27 research outputs found

    Lawatan staf baharu ke Perpustakaan Kejuruteraan Tun Abdul Razak 19 Mei 2023 / Rizana Mohd Radwan

    No full text
    Pada 19 Mei 2023 (Jumaat) jam 12.00 tengahari, Perpustakaan Kejuruteraan Tun Abdul Razak (PKEJ) telah menerima satu sesi lawatan dan kunjungan seorang pembantu pustakawan baharu (S19) diiringi seorang pengiring (Cik Nadiah binti Harun) Pustakawan dari dari Unit Sumber Manusia, PTAR. Staf baharu tersebut terdiri dari: 1. Cik Nurainzatul Husna binti Mohd Desa, Pembantu Pustakawan (S19) Sepanjang sesi lawatan dan sesi berkenalan dengan staf Perpustakaan Kejuruteraan, mereka turut diberikan taklimat ringkas berkaitan pentadbiran dan perkhidmatan di perpustakaan Fakulti. Taklimat disampaikan oleh Pembantu Pustakawan Tertinggi, En. Mohd Fitri Ruslan dan Puan Nur Sakeenah Mahbub. Perpustakaan Kejuruteraan mengucapkan Syabas dan Selamat Datang serta Selamat Bertugas Cik Nurainzatul Husna. Semoga bersama-sama dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada PTAR dan UiTM

    Program Senamrobik @ Kolej Pengajian Kejuruteraan / Rizana Mohd Radwan

    No full text
    Sempena membuka tirai tahun 2023, pada tarikh 18 Januari 2023 (Rabu) telah diadakan satu program berbentuk kecerdasan fizikal iaitu acara Senamrobik anjuran Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA), Kolej Pengajian Kejuruteraan, Universiti Teknologi MARA Shah Alam

    Klinik Al Fatihah dan ulasan Kitab (Tafsir Mubin) Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan (PKEJ) 18 April 2023 / Rizana Mohd Radwan

    No full text
    Pada 18 pril 2023 bersamaan 27 Ramadhan 1444 telah berlangsung satu Program Klinik Al Fatihah dan Ulasan Kitab (Tafsir Al-Quran) di Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan (PKEJ). Program berlangsung dari jam 9.30 pagi sehingga 11.00 pagi bertempat di ruang santai PKEJ. Peserta program ini disasarkan kepada staf PKEJ sendiri dan rakan sejawat dari Perpustakaan Sains & Teknologi (PST). Program disampaikan oleh Ustaz Mohd Abdul Aziz Bin Idris dari Bahagian Hal Ehwal Islam, Masjid Al-Wathiqu Billah TuanKu Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam. Melalui Program Klinik Al Fatihah ini, peserta dapat mempelajari Surah Al Fatihah dari segenap aspek: hukum-hakam tajwid, sebutan makhraj huruf, qiraat dan pendekatan Islam, iman dan ihsan dalam memahaminya. Ulasan Kitab Tafsir Mubin oleh Salahuddin Abdullah dan Omar Khalid pula memberi penerangan tentang Ayat-ayat yang mempunyai perkaitan yang sangat rapat di antara satu sama lain. Ia bermula dengan iman, amal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. Semoga program keagamaan seperti ini dapat memberi manfaat kepada warga UiTM dan dapat diteruskan di masa akan datang

    Read@UiTM : Mobile Library@Pejabat Bendahari Zon 8 31 Mei 2023 / Rizana Mohd Radwan

    No full text
    Berlangsung dengan jayanya selama 2 jam, Mobile Library bersasarkan warga Bendahari Zon 8 telah diadakan pada 31 Mei 2023 bersamaan hari Rabu bertempat di Ruang Legar Pejabat Bendahari Zon 8, Aras 7 Menara 2, Kompleks Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah , Kolej Pengajian Kejuruteraan UiTM Shah Alam. Pameran Mobile Library yang bermula jam 3:00 petang sehingga jam 4:00 petang bermatlamat untuk memudahkan akses warga Bendahari Zon 8 terhadap perkhidmatan dan koleksi PTAR. Selain pameran buku terbitan terkini pelbagai genre antaranya koleksi Am, Novel/fiction, Motivasi, Keagamaan, dan akademik booth Mobile Library turut menawarkan bimbingan akses perkhidmatan perpustakaan digital disamping perkhidmatan semakan status pengguna, penghantaran buku dan pinjaman buku. Sambutan yang baik telah diterima oleh petugas Mobile Library dan 10 pinjaman dari staf Bendahari yang berjumlah 8 orang

    Kaedah mendeposit bahan harta intelek UiTM ke sistem Repositori Institusi Universiti / Rizana Mohd Radwan

    No full text
    Penerangan berkaitan proses kerja muat naik bahan harta intelek universiti ke dalam sistem Repositori Institusi Universiti, UiTM kepada peserta dari Perpustakaan Tun Abdul Razak Utama dan peserta dari PUiTM Cawangan

    Apple day@PKEJ - lecturers appreciation day 17 Mei 2023 / Rizana Mohd Radwan

    No full text
    Sambutan Hari Guru Sedunia mula diperkenalkan Unesco pada 1994, merupakan satu hari istimewa yang diistiharkan untuk mengenang hari para guru dan juga pendidik. Walau bagaimanapun, tarikh sambutan adalah berbeza-beza mengikut negara masing-masing dan ada juga negara yang memberikan cuti sempena sambutan istimewa ini. Sebagai contoh negara Albania hari Guru pada 7 Mac, Brazil pada 15 Oktober dan Mexico pada 1 Mei. Pada 17 Mei 2023 bersamaan hari Rabu, bersempena bulan sambutan Hari Guru ini, Perpustakaan Kejuruteraan Tun Abdul Razak telah menjalankan satu aktiviti bagi kesinambungan warga pelajar memperingati sambutan hari Guru. Walaupun sinonim dengan sambutan hari Akademia yang akan berlangsung pada 5 Oktober pada setiap tahun, sambutan hari Guru / pendidik ini tetap dijalankan bagi meneruskan budaya memperingati pendidik yang telah ditanamkan dari peringkat sekolah rendah dan menengah. PKEJ telah mempelawa para pelajar Kolej Pengajian Kejuruteraan menyertai aktiviti ini dalam bentuk serahan cenderamata kepada pensyarah. Dengan pembelian berjumlah RM3, pelajar akan mendapat sebiji Epel Red Delicious yang dipilih khas, berbentuk hati klasik, dengan rasa yang manis, rangup dan bertaraf 5 bintang. Epel ini telah dihias cantik oleh staf PKEJ dan disertakan sekeping kad bagi pelajar menyatakan penghargaan mereka kepada pendidik. Pelajar akan menyerahkan hadiah ini kepada pensyarah kesayangan masing-masing dan momen menarik yang berjaya dirakamkan dan dimuatnaik ke dalam media sosial akan mendapat saguhati dari pihak PKEJ. Aktiviti yang mendapat kerjasama dari Sekretariat Mahasiswa Fakulti Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan PERKA (Persatuan Kejuruteraan Awam) yang bertindak selaku rakan strategik ini diharapkan dapat member impak kepada semangat, motivasi dan ekosistem warga pendidik di Kolej Pengajian Kejuruteraan

    Read@UiTM: Mobile Library@Pusat Kokurikulum, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, 15 September 2023 / Rizana Mohd Radwan

    No full text
    Berlangsung dalam suasana meriah selama 2 jam, Program Mobile Library dari Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan (PKEJ) pada kali ini telah mensasarkan warga kerja dari Pusat KoKurikulum, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Shah Alam. Program bertarikh 15 September 2023 ini dijalankan selepas solat Jumaat bertempat di Bilik Mesyuarat dan dihadiri seramai 20 orang ahli yang terdiri dari staf Pusat Kokurikulum sendiri beserta beberapa orang pelajar Kesatria dan Palapes

    Program Bubur Lambuk Kolej Pengajian Kejuruteraan 6 April 2023 / Rizana Mohd Radwan

    No full text
    Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan telah bersama-sama bergabung tenaga berkolaborasi bersama, Kolej Pengajian Kejuruteraan UiTM Shah Alam dan Sekretariat Mahasiswa Fakulti, Pengajian Kejuruteraan Elektrik, UiTM Shah Alam dalam menjayakan Program Bubur Lambuk Kolej Pengajian Kejuruteraan. Program dimulakan seawal pagi dengan aktiviti rewang dan semua warga bergotong royong menyediakan kelengkapan. Dua menu hidangan telah disediakan iaitu Bubur Lambuk Ayam dan Bubur Lambuk Daging. Kelengkapan dan bahan memasak diperolehi melalui sumbangan dari warga Kolej Pengajian Kejuruteraan. Staf Perpustakaan Kejuruteraan sendiri turut terlibat menggembleng tenaga dengan menghantar semua staf bergotong royong dan peserta program diagihkan dalam beberapa tugasan seperti merewang, mengacau bubur, membungkus dan mengagihkan bubur kepada warga Kolej Pengajian Kejuruteraan. Dianggarkan sebanyak 2000 (dua ribu) bekas bubur lambuk bersama pakel kurma dan air mineral telah berjaya disediakan pada hari tersebut

    Program wakaf buku Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan 5 April 2023 / Rizana Mohd Radwan

    No full text
    Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”. Pada 5hb April 2023 bertempat di Ruang legar Perpustakaan Tun Abdul Razak Kejuruteraan, telah menjalankan satu Program Wakaf Buku. Program ini dijalankan serentak dengan Program Mutiara Ramadhan iaitu pada tarikh dan waktu yang sama. Sebanyak 200 buku yang diserahkan kepada Perpustakaan Kejuruteraan secara peribadi dari penyumbang yang terdiri dari warga Kolej Pengajian Kejuruteraan dan staf Perpustakaan Kejuruteraan sendiri telah dipamerkan pada hari tersebut untuk tujuan wakaf. Bahan tersebut terdiri dari buku-buku Novel, buku akademik dan buku motivasi

    Lawatan & kunjungan balas staf Bendahari Zon 8 ke Perpustakaan Kejuruteraan Tun Abdul Razak 1 Jun 2023 / Rizana Mohd Radwan

    No full text
    Pada 1 Jun 2023 (Khamis) jam 10.00 pagi, Perpustakaan Kejuruteraan Tun Abdul Razak (PKEJ) telah menerima satu sesi lawatan dan kunjungan balas dari staf Bendahari Zon 8
    corecore