1,720,969 research outputs found
Lingua franca di Sarawak: aplikasi teori pilihan bahasa
Pola pilihan bahasa yang digunakan antara suku kaum di Sarawak merupakan bahasa perhubungan utama atau lebih dikenali sebagai lingua franca. Yang dimaksudkan dengan lingua franca dalam kajian ini adalah bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi di antara penutur yang bahasa pertama mereka berbeza satu sama lain bersandarkan teori pilihan bahasa. Bahasa untuk berkomunikasi ini biasanya adalah bahasa yang paling banyak dan kerap digunakan dalam kehidupan seharian. Di negeri Sarawak terdapat pelbagai suku kaum yang menggunakan bahasanya sendiri. Pada masa yang sama, mereka juga menggunakan bahasa perhubungan yang menjadi milik bersama, difahami, sesuai dan tidak menimbulkan masalah komunikasi Di negeri Sarawak, bahasa yang paling ramai penuturnya ialah bahasa Iban. Secara khususnya, artikel ini merupakan kajian tinjauan di lapangan yang menggunakan borang soal selidik dan temu bual tidak formal. Hasil kajian menunjukkan pola bahasa Iban dan dialek Melayu Sarawak dipilih sebagai bahasa perhubungan yang utama di Sarikei, Sarawak. Bahasa Iban digunakan dalam situasi tidak formal sementara dialek Melayu Sarawak dalam situasi formal
Medium perantara pelbagai suku kaum di Sarawak: kajian Lingua Franca
Dalam membicarakan tajuk lingua franca, kita tidak dapat lari daripada mengaitkannya dengan
kepelbagaian bahasa dalam satu masyarakat yang majmuk. Yang dimaksudkan dengan lingua franca dalam kajian ini adalah bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi antara penutur yang bahasa pertama mereka berbeza satu sama lain (Samarin 1968). Bahasa untuk berkomunikasi ini biasanya adalah bahasa yang paling banyak dan kerap digunakan dalam kehidupan seharian. Di negeri Sarawak terdapat pelbagai suku kaum yang menggunakan bahasanya sendiri. Pada masa yang sama, mereka juga menggunakan bahasa perhubungan yang menjadi milik bersama, difahami, sesuai dan tidak menimbulkan masalah komunikasi. Secara khususnya, artikel ini merupakan kajian tinjauan di lapangan yang menggunakan borang soal selidik dan temu bual tidak formal. Hasil kajian menunjukkan bahasa Iban dan dialek Melayu Sarawak dipilih sebagai bahasa perhubungan yang utama di Sarikei, Sarawak. Bahasa Iban digunakan dalam situasi tidak formal sementara dialek Melayu Sarawak dalam situasi
formal
Pilihan bahasa oleh suku kaum Melanau di negeri Sarawak
Di negeri Sarawak mempunyai pelbagai suku kaum yang menggunakan bahasa mereka sendiri. Salah satu suku kaum yang utama ialah suku kaum Melanau. Kajian ini membincangkan mengenai pilihan bahasa suku kaum Melanau sebagai bahasa perhubungan sehari-hari mereka di negeri Sarawak. Kajian ini bertujuan meninjau pilihan bahasa yang menjadi alat perhubungan dalam komuniti Melanau di bandar Sarikei. Usaha untuk menentukan apakah pilihan bahasa suku kaum Melanau di negeri Sarawak ini perlu bertitik tolak dari maklumat pilihan bahasa semasa yang digunakan dalam kehidupan sehari-hari. Pilihan bahasa terjadi apabila terdapat lebih daripada satu bahasa atau kelainan bahasa dalam sesuatu komuniti (Fishman 1972). Anggota komuniti memilih bahasa yang mana patut digunakan sebagai bahasa perhubungan antara mereka. Pilihan bahasa ini boleh dibahagikan kepada beberapa bentuk berdasarkan domain dan soal selidik. Seseorang itu memilih satu bahasa atau beberapa bahasa untuk digunakan dalam satu domain dan dalam domain yang lain memilih bahasa yang lain. Secara keseluruhannya, didapati bahasa yang dipilih oleh suku kaum Melanau berhubung dengan sesama Melanau, suku kaum Melayu, Iban dan Cina dominannya ialah dialek Melayu Sarawak
Analisis pemilihan bahasa dalam kalangan pasangan kahwin campur di negeri Sarawak
Kajian pemilihan bahasa ini memerihalkan pilihan bahasa yang digunakan oleh pasangan kahwin campur di negeri Sarawak. Borang soal selidik digunakan untuk mengumpul semua maklumat pemilihan bahasa dan dijumlahkan keseluruhannya mengikut bahasa yang utama dipilih dan juga pilihan bahasa yang lain di lapangan. Analisis maklumat pemilihan bahasa pasangan kahwin campur yang digunakan berlandaskan analisis kekerapan (peratusan) dan rakaman temu bual. Kaedah yang dipilih ini telah disesuaikan daripada kajian-kajian lepas, iaitu oleh Fishman (1972), Asmah (2001), Holmes (2001) dan juga Chua Yan Piaw (2006). Kajian ini telah dijalankan di Bandar Sarikei. Soalan-soalan yang disediakan dalam borang soal selidik pula berkaitan dengan bahasa yang digunakan oleh pasangan kahwin campur. Berdasarkan dapatan dari soal selidik yang telah dianalisis menunjukkan bahawa bahasa Iban telah dipilih sebagai bahasa yang utama jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa yang lain di negeri Sarawak. Faktor bahasa Iban telah dipilih sebagai bahasa yang utama kerana bahasa Iban dikatakan lebih mudah untuk digunakan di samping telah dituturkan oleh hampir semua penduduk yang terdapat di negeri Sarawak. Walau bagaimanapun, pemilihan bahasa oleh pasangan kahwin campur Melayu+Melanau sedikit berbeza dari hasil analisis pasangan yang lain kerana mereka tidak memilih bahasa Iban sebagai bahasa utama tetapi hampir keseluruhannya menggunakan dialek Melayu Sarawak
Pilihan bahasa dan lingua franca suku kaum di Sarawak
Kajian ini membincangkan lingua franca suku kaum Melayu, Iban, Cina dan Melanau di negeri Sarawak. Di Sarawak terdapat bermacam-macam suku kaum dan masing-masing menggunakan bahasanya sendiri. Oleh yang demikian, lingua franca di Sarawak merupakan bahasa yang dipilih untuk berhubung dan bertukar-tukar fikiran antara satu sama lain agar hubungan antara suku kaum menjadi lebih erat dan sejahtera. Tentu sahaja bahasa perhubungan yang dipilih telah menjadi milik bersama, difahami, sesuai dan tidak menimbulkan masalah. Kewajaran kajian ini bertunjangkan lingua franca yang bertitik tolak daripada maklumat pilihan bahasa semasa yang digunakan dalam kehidupan sehari-hari. Sesuatu bahasa itu akan terus dipilih dan digunakan oleh semua pihak sama
ada semasa situasi formal atau tidak formal sekiranya bahasa tersebut memenuhi peranan lingua franca. Hasil analisis pilihan bahasa responden Melayu, Iban, Cina dan Melanau di negeri Sarawak, didapati pilihan bahasa Iban dan dialek Melayu Sarawak lebih tinggi jika dibandingkan dengan pilihan bahasa yang lain. Walau bagaimanapun, pilihan bahasa Iban dilihat digunakan dalam situasi tidak formal dan pilihan bahasa dialek Melayu Sarawak pula semasa situasi formal
Bahasa rojak dalam kalangan penduduk di Sarawak
Kajian bahasa rojak di Sarawak ini bertujuan memerihalkan bahasa yang digunakan oleh pelbagai suku kaum, iaitu suku kaum Melayu, Iban, Cina dan Melanau dalam perhubungan sesama mereka sehari-hari. Penggunaan bahasa rojak di negeri Sarawak sama pentingnya dengan bahasa tempatan, seperti bahasa Iban, Melanau, Cina dan dialek Melayu. Bahasa rojak di Sarawak bahasa yang biasa dipilih dalam hubungan antara suku kaum yang pelbagai. Borang soal selidik digunakan untuk mengumpulkan maklumat penggunaan bahasa berlandaskan kerangka kajian pilihan bahasa serta dijumlahkan keseluruhannya mengikut bahasa yang ada digunakan dalam masyarakat tersebut. Kajian ini telah dijalankan di bandar Sarikei. Kaedah yang dipilih ini telah disesuaikan daripada Fishman, Asmah, Holmes dan juga Chua Yan Piaw berlandaskan analisis kekerapan (peratusan). Didapati suku kaum yang pelbagai di negeri Sarawak telah memilih dua bahasa rojak, iaitu bahasa rojak Melayu-Iban dan bahasa rojak Melayu-Melanau. Walau bagaimanapun, penggunaan bahasa rojak Melayu-Iban lebih utama jika dibandingkan dengan bahasa rojak Melayu-Melanau. Bahasa rojak Melayu-Iban digunakan lebih tinggi di Sarawak kerana bahasa ini dipilih oleh tiga suku kaum utama, iaitu Melayu, Iban dan Cina jika dibandingkan dengan bahasa rojak Melayu-Melanau yang hanya digunakan antara suku kaum Melayu dan Melanau sahaja
Lingua Franca di Sarawak: aplikasi teori pilihan bahasa
Pola pilihan bahasa yang digunakan antara suku kaum di Sarawak merupakan bahasa
perhubungan utama atau lebih dikenali sebagai lingua franca. Yang dimaksudkan dengan
lingua franca dalam kajian ini adalah bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi di
antara penutur yang bahasa pertama mereka berbeza satu sama lain bersandarkan teori
pilihan bahasa. Bahasa untuk berkomunikasi ini biasanya adalah bahasa yang paling
banyak dan kerap digunakan dalam kehidupan seharian. Di negeri Sarawak terdapat
pelbagai suku kaum yang menggunakan bahasanya sendiri. Pada masa yang sama,
mereka juga menggunakan bahasa perhubungan yang menjadi milik bersama, difahami,
sesuai dan tidak menimbulkan masalah komunikasi Di negeri Sarawak, bahasa yang
paling ramai penuturnya ialah bahasa Iban. Secara khususnya, artikel ini merupakan
kajian tinjauan di lapangan yang menggunakan borang soal selidik dan temu bual tidak
formal. Hasil kajian menunjukkan pola bahasa Iban dan dialek Melayu Sarawak dipilih
sebagai bahasa perhubungan yang utama di Sarikei, Sarawak. Bahasa Iban digunakan
dalam situasi tidak formal sementara dialek Melayu Sarawak dalam situasi formal
Going Beyond Counting First Authors in Author Co-citation Analysis
The present study examines one of the fundamental aspects of author co-citation analysis (ACA) - the way co-citation
counts are defined. Co-citation counting provides the data on which all subsequent statistical analyses and mappings
are based, and we compare ACA results based on two different types of co-citation counting - the traditional type that
only counts the first one among a cited work's authors on the one hand and a non-traditional type that takes into
account the first 5 authors of a cited work on the other hand. Results indicate that the picture produced through this non-traditional author co-citation counting contains more coherent author groups and is therefore considerably clearer. However, this picture represents fewer specialties in the research field being studied than that produced through the traditional first-author co-citation counting when the same number of top-ranked authors is selected and analyzed. Reasons for these effects are discussed
- …
