited by Molvi Hameed ul deen and Molvi Shams-ul-deen LahoreMain text is in Arabic language and notes written in margins are written in Persian. Pages are not in order

    Folio

    No full text
    Principal's Message; Sajjad Zafar Irfani-Editorial. pp. 1; Amar Bin Adil-Article-A Poet's Search for Values. pp. 2-6; Arif A. Khan-Article-The House of God. pp. 7-10; Sajjad Zafar Irfani-Article-On Education. pp. 11-15; Tanvir Mohsin Khan-Essay-Success. pp. 16-17; Muhammad Asif-Ah! Exam. pp. 18-19; Mohayuddin Abu Bakar-Disillusionment. pp. 20-21; Gohar Majid Sheikh-Good Temper. pp. 22-23; Shahid Imtiaz-Poetry-Aspiration of Freedom. pp. 25; Sports: 96th Annual Athletic Championship, February 15-16, 1983. pp. 26-27; Dr. E. J. Sinclair Passes Away. pp. 30-31; Literacy. pp. 32-33; Folio '83 [Urdu-Punjabi]. 199 p.Quaid-e-Azam. after title; Prof Nasim Zakaria, Principal. after Principal's Message; Editors. before editorial; Dr E. J. Sinclair. before page 31; Prof Mir Muhammad Yaquib. after page 33; Department of Political Science. after page 33; Rana Iftikhar Ahmad, President Student Union. after page 33; Members of Student Union. after page 33; Editors (Urdu). before Urdu content

    AZAM Tani membangunkan tahap daya saing cara tidak langsung terhadap peserta beragama Islam di Seberang Perai, Pulau Pinang

    No full text
    Program pembasmian kemiskinan sering kali dilihat dari aspek membantu peningkatan pendapatan isi rumah miskin beragama Islam. Namun begitu, bagaimana dari aspek daya saing pesertanya. Oleh itu dalam makalah ini, penulis ingin melihat adakah Program AZAM Tani dapat membangunkan tahap daya saing peserta beragama Islam di kawasan Seberang Perai, Pulau Pinang. Kaedah adalah kuantitatif dan bancian digunakan untuk kutip 54 sampel dengan menggunakan borang kaji selidik. Hasil analisis menunjukkan daya saing tidak diperoleh secara langsung melalui perlaksanaan program ini. Ia diperoleh melalui pengetahuan dan kemahiran. Hal ini dapat dilihat dalam ujian korelasi Spearman. Ia juga menunjukkan hubungan yang signifikan di antara pelaksanaan program dengan pengetahuan, pengetahuan dengan daya saing dan kemahiran dengan daya saing
    corecore