349 research outputs found

    Mahir Seni Khat, seni kaligrafi mengikut pengkaedahan jawi

    No full text
    Buku ini dirangka sbg latihan pengukuhan kpd seni kalingrafi yg diajar di peringkat sekolah.Buku ini dipersembahkan dlm bentuk tulisan jawi berdasarkan pengkaedahan jawi baharu.Kombinasi antara seni kalingrafi dgn pengkaedahan jawi baharu perlu dijalin supaya nilai seni lebih menyerlah dan kefahaman tentang ejaan jawi yg betul dapat diperkukuh.Contoh dan latihan yg disediakan juga sesuai dijadikan bahan rangsangan yg menarik serta berkesan

    Sejarah Universiti al-Azhar sebagai model institusi pendidikan wakaf terulung / Mohd. Ali Muhamad Don

    No full text
    Universiti al-Azhar merupakan model institusi wakaf pendidikan terulung. Sejak penubuhannya pada 979 Masihi ribuan ulama, tokoh dan ilmuan Islam lahir daripada institusi ini. Namun tidak ramai yang mengetahui mengenai sejarah penubuhan al-Azhar dan kaedah pengurusan dana wakafnya sehingga mampu membiayai pendidikan percuma dan menyediakan kemudahan kepada semua pelajar yang bernaung di bawah institusinya. Justeru kajian ini akan meneliti sejarah penubuhan universiti al-Azhar selain mengenal pasti kaedah pengurusan dana wakaf yang dikelolakan olehnya. Bagi mendapatkan data dan maklumat kajian ini, data-data literatur daripada penulisan terdahulu dan masa kini diteliti selain rujukan jurnal, kertas kerja dan laman sesawang yang berkaitan. Diharapkan dengan kajian ini sejarah kecemerlangan al-Azhar dan pengurusan dana wakafnya diketahui umum selain menjadi pedoman dan iktibar oleh mana-mana pihak untuk memperkenalkan skim wakaf di institusi masing-masing

    Kajian akhir ARC 471 Dewan Bandaran Ipoh / Mohd Azhar Mat Ali, Lina Mohd Zin and Nor Asliza Harun

    No full text
    Negeri Perak merupakan salah sebuah negeri yang terkenal dengan keunikan senibinanya tersendiri yang jelas dapat dilihat pada bangunanbangunan yang kekal hingga sekarang. Secara umumnya diketahui bahawa sejarah Malaysia juga berasas dari negara ini disebabkan kemakmurannya pada masa silam hingga mendapat tumpuan pedagang-pedagang dari timur dan barat khususnya dikalangan Portugis, Belanda, India, Cina dan Inggeris. Kedudukannya yang strategik, terutama sekali di bahagian pantai barat terletaknya sebuah jalan perniagaan yang tertua dan terpenting pada ketika itu. Telah diketahui juga bahawa terdapat beberapa perhubungan perniagaan antara Empayar Rom, India dan China. Hasil dari pertembungan budaya yang telah dibawa oleh pedagangpedagang telah melahirkan beberapa kesan terhadap senibina yang terdapat di Malaysia.la telah mewujudkan beberapa bangunan yang mempunyai nilai senibina luar yang unik. Contoh bangunan-bangunan ialah seperti bangunan Stesen keretapi Ipoh, Penang Free School, Muzium Taiping, RHB bank di Ipoh dan sebagainya. Salah satu contoh lagi bangunan yang dimaksudkan ialah bangunan Dewan Bandaran yang terdapat di Ipoh, Perak

    Wakaf sebagai alternatif pebiayaan pendidikan tinggi / Mohd. Ali Muhamad Don

    No full text
    Peranan wakaf dalam menyediakan prasarana dan kemudahan pendidikan tinggi sudah terbukti dengan tertubuhnya Universiti Nizamiyyah di Baghdad, Universiti Qurawiyun di Tunisia, dan Universiti al-Azhar di Mesir. Malah di Malaysia institusi pendidikan Islam seperti pondok, madrasah, maa’had dan kolej juga didirikan di atas tanah wakaf. Namun dengan perkembangan semasa wakaf tanah untuk institusi pendidikan sahaja tidak lagi relevan dan wajar diperluaskan. Malah sudah ada golongan ibu bapa yang seolah-olah menjerit memohon simpati bagi membantu membiayai kos pengajian anak-anak mereka. Justeru kajian ini ingin mengenal pasti kaedah pembiayaan pendidikan tinggi berasaskan wakaf yang sudah dilaksanakan oleh beberapa buah Institusi Pengajian Tinggi sebagai model untuk dicontohi. Kajian ini merupakan sebuah kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis dokumen dan temu bual untuk mendapatkan data yang diperlukan. Dapatan kajian jelas menunjukkan betapa peranan wakaf untuk pembiayaan pendidikan tinggi berupaya meringankan bebanan pendidikan terutama oleh golongan yang kurang berkemampuan. Justeru kejayaan pelaksanaannya wajar dicontohi demi menyemarakkan lagi sunah berwakaf di kalangan Muslimin. Kata kunci; Wakaf, Wakaf Pendidikan Tinggi, Wakaf Universiti, Biasisw

    Pengurusan dana wakaf universiti menurut enakmen wakaf Negeri Selangor / Mohd. Ali Muhamad Don

    No full text
    Wakaf merupakan satu daripada instrumen terpenting yang menjadi pemangkin perkembangan Institusi Pendidikan Islam sejak dahulu lagi. Ini terbukti dengan penggunaan dana wakaf untuk pembinaan Masjid Quba’ yang turut berperanan sebagai institusi pendidikan awal. Ia terus berkembang sehingga tertubuhnya universiti wakaf terulung iaitu Universiti al-Azhar di Mesir. Sejak itu konsep pembiayaan pendidikan berasaskan wakaf turut dicontohi di lain-lain universiti di dunia Islam mahupun di Barat. Mutakhir ini, Pusat Pengajian Tinggi di Malaysia turut mengamalkan konsep pembiayaan pendidikan berasaskan wakaf. Ini terutamanya disebabkan oleh pengurangan bajet yang diterima oleh pihak universiti dan wakaf dilihat mempunyai prospek yang baik bagi penambahan dana. Namun begitu pengurusan wakaf di Malaysia adalah terikat dengan peruntukan enakmen Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), di mana MAIN sebagai pemegang amanah tunggal (sole trustee) sehingga tiada pihak dibenarkan menguruskan wakaf tanpa kebenaran MAIN. Akibatnya terdapat universiti mengguna pakai istilah endowment bagi mengelak terikat dengan enakmen. Justeru kajian ini dibuat bertujuan untuk mengenal pasti kaedah pengurusan dana wakaf di beberapa buah universiti di Negeri Selangor

    Flow effect due to geometrical characteristics of pressure-swirl GDI atomizers

    No full text
    Link to publisher's homepage at http://www.myiem.org.my/Gasoline direct injection requires atomisers that are able to comply with stringent requirements in terms of spray structure and mean droplet size. Internal geometrical characteristics of an atomizer play an important role in producing the required spray quality. This paper investigates spray formation and outcome of a pressure-swirl type atomiser with several internal geometrical characteristic configurations using commercially available computational fluid dynamics codes. Both steady and unsteady flow of the spray formation from inside of the final orifice to a few millimeters downstream the nozzle with three different shapes of needle tips as well as two swirl intensities were investigated at fuel-air pressure differential from 3.0 to 10.0 MPa. The calculations took the advantages of fast and low computing cost by applying 2D-axisymmetric swirl solver together with multiphase Eulerian volume of fluid technique. The calculated data were validated by comparing measured static mass flow rate of an actual pressure-swirl atomizer at several fuel-air pressure differentials. Data from the calculations such as mass flow rate, spray cone angle, and liquid sheet thickness at nozzle exit were used to calculate the resultant droplet Sauter mean diameter using a known empirical correlation. Results from the calculations suggest that relatively high fuel-air pressure differential, lower discharge coefficient, stronger swirl intensity, thinner liquid film, and larger spray cone angle produce smaller droplet Sauter mean diameter

    Pengurusan dana wakaf universiti menurut enakmen wakaf Negeri Selangor / Mohd. Ali Muhamad Don

    No full text
    Wakaf merupakan satu daripada instrumen terpenting yang menjadi pemangkin perkembangan Institusi Pendidikan Islam sejak dahulu lagi. Ini terbukti dengan penggunaan dana wakaf untuk pembinaan Masjid Quba’ yang turut berperanan sebagai institusi pendidikan awal. Ia terus berkembang sehingga tertubuhnya universiti wakaf terulung iaitu Universiti al-Azhar di Mesir. Sejak itu konsep pembiayaan pendidikan berasaskan wakaf turut dicontohi di lain-lain universiti di dunia Islam mahupun di Barat. Mutakhir ini, Pusat Pengajian Tinggi di Malaysia turut mengamalkan konsep pembiayaan pendidikan berasaskan wakaf. Ini terutamanya disebabkan oleh pengurangan bajet yang diterima oleh pihak universiti dan wakaf dilihat mempunyai prospek yang baik bagi penambahan dana. Namun begitu pengurusan wakaf di Malaysia adalah terikat dengan peruntukan enakmen Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), di mana MAIN sebagai pemegang amanah tunggal (sole trustee) sehingga tiada pihak dibenarkan menguruskan wakaf tanpa kebenaran MAIN. Akibatnya terdapat universiti mengguna pakai istilah endowment bagi mengelak terikat dengan enakmen. Justeru kajian ini dibuat bertujuan untuk mengenal pasti kaedah pengurusan dana wakaf di beberapa buah universiti di Negeri Selangor. Seterusnya kajian membuat analisa terhadap isu-isu yang berbangkit dari aspek pengurusan dan perundangan wakaf universiti. Akhimya kajian mencadangkan model pengurusan wakaf universiti yang mematuhi kerangka perundangan wakaf di Negeri Selangor. Bagi mencapai objektif tersebut kajian memilih reka bentuk kualitatif menggunakan kaedah analisis dokumen untuk membentuk landasan teoretikal dan temu bual separa struktur untuk mendapatkan data berkaitan pengurusan dan perundangan wakaf di universiti. Data-data temu bual dianalisis menggunakan Computer-Assisted Qualitative Data Analysis Sofware (CAQDAS), iaitu perisian Atlas.ti versi 7.5.10. Hasil kajian mendapati UIAM, UKM dan UPM telah beijaya memperkenalkan skim wakaf untuk pendidikan tinggi sama ada melalui kerjasama strategik dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mahupun menguruskan wakaf secara berkecuali. Kajian juga telah menemui beberapa permasalahan yang telah merencatkan perkembangan wakaf di universiti. Sebagai langkah mengatasinya, kajian telah mengemukakan teori alwilayah untuk menyelesaikan masalah yang berlaku

    Kuala Lumpur - Perkhemahan Remaja

    No full text
    Aktiviti perkhemahan adalah satu cara terbaaik untuk membentuk remaja yang mampu berdikari dan bermotivasi inffim kata Naib Pengerusi tinggi, kat Naib Pengerusi Bula Sabit Merah Malaysia (BSMM), Wan Azhar Wan Mohd ali

    Rhinolophus chiewkweeae , Yoshiyuki & Lim 2005

    No full text
    Rhinolophus chiewkweeae, Yoshiyuki & Lim, 2005 Chiewkwee’s horseshoe bats Rhinolophus chiewkweeae, Yoshiyuki & Lim, 2005; Gunung Ledang, Tangkak, Muar, Johor, Peninsular Malaysia (2°84’N, 102°57’E, 1276 m a.s.l.). New material. LHT-15-002, male, LHT-15-017, male, LHT-15-043, female, and LHT-15-044, male from Sungai Buweh, Lawit, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, Terengganu, Malaysia (N 05°38.362’, E 102°35.276’, 155 m a.s.l.).Published as part of Morni, Muhd Amsyari, Tahir, Nurul Farah Diyana Ahmad, Rosli, Qhairil Shyamri, Dee, Julius William, Azhar, Isham, Roslan, Azuan, Zahidin, Muhamad Aidil, Abdullah, Mohd Tajuddin & Khan, Faisal Ali Anwarali, 2016, New record of Rhinolophus chiewkweeae (Chiroptera: Rhinolophidae) from the east coast of Peninsular Malaysia with new information on their echolocation calls, genetics and their taxonomy, pp. 242-249 in Raffles Bulletin of Zoology 64 on page 244, DOI: 10.5281/zenodo.535526

    Pelaksanaan Metode Sosiodrama di TK Al-Azhar Syifa Budi Pekanbaru

    No full text
    This study aims to determine how the implementation of the sociodrama method applied by religious subject teachers to students at Al-Azhar Kindergarten Syifa Budi Pekanbaru. This research is a descriptive qualitative study, in data collection this research was carried out by observation and interview techniques. While in the analysis the author uses qualitative descriptive analysis techniques, namely in the form of written or oral data from the teacher and the school conditions observed so that in this case the author seeks to conduct research that is describing thoroughly about the actual situation. The results of the research that the author did at Al-Azhar Syifa Budi Pekanbaru Kindergarten can be conveyed that the implementation of the sociodrama method can increase student activity and role play even though the time spent is not effective in class. The constraints faced in implementing the sociodrama method are the presence of external and internal factors, especially facilities and infrastructure that are not sufficient for the optimal learning proces
    corecore