24 research outputs found

    Analisis pilihan bahasa sebagai lingua franca di Sarawak / Mohammed Azlan Mis

    No full text
    Kajian ini merupakan kajian pilihan bahasa yang berlandaskan teori sosiolinguistik, khususnya teori domain (Fishman 1972). Dengan itu, kajian ini memerihalkan pilihan bahasa melalui soal selidik dan temu bual. Soal selidik digunakan untuk mengumpul maklumat pilihan bahasa dan dijumlahkan mengikut peratusan dan diuji nilai signifikannya. Rakaman temu bual dilakukan untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai pilihan bahasa suku kaum Melayu, Iban, Cina dan Melanau serta untuk mendapatkan maklumat faktor-faktor yang mempengaruhi pilihan bahasa tersebut. Pilihan bahasa yang utama itu adalah bahasa perhubungan utama atau lingua franca. Secara umumnya, lingua franca bermaksud bahasa komunikasi antara penutur yang bahasa pertama mereka berbeza antara satu sama lain (Samarin 1968, UNESCO (dlm. Samarin 1968) dan Wardhaugh 1998). Kaedah kajian yang digunakan berdasarkan analisis kekerapan (peratusan dan nilai signifikan) dan rakaman temu bual. Metodologi yang dipilih telah disesuaikan daripada Asmah (2001), Holmes (2001) dan juga Chua Yan Piaw (2006). Secara khususnya, kajian ini merupakan kajian tinjauan di lapangan dan kawasan kajiannya adalah di bandar Sarikei. Soalan-soalan yang disediakan dalam borang soal selidik berkaitan dengan pilihan bahasa yang dibahagikan mengikut enam domain, iaitu keluarga, persahabatan, pasar dan kedai, bank, hospital dan klinik serta sukan dan riadhah. Berdasarkan dapatan dari soal selidik dan temu bual yang telah dijalankan menunjukkan bahasa Iban merupakan pilihan bahasa yang paling utama jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa yang lain di bandar Sarikei. Bahasa Iban di bandar Sarikei mudah difahami apabila digunakan dan dituturkan oleh hampir semua penduduk pelbagai suku kaum. Ini menunjukkan bahawa pilihan bahasa Iban di bandar Sarikei ini merupakan bahasa perhubungan utama atau lingua franca dalam kalangan suku kaum Melayu, Iban dan Cina. Walau bagaimanapun, hasil analisis pilihan bahasa suku kaum Melanau berbeza dari hasil analisis suku kaum Melayu, Iban dan Cina kerana suku kaum Melanau tidak memilih bahasa Iban sebagai bahasa utama tetapi menggunakan dialek Melayu Sarawak. Hasil analisis pilihan bahasa juga telah menunjukkan sebahagian besar penduduk di bandar Sarikei mengetahui tiga atau empat bahasa suku kaum. Bahasa Iban merupakan pilihan utama domain di rumah, persahabatan, kedai dan pasar serta sukan dan riadhah oleh responden Melayu, Iban dan Cina. Dialek Melayu Sarawak pula banyak dipilih dalam domain di bank serta hospital dan klinik. Bahasa rojak Melayu-Iban pula adalah sebagai pilihan ketiga selepas bahasa Iban dan kedua selepas pilihan dialek Melayu Sarawak oleh suku kaum Melayu, Iban dan Cina. Bahasa rojak Melayu-Melanau hanya digunakan antara orang Melanau dan Melayu sekiranya mereka tidak berkomunikasi menggunakan dialek Melayu Sarawak ataupun bahasa Melanau

    Lingua franca di Sarawak: aplikasi teori pilihan bahasa

    No full text
    Pola pilihan bahasa yang digunakan antara suku kaum di Sarawak merupakan bahasa perhubungan utama atau lebih dikenali sebagai lingua franca. Yang dimaksudkan dengan lingua franca dalam kajian ini adalah bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi di antara penutur yang bahasa pertama mereka berbeza satu sama lain bersandarkan teori pilihan bahasa. Bahasa untuk berkomunikasi ini biasanya adalah bahasa yang paling banyak dan kerap digunakan dalam kehidupan seharian. Di negeri Sarawak terdapat pelbagai suku kaum yang menggunakan bahasanya sendiri. Pada masa yang sama, mereka juga menggunakan bahasa perhubungan yang menjadi milik bersama, difahami, sesuai dan tidak menimbulkan masalah komunikasi Di negeri Sarawak, bahasa yang paling ramai penuturnya ialah bahasa Iban. Secara khususnya, artikel ini merupakan kajian tinjauan di lapangan yang menggunakan borang soal selidik dan temu bual tidak formal. Hasil kajian menunjukkan pola bahasa Iban dan dialek Melayu Sarawak dipilih sebagai bahasa perhubungan yang utama di Sarikei, Sarawak. Bahasa Iban digunakan dalam situasi tidak formal sementara dialek Melayu Sarawak dalam situasi formal

    Medium perantara pelbagai suku kaum di Sarawak: kajian Lingua Franca

    No full text
    Dalam membicarakan tajuk lingua franca, kita tidak dapat lari daripada mengaitkannya dengan kepelbagaian bahasa dalam satu masyarakat yang majmuk. Yang dimaksudkan dengan lingua franca dalam kajian ini adalah bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi antara penutur yang bahasa pertama mereka berbeza satu sama lain (Samarin 1968). Bahasa untuk berkomunikasi ini biasanya adalah bahasa yang paling banyak dan kerap digunakan dalam kehidupan seharian. Di negeri Sarawak terdapat pelbagai suku kaum yang menggunakan bahasanya sendiri. Pada masa yang sama, mereka juga menggunakan bahasa perhubungan yang menjadi milik bersama, difahami, sesuai dan tidak menimbulkan masalah komunikasi. Secara khususnya, artikel ini merupakan kajian tinjauan di lapangan yang menggunakan borang soal selidik dan temu bual tidak formal. Hasil kajian menunjukkan bahasa Iban dan dialek Melayu Sarawak dipilih sebagai bahasa perhubungan yang utama di Sarikei, Sarawak. Bahasa Iban digunakan dalam situasi tidak formal sementara dialek Melayu Sarawak dalam situasi formal

    Pilihan bahasa oleh suku kaum Melanau di negeri Sarawak

    No full text
    Di negeri Sarawak mempunyai pelbagai suku kaum yang menggunakan bahasa mereka sendiri. Salah satu suku kaum yang utama ialah suku kaum Melanau. Kajian ini membincangkan mengenai pilihan bahasa suku kaum Melanau sebagai bahasa perhubungan sehari-hari mereka di negeri Sarawak. Kajian ini bertujuan meninjau pilihan bahasa yang menjadi alat perhubungan dalam komuniti Melanau di bandar Sarikei. Usaha untuk menentukan apakah pilihan bahasa suku kaum Melanau di negeri Sarawak ini perlu bertitik tolak dari maklumat pilihan bahasa semasa yang digunakan dalam kehidupan sehari-hari. Pilihan bahasa terjadi apabila terdapat lebih daripada satu bahasa atau kelainan bahasa dalam sesuatu komuniti (Fishman 1972). Anggota komuniti memilih bahasa yang mana patut digunakan sebagai bahasa perhubungan antara mereka. Pilihan bahasa ini boleh dibahagikan kepada beberapa bentuk berdasarkan domain dan soal selidik. Seseorang itu memilih satu bahasa atau beberapa bahasa untuk digunakan dalam satu domain dan dalam domain yang lain memilih bahasa yang lain. Secara keseluruhannya, didapati bahasa yang dipilih oleh suku kaum Melanau berhubung dengan sesama Melanau, suku kaum Melayu, Iban dan Cina dominannya ialah dialek Melayu Sarawak

    Analisis pemilihan bahasa dalam kalangan pasangan kahwin campur di negeri Sarawak

    No full text
    Kajian pemilihan bahasa ini memerihalkan pilihan bahasa yang digunakan oleh pasangan kahwin campur di negeri Sarawak. Borang soal selidik digunakan untuk mengumpul semua maklumat pemilihan bahasa dan dijumlahkan keseluruhannya mengikut bahasa yang utama dipilih dan juga pilihan bahasa yang lain di lapangan. Analisis maklumat pemilihan bahasa pasangan kahwin campur yang digunakan berlandaskan analisis kekerapan (peratusan) dan rakaman temu bual. Kaedah yang dipilih ini telah disesuaikan daripada kajian-kajian lepas, iaitu oleh Fishman (1972), Asmah (2001), Holmes (2001) dan juga Chua Yan Piaw (2006). Kajian ini telah dijalankan di Bandar Sarikei. Soalan-soalan yang disediakan dalam borang soal selidik pula berkaitan dengan bahasa yang digunakan oleh pasangan kahwin campur. Berdasarkan dapatan dari soal selidik yang telah dianalisis menunjukkan bahawa bahasa Iban telah dipilih sebagai bahasa yang utama jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa yang lain di negeri Sarawak. Faktor bahasa Iban telah dipilih sebagai bahasa yang utama kerana bahasa Iban dikatakan lebih mudah untuk digunakan di samping telah dituturkan oleh hampir semua penduduk yang terdapat di negeri Sarawak. Walau bagaimanapun, pemilihan bahasa oleh pasangan kahwin campur Melayu+Melanau sedikit berbeza dari hasil analisis pasangan yang lain kerana mereka tidak memilih bahasa Iban sebagai bahasa utama tetapi hampir keseluruhannya menggunakan dialek Melayu Sarawak

    Pilihan bahasa dan lingua franca suku kaum di Sarawak

    No full text
    Kajian ini membincangkan lingua franca suku kaum Melayu, Iban, Cina dan Melanau di negeri Sarawak. Di Sarawak terdapat bermacam-macam suku kaum dan masing-masing menggunakan bahasanya sendiri. Oleh yang demikian, lingua franca di Sarawak merupakan bahasa yang dipilih untuk berhubung dan bertukar-tukar fikiran antara satu sama lain agar hubungan antara suku kaum menjadi lebih erat dan sejahtera. Tentu sahaja bahasa perhubungan yang dipilih telah menjadi milik bersama, difahami, sesuai dan tidak menimbulkan masalah. Kewajaran kajian ini bertunjangkan lingua franca yang bertitik tolak daripada maklumat pilihan bahasa semasa yang digunakan dalam kehidupan sehari-hari. Sesuatu bahasa itu akan terus dipilih dan digunakan oleh semua pihak sama ada semasa situasi formal atau tidak formal sekiranya bahasa tersebut memenuhi peranan lingua franca. Hasil analisis pilihan bahasa responden Melayu, Iban, Cina dan Melanau di negeri Sarawak, didapati pilihan bahasa Iban dan dialek Melayu Sarawak lebih tinggi jika dibandingkan dengan pilihan bahasa yang lain. Walau bagaimanapun, pilihan bahasa Iban dilihat digunakan dalam situasi tidak formal dan pilihan bahasa dialek Melayu Sarawak pula semasa situasi formal

    Bahasa rojak dalam kalangan penduduk di Sarawak

    No full text
    Kajian bahasa rojak di Sarawak ini bertujuan memerihalkan bahasa yang digunakan oleh pelbagai suku kaum, iaitu suku kaum Melayu, Iban, Cina dan Melanau dalam perhubungan sesama mereka sehari-hari. Penggunaan bahasa rojak di negeri Sarawak sama pentingnya dengan bahasa tempatan, seperti bahasa Iban, Melanau, Cina dan dialek Melayu. Bahasa rojak di Sarawak bahasa yang biasa dipilih dalam hubungan antara suku kaum yang pelbagai. Borang soal selidik digunakan untuk mengumpulkan maklumat penggunaan bahasa berlandaskan kerangka kajian pilihan bahasa serta dijumlahkan keseluruhannya mengikut bahasa yang ada digunakan dalam masyarakat tersebut. Kajian ini telah dijalankan di bandar Sarikei. Kaedah yang dipilih ini telah disesuaikan daripada Fishman, Asmah, Holmes dan juga Chua Yan Piaw berlandaskan analisis kekerapan (peratusan). Didapati suku kaum yang pelbagai di negeri Sarawak telah memilih dua bahasa rojak, iaitu bahasa rojak Melayu-Iban dan bahasa rojak Melayu-Melanau. Walau bagaimanapun, penggunaan bahasa rojak Melayu-Iban lebih utama jika dibandingkan dengan bahasa rojak Melayu-Melanau. Bahasa rojak Melayu-Iban digunakan lebih tinggi di Sarawak kerana bahasa ini dipilih oleh tiga suku kaum utama, iaitu Melayu, Iban dan Cina jika dibandingkan dengan bahasa rojak Melayu-Melanau yang hanya digunakan antara suku kaum Melayu dan Melanau sahaja

    Bahasa Rojak dalam Kalangan Penduduk di Sarawak

    No full text
    This research on code-mixing in Sarawak studies the mixed language used by the various ethnic groups there namely the Malays, Ibans, Chinese and Melanaus in their day-to-day communication. Codemixing is equally as important as the local languages (Iban, Melanau, Chinese and the Sarawak Malay dialect). Code-mixing in Sarawak is more common in communication between different ethnic groups. Questionnaires were used to obtain all the information based on the framework of language choice and were then totalled according to the languages spoken in the community. This study was conducted in the town of Sarikei. The method selected has been adapted from Fishman, Asmah, Holmes and Chua Yan Piaw based on percentage frequency analysis. It was found that among the various ethnic groups in Sarawak there were two types of code-mixing: one involving the mixing of Malay and Iban, and the other of Malay and Melanau. However, the MalayIban mix is more common than the Malay-Melanau mix. The use of the Malay-Iban mixed language is predominant when compared to the use of the Malay-Melanau mix as this is the language of choice among the three biggest ethnic groups living there (the Malays, Ibans and Chinese) as compared with the Malay-Melanau mix which is used among the Malay and Melanau only. Keywords: Sarawak, code-mixing, language use, language choice, relationship, multiethnicKajian bahasa rojak di Sarawak ini bertujuan memerihalkan bahasa yang digunakan oleh pelbagai suku kaum, iaitu suku kaum Melayu, Iban, Cina dan Melanau dalam perhubungan sesama mereka seharihari. Penggunaan bahasa rojak di negeri Sarawak sama pentingnya dengan bahasa tempatan, seperti bahasa Iban, Melanau, Cina dan dialek Melayu. Bahasa rojak di Sarawak bahasa yang biasa dipilih dalam hubungan antara suku kaum yang pelbagai. Borang soal selidik digunakan untuk mengumpulkan maklumat penggunaan bahasa berlandaskan kerangka kajian pilihan bahasa serta dijumlahkan keseluruhannya mengikut bahasa yang ada digunakan dalam masyarakat tersebut. Kajian ini telah dijalankan di bandar Sarikei. Kaedah yang dipilih ini telah disesuaikan daripada Fishman, Asmah, Holmes dan juga Chua Yan Piaw berlandaskan analisis kekerapan (peratusan). Didapati suku kaum yang pelbagai di negeri Sarawak telah memilih dua bahasa rojak, iaitu bahasa rojak Melayu-Iban dan bahasa rojak Melayu-Melanau. Walau bagaimanapun, penggunaan bahasa rojak Melayu-Iban lebih utama jika dibandingkan dengan bahasa rojak Melayu-Melanau. Bahasa rojak Melayu-Iban digunakan lebih tinggi di Sarawak kerana bahasa ini dipilih oleh tiga suku kaum utama, iaitu Melayu, Iban dan Cina jika dibandingkan dengan bahasa rojak Melayu-Melanau yang hanya digunakan antara suku kaum Melayu dan Melanau sahaja. Kata kunci: Sarawak, bahasa rojak, penggunaan bahasa, pilihan bahasa, perhubungan, pelbagai suku kau

    Lingua Franca di Sarawak: aplikasi teori pilihan bahasa

    No full text
    Pola pilihan bahasa yang digunakan antara suku kaum di Sarawak merupakan bahasa perhubungan utama atau lebih dikenali sebagai lingua franca. Yang dimaksudkan dengan lingua franca dalam kajian ini adalah bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi di antara penutur yang bahasa pertama mereka berbeza satu sama lain bersandarkan teori pilihan bahasa. Bahasa untuk berkomunikasi ini biasanya adalah bahasa yang paling banyak dan kerap digunakan dalam kehidupan seharian. Di negeri Sarawak terdapat pelbagai suku kaum yang menggunakan bahasanya sendiri. Pada masa yang sama, mereka juga menggunakan bahasa perhubungan yang menjadi milik bersama, difahami, sesuai dan tidak menimbulkan masalah komunikasi Di negeri Sarawak, bahasa yang paling ramai penuturnya ialah bahasa Iban. Secara khususnya, artikel ini merupakan kajian tinjauan di lapangan yang menggunakan borang soal selidik dan temu bual tidak formal. Hasil kajian menunjukkan pola bahasa Iban dan dialek Melayu Sarawak dipilih sebagai bahasa perhubungan yang utama di Sarikei, Sarawak. Bahasa Iban digunakan dalam situasi tidak formal sementara dialek Melayu Sarawak dalam situasi formal

    Analisis Penukaran Kod Pelajar Program Pendidikan Tinggi Malaysia Jepun

    No full text
    Code-switching is a common phenomenon in foreign language learning. However, excessive and uncontrolled code-switching can disrupt the learning process and cause learners to become confused when acquiring the structural features of the target language. Therefore, this study was conducted to identify the languages used alongside Japanese, analyse the types of code-switching based on Poplack’s (1980) framework which classifies code-switching into three main categories, namely tag, intrasentential, and intersentential, and determine the functions of code-switching based on Olcay’s (2005) classification. This study involved 73 respondents from the Malaysia-Japan Higher Education Programme, and the data used were in the form of recordings. The findings reveal that all three types of code switching (tag, intrasentential, and intersentential) were found in the respondents’ utterances. In terms of functions, only four out of the seven code-switching functions were identified, namely the affective function, the turn-holding function, the conflict-control function, and the topic-shift function. The study also found that code-switching among students learning Japanese involved English and Malay, with intrasentential code-switching recording the highest frequency. Through this study, the researchers were able to relate the social functions to the code-switching that occurs in foreign language learning. Keywords: Code-switching, tags, intrasentential, intersentential, Malay language, Japanese language Full text: PDFPenukaran kod ialah fenomena biasa yang berlaku dalam pembelajaran bahasa asing. Namun begitu, penukaran kod yang berlebihan dan tidak terkawal dapat menjejaskan proses pembelajaran bahasa asing dan menyebabkan pelajar keliru dalam pembelajaraan struktur bahasa sasaran. Oleh itu, pengkaji mengenal pasti bahasa yang bertukar kod dengan bahasa Jepun, menganalisis jenis penukaran kod berdasarkan kerangka penukaran kod oleh Poplack’s (1980) yang mengklasifikasikan penukaran kod kepada tiga kategori utama, iaitu tag, interayat dan intraayat, serta menganalisis fungsi penukaran kod berdasarkan fungsi penukaran kod yang dikemukakan oleh Olcay (2005). Kajian ini melibatkan 73 orang responden daripada Program Pendidikan Tinggi Malaysia Jepun. Data yang digunakan ialah data berbentuk rakaman. Hasil kajian menunjukkan bahawa ketiga-tiga jenis penukaran kod, iaitu tag, intraayat dan interayat, ditemukan dalam ujaran responden. Dari segi fungsi penukaran kod pula, hanya empat daripada tujuh fungsi yang ditemukan, iaitu fungsi afektif, fungsi menahan giliran bertutur, fungsi kawalan konflik dan fungsi perubahan topik. Dalam kajian ini, pengkaji mendapati bahawa penukaran kod dalam kalangan pelajar yang belajar bahasa Jepun melibatkan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dengan penukaran kod jenis intraayat mencatatkan kekerapan tertinggi. Menerusi kajian ini juga, pengkaji dapat menghubungkan fungsi sosial dengan penukaran kod yang berlaku dalam pembelajaran bahasa asing. Kata kunci: Penukaran kod, tag, intraayat, interayat, bahasa Melayu, bahasa Jepun Teks penuh: PD
    corecore