34 research outputs found

    How do mothers nurture love via parenting?

    No full text
    Love and compassion is the most persuasive emotional attachment in the family. Mothers true love empower children survival in the world and hereafter. Thus, the research aims to understand on how the Malaysian exemplary mothers award winner (Ibu Mith?l?) show their love and mercy to their children in order to develop parent-child attachment. To answer the research question, research was done using Grounded Theory approach. As a result, three main themes were emerged: physical touch, emotional touch and spiritual touch. Love and mercy from mothers are pertinent in child development. Therefore, mothers should nurture their children with love and compassion to balance firm discipline and strict rules in the family

    Prinsip pengukuran religiositi dan personaliti muslim

    No full text
    Pengukuran religiositi dan personaliti Muslim adalah penting dalam bidang pembangunan manusia dan psikologi. Persoalannya, adakah religiositi dan personaliti Muslim boleh diukur? Sekiranya boleh, apakah prinsip yang perlu dipatuhi untuk memastikan alat ukuran tersebut selaras dengan ajaran Islam dan dapat mengukur atribut yang hendak diukur? Justeru, kajian dibuat untuk mengenalpasti prinsip pengukuran religiositi dan personaliti Muslim. Kajian kualitatif Grounded Theory dilaksanakan untuk menjawab objektif dan persoalan kajian. Data dikumpul melalui temu bual separa berstruktur dengan enam orang pemikir Islam tersohor di Malaysia. Kajian mendapati, religiositi dan personaliti daripada perspektif Islam boleh diukur berasaskan tujuh prinsip asas. Prinsip tersebut adalah1) hukuman atau penilaian berasaskan perkara yang terzahir sahaja, 2) pengukuran religiositi daripada perspektif Islam boleh dibuat, namun nilaian sebenar adalah di sisi Allah, 3) asas pengukuran adalah manifestasi tiga rukun agama iaitu Iman (akidah Islam), Islam (syariat Islam) dan Ihsan (akhlak Islam), 4) Iman perlu dibuktikan dengan amalan, 5) penghayatan syariat Islam yang sempurna melahirkan akhlak yang mulia, 6) simbol yang berkaitan dengan religiositi tidak semestinya mencerminkan religiositi dan personaliti Muslim, dan 7) piawai pengukuran religiositi dan personaliti Muslim adalah Al-Quran dan sunnah. Sehubungan itu, ianya dicadangkan agar turut dijadikan sebagai garis panduan dalam membangun, menilai dan menggunapakai alat ukuran psikologi religiositi dan personaliti Muslim merentas sempadan budaya dan negara

    Kerelevanan siaran radio terhadap remaja Generasi Z di Malaysia

    No full text
    Radio merupakan media arus perdana yang penting dalam pembangunan negara bangsa. Pada era globalisasi, media baharu mula mendominasi landskap komunikasi negara. Timbul satu persoalan iaitu sejauh manakah kerelevenan siaran radio terhadap remaja Generasi Z di Malaysia? Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti minat remaja Generasi Z terhadap siaran radio dan faktor yang mempengaruhi minat mereka terhadap rancangan siaran radio. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif dan kualitatif. Kajian kuantitatif melibatkan 944 responden yang berusia antara 13 hingga 23 tahun. Kajian kualitatif pula melibatkan 30 orang mahasiswa yang berusia antara 20 hingga 23 tahun. Hasil kajian mendapati bahawa kewujudan radio masih lagi relevan dalam kalangan remaja Generasi Z. Empat stesen radio iaitu Era FM, Hot FM, Hitz FM dan IKIM FM menjadi pilihan utama remaja Generasi Z di Malaysia. Selain itu, kajian mendapati faktor lagu, unsur jenaka, nilai ilmu, dan bentuk pengendalian rancangan radio mempengaruhi pemilihan sesebuah stesen radio. Dalam pada itu, faktor penolakan remaja Generasi Z terhadap rancangan dan program radio turut dibincangkan dalam artikel ini. Justeru, siaran radio masa kini perlu bersifat dinamik, informatif dan multi-fungsi agar berupaya menjadi medium komunikasi berwibawa yang relevan dengan remaja Generasi Z. Hal ini seiring dengan aspirasi negara untuk memperkasa remaja Generasi Z yang bakal menerajui kepimpinan negara pada dekad mendatang

    Kesahan dan Kebolehpercayaan Inventori Religiositi Personaliti Muslim

    No full text
    Islam menawarkan penyelesaian terbaik kepada permasalahan semasa kerana ajaran Islam bersifat stabil dan dinarnik. Bagaimanapun, pengaplikasian dan keberkesanan ajaran tersebut tidak dapat diukur kerana bilangan alat ukuran religiositi muslim yang bermutu adalah terhad. Justeru, Inventori Religiositi dan Personaliti Muslim (IRPM) yang mengandungi dua skala iaitu Tasawur Islam dan skala Personaliti Muslim dibangunkan untuk memenuhi keperluan tersebut. Kajian dibuat untuk menjawab empat objektif utama kajian iaitu membangunkan model religiositi dan personaliti muslim, kesahan kandungan, kesahan gagasan dan kebolehpercayaan inventori menggunakan kaedah penyelidikan kombinasi kualitatif dan kuantitatif. Model religiositi dan personaliti muslim dibangunkan menggunakan sebahagian daripada pendekatan kualitatif grounded theory daripada enarn orang pakar dalam bidang agama yang diiktiraf dan memberi sumbangan yang besar dalam bidang tersebut. Data dianalisis menggunakan pendekatan analisis tematik yang kemudiannya menghasilkan teori dan model religiositi dan personaliti muslim, model pengukuran religiositi muslim d m prinsip pengukuran religiositi muslim. Kesahan kandungan diperolehi melalui penilaian arbiter. Kesahan gagasan diperolehi melalui pendefinisian operasional dan analisis faktor manakala kebolehpercayaan diperolehi melalui analisis kebolehpercayaan alpha cronbach. Kajian mendapati, kesahan kandungan alat ukuran adalah tinggi apabila 80% item skala Tasawur Islam dan 85% item skala Personaliti Muslim telah dipersetujui lebih daripada 71.4% arbiter. Kesahan gagasan skala pengukuran adalah tinggi kerana dibina menggunakan pendekatan rasional dan pendefinisian operasional gagasan. Hasil analisis faktor yang dilakukan pula menguatkan lagi kesahan gagasan melalui dua faktor yang diperolehi. Kebolehpercayaan alat ukuran adalah tinggi iaitu .8056 bagi skala Tasawur Islam dan .9607 bagi skala Personaliti Muslim

    Development of a visible light transmission (vlt) measurement system using an open-path optical method.

    No full text
    This paper describes about a visible light transmission (VLT) measurement system using an optical method. VLT rate plays an important role in order to determine the visibility of a medium. Current instrument to measure visibility has a gigantic set up, costly and mostly fails to function at low light condition environment. This research focuses on the development of a VLT measurement system using a simple experimental set-up and at a low cost. An open path optical technique is used to measure a few series of known-VLT thin film that act as sample of different visibilities. This measurement system is able to measure the light intensity of these thin films within the visible light region (535-540 nm) and the response time is less than 1s

    TINGKAH LAKU DEVIAN DALAM KALANGAN REMAJA DI SEMENANJUNG MALAYSIA BERDASARKAN FAKTOR PEMANTAUAN IBU BAPA, KOMUNIKASI IBU BAPA DAN RELIGIOSITI

    No full text
    Kegagalan membentuk tingkah laku positif remaja akan menjadikan remaja terdedah dengan tingkah laku devian yang menyebabkan terjerumus dengan kesalahan undang-undang. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti kajian konsep berdasarkan kajian lepas bagi faktor-faktor yang menyebabkan peningkatan tingkah laku devian remaja di Semenanjung Malaysia. Faktor kurangnya pemantauan ibu bapa iaitu ibu bapa tidak mengambil tahu pergerakkan aktiviti harian anak, tidak mengenali rakan anak dan terlalu memberi kebebasan kepada anak antara sebab remaja bebas terlibat dalam tingkah laku devian. Seterusnya, faktor komunikasi ibu bapa dan anak yang kurang baik turut menyumbang kepada tingkah laku devian remaja. Konflik yang timbul dalam komunikasi mengakibatkan anak-anak hilang kepercayaan kepada ibu bapa untuk berkongsi masalah mereka. Oleh demikian, remaja berasa selesa berkongsi masalah dengan rakan-rakan dan melepas tekanan dengan melibatkan diri dalam gejala sosial. Remaja percaya ibu bapa yang meluangkan masa untuk berkomunikasi dengan anak akan menimbulkan rasa kasih sayang dan dilindungi. Faktor religiositi iaitu kurangnya pengetahuan amalam agama menyebabkan mereka mudah terjebak dengan tingkah laku devian. Amalan dan pengetahuan agama perlu diterapkan oleh ibu bapa kepada anak-anak supaya mereka berfikiran matang untuk menentukan sesuatu tingkah laku itu positif atau negatif. Kesimpulannya, kesemua faktor di atas perlu dititik beratkan dalam perkembangan remaja agar remaja dapat mengelakkan diri terlibat tingkah laku devian

    Daya tahan belia: pengaruh hubungan perapatan dalam institusi kekeluargaan

    No full text
    Kehadiran elemen pelindung dalam proses perkembangan diri belia menyumbang kepada pembangunan belia yang positif. Salah satu elemen pelindung yang menyumbang kepada pembinaan daya tahan belia dan sering dibincangkan dalam kebanyakan kajian lepas ialah hubungan perapatan dalam institusi kekeluargaan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam elemen pelindung luaran iaitu hubungan perapatan dalam insitusi kekeluargaan yang menyumbang kepada pembinaan daya tahan belia dalam kalangan usahawan lepasan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB), Kuala Lumpur. Kajian ini adalah berbentuk kajian kualitatif generik berpandukan kajian fenomenologi dengan menggunakan kaedah pengumpulan data temu bual secara mendalam (in-depth) dan separa berstruktur (semi structured), kaedah pemerhatian dan analisis dokumen. Pemilihan sampel kajian adalah berdasarkan kepada kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling) dan mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Dapatan kajian mendapati bahawa hubungan perapatan dalam institusi kekeluargaan yang melibatkan aspek sokongan daripada ibu bapa, adik-beradik, keluarga besar (extended family) dan pasangan menyumbang kepada pembinaan daya tahan para informan. Pembinaan daya tahan ini membolehkan para informan berupaya membangun dengan positif dan mengubah status sosioekonomi melalui perniagaan dalam bidang kemahiran. Diharapkan dapatan kajian ini dapat memberi cetusan idea dan inspirasi kepada semua pihak dalam membentuk golongan belia yang berdaya tahan bagi menjamin kesejahteraan negara pada masa hadapan
    corecore