1,721,000 research outputs found
Students and school learning environment motivate success of Excellent Islamic Education Teachers (EIET)
Kajian Kes Penggunaan Gaya Pembelajaran Pelajar Pusat Pendidikan Islam Andalus, Singapura.
Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan gaya pembelajaran dan motivasi pelajar di Pusat
Pendidikan Islam Andalus, Singapura. Kajian kuantitatif ini menggunakan instrumen soal selidik
dengan Skala Likert empat pilihan ke atas 108 orang responden yang terdiri daripada 60 pelajar
lelaki dan 48 pelajar perempuan Menengah 3 dengan menggunakan persampelan bermatlamat.
Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian SPSS versi
19.0. Statistik deskriptif, iaitu peratusan, min, dan sisihan piawai digunakan untuk analisis taburan.
Nilai pekali Alpha Cronbach untuk kajian ini ialah 0.83. Hasil kajian mendapati bahawa gaya
pembelajaran kinestetik berada pada tahap sederhana dengan nilai min 2.82, gaya pembelajaran
auditori berada pada tahap sederhana dengan nilai min 2.77, gaya pembelajaran visual berada pada tahap sederhana dengan nilai min 2.66, motivasi intrinsik berada pada tahap sederhana dengan nilai min 2.79, dan motivasi ekstrinsik juga berada pada tahap sederhana dengan nilai min 2.66. Akhir sekali, hasil ujian korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang kuat dan signifikan antara gaya pembelajaran dengan motivasi pelajar, iaitu (r=0.540, kuat) pada aras signifikan ? = 0.01
Karakter 7B Mukmin Cemerlang
Islam amat menekankan pembentukan karakter bagi setiap individu agar mereka mampu menjadi khalifah yang membawa kesejahteraan umat manusia. Paksi utama yang membentuk individu
Muslim untuk menjadi khalifah yang dinamik dan soleh adalah terletak kepada karakter kerohanian
yang berteraskan al-Quran dan hadis. Tulisan ini merupakan hasil kajian yang menggunakan
metode analisis kandungan terhadap kitab Riyad al-Salihin karangan Imam al-Nawawi. Pengkaji
mengkategorikan cabang utama karakter Muslim yang dibahaskan oleh beliau berdasarkan tajuk
perbincangan serta berdasarkan penggunaan ayat al-Quran dan hadis yang digunakan oleh beliau.
Pengkategorian ini cuba mengekalkan penamaan karakter yang digunakan oleh beliau agar
tidak terkeluar daripada paradigmanya. Dapatan menunjukkan bahawa terdapat tujuh karakter
Mukmin Cemerlang yang membentuk akronim Karakter 7B, iaitu Karakter Berihsan (KB1),
Karakter Berakhlak (KB2), Karakter Bersosial (KB3), Karakter Beribadah (KB4), Karakter Beradab
(KB5), Karakter Berjihad dan Berilmu (KB6), dan Karakter Berbatasan (KB7). Setiap satu karakter
7B menghasilkan model penting dalam pembinaan karakter ini. Implikasi daripada dapatan juga
menghasilkan Model Karakter 7B yang boleh dijadikan teras pembentukan kurikulum pendidikan
Islam yang mengarah ke arah pembentuk masyarakat Islam yang lebih dinamik dan soleh
Kajian kes penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru cemerlang pendidikan islam (GCPI) sekolah bandar dan luar bandar: satu kajian perbandingan
Model guru berkualiti dari perspektif tokoh pendidikan Islam dan barat
Guru berkualiti merupakan aspek yang menjadi perbincangan dan kajian oleh banyak pengkaji dalam bidang Pendidikan Islam. Tujuan mereka supaya kualiri diri guru dapat difahami dan dihayati seterusnya dipraktikan dalam kehidupan seorang guru yang berkualiti. Kertas kerja ini cuba membincangkan secara terperinci model guru berkualiti seperti yang telah dibincangkan oleh tokoh Pendidikan Islam dan Pendidikan Barat yang terdiri daripada Imam al-Ghazali (t.th), Kamarul Azmi Jasmi (2010), Abdull Sukor Shaari (2008), Dunkin dan Biddle (1974), dan Shulman (1986)
Akhlak dalam perkembangan masyarakat Islam kontemporari / Siti Aisyah Yusof dan Nik Liyana Mustapa@Nik Daud
Akhlak mendapat kedudukan yang tinggi dalam Islam. Perutusan junjungan Nabi Muhammad SAW kepada manusia di seluruh alam adalah antaranya untuk menyempurnakan akhlak mulia (Kamarul Azmi Jasmi dan Ab. Halim Tamuri, 2007). Sabda baginda SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya aku diutus demi menyempurnakan akhlak yang mulia”. (Riwayat Ahmad, al-Hakim dan al-Baihaqi) Seseorang yang berakhlak buruk seolah-olah mendapat kecelakaan. Sabda Rasulullah SAW ketika ditanya, apakah yang dianggap sebagai kecelakaan itu? Baginda SAW menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: “Iaitu budi pekerti yang buruk”. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud) Oleh itu, seseorang yang beriman kepada Allah SWT wajib menganuti dan melaksanakan tuntutan dalam Islam untuk berakhlak dengan akhlak yang mulia sebagaimana yang dimiliki oleh Rasulullah SAW (Abu Bahili An Nahli, 1996)
- …
