96 research outputs found

    Puisi: Ramadan merintis celik kewangan / Mustafa Kamal Mat

    No full text
    Puisi ini mengangkat tema Ramadan sebagai masa muhasabah diri dan memperbaiki amalan, khususnya dalam aspek pengurusan kewangan. Ia menekankan pentingnya menjauhi sikap boros, merancang belanjawan dengan bijak, serta mencatat setiap aliran kewangan untuk mencapai kestabilan dan kebebasan kewangan. Pendidikan kewangan turut ditekankan sebagai asas penting dalam membina kehidupan yang terancang dan positif, di mana kefahaman terhadap risiko dan keutamaan simpanan mampu mengurangkan beban masalah kewangan

    Pelaburan saham: pengenalan asas / Mustafa Kamal Mat and Saflina Azis

    No full text
    Pelaburan saham merupakan salah satu cabang perniagaan. Dengan pelaburan, ia boleh mendatangkan pulangan yang lumayan. Daripada sisi lain, pelaburan saham juga boleh mengakibatkan kerugian. Sama seperti perniagaan, ada ketika untung, ada juga waktunya rugi melanda. Oleh itu, untuk menjadi seorang pelabur, perlulah ada ilmu. Ilmu pelaburan penting untuk mengelak daripada terpedaya dengan janji pulangan yang lumayan. Terdapat banyak impak negatif jika seseorang individu melaburkan duit mereka tanpa sebarang ilmu asas pelaburan. Begitulah pentingnya ilmu pengetahuan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan ataupun perkara. Hal ini turut menjadi asas dalam agama Islam iaitu hendaklah melakukan sesuatu perbuatan itu dengan ilmu

    Kepimpinan pelajar di kampus / Mustafa Kamal Mat and Saflina Azis

    No full text
    Di tengah-tengah hiruk-pikuk kehidupan kampus Berkumpul suara muda penuh harapan dan impian Pemimpin pelajar bintang yang bersinar Membawa cahaya, menerangi jalan yang samar Dengan langkah berani, mereka melangkah maju Menggenggam visi, mengukir cita-cita yang luhur Dalam persatuan, mereka teguh berdiri Menjalin ikatan, membina komuniti yang harmoni Suara mereka bergema di dewan kuliah, Menggugah semangat, menyalakan api perjuangan Menyuarakan hak, membawa perubahan Kepimpinan pelajar, suara generasi masa depa

    Staf residen kolej: teman setia pelajar di kampus? / Saflina Azis and Mustafa Kamal Mat

    No full text
    Kehidupan di kolej kediaman adalah salah satu aspek penting dan paling menarik dalam perjalanan kehidupan sebagai seorang mahasiswa. Di universiti mereka bukan hanya belajar mencapai kecemerlangan akademik, tetapi juga belajar untuk berdikari dan menjalin hubungan sosial yang agar lebih bermakna. Dalam perjalanan ini, salah seorang individu yang tidak patut dilupakan ialah staf residen kolej. Di Universiti Teknologi MARA, staf residen kolej merupakan individu yang bertanggungjawab menjaga kebajikan dan mengawasi keselamatan mahasiswa di kolej kediaman. Daripada menguruskan hal ehwal harian sehinggalah merancang pelbagai aktiviti sosial, mereka berperanan bagi memastikan keselesaan dan keharmonian mahasiswa di kolej kediaman terjaga, terutama bagi yang baru pertama kali berjauhan dari keluarga

    Global Forum on Islamic Economics and Finance 2024 / Saflina Azis and Mustafa Kamal Mat

    No full text
    Global Forum on Islamic Economics and Finance 2024 (GFIEF 2024) telah berlangsung pada 28 sehingga 29 Mei 2024 di Kuala Lumpur Convention Centre, di bawah naungan Kementerian Kewangan Malaysia. Forum ini dianjurkan oleh Bank Negara Malaysia dengan kerjasama Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Labuan Financial Services Authority, International Islamic Liquidity Management Corporation, Islamic Development Bank, Islamic Financial Services Board, dan World Bank Group yang bertujuan untuk membentuk ekonomi Islam global yang berdaya tahan melalui reformasi berasaskan nilai, dengan membawa tema Shaping a Resilient Global Islamic Economy Through Values-based Reforms

    Tugasan pelajar universiti dan kaitannya dengan AI / Saflina Azis and Mustafa Kamal Mat

    No full text
    Dalam dunia pendidikan tinggi, tugasan pelajar universiti merupakan salah satu aspek penting yang membentuk kemahiran dan pengetahuan mereka. Dengan pelbagai jenis tugasan yang diberikan, dari esei hingga projek kumpulan, pelajar dituntut untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Namun, dengan kemajuan teknologi yang pesat, khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI), cara pelajar menyelesaikan tugasan telah mengalami perubahan yang ketara. AI kini memainkan peranan yang semakin penting dalam proses pembelajaran. Alat-alat seperti pembantu maya dan aplikasi pemprosesan bahasa semula jadi membantu pelajar dalam mengumpul maklumat dan menyusun idea. Misalnya, aplikasi seperti Grammarly bukan sahaja membantu dalam pembetulan tatabahasa tetapi juga memberikan cadangan untuk meningkatkan gaya penulisan. Ini membolehkan pelajar menghasilkan tugasan yang lebih berkualiti dan profesional. Salah satu cabaran terbesar bagi pelajar universiti adalah mencari sumber maklumat yang relevan dan berkualiti untuk tugasan mereka

    Performance reporting practices of public universities in Malaysia / Saflina Azis and Mustafa Kamal Mat

    No full text
    The implementation of performance measurement is one of the efforts done by the public organisations to broaden their accountability. Performance measurement is a tool in guiding an organisation to achieve its aims and goals. The performance of any organisation mainly could be seen in the annual reports produced. The public organisations have different aims, objectives and functions, thus, reports prepared are different from those in the private sector. Their financial statements especially are likely to be fundamentally different. This preliminary study focuses on public universities in Malaysia. The main objective is to investigate the financial performance practices of the public universities in Malaysia. Obviously, the performance reporting practices of Malaysian public universities is very poor. More actions and improvements need to be done in order to be more accountable to the stakeholders

    Hikmah Ramadan: memartabatkan literasi kewangan individu / Mustafa Kamal Mat and Saflina Azid

    No full text
    Ramadan kembali dengan seribu hajat di hati. Pelbagai niat dan janji dilafazkan dalam diri, untuk melakukan ibadah puasa ini dengan lebih baik dan teratur dari tahun sebelumnya. Melalui ibadah puasa, seseorang Muslim diajar dan dilatih agar memiliki karakter jujur, rajin, berjimat cermat serta mempunyai sifat menghormati antara sesama insan. Bulan Ramadan ini dapat menjadi bulan untuk kita berjimat cermat kerana kita hanya makan dan minum semasa bersahur dan juga semasa berbuka. Namun begitu, jika nafsu tidak dikawal dengan baik, bulan Ramadan boleh menjadi bulan pembaziran. Kita perlu berhati-hati semasa erbelanja kerana sentiasa didorong oleh nafsu lapar dan dahaga terutamanya semasa keadaan perut lapar, semua makanan dan minuman yang dilihat, akan diinginkan

    Errrr macam mana nak belajar subjek perakaunan? / Saflina Azis and Mustafa Kamal Mat

    No full text
    Saya sering ditanya macam mana cara belajar subjek perakaunan ini. Sebagai pelajar yang tidak mempunyai asas ilmu pengetahuan perakaunan di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya sememangnya struggle sewaktu belajar subjek ni semasa mengambil kursus Diploma Perakaunan satu ketika dahulu. Subjek perakaunan ni saya rasakan sangat susah. Tapi itulah, tetap gatal tangan memohon kursus perakaunan sehingga ke peringkat sarjana

    Kepentingan ilmu untuk menjadi pelabur bijak / Mustafa Kamal Mat and Saflina Azis

    No full text
    Seiring dengan perkembangan ekonomi global dengan pelbagai pilihan pelaburan yang tersedia, pelabur yang bijak memerlukan pemahaman yang mendalam tentang konsep-konsep kewangan, analisis pasaran, dan strategi pelaburan. Kepentingan ilmu dalam pelaburan tidak boleh dipandang remeh, kerana ia mampu membantu individu membuat keputusan yang tepat, di samping dapat mengurangkan risiko kerugian. Berikut merupakan enam sebab mengapa perlunya ilmu untuk menjadi pelabur bijak
    corecore