25 research outputs found
Ulasan buku: Punk, Penentangan dan Politik Transnasionalisme oleh Sharifah Nursyahidah Syed Annuar, Muhammad Febriansyah dan Muhamad Takiyuddin Ismail
Buku terbitan tahun 2016 ini merupakan hasil penulisan Sharifah Nursyahidah Syed Annuar, Muhammad Febriansyah dan Muhamad Takiyuddin Ismail, terbitan Strategic Information and Research Development Centre (SIRD). Keseluruhan buku ini mengandungi 190 halaman termasuk rujukan dan asalnya merupakan tesis Sarjana Sharifah Nursyahidah semasa menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di bawah Program Sains Politik. Penyelia tesis berkenaan, Muhamad Takiyuddin kemudiannya mencadangkan agar tesis tersebut dikembangkan menjadi buku, lantas proses penambahbaikan dan penstrukturan semula dilakukan. Projek penerbitan buku ini kemudiannya disertai oleh Muhammad Febriansyah, yang ketika itu sedang menjalankan penyelidikan berhubung politik transnasional Malaysia-Indonesia
Influence of competitiveness factor towards graduate competency level / Marfunizah Ma’dan, Muhamad Takiyuddin Ismail and Sity Daud
The intense desire to produce good quality human capital is not sufficient by having basic skills for certain fields only. There is a need to have a competitive attitude to enhance their level of competency as it is a big concern for many employers today. Hence, the study was conducted to identify the
competitiveness factors that influence the level of competency among graduates, especially those who are employed in the service sector in Malaysia. This study used the survey method for data collection. Stratified purposive sampling was applied and a questionnaire was distributed to 450 graduates from 13 service sectors based on the statistics obtained from the Ministry of Higher Education 2016. The findings from the exploratory factor analysis found that seven competitiveness factors consisting of 47 items formed the competitiveness attitude among graduates. However, based on a multiple linear regression analysis, only five models of competitiveness factors produced significant relationships with graduates’ competency, which are job competitiveness, organizational management competitiveness, dominant competitiveness, goal competitiveness and self-improvement competitiveness. In fact, aggressive competitiveness and general competitiveness do not influence graduates’ competency level significantly. Therefore, it can be concluded that graduates' competitive attitude such as having emotional control, innovation, and competitive enthusiasm to be the best, is one of the important characteristics for graduate marketability in the future. In addition, it is hoped that their level of competency can be enhanced through the development of competitive factors for the advancement of the country's higher education talents
Bantuan demokrasi di Malaysia: peranan promoter berprofil rendah
Berikutan isu pendanaan asing yang mendominasi politik Malaysia
sejak 2011, artikel ini menelusuri aktiviti promoter demokrasi
berprofil rendah di Malaysia.Berbeza dengan promoter demokrasi
berprofil tinggi seperti Amerika Syarikat (AS), Open Society
Foundation (OSF) dan yayasan politik Jerman (Stiftungen),promoter
demokrasi berprofil rendah terikat dengan kod diplomasi yang lebih
sihat. Perbincangan mendapati aktiviti promoter demokrasi berprofil
rendah di Malaysia adalah sejajar dengan pendirian umum mereka
yang lebih menumpukan kepada program serasi-rejim seperti tadbir
urus baik, kesetaraan gender, komuniti terpinggir, alam sekitar dan
menggalakkan penyebaran idea-idea kebebasan dan sivik. Penekanan
ini sejajar dengan konsep pluralisme dalam promosi demokrasi dan
melihat demokrasi sebagai satu proses jangka panjang. Keperluan
menjaga kepentingan nasional juga membataskan mereka untuk
menjalankan aktiviti yang lebih mengusik status-quo seperti
bantuan pilihan raya dan bantuan parti politik.Implikasi kepada
organisasi masyarakat sivil Malaysia pula ialah, mereka disarankan
mengadakan pertautan yang lebih besar dengan promoter demokrasi
berprofil rendah untuk memudahkan aktiviti mereka tidak dibayangi
oleh retorik promoter berprofil tinggi
Aliran neokonservatif dalam dasar luar Amerika Syarikat: konservatif atau nasionalis idealis?
Artikel ini menyorot falsafah dan ideologi politik neokonservatif yang telah menjadi satu "buzzword" di peringkat tempatan dan antarabangsa dalam membicarakan kekasaran dasar luar Presiden Bush (2000-kini). Neokonservatif bukanlah satu ideologi yang baru muncul dalam pentadbiran Bush ataupun dalam politik Amerika Syarikat (AS) amnya. Ia boleh ditelusuri sejak zaman Presiden Johnson (1963-1969) pada 1960-an dan mula meletakkan pengaruh yang signiflkan dalam era Presiden Reagan (1980-1989). Falsafah yang pada asalnya direncanakan untuk pembentukan dasar domestik akhimya berubah menjadi tunjang pembentukan dasar luar dalam penentangan AS terhadap komunisme. Tumbangnya ideologi komunis sekaligus memberi inspirasi kepada generasi kedua neokonservatif yang melihat AS wajar menggunakan pendekatan dan strategi yang sama untuk menumbangkan ancaman terorisme pasca 9/11. Berdasarkan hujah-hujah dan kerangka teori yang telah disediakan, kajian ini menganggap kumpulan ini sebagai "nasionalis idealis berorientasikan intelektual yang ingin mengekalkan hegemoni AS". Penulis merasa skeptikal dengan istilah neokonservatif kerana kumpulan ini cenderung kepada perubahan progresif iaitu perubahan dari status quo kepada sesuatu yang berbeza dan juga penggunaan kekerasan. Golongan nasionalis idealis ini juga tidak berpegang secara dominan terhadap pendekatan realis dan idealis dalam hubungan antarabangsa. Mereka merupakan gambaran fahaman yang meletakkan aspek pendemokrasian global dan keselamatan Israel sebagai tunjang utama dasar luar AS pada abad ke-21
Abdullah Ahmad Badawi dan Nikita Khrushchev sebagai reformis: suatu perbandingan
Artikel ini menyangkal pendapat umum yang menyamakan Perdana Menteri Malaysia Ke-5, Abdullah Ahmad Badawi dengan pemimpin tersohor Kesatuan Soviet, Mikhail Gorbachev. Sebaliknya, penulis berhujah bahawa kronologi kenaikan dan kejatuhan Abdullah lebih mirip dengan pemimpin reformis Soviet, Nikita Khrushchev. Walaupun kedua-dua pemimpin ini berusaha membebaskan kepimpinan mereka daripada kepincangan kepimpinan sebelumnya, mereka menganggar-rendahkan pengaruh unsur-unsur konservatif yang telah terinstitusi kuat dalam rejim kepimpinan sebelumnya. Proses reformasi didapati bergantung kepada keupayaan pemimpin untuk mengekalkan keseimbangan rejim. Sekiranya sifat rejim itu diubah, ia berpotensi menimbulkan ancaman dan tentangan. Menyulitkan agenda reformasi ini kerana kedua-dua pemimpin mempunyai apa yang dipanggil \u27paradoks reformis\u27 iaitu kelemahan-kelemahan yang menjejaskan reputasi mereka sebagai seorang reformis. Walaupun Khrushchev akhirnya disingkirkan, reformasi yang dilakukan beliau menjadi panduan kepada Mikhail Gorbachev dalam melaksanakan transformasi politik hampir 30 tahun selepasnya. Diterjemahkan dalam kepimpinan Abdullah pula, inisiatif yang dilaksanakannya telah membuka jalan kepada penggantinya, Najib Razak untuk melanjutkan reformasi dalam kepimpinannya. Walaupun berlakunya usaha untuk mengembalikan semula pendekatan kawalan dalam era Najib, langkah ini menerima kesan libasan yang serius dan memaksa Najib meneruskan keterbukaan dan kelonggaran politik yang telah diasaskan Abdullah
Pilihan raya umum ke-13: Kesinambungan politik baharu kekentalan politik lama
Fenomena politik baharu yang bermula semenjak PRU-10 1999 dilihat terus mencorakkan trend pengundian dalam PRU-13 yang berlangsung pada Mei 2013. Walaupun sedemikian, fenomena sebegini bukanlah trend yang konsisten jika dilihat dari dua sudut iaitu aktor yang mendukung gagasan ini dan juga pembalikan politik lama yang berlaku selepas sesuatu PRU. Penerusan pergeseran antara politik baharu dengan politik lama ini merupakan antara inti pati yang mendasari analisis di sembilan buah negeri yang terlibat dalam PRU-13 yang lalu. Pilihan raya yang disifatkan sebagai “ibu segala pilihan raya” ini ternyata memberikan paradoks kepada kedua-dua pihak yang bertanding iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat yang “kalah dalam menang dan menang dalam kalah”. Biarpun keputusan PRU-13 terus menghantar mesej yang politik baharu tetap menjadi taruhan dan pilihan, perkembangan selepas PRU-13 menyarankan yang kedua-dua pihak semakin cenderung untuk kembali ke politik lama demi mengimbangi tuntutan perjuangan masing-masing
Revolusi senyap 9 Mei 2018
(Diambil dari Pengenalan Para 1)
Rusuhan kaum 1969 sering dijadikan momokan mengenai kesan yang boleh berlaku jika jatuhnya kuasa Melayu (dibaca: UMNO) atau jika kaum bukan Melayu melakukan tuntutan yang keterlaluan. Pemautan terhadap rusuhan kaum berdarah yang berlaku hampir 50 tahun sebelum itu merupakan strategi politik ketakutan yang paling kerap digunakan oleh UMNO dan pertubuhan konservatif Melayu.1 Namun mitos ini berakhir pada 9 Mei 2018 apabila majoriti rakyat Malaysia seakan-akan mengucapkan selamat tinggal pada 13 Mei 1969 dan memilih satu tarikh ikonik yang baru. Sejumlah 5.6 juta pengundi yang memberikan undi kepada Pakatan Harapan (PH) berjaya mengeluarkan rejim BN dari kerusi kekuasaan yang dipegang selama 61 tahun
The end of the Bush doctrine: An analysis of gramsci's ideological hegemony
The end of the Bush doctrine: An analysis of gramsci's ideological hegemony, is an attempt to analyze the effectiveness of the Bush Doctrine from the perspective of ideological hegemony as put forward by Italian Marxist thinker, Antonio Gramsci. The author has identified the sources of Bush’s ideological hegemony and how they served to buttress his domination through his infamous ‘War on Terror’. He has also traced the forces that challenged Bush’s hegemony and how a counter consciousness has evolved. The book ends with a conclusion that the US under the Bush administration tends to rely on domination - coercion, hard power, and deception - to justify the worldview he held
Kejatuhan UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-14: analisis pengajaran politik
Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) menyaksikan UMNO yang merupakan antara rejim parti dominan terunggul di dunia tumbang. Artikel ini menganalisis kronologi kejatuhan UMNO dalam konteks pengajaran politik. Ia menghujahkan bahawa kesemua sebab yang dilaporkan menyumbang kepada kekalahan UMNO pada PRU-14 telah diperkatakan lebih awal sejak tahun 1999. Sebagai parti dominan yang mengalami kejatuhan yang paling lewat, UMNO telah dibentangkan dengan berbagai pembelajaran dan pengajaran politik dari kejatuhan parti-parti dominan sebelumnya. Khusus dalam hubungan ini ialah kejatuhan sebuah lagi parti konservatif terbesar iaitu LDP Jepun pada 2009 yang begitu menggusarkan UMNO. Walaupun UMNO sememangnya memaklumi dan mengambil perhatian terhadap nasib dan halatuju yang menimpa parti-parti dominan yang telah keluar dari kekuasaan, penimbaan pengajaran politik ini seringkali diaplikasikan secara sempit dan hanya cenderung dilontarkan sebagai kegunaan umum (public consumption). Kesenjangan antara pengajaran sebenar dan pengajaran berbentuk artifisial ini dihujahkan menyumbang terhadap kekalahan yang tidak dijangkakan dalam PRU-14
