1,720,961 research outputs found
KOMPETENSI ICT PEMIMPIN SEKOLAH
Laporan Kajian SchoolNet dan Peranan ICT dalam Pendidikan yang dilaksanakan oleh
Boston Consulting Group (BCG) menyatakan bahawa tahap literasi ICT dalam kalangan
pemimpin sekolah adalah rendah. Laporan tersebut telah mencadangkan inisiatif “ensure
that Principals are minimally ICT literate and users of ICT”. Cadangan yang disarankan
ialah memberikan latihan bagi memastikan pemimpin sekolah mempunyai tahap literasi
ICT yang bersesuaian. Kajian ini dilaksanakan untuk meninjau tahap kompetensi ICT
dalam kalangan pemimpin sekolah. Dapatan kajian juga digunakan sebagai input untuk
mengkaji semula kurikulum latihan pada masa akan datang. Kajian tinjauan ini dijalankan
ke atas seramai 211 orang pemimpin sekolah di enam buah pejabat daerah pelajaran
yang terpilih dengan menggunakan instrumen yang dibangunkan. Instrumen Kompetensi
ICT Pemimpin Sekolah telah digubal untuk meninjau persepsi responden tentang tahap
kompetensi ICT mereka. Kompetensi ICT pemimpin sekolah ditinjau dalam enam
domain iaitu dasar dan kepimpinan, pembudayaan ICT dalam organisasi, pengetahuan
dan kemahiran ICT, pengurusan dan pentadbiran ICT, pembangunan keupayaan ICT
organisasi; serta isu sosial, perundangan dan etika ICT. Pada keseluruhannya, responden
berpendapat bahawa tahap kompetensi ICT mereka berada pada tahap tinggi bagi
keenam-enam domain dengan min antara 3.79 hingga 3.90. Namun jika dilihat secara
mendalam, terdapat tahap sederhana dalam dua indikator tertentu iaitu pengetahuan dan
kemahiran prisian produktiviti, serta kerjasama pintar. Dapatan tinjauan ini dicadangkan
menjadi satu asas untuk meneruskan kajian ke atas ke semua pemimpin sekolah bagi
mendapatkan gambaran yang sebenar kompetensi ICT dalam kalangan pemimpin sekolah
KEPIMPINAN KOLABORATIF KE ARAH PELESTARIAN PEMBUDAYAAN ICT DI SMK BANDARAYA KOTA KINABALU
Antara fungsi penting yang dimainkan oleh pemimpin-pemimpin sekolah dalam era
teknologi maklumat ini, ialah peranan pemimpin serta pentadbir-pentadbir sekolah dalam
merealisasikan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia membudayakan penggunaan ICT
dalam kalangan warga sekolah. Seseorang pemimpin itu haruslah bijak memimpin serta
menjadi contoh dan teladan kepada seluruh staf di bawah pimpinannya, mampu memperoleh
dukungan daripada staf bawahan sehingga menggerakkan ahli-ahli bawahannya ke arah
pencapaian organisasi. Dalam konteks ini, SMK Bandaraya Kota Kinabalu (SMKBKK)
merupakan contoh kes dalam perbincangan ini. Kertas kerja ini bertujuan berkongsi usahausaha
yang dilaksanakan oleh pihak pentadbir secara kolaboratif dalam memantapkan
dan meningkatkan pembudayaan ICT di SMKBKK. Perbincangan dalam kertas kerja
ini memperlihatkan penggabungjalinan aplikasi teori Kepimpinan Kolaboratif dan teori
‘Distributed / Distributive Leadership’. Perbincangan bermula dengan huraian pelbagai
cabaran dalaman dan luaran di SMKBKK yang perlu diharungi oleh Pengetua, Ketua
Bidang Teknologi dan Vokasional dan Guru Penyelaras Bestari sekolah. Namun begitu,
dengan misi ingin melaksanakan pembelajaran berkualiti secara berterusan dalam satu
pasukan, pihak kami tetap berusaha mengemudikan SMKBKK ke arah melestarikan
pembudayaan ICT sehingga mencapai tahap lima bintang ICT dalam penilaian SSQS
(Smart Schools Qualification Standards). Usaha ini terus dimantapkan untuk memastikan
markah pencapaian SSQS meningkat secara berterusan. Ini terbukti apabila SMKBKK
berjaya mencapai peningkatan dalam skor SSQS iaitu, 2010: 81.0%; 2011: 86.0% dan
2012: 90.80 %. Dalam usaha melestarikan pembudayaan ICT di sekolah, salah satu aspek
lagi yang membanggakan warga SMKBKK ialah kesanggupan kami memperluaskan
budaya ICT sehingga ke peringkat komuniti ibu bapa di kampung-kampung iaitu tempat
tinggal para pelajar SMKBKK melalui Program Outreach sekolah. Untuk memperolehi
data, metodologi yang digunakan adalah berbentuk kajian deskriptif yang berasaskan
tinjauan rawak. Seramai 30 orang guru dan 30 orang pelajar telah dipilih untuk mengkaji
tahap penggunaan ICT di sekolah serta isu-isu yang dihadapi. Instrumen yang digunakan
adalah soal selidik SSQS dan kaedah temuduga berstruktur. Hasil temuduga dengan lima
orang guru dan lima orang pelajar menunjukkan bahawa sungguhpun masih terdapat
kekangan-kekangan yang menjejaskan perkembangan budaya ICT di SMKBKK, namun
sumber tenaga manusia, sumber ICT serta pelbagai sumber yang sedia ada dioptimumkan
untuk mencapai matlamat pembudayaan ICT
Kepimpinan Teknologi Pendidikan Dalam Kurun Ke-21 : Cabaran Untuk Pemimpin Dan Pentadbir Sekolah
Teknologi daripada awal lagi telah merubah cara guru mengajar dan murid
belajar dari penggunaan tablet papan batu hinggalah kepada penggunaan tablet
komputer seperti Ipad atau Samsung. Bagaimana pengetua atau gurubesar harus
menghadapi perkembangan teknologi yang begitu pesat yang mempengaruhi ledakan
maklumat dan kompleksiti pedagogi yang digunakan dalam kurun ke-21? Pemimpin
dan pengurus sekolah harus bertanggungjawab menghadapi perubahan ini. Adakah
sekolah harus menyediakan satu plan teknologi untuk melaksana dan mengintegrasikan
penggunaan teknologi pendidikan dalam pengurusan dan pengajaran dan pembelajaran
agar dapat membawa masyarakat pendidik dan pelajar sekolah ke Zaman Digital?
Dalam pendidikan guru, model TPACK (Koehler & Mishra, 2008) diberi tumpuan untuk
menghasilkan guru yang berupaya mengintegrasikan teknologi, kandungan dan pedagogi
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kertas kerja ini juga, akan membincangkan
Lima Standard Nasional Teknologi Pendidikan atau National Educational Technology
Standards (NETS, 2009) untuk pentadbir sekolah yang telah dikemukakan oleh International
Society of Technology Education (ISTE), Amerika.. Di samping itu, dapatan
kajian penggunaan teknologi pendidikan di kalangan pengetua atau gurubesar
menggunakan Technology Standards for School Administrators (TSSA) (2001)
akan dibincangkan. Dapatan kajian menunjukkan peratus keseluruhan bagi enam
standard ini adalah 76.6% (sederhana tinggi.) Dari enam standard ini sokongan
tertinggi bagi pengetua atau gurubesar adalah dalam Standard Pembelajaran
dan Pengajaran (86.4%) diikuti oleh Kepimpinan dan Visi Teknologi Instruksional
(77.7%), Produktiviti dan Amalam Profesional (76.9%), Isu Sosial, Perundangan dan
Etika (76.9%), dan Standard Sokongan, Pengurusan dan Operasi (75.3%). Manakala
standard yang terendah ialah dalam Standard Pentaksiran dan Penilaian (66.5%).
Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk meningkatkan lagi penggunaan teknologi
instruksional di sekolah. Sebagai penutup, satu soalan tentang pentaksiran standard
teknologi berasaskan NETS (2002) telah disediakan untuk menilai standard teknologi di sekolah
KE ARAH SEKOLAH DIGITAL 2.0
SJK(C) CHONG WEN KUALA LUMPUR, PERNAH MENERIMA ANUGERAH DALAM BIDANG PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN ICT DI PERINGKAT NEGERI DAN JUGA KEBANGSAAN. ANUGERAH BERKENAAN ANUGERAH KPM SSQS 5 BAGI TAHUN 2011-2012 DAN ANUGERAH TOKOH KEPIMPINAN ICT JPWPKL TAHUN 2012
PROSIDING KOLOKIUM ICT DALAM PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN 2013
Prosiding ini diterbitkan berdasarkan tema kolokium ‘Transformasi Kepimpinan Menjana Modal Insan Inovatif Abad Ke-21 Prosiding ini mengandungi tujuh bahagian yang terdiri daripada Kertas Ucaptama, Koleksi Kertas Kerja, Koleksi Kajian Kes, Laporan Forum, Maklumat Kolokium, Atur cara Kolokium, dan Senarai Jawatankuasa Kolokium. Kesemuanya terdapat tiga kertas ucaptama dan lima kertas kerja, manakala lapan kertas kajian kes adalah rumusan daripada slaid pembentangan pada sepanjang kolokiu
PENERAPAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berperanan menyediakan kelengkapan dari
segi infrastruktur dan piawaian, kursus kepimpinan dan koordinasi, mewujudkan
harta intelektual, menyediakan polisi dan perundangan, melaksanakan penyelidikan,
pembangunan dan inovasi serta mewujudkan sumber manusia dan pembudayaan ke arah
pengurusan perubahan. JPA telah merangka pelbagai aplikasi bersepadu secara online
yang mengutamakan perkhidmatan untuk rakyat. Dalam rangka kerja ICT sektor awam
telah menggariskan visi strategik ICT ke arah perkhidmatan berfokuskan rakyat dan
pendekatan keseluruhan kerajaan menerusi penggunaan ICT secara meluas.Fokus urus
tadbir ICT sektor awam adalah kepada bidang pendidikan, perniagaan, kerajaan dan
rakyat menerusi aplikasi SMS, wap, web, IVR, teknologi mudah alih, kaunter, e-mel dan
media baharu. Melalui aplikasi ini JPA telah menyediakan beberapa saluran penyampaian
seperti portal myGovernment, national single window dan portal agensi. Semua saluran
penyampaian ini menggunakan laluan perkhidmatan atas talian. Kemudahan yang
disediakan oleh JPA ini adalah untuk mewujudkan hab pengurusan ilmu bagi menyediakan
sumber manusia ke arah persekitaran pemboleh daya. Dalam sektor pendidikan, JPA
menyediakan saluran untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP),
penilaian dan pengurusan pentadbiran(PdT)
KENALI SUMBER MASALAH DAN KUNCI KEJAYAAN PENGURUSAN DI ERA DIGITAL
Era digital telah memaksa perubahan pada pengurusan pendidikan. Peredaran yang pesat dalam dunia teknologi telah meningkatkan ras gerun dalam kalangan ramai guru dan pengurus sekolah. Pada masa yang sama, generasi Y dan Z di sekolah yang lebih mahir dalam ICT turut menimbulkan kegusaran. Peredaran teknologi dan kemahiran ICT adalah contoh terhad di antara pelbagai isu yang menjadi rintangan pada penggunaan ICT dalam kalangan guru-guru dan juga pentadbir sekolah. Ramai di antara pihak pengurusan kurang kepastian berhubung dengan punca-punca cabaran yang dihadapi. Apabila langkah yang digunakan tidak dapat menangani punca cabaranya, maka besar kemingkinana isu-isu akan berterusan. Kertas ini meneliti punca-punca atau rootcause yang membentuk isu-isu pengurusan pendidikan di era digital dan mencadangkan beberpa langkah asas sebagai kunci kejayaan pengurusan di era digital. Amalan-amalan terbaik di dalam negara, piawaian dan kerangka bagi pengurusan abad ke 21 di peringkat global merupakan contoh bagi strategi pelaksanaan
Going Beyond Counting First Authors in Author Co-citation Analysis
The present study examines one of the fundamental aspects of author co-citation analysis (ACA) - the way co-citation
counts are defined. Co-citation counting provides the data on which all subsequent statistical analyses and mappings
are based, and we compare ACA results based on two different types of co-citation counting - the traditional type that
only counts the first one among a cited work's authors on the one hand and a non-traditional type that takes into
account the first 5 authors of a cited work on the other hand. Results indicate that the picture produced through this non-traditional author co-citation counting contains more coherent author groups and is therefore considerably clearer. However, this picture represents fewer specialties in the research field being studied than that produced through the traditional first-author co-citation counting when the same number of top-ranked authors is selected and analyzed. Reasons for these effects are discussed
- …
