2 research outputs found

    PENDEKATAN REKABENTUK BANGUNAN TINGGI DALAM KONTEKS PERBANDARAN: KAJIAN KES DI KOREA SELATAN

    No full text
    Pada masa kini, bandar-bandar di seluruh dunia telah berkembang maju dan dipenuhi dengan bangunan-bangunan pencakar langit yang gah dan moden. Pertumbuhan yang pesat ini sukar dikawal sehingga kebanyakkan bandar telah kehilangan identiti asalnya dan keperluan serta kepentingan penduduk bandar diketepikan bagi memberi ruang untuk pembinaan bangunan-bangunan tinggi. Namun begitu, isu ini kian mendapat perhatian pihak-pihak yang terlibat seperti arkitek dan jururancang bandar bagi memastikan keperluan dan keselesaan penduduk bandar tetap diutamakan disamping mengharungi arus pemodenan. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti pendekatan reka bentuk bangunan tinggi dalam konteks persekitaran bandar (urbanscape) dan mengenalpasti serta mengkaji kualiti reka bentuk bangunan tinggi dalam mengukuhkan fabrik bandar menggunakan cerakinan teori Responsive Environments. Kajian kes dijalankan di dua bangunan tinggi di Korea Selatan iaitu Menara Twin Tree dan Urban Hive yang terletak di tengah-tengah bandar Seoul kerana mempunyai karakter setempat yang berbeza. Kaedah-kaedah yang digunakan bagi melengkapkan kajian ini adalah melalui kajian pustaka, pemerhatian dan juga temubual bersama arkitek Urban Hive iaitu Kim Incheurl. Hasil daripada kajian ini dapat memberi maklumat tambahan tentang bagaimana bangunan-bangunan tinggi ini direkabentuk dan disesuaikan dalam persekitaran bandar serta mampu menampung kehendak penduduk bandar sendiri.Kata kunci: Pendekatan, rekabentuk, bangunan tinggi, persekitaran banda

    KRITERIA AWALAN PEMBANGUNAN PERSISIR AIR DI SEKITAR KAWASAN BANGUNAN TINGGI

    No full text
    ABSTRAKKajian ini untuk mengenalpasti kriteria pembangunan persisir air di kawasan bangunan tinggi yang menyumbang kepada aktiviti sekeliling. Kajian ini juga akan mencerakinkan kriteria persisir air di kawasan bangunan tinggi serta mengkaji pembangunan persisir air berdasarkan dari aktiviti yang wujud di kawasan kajian. Kajian kes yang dipilih adalah di sekitar Sungai Singapura dan Marina Bay, Sungai Klang dan Putrajaya. Kajian dijalankan dengan melakukan kajian lapang serta temubual dengan pihak berkuasa tempatan serta kajian pustaka yang memperlihatkan pembangunan kawasan persisiran air dan rekabentuk bandar dan tumpuan kepada ruang awam sebagai elemen utama. Malaysia kini mula mewujudkan kawasan ruangan awam untuk rekreasi di sekitar persisir air. Kesimpulan daripada kajian ini akan menganalisis elemen dan kriteria persisir air yang dirancang dengan mencerminkan keadaan setempat serta menyediakan ruang awam untuk menghidupkan kawasan persisir air sekaligus meningkatkan imej bandar. Kriteria tersebut dapat digunakan sebagai panduan kepada pereka-pereka dalam merekabentuk bangunan tinggi di kawasan persisir air serta kajian ini juga dapat membantu projek rekabentuk senibina studio 2 bagi bangunan tinggi yang mempunyai tapak cadangan di sekitar kawasan persisir air.Kata kunci: Pembangunan Persisir Air, Bangunan Tinggi, Ruang Awam
    corecore