75 research outputs found

    Pengaruh atribusi kemiskinan, keadilan dunia dan gaya pembuatan keputusan terhadap kesejahteraan psikologi dalam kalangan kumpulan B40 di Malaysia

    No full text
    Di Malaysia kemiskinan boleh dilihat daripada jurang pendapatan di antara masyarakat bumiputera dan bukan bumiputera. Jurang pendapatan ini seterusnya membawa kepada pembentukan kumpulan masyarakat mengikut pendapatan isi rumah seperti golongan TOP-20, MIDDLE-40 dan BOTTOM-40. Golongan berpendapatan rendah (B40) adalah kumpulan isirumah berpendapatan kurang daripada RM 4,360 sebulan, berbanding golongn M40=6,502 dan T20=RM16,000 ke atas (Jabatan Penerangan Negara, 2013). Merujuk kepada Unit Perancangan Ekonomi Negara, peratusan rakyat bumiputera yang berada dalam kemiskinan adalah sebanyak 6.0 peratus, manakala bukan bumiputera sebanyak 0.1 peratus (Unit Perancang Ekonomi (EPU), 2016). Isu jurang pendapatan Income Inequality telah meletakkan Malaysia di kedudukan antara yang tertinggi di dunia. Kajian lepas menunjukkan jurang ekonomi antara golongan tertentu seringkali dikaitkan dengan sistem pengurusan ekonomi yang boleh mengancam kestabilan sosio-politik. Kajian oleh Jost, Banaji, & Nosek, (2004) mendapati kebanyakan orang miskin atau golongan yang tidak bernasib baik mengaitkan nasib mereka dengan system dan ketidakadilan pemerintah dalam menguruskan sumber. Manakala kajian lain pula mengaitkan kemiskinan bukan semata mata disebabkan oleh sistem malah ia berkaitan persoalan individu (Feagin 1972Kluegel & Smith 1981Robinson, 2009). Dapatan ini selari dengan sebahagian besar kajian kemiskinan yang melibatkan bidang psikologi iaitu berkait dengan atribusi atau persepsi manusia terhadap kemiskinan (Furnham, 2009). Atribusi secara umunya merujuk kepada proses membuat kesimpulan terhadap penyebab kepada sesuatu peristiwa dengan menggunakan maklumat tertentu (Rozmi Ismail, 2011)

    sj-docx-1-sgo-10.1177_21582440231178703 – Supplemental material for Interventions to Reduce Caregiver Burden Among Caregivers of Chronic Kidney Disease (CKD) Patients: A Scoping Review

    No full text
    Supplemental material, sj-docx-1-sgo-10.1177_21582440231178703 for Interventions to Reduce Caregiver Burden Among Caregivers of Chronic Kidney Disease (CKD) Patients: A Scoping Review by Sin Yee Chu, Norhayati Ibrahim, Noh Amit, Abdul Halim Abdul Gafor, Rozmi Ismail, Kai Wei Lee and Ching Sin Siau in SAGE Open</p

    Passengers preference and satisfaction of public transport in Malaysia

    No full text
    Nowadays, Malaysia facing with an explosive growth in vehicle ownership and utilization, which led to traffic congestion and pollution. In this situation, government policy encourages people to use public transportation. However, Malaysia are prefer to use private vehicle become many reasons including bad quality of services. In this regard, public transport operators are forced to place emphasis on the monitoring and improvements of the services provided. This study focuses on traveler’s satisfaction and preference towards public transport with service quality attributes. Self rate questionnaire was used to investigate overall customer satisfaction and factor that influence public transport users’ satisfaction. A survey was conducted on an actual public transportation network in Kuala Lumpur, Malaysia. The aim was to evaluate the parameters in passenger preference and satisfaction on public transportation network using statistical model included variable such as facilities, comfortness and quality of services. Data were analyzed using descriptive, correlation, factor and multiple regression analysis. Result show that influences of satisfaction parameters are more than preference parameters. The application of this study suggest that the public transport operation especially buses must improve their quality of services to the prospect passengers

    Role of sensation seeking and aggression on risk riding behaviors among motorcycle streets racers in Malaysia

    No full text
    In Malaysia, Illegal motorcycle street racers (locally known as Mat Rempit) is a well known phenomena. Racing on the public roads and performing dangerous stunts action not only endangered themselves but also threaten other road users. This article examines the relationship between impulsive traits, sensation seeking, aggression and risk taking behaviors among illegal motorcycle street racers in Malaysia. Some 564 motorcyclists (identified as Mat Rempit) were interviewed and requested to complete self-reported questionnaires on aggression, sensation seeking, and risky riding. This study found that the Mat Rempit who participated in illegal street racing scored higher on aggression, sensation seeking, and risk taking behaviors as compared to the group of respondents not involved. Results also revealed that those higher on overall impulsive sensation seeking traits also scored relatively high on aggression and risky riding. Regression analysis showed aggression, and sensation seeking behaviors contributed to 16.1% of the total variance in risky riding. This study suggested that effective enforcement as well as special rehabilitation program is needed for this group

    Pengaruh faktor individu, keluarga dan persekitaran sosial terhadap tingkah laku penyalahgunaan bahan dalam kalangan remaja

    No full text
    Prevalen salah guna bahan dalam kalangan remaja semakin meningkat setiap tahun. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti hubungan dan sejauhmana faktor-faktor berikut iaitu individu, keluarga dan persekitaran sosial (di sekolah dan komuniti) memberi pengaruh terhadap tingkah laku salah guna bahan. Kajian ini menggunakan metod survei melibatkan pengedaran soal selidik ke atas 480 responden remaja daripada populasi remaja berisiko tinggi dalam penyalahgunaan bahan. Responden yang terpilih adalah berumur di antara 13-17 tahun dan majoritinya adalah lelaki. Analisis korelasi dan regresi berganda telah digunakan untuk menguji hubungan dan mengenalpasti pemboleh ubah peramal terhadap gejala penyalahgunaan bahan. Keputusan kajian menunjukkan pemboleh ubah persekitaran sosial (keadaan berisiko di sekolah) dapat menerangkan sebanyak 45.5% daripada varians dalam tingkah laku salah guna bahan dan menjadi peramal yang dominan. Keputusan seterusnya melalui analisis regresi linear berganda mengesahkan bahawa model regresi menunjukkan pemboleh ubah individu, keluarga dan persekitaran sosial adalah signifikan dalam model tersebut dan menjadi penyumbang utama kepada salahguna bahan dalam kalangan remaja. Kajian ini merumuskan bahawa domain faktor persekitaran sosial amat penting dalam memahami keterlibatan remaja dalam penyalahgunaan bahan dan perlu diberi perhatian dalam merangka dan membina program pencegahan. Implikasi kajian ini mencadangkan bahawa sebarang dasar atau pembinaan modul pencegahan salah guna bahan dalam kalangan remaja perlu memfokus kepada aspek mengurangkan risiko dalam faktor persekitaran sosial seperti keadaan sekolah dan faktor komuniti yang tidak kondusif

    Pemanduan berisiko dan agresif serta penilaian terhadap bahaya dan kemalangan jalan raya

    No full text
    Kajian ini bertujuan meneliti sejauh mana cara pemanduan berisiko dan agresif serta persepsi terhadap bahaya mempengaruhi risiko kemalangan jalan raya. Kajian survei telah dijalankan ke atas 296 orang pemandu yang secara sukarela menjadi responden kajian. Mereka terdiri daripada pemandu novis dan pemandu berpengalaman yang berbeza dari segi umur dan jantina. Responden diminta untuk mengisi soal selidik yang berkaitan dengan keagresifan, emosi negatif, pemanduan berisiko, tingkah laku cuai semasa memandu dan tingkah laku melanggar peraturan. Selanjutnya dalam kajian kedua seramai 61 orang pemandu telah terlibat dalam kajian berkenaan persepsi terhadap bahaya di mana video pemanduan agresif ditayangkan kepada subjek dan subjek diminta menilai skala bahaya dan tahap kemarahan subjek terhadap situasi yang ditunjukkan. Keputusan kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan di antara emosi negatif dengan tingkah laku melanggar peraturan, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina, umur responden dan pengalaman memandu dengan pemanduan agresif. Dapatan kajian bagi video pemanduan agresif pula, majoriti daripada subjek kajian berasa sangat marah terhadap situasi yang ditunjukkan dan menyatakan situasi tersebut merupakan senario yang berbahaya dan boleh memudaratkan pemandu lain. Implikasi kajian ini ialah perlakuan bahaya boleh mendatangkan kemarahan kepada pemandu lain dan menjadi sebab kepada pengambilan risiko melanggari peraturan serta boleh mendatangkan kemalangan jalan raya

    Pendefinisian semula konsep rempit

    No full text
    This qualitative study reviewed the concept of Mat Rempit. This study used two methods of interviews. Firstly, individual interviews were conducted with 16 individuals who were from a school in Semenyih, Selangor and they had been involved in rempit activities. Secondly,focus group interviews were conducted involving three groups of individuals who were charged under Section 42 for driving recklessly their motorcycles in Penang, Johor Baharu and Kuala Lumpur. The main results of interviews indicate that rempit can be defined as any activity involving a motorcycle racing team of at least two people Generally, the race comprised various actions such as doing a sprint, or a lap and also stunts (such as, a wheelie or wheekang). In addition, there is ramping of engines of molorcycles and creating excessively loud sounds as well as shouting and showing hand signals. A Mat Rempit is a person involved in these activities. Other related findings and implications are also discussed

    Do Malaysian motorcyclists concern to safety helmet usage: a cross-sectional survey

    No full text
    The study was carried out to examine percentage of compliance rate regarding helmet used and to identify their characteristics. An observational method and a questionnaire survey were conducted among a group of motorcyclists in Selangor, Malaysia. The observations of 1150 motorcyclists show that only 46.6% used helmets properly, 10.6% untied helmet and 42.8% without-helmet. A random of 300 respondents those improper wearing helmet (either untied helmet or unhelmeted) were interviewed and asked to fill-up a questionnaire. The findings were discussed on background, motorcycling experience, knowledge and attitude of the respondents in details. The percentage of improper helmet usage in the locations of study was considered high and it seem those helmet initiative programs are insufficient to overcome the problem. Also, the characteristics of motorcyclist who did not wearing helmet properly (either unfastened or not wearing helmet) were identified. Therefore, there is need to introduce a new mechanism or method that can be utilized to incorporate behavior adaptation toward safety concern among motorcycle users. Finally, the direction of this study was explained in section of future work

    Perlukan pendidikan keselamatan di sekolah: satu tinjauan awal ke atas pengetahuan kanak-kanak sekolah rendah / Ismail Maakip … [et al.]

    No full text
    Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengetahuan kanak-kanak mengenai beberapa aspek keselamatan diri yang merujuk kepada keselamatan jalan raya, kebakaran dan buli. Bagi melaksanakan kajian ini, seramai 270 orang kanak-kanak sekolah rendah di Kuala Lumpur telah diambil sebagai subjek kajian. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan beberapa kaedah statistik seperti ujian t dan Anova satu hala. Keputusan kajian mendapati bahawa terdapatnya perbezaan yang signifikan di antara kanak-kanak itu sendiri dari segi umur mengenai ketiga-tiga aspek keselamatan yang dikaji. Hasil kajian merumuskan bahawa sesuatu program pendidikan keselamatan itu perlu dipupukd di peringkat awal lagi untuk menjadikan mereka lebih peka kepada keselamatan di samping program itu perlu mengikut tahap perkembangan kanak-kanak itu sendiri
    corecore