42 research outputs found
Stres dikalangan wanita bekerjaya: Kajian kes di Sarawak / Surena Sabil and Sabitha Marican
Perkembangan semasa yang berlaku di negara maju mahupun di Malaysia, telah menyaksikan peningkatan penglibatan wanita di alam perkerjaan. Wanita menyumbang sebanyak 50% tenaga kerja dan daripada jumlah ini 70% adalah yang sudah berkeluarga. Kajian samada di barat atau di negara-negara Asia sering mendapati wanita bekerja dikaitkan dengan kesan negatif kerja ke atas keluarga. Oleh itu, kertas kerja ini akan membincangkan faktor masa bekerja dan keluarga serta faktor umur anak dalam mempengaruhi tahap stres bekerja. Data kajian ini telah dikumpulkan melalui borang soal selidik secara terus kepada responden di tempat kerja . Dapatan kajian mendapati semakin banyak masa diperuntukkan untuk bekerja dan keluarga, maka semakin tinggi tahap stres yang dialami oleh wanita bekerja ini. Faktor umur anak turut mempengaruhi iaitu wanita bekerja yang mempunyai anak dibawah umur 6 tahun menghadapi stres yang paling tinggi. Akhir sekali kertas kerja ini akan mencadangkan beberapa cara untuk mengimbangi stres wanita di tempat kerja
Bullies at workplace: a case of public sector employees
Salah satu bentuk buli yang wujud di tempat kerja ialah pengganggu seksual. Buli gangguan seksual di tempat kerja merupakan tingkah laku tersirat tidak produktif yang boleh membawa kos yang signifikan ke atas sasarannya mahupun organisasi. Gangguan seksual ialah tingkah laku yang tidak diundang, tidak diminta, tidak dibalas dan seringkali berulangan. Oleh yang demikian pengganggu seksual adalah serupa sebagai buli di tempat kerja. Ada pelbagai cara seseorang boleh dibuli secara seksual di tempat kerja, iaitu melalui perkataan, fizikal, sosial dan psikologi. la menjadikan tempat kerja tidak seronok, memalukan dan menakutkan bagi individu atau kumpulan yang menjadi sasaran kepada tingkah laku tersebut. la menyukarkan untuk kerja dilakukan secara berkesan. Pendekatan analisis meta telah digunakan dalam mengutarakan isu tersebut yang merangkumi maksud gangguan seksual, kejadian, pengalaman dan kesan gangguan seksual untuk meningkatkan kepekaan terhadap kewujudan buli seumpama itu di organisasi. Akhir sekali pelbagai cadangan digariskan sebagai salah satu usaha ke arah membudayakan toleransi sifar terhadap buli gangguan seksual di tempat kerja
Sejauhmana ketradisionalan kerja mempengaruhi persepsi gangguan seksual di tempat kerja
Artikel membincangkan dapatan kajian yang melihat perkaitan antara persepsi gangguan seksual lelaki dan wanita dalam pekerjaan yang tradisi dan bukan tradisi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden mempunyai kecenderungan mempersepsi gangguan seksual jika mereka bersikap liberal terhadap wanita, tanpa mengira mereka berkerja dalam kerja yang tradisional ataupun tidak. Seterusnya artikel ini mengutarakan alasan mengapa dapatan ini berbeza dengan kebanyakkan kajian di Barat. Memandangkan perbezaan ini berkait rapat dengan faktor penglibatan wanita dalam tenaga kerja, kuasa sosial lelaki dan adat maka ianya diulas dari perspektif budaya di negara kita. Akhir sekali beberapa strategi di utarakan dalam membentuk sikap yang positif terhadap wanita yang mana harus melibatkan semua peringkat masyarakat
Sexual harassment at workplace: myth, reality or just a perception
The concept of sexual harassment in Malaysia is of recent origin but the behavior in the workplace
is not a recent phenomenon. While the evidence of sexual harassment type behavior could be traced
throughout the history of the nation, yet it remained as a silent or hidden as a social issue until mid
1990\u27s. In fact, the history of sexual harassment occurred in our country way back in 1950\u27s (Nor
Affizar, 2001) whereby female rubber estate workers from the Panavan Karupiah in Sitiawan and a
Kiang estate went on strike in protest against sexual harassment in the plantations and demanded an
end to the problem. (Copied from article)
Trend dan punca penggunaan dadah di kalangan penagih dadah wanita di negeri Sabah: implikasi kepada rawatan dan pemulihan dadah
Di negeri Sabah, statistik penglibatan wanita dengan penagihan dadah kini adalah yang tertinggi berbanding negeri-negeri lain di Malaysia. Perangkaan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menunjukkan negeri Sabah menduduki tangga keenam paling atas berbanding negeri-negeri lain di Malaysia dengan jumlah 1,229 orang penagih yang dikesan dari bulan Januari- September 2005. Daripada jumlah tersebut, penagih wanita di negeri Sabah yang seramai 686 orang menduduki tangga yang teratas berbanding negeri-negeri lain. Penglibatan wanita di Sabah dalam gejala penagihan dadah membabitkan gadis berusia dari seawal remaja sehinggalah kepada wanita yang berusia dalam lingkungan empat puluhan, bukan semata-mata disebabkan kenikmatan dadah itu sendiri tetapi didorong oleh faktor lain seperti ingin menjaga kecantikan dan menguruskan badan. Lebih serius lagi, dadah yang lazimnya digunakan penagih wanita di Sabah adalah dadah jenis syabu kerana ia mudah diperoleh dan lebih murah berbanding heroin dan ganja. Kajian ini diusahakan untuk mengenal pasti profil penagih dadah wanita di negeri Sabah, mengkaji punca-punca yang menyebabkan penglibatan wanita dengan dadah dan mengenal pasti kesan penglibatan wanita dengan dadah terhadap kesihatan mental. Kajian tinjauan keratan rentas terhadap 96 responden yang terdiri daripada pengguna dan penagih dadah wanita di negeri Sabah yang ditempatkan di Pusat Serenti Bachok, Kelantan dan di penjara-penjara sekitar negeri Sabah seperti Penjara Wanita Kota Kinabalu, Penjara Tawau dan juga Penjara Sandakan. Dapatan kajian membentangkan maklumat penggunaan dadah dan pemulihan yang pernah dilalui mereka, yang mana hampir semua dilaporkan menggunakan dadah jenis syabu. Punca-punca penggunaan dadah dikenal pasti, yang mana ramai menggunakan dadah kerana perasaan ingin tahu dan sebab-sebab yang menunjukkan bahawa penagih dadah mempunyai masalah kesihatan mental seperti untuk menghilangkan stres, perpecahan dalam keluarga, melarikan diri daripada masalah dan mencari ketenangan. Kajian ini turut mendapati bahawa pengalaman awal dengan masalah sosial bahan dan mendorong mereka menggunakan dadah. Rata-rata penagih dadah wanita Sabah mula merokok pada umur 16 tahun, minum minuman keras pada purata umur 17 tahun, menggunakan dadah pada purata umur 19.8 tahun, dan bagi yang terlibat dengan jenayah, umur pertama mereka terlibat dengan perbuatan jenayah ialah 21 tahun. Kajian ini memberi beberapa implikasi dan cadangan yang berkaitan dengan rawatan dan pemulihan penagihan dadah dalam kalangan wanita
Gangguan seksual di tempat kerja: Permasalahan dan penyelesaian dari perspektif undang-undang
Menurut kajian yang dilakukan di kalangan 160 orang eksekutif di sekitar bandar raya New York pada tahun 1992, gangguan seksual didapati meningkat ke tangga ketiga sebagai salah satu masalah yang paling kritikal di tempat kerja selepas isu ganjaran dan keselamatan kerja (Stockdale, 1996). Namun, kejadian gangguan seksual bukan
sahaja berlaku di negara barat, tetapi juga di Malaysia. Ini berdasarkan maklumat mengenai insiden gangguan seksual yang diutarakan di antara tahun 1986 hingga 2002 oleh para penyelidik dan media massa dalam negara (Ahmad Fauzi,1999; Arnree,2001;Badriyah,1988;Banyak kes gangguan,1999; Khairunnisa, 1997a,b,c,d,e; Mat Lazim Salleh, 1999; Mazlinda, 1999/2000; Nor Affizar,2001;Ramlah,1999;Sabitha,
1998; 1999a,b,c; 2000a,b,c,d; 2000a,b; 2002a,b,c; 'Sexual Harassmerzt', 1996). Ini mencerminkan bahawa masalah gangguan seksual semakin meruncing di tempat kerja, sewajarnya tindakan yang lebih serius harus diberikan dalam menangani gejala ini daripada berterusan
Dimensi moral dan etika dalam politik Malaysia
Kepincangan dalam moraliti dun etika ahli-ahli politik adalah satu lagi gejala sosial yang semakin parah dan menular di Malaysia. Kegawatan ini mungkin sahaja lebih
serius daripada apa yang diketahui umum kerana media massa belum lagi begitu bersedia mendedahkan segala-galanya seperti yang berlaku kepada isu lepak, bohsia, penderaan,
buang anak dan sebagainya. Kepincangan moral dun etika ahli-ahli politik ini perlu ditangani, dirawat dan dipulihkan, justeru ahli-ahli politik menduduki hirarki tertinggi dan
terutama dalam kepemimpinan masyarakat dan negara. Kenapakah moraliti, etika dan politik sering tidak harmoni kewujudannya. Apakah satu hubungan simboisis politik Malaysia diikat dengan etikanya yang tersendiri? Mungkinkah asas-asas moral politik, Pluto, Aristotle, Kung Fu-Tse, Wang An Shih, Al-Mawardi, Al-Ghazali, Ibn Taymiyya dan sebagainya dijadikan asas moraliti dun etika ahli-ahli politik. Kertas kerja ini meninjau persoalan moraliti dan etika dalam politik di Malaysia
The Effects of Big-Five Personality Traits on Deviant Behavior
AbstractThis article aims to identify the personality profile of the public sector employees and to examine its relationship with deviant behavior. In this study, surgency, agreeableness, adjustment, conscientiousness and openness to experience were used to measure organizational deviance and interpersonal deviance. Studies indicate that age and gender are of significant influence in deviance studies and are the control variables. Through descriptive statistics and hierarchical regression analyses, all personality dimensions are highly evident, and personality have an association with organizational deviance and interpersonal deviance, with few dimensions have significant relationship. In conclusion, the study supports that personality inhibits negative behavior
The incidence of sexual harassment: A preliminary report
The study of sexual harassment has not gained its momentum in this country, as most studies are at its preliminary stage.This study also investigates the incidence of sexual harassment but more confined to the northern region of the country. A total of 52 respondents participated by answering the Utara Sexual Harassment Perception Questionnaire (USHPQ) developed by Sabitha (1999) based on indicators used in Soutar (1977), Reese et al., (1997) and Fitzgerald (1991). Four categories of SH were used; visual, verbal, non-verbal, and physical. Respondents views and experiences were grouped into the following categories; acts which are very disturbing, acts which are disturbing and acts which are not considered as sexual disturbing. Differences in perception between men and women were noted and discussed
