1,721,994 research outputs found
Membudayakan profesionalisme guru Pendidikan Islam yang cemerlang
Membudaya profesionalisme guru Pendidikan Islam memberi maksud untuk membiasakan sesuatu tingkah laku yang baik supaya berbudaya atau beradab dengan sifat kemampuan, kemahiran, dan cara pelaksanaan sebagaimana yang sewajarnya dilakukan oleh seorang yang bersifat profesional (Anom, 2005). Tingkah laku profesional tersebut pula dikaitkan dengan tatacara kehidupan guru Pendidikan Islam yang berlandaskan di atas landasan cemerlang guru dari perspektif Islam (Jasmi, Kamarul Azmi, 2008d; Jasmi, 2010; Jasmi & Nawawi, 2012).Tulisan ini akan cuba mengupas sikap membudayakan profesionalisme guru Pendidikan Islam yang cemerlang yang terdiri daripada budaya pengajaran yang cemerlang yang berinovasi (Tamuri, Ab. Halim et al., 2004; Tamuri, Ab Halim et al., 2012b; Sulaiman & Jasmi, 2013; Nawawi & Jasmi, 2013; Jasmi & Salleh, 2013; Jasmi, 2013; Ilias et al., 2013), budaya kecekapan bertahap tinggi (Shuib, 2006; Abdullah & Ngang, 2006), budaya sosial yang versatile (Jasmi et al., 2007; Zaid & Jasmi, 2012), dan budaya keilmuan yang bertaraf mampan (Jasmi & Tamuri, 2007c; Jasmi, Kamaru Azmi, 2014)
Dataset supporting the University of Southampton Doctoral Thesis "An assessment of Microfinance Institutions Social Performance: Evidence from Worldwide Panel Data"
This dataset supports Jasmi, Zarith Sofia Binti (2020) An assessment of microfinance institutions’ social performance: evidence from worldwide panel data. University of Southampton, Doctoral Thesis
The data reflect an assessment of different types of MFIs outreach performance. The data contains a MFIsdata_mixmarket.xlsx file.
Data is accessible under CC BY license.</span
ANALISIS STRUKTURAL NOVEL INYIAK SANG PEJUANG KARYA KHAIRUL JASMI
ABSTRAK
Boby Chandra. 2021. Struktur Novel Inyiak Sang Pejuang karya Khairul Jasmi: Tinjauan Struktural. Jurusan Sastra Indonesia Fakultas Ilmu Budaya Universitas Andalas. 2021. Pembimbing I: Dr. Syafril, M.Si dam Pembimbing II: Drs. M. Yusuf, M.Hum.
Skripsi ini membahas tentang struktur novel Inyak Sang Pejuang karya Khairul Jasmi dengan tinjauan struktural. Pendekatan yang digunakan dalam penelitian ini adalah pendekatan struktural. Tujuan dari penelitian ini adalah mendeskripsikan unsur-unsur struktural dan makna yang terdapat dalam novel Inyak Sang Pejuang karya Khairul Jasmi.
Teori yang digunakan dalam menganalisis novel Inyak Sang Pejuang adalah teori yang dikemukakan oleh Stanton. Metode yang digunakan adalah metode analisis data pada teori fiksi Robert Stanton. Teknik yang digunakan adalah membangun teori struktur, pembacaan yang cermat, menganalisis fakta cerita dan sarana sastra, dan menghubungkan antara satu unsur dengan unsur lain supaya terwujud keterpaduan makna struktur, selanjutnya penafsiran.
Berdasarkan analisis dapat disimpulkan bahwa dalam novel Inyiak Sang Pejuang, tiap-tiap unsur yang membangun novel tersebut dari dalam memiliki hubungan keterkaitan dan keterjalinan satu dengan yang lainnya. Hubungan tiap-tiap unsur tersebut adalah hubungan antara tokoh, alur, latar, konflik, sudut pandang, gaya bahasa, dan tema. Kesemua unsur-unsur tersebut menjadikan novel Inyiak Sang Pejuang sebagai karya yang utuh. Adapun bentuk hubungannya yaitu seperti hubungan unsur tokoh dengan latar saling terikat. Sifat dan lakuan tokoh dipengaruhi dari mana berasalnya tokoh tersebut. Seperti tokoh Sulaiman yang berasal dari keluarga seorang ulama dan harus melanjutkan pekerjaan ayah dan kakeknya yang merupakan seorang ulama di Canduang. Jadi bagaimana sifat dan lakuan tokoh dapat dilatari dari mana tokoh itu berasal. Begitu juga dengan unsur-unsur lainnya.
Kata Kunci: Struktural, Khairul Jasmi, novel, hubungan antar unsur, makna
Mahasiswa dan pembelajaran berkesan
Belajar di universiti berbeza dengan belajar ketika di sekolah menengah dan pra universiti. Pada peringkat ini kecemerlangan pelajar adalah bergantung pada keupayaan yang lebih menyeluruh bagi setiap kursus, iaitu penilaian dilaksanakan dengan sebahagian besar pemarkahan adalah daripada penilaian berterusan dan sebahagian kecil pula datang daripada peperiksaan. Lagi tinggi tahap pengajian di universiti, maka semakin kecil penilaian dalam bentuk peperiksaan. Sehingga ke tahap pengajian Doktor Falsafah, penilaian dalam bentuk penilaian berterusan dan penghasilan sesuatu kajian adalah menjadi keutamaan. Oleh sebab itu, teknik belajar di universiti juga sudah tentu berbeza dengan teknik belajar pada peringkat sebelumnya. Bab ini akan cuba mengupas beberapa kemahiran yang sangat penting dalam proses pembelajaran para pelajar di universiti, iaitu kemahiran membaca, kemahiran mengambil nota, kemahiran bercakap, kemahiran menulis tulisan akademik, serta kemahiran mengulang kaji dan menjawab peperiksaan
Mahasiswa dan penulisan kertas kerja akademik
Salah satu perkara penting bagi mahasiswa di Institusi Pengajian Tinggi ialah menghasilkan kertas kerja akademik bagi setiap kursus yang mereka ambil. Penghasilan kertas kerja akademik ini merupakan salah satu elemen penting bagi mahasiswa untuk dibiasakan dan dihasilkan agar setiap pelajar mampu diasah bakat mereka untuk menulis dari awal sesuatu hasil akademik dalam bidang yang mereka ceburi. Menulis kertas kerja akademik tidak semestinya mesti menunggu untuk pembentangan kertas kerja di seminar kebangsaan dan antarabangsa, dan bab dalam buku. Penulisan ini boleh dihasilkan sekalipun pembentangan hanya dilakukan untuk seminar kursus bagi sesuatu fakulti (Page & Brin, 2014). Penghasilan kertas kerja yang berkualiti pada hakikatnya adalah asas kepada penulisan yang lebih tinggi tingkatannya sekiranya para pelajar dibiasakan dengan penulisan akademik yang sebenar. Hal ini kerana menghasilkan kertas kerja akademik tidak sukar untuk mahasiswa sekiranya mereka dibiasakan dengan kaedah penulisan yang betul dalam membuat kertas kerja akademik (Creme, 2008). Masalah yang paling besar bagi para mahasiswa ialah sikap para pensyarah sendiri yang tidak begitu peka untuk membantu para pelajar untuk menulis dan melaksanakan kerja kursus mengikut kaedah penulisan kertas kerja akademik yang betul. Hal ini ditambah lagi dengan sikap mahasiswa yang mengambil mudah dalam penulisan kertas kerja akademik sehingga hanya menghasilkan kertas kerja yang bersifat potong dan tampal (copy and paste) daripada mana-mana sumber tulisan dalam internet untuk dijadikan kertas kerja mereka. Mereka melakukan tugasan kertas kerja tanpa sebarang aktiviti mengarang daripada hasil karangan mereka sendiri. Oleh itu, bab ini cuba mengupas persoalan penghasilan kertas kerja yang bersifat potong dan tampal dari segi aspek etika akademik. Selain itu, bab ini juga memberikan panduan yang berguna untuk menghasilkan satu penghasilan kertas kerja akademik yang sebenar dan berkualiti
Pengimarahan surau dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam
Surau sekolah adalah merupakan tempat untuk melakukan ibadat. Namun begitu, fungsinya bukan semata-mata untuk melakukan ibadat seperti solat sahaja tetapi boleh dijadikan tempat melaksanakan aktiviti dakwah, hari kebesaran Islam dan pengukuhan pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam (Ab. Halim et al. 2003). Keistimewaan di surau sekolah adalah kerana mempunyai prasarana yang dapat membantu pelajar dalam memahami teori dan praktis dalam Pendidikan Islam (Jasmi Amin et al. 2010. Surau sekolah juga berfungsi sebagai pusat kegiatan Pendidikan Islam di sekolah (BPI 2014, Kamarul Azmi & Mohd Faeez 2011). Dalam konteks pendidikan Islam masa kini, surau sekolah merupakan sebuah institusi yang perlu diimarahkan daripada aspek penggunaannya secara menyeluruh. Model Masjid Nabawi yang dirintis oleh Rasulullah SAW perlu dijadikan panduan sebagai pemangkin keberkesananan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah
Pandangan Dunia Khairul Jasmi dalam Novel Perempuan yang Mendahului Zaman: Tinjauan Strukturalisme Genetik Goldmann
Pandangan dunia menjadi mediasi antara karya sastra dengan masyarakat. Pada penelitian ini diteliti pandangan dunia Khairul Jasmi dalam novel Perempuan yang Mendahului Zaman. Tujuan dari penelitian ini ialah untuk menjelaskan pandangan dunia Khairul Jasmi dalam novel Perempuan yang Mendahului Zaman yang menjadi mediasi antara struktur dalam novel tersebut dengan struktur yang ada di masyarakat. Struktur yang dimaksud merupakan produk dari proses sejarah yang terus berlansung, proses strukturasi dan destrukturasi yang hidup dan dihayati oleh masyarakat karya sastra bersangkutan. Teori yang digunakan dalam penelitian ini adalah strukturalisme genetik Goldmann yang mempercayai bahwa karya sastra merupakan sebuah struktur bermakna. Hasil dari penelitian ini ialah Khairul Jasmi menggambarkan pandangan dunianya tentang nilai-nilai otentik yang berusaha diwujudkan sebagai pandangan dunia epik. Nilai-nilai otentik yang ada dalam novel Perempuan yang Mendahului Zaman melalui pandangan dunia Khairul Jasmi tersebut, yaitu (1) kesetaraan kedudukan antara perempuan dan laki-laki diwujudkan dengan memberikan pendidikan Islam bagi perempuan, (2) pentingnya perkembangan kemampuan spiritual dan sosial perempuan untuk mewujudkan kesetaraan itu, dan (3) pembaharuan pemikiran terhadap perempuan disesuaikan dengan ajaran agama Islam sehingga pemahaman tentang kesetaraan perempuan dan laki-laki itu diterima di masyarakat
Mahasiswa dan amalan kerohanian dalam kehidupan
Amalan kerohanian atau riadah rohani merupakan perkara yang penting dalam kehidupan seharian sebagai individu Muslim. Hal ini demikian kerana kita merupakan khalifah di muka bumi Allah dan ketinggian martabat insan di sisi Allah SWT bukan terletak pada pangkat atau harta, tapi pada amalannya (Jasmi, Kamarul Azmi, 2002; Basiran et al., 2012). Hal ini dinyatakan oleh Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud:Sesungguhnya, semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
(Surah al-Hujurat, 49:13)
Secara umumnya, kerohanian atau rohani, dalam maksud terhad merujuk kepada perkara yang berkaitan dengan roh. Manakala dalam maksud yang lebih luas, membawa maksud semangat intrinsik yang dipunyai oleh segala jirim di dunia (Kamus Dewan, 2005). Walaupun begitu rohani selalu dikaitkan dengan perasaan dalaman manusia yang melibatkan emosi kendiri dan penakulan strategik. Dalam hal ini, kesucian rohani sangat ditekankan dalam agama (Al-Ghazali, t.th.). Kesucian rohani membawa maksud keadaan mental yang logik dan mementingkan kebaikan manusia sejagat dan diikuti kebaikan individu itu sendiri. Rohani setiap individu merupakan penentu moral dan sosial masyarakat serta penetapan undang-undang (Jasmi, Kamarul Azmi, 2002). Seterusnya undang-undang penting dalam mengawal rohani manusia yang dijadikan bercampur baur antara emosi positif dan emosi negatif dengan intuisi dan objektif bagi mencorakkan secara optimum manusia yang sempurna dari segi kelakuan dan personaliti. Rohani yang kacau dikaikan juga dengan emosi negatif dari segi psikologi. Manakala rohani yang sempurna juga dikaitkan dengan aktiviti beragama individu yang tekun dan amalan baik yang dilakukan oleh seseorang individu. Hal ini penting bagi setiap individu Muslim agar memastikan keadaan rohaninya sentiasa dalam keadaan baik dalam rangka untuk menjadi hamba dan khalifah Allah yang terbaik (Al-Nawawi, 2007)
Al-Quran satu mukjizat yang menakjubkan
Al-Quran diciptakan dengan bahasanya tersendiri dan menggunakan di alek bahasa yang tidak sama dengan dialek yang digunakan oleh orang Arab pada ketika penurunannya (Ibrahim I. A., 1997). Orang Arab ketika itu tidak percay a Nabi Muhammad mereka-reka sedangkan baginda tidak pandai membaca dan menulis (Hadad S.A.T., 2011). Al-Quran mencabar orang yang tidak percaya akan kesahihannya agar menciptakan sepotong ayat yang menandingi bahasa al-Quran (Zakir, t.t.). Al- Quran adalah ayat kebenaran yang diturunkan sebagai panduan kepada umat manusia agar mengikut jalan yang lurus (Muhammad K., 2004). Pada zaman dahulu, orang yang pandai bersyair dan berpuisi dianggap orang yang berkedudukan tinggi dalam masyarakat Arab (Zakir, 2000). Oleh yang demikian, tentulah bahasa yang digunakan oleh penyair adalah menarik dan suka didengari. Namun begitu, walaupun mereka hebat dalam merekacipta syair yang hebat, mereka masih tidak dapat menandingi keunggulan bahasa al-Quran dari segi bahasanya (Saifullah M.S.M.,et. al. 2011)
Al-Quran dan tenaga suria
Permintaan tenaga pada hari ini sentiasa meningkatkan untuk memenuhi keperluan hidup masyarakat dunia. Komuniti dunia pada hari ini masih menggunakan sumber asli sebagai sumber utama dalam penghasilan tenaga. Anggaran menunjukkan hampir 70% daripada bekalan elektrik dihasilkan daripada pembakaran arang batu, minyak dan gas (Ismail, 2010). Di Malaysia tenaga memainkan peranan yang penting dalam proses pembangunan, pertumbuhan perindustrian dan perbandaran. Hari ini, pembakaran bahan api fosil untuk penjanaan tenaga elektrik telah menyebabkan pengeluaran gas rumah hijau semakin meningkat. Peningkatan pengeluaran gas ini telah memberi kesan yang buruk terhadap cuaca dunia. Selain itu, ketergantungan kepada sumber asli boleh menyebabkan pengurangan sumber di masa hadapan dan peningkatan harga sumber di pasaran. Kebimbangan berhubung kekurangan sumber tenaga di samping kesedaran memelihara alam menyebabkan usaha mencari sumber tenaga alternatif giat dijalankan. Antara sumber gantian yang boleh diperbaharui dan tidak mencemar alam sekitar ialah tenaga suria, biojisim, biogas, angin, hidro dan sisa perbandaran. Sejak akhir-akhir ini, tenaga suria menjadi salah satu sumber tenaga yang mula mendapat perhatian masyarakat di Malaysia kerana menunjukkan potensi yang tinggi untuk diaplikasikan berikutan Malaysia menerima jumlah cahaya matahari yang tinggi di sepanjang tahun. Hal ini demikian menunjukkan potensi tenaga suria untuk diaplikasikan adalah tidak terhad
- …
