1,721,021 research outputs found

    Program Library Outreach PTAR bersama Jabatan Sains Komputer & Matematik (JSKM) UiTMCPP / Rafidah Muhamad Sam

    Get PDF
    Perpustakaan Tun Abdul Razak menerbitkan eBuletin IQRA bagi keluaran April 2022

    Program Read@Uni: jom baca bersama untuk 10 minit / Rafidah Muhamad Sam

    Get PDF
    PTAR UiTM Bertam telah melaksanakan Program Jom Baca Bersama secara serentak di seluruh Malaysia

    Program Wakaf Buku 19 Jun 2023 / Rafidah Muhamad Sam

    Get PDF
    Buat julung kalinya PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) telah mengadakan Program Wakaf Buku pada 19 Jun 2023 di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir, Pulau Pinang. Program ini telah disertai oleh Timbalan Ketua Pustakawan, Tuan Haji Ahmad Faizar Jaafar bersama 2 orang Pustakawan Kanan, seorang Pembantu Pustakawan Tertinggi serta seorang Pembantu Pustakawan Kanan. Kehadiran wakil PTAR UiTMCPP ini telah disambut mesra oleh Puan Roslina Hasim selaku Pengetua SMK Permatang Pasir, Puan Nurul Afiza Ghazali, guru Perpustakaan & Media serta beberapa orang guru yang lain. Melalui program ini, PTAR UiTMCPP telah menyerahkan koleksi bahan bacaan Bahasa Inggeris kepada Pusat Sumber SMK Permatang Pasir yang bertujuan untuk meningkatkan minat membaca yang berterusan dalam kalangan murid. Selain itu perbincangan juga turut diadakan bersama pihak sekolah mengenai keperluan pelajar dalam bidang teknologi dan kesediaan PTAR UiTMCPP membantu dalam segi bahan rujukan di PTAR UiTMCPP. Program CSR ini diharapkan dapat mengukuhkan hubungan PTAR UiTMCPP khasnya dan UiTM secara amnya bersama komuniti luar di sekitar UiTM di samping memberi bantuan kepakaran yang sesuai dengan keperluan sekolah

    Program World#QuranHour 2022: misi al-Sajdah @UiTM cawangan Pulau Pinang / Rafidah Muhamad Sam

    Get PDF
    Perpustakaan Tun Abdul Razak menerbitkan eBuletin IQRA bagi keluaran April 2022

    Gotong-royong pelupusan perabot di PTAR UiTM cawangan Pulau Pinang / Rafidah Muhamad Sam

    Get PDF
    Perpustakaan Tun Abdul Razak menerbitkan eBuletin IQRA bagi keluaran Jun 2022

    Program world #QuranHour 2023 Perpustakaan Sultan Badlishah 14 Mac 2023 / Rafidah Muhamad Sam

    Get PDF
    Program ini dilaksanakan secara serentak di seluruh negeri mengikut cadangan tarikh yang ditetapkan oleh Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM) dengan konsep membaca Al-Quran, mendalami maksud dan bertadabbur. Objektif utama program ialah menilai sejauh mana hubungan dan interaksi dengan Al-Quran serta kesedaran tentang perlunya kepada Al-Quran. Selain itu, tujuan program ini diadakan untuk menjadikan Al-Quran sebagai panduan paling lengkap untuk kehidupan seharian kita. Program ini diadakan serentak di seluruh negara pada 22 Ramadan 1444H bersamaan hari Khamis , 13 April 2023 jam 12.00 tengahari hingga 1.00 tengahari. Untuk tahun 2023 bagi mencapai matlamat “Dunia berbudi dan Penyayang” maka surah Al-Insan telah dipilih dengan membawa tema “Memanusiakan Ummah”. Pelaksanaan program ini diharapkan dapat menzahirkan 100 juta ummah berinteraksi dengan Al-Quran di seluruh dunia disamping memberi inspirasi kepada ummah untuk berinteraksi bersama Al-Quran dan menyebarkan kebaikan dan membuat perubahan ke arah yang positif

    Kunjungan hormat PTAR ke pejabat Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni / Rafidah Muhamad Sam

    Get PDF
    Perpustakaan Tun Abdul Razak menerbitkan eBuletin IQRA bagi keluaran Mei 2022

    Pameran maya: kemerdekaan Malaysia, 1 Ogos 2021 / Rafidah Muhamad Sam

    Get PDF
    Sempena sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-64 dan Hari Penubuhan Malaysia, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang telah menyertai pertandingan pameran maya Kemerdekaan Malaysia yang telah dianjurkan oleh PTAR UiTM Shah Alam. Terdapat 2 tajuk pameran yang telah disediakan iaitu "Tokoh Pejuang Kemerdekaan Pulau Pinang sebelum Kemerdekaan" iaitu Syeikh Abdullah Fahim Syeikh Ibrahim dan "Penubuhan Suruhanjaya Cob-bold". Melalui pameran Tokoh Pejuang Kemerdekaan Pulau Pinang sebelum kemerdekaan, pembaca dapat mengenali latar belakang serta sumbangan Syeikh Abdullah Fahim yang terkenal dengan ketinggian Ilmu Falak, kesusasteraan Arab serta ilmu agama secara khusus seperti Fiqah, Tauhid, Usuluddin dan Tafsir AI-Quran

    Sesi engagement kolaborasi akademik bersama editor journal berimpak 21 Mei 2023 / Rafidah Muhamad Sam

    Get PDF
    Penerbitan dalam jurnal berimpak tinggi adalah menjadi misi semua penyelidik di UiTM dalam usaha untuk menjadikan UiTM sebagai sebuah universiti bereputasi antarabangsa serta menampilkan ketampakan penyelidik di semua universiti. Maka dengan itu, Perpustakaan Sultan Badlishah berperanan dalam membantu penyelidik UiTM Cawangan Kedah khususnya menyediakan rekod bibliogra bagi melengkapkan proses penyediaan data di MyJurnal seterusnya berhubungkait dengan MyCite. Terdapat dua (2) jurnal UiTM Cawangan Kedah yang memerlukan kerjasama serta kolaborasi yang positif antara editorial dan perpustakaan dalam memastikan status tersenarai di carta indeks MyCite kekal

    World#QuranHour@PTAR UiTMCPP 13 April 2023 / Rafidah Muhamad Sam

    Get PDF
    Pada 13 April 2023 yang lalu, bersempena dengan Program World#Quranhour yang berlangsung di seluruh dunia, PTAR UiTM Cawangan Pulau Pinang dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Islam, UiTM Cawangan Pulau Pinang juga tidak ketinggalan mengadakan program bacaan dan tadabbur Surah Al-Insan bersama staf dan pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh. Pada tahun ini, Surah al-Insan dipilih dengan membawa tema “memanusiakan manusia” melalui agenda Humanising the Home, Humanising the Workplace, Humanising the Nation serta Humanising the World dalam usaha merealisasikan misi masuk syurga sekeluarga. Surah Al-Insan mengajar beberapa perkara iaitu memperbetul pemikiran kita bahawa kita ini hamba Allah dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup serta mengajar kita bersyukur dengan rahmat Allah walaupun di dalam kesukaran. Program yang berlangsung di ruang Library Community Engagement (LCE) PTAR UiTMCPP ini dimulakan dengan bacaan Surah Al-Insan beramai-ramai di bawah pimpinan Ustaz Mohd Khairuddin Md Sul Haimi, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, UiTMCPP. Tadabbur Surah Al-Insan pula telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Adenan Mohd Yuso , Pegawai Hal Ehwal Islam, UiTMCPP. Program yang dihadiri seramai 102 orang peserta yang terdiri daripada staf dan pelajar UiTMCPP Kampus Permatang Pauh ini diharap dapat mencapai objektif misi iaitu menggalakkan interaksi dengan Al-Quran serta menggarap nilai-nilai mulia yang dihayati daripada surah-surah dalam Al-Quran
    corecore