1,720,960 research outputs found

    Keperluan, kepentingan dan sumbangan perancangan pendidikan dalam pembangunan ekonomi Malaysia

    No full text
    Perancangan rapi yang dibuat oleh Malaysia telah berjaya membawa negara ke tahap yang agak memuaskan berbanding dengan negara membangun yang lain. Perancangan pembangunan negara bermula dengan Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) sehingga Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP 3) yang meliputi dasar utama pembangunan seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan Dasar Wawasan Negara (DWN). Sehingga kini semua dasar telah menampakkan kesan dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan telah diperincikan melalui rancangan lima tahun. Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, struktur pendidikan telah berubah di mana rancangan pendidikan dihubungkaitkan dengan memperkukuhkan sistem pendidikan negara dan membina perpaduan sosial, ekonomi dan politik. DEB mempunyai hubungan yang rapat dengan sistem pendidikan negara. Sebelum tahun 1970, sebilangan besar bumiputera lemah dalam pendidikan menyebabkan hanya segelintir sahaja yang mempunyai peluang untuk mendapatkan pekerjaan bagi memenuhi gunatenaga mahir manusia dalam berbagai-bagai profesion yang diperlukan. Pendidikan dan pembangunan sumber manusia adalah kunci kepada peningkatan daya saing negara. Kertas kerja ini menganalisis kepentingan sektor pendidikan dalam setiap rancangan pembangunan lima tahun dan sumbangannya kepada pembangunan ekonomi negara. Kajian empirik juga dilakukan untuk menentukan kesan keberkesanan perbelanjaan pendidikan terhadap pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Kajian mendapati dalam setiap rancangan pembangunan lima tahun bermula dari Rancangan Malaysia Pertama hingga ke rancangan terkini, aspek pendidikan dan pembangunan sumber manusia memang sentiasa ditekankan. Dasar pembangunan sumber manusia terutama sekali bahagian pendidikan dan latihan menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dengan peralihan ekonomi Malaysia daripada intensif buruh kepada intensif modal dan intensif teknologi. Peruntukan yang tinggi juga telah diberikan kepada sektor ini dan telah memberikan banyak kesan positif seperti pengurangan kemiskinan dan penstrukturan semula masyarakat bagi menegakkan DEB, DPN dan DWN

    Ketidakseimbangan wilayah dan sektor berpotensi mentransformasikan sosioekonomi penduduk menggunakan pendekatan location quotient

    No full text
    Ketakseimbangan pembangunan wilayah berlaku akibat daya saing di wilayah kurang maju tidak dapat menyaingi daya saing di wilayah maju. Kajian ini bertujuan untuk menyingkap fenomena ketakseimbangan pembangunan wilayah yang berlaku di Malaysia, iaitu antara wilayah maju dan wilayah kurang maju. Kajian ini juga cuba mengenalpasti industri atau sektor manakah yang mendatangkan faedah berbanding kepada wilayah atau negeri yang dikaji. Bagi mencapai tujuan tersebut, pengkaji telah mengaplikasikan teknik location quotient (LQ). Pengiraan indeks ini melibatkan dua tempoh masa dan dua pembolehubah yang berbeza. Bagi tempoh masa pertama iaitu 1970 - 1990, data pengeluaran sektor pertanian, perlombongan dan kuari, pembuatan, pembinaan dan perkhidmatan digunakan untuk mengira koefisien LQ. Bagi tempoh masa kedua pula iaitu 2003 - 2006, pembolehubah guna tenaga bagi lima sektor yang serupa telah diaplikasikan. Enam wilayah yang terdiri daripada Wilayah Tengah, Wilayah Utara, Wilayah Timur, Wilayah Selatan, Sabah dan Sarawak telah diambil kira dalam pengiraan indeks LQ tersebut. Manakala pengiraan indeks LQ ke atas dua buah negeri maju membabitkan negeri Selangor dan Melaka, sementara dua negeri kurang maju adalah Terengganu dan Pahang. Analisis LQ ini mencadangkan bahawa bagi tempoh 1970 - 1990 dan 2003 - 2006, aktiviti ekonomi di wilayah kurang maju iaitu di Wilayah Timur, Sabah dan Sarawak adalah tertumpu dalam sektor pertanian. Sementara itu, bagi wilayah maju seperti Wilayah Tengah aktiviti ekonominya lebih tertumpu kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan. Dapatan kajian ini seterusnya menunjukkan bahawa negeri kurang maju (Terengganu dan Pahang) mempunyai ciri aktiviti yang serupa dengan wilayah kurang maju, iaitu aktiviti ekonomi yang lebih tertumpu kepada sektor pertanian, perlombongan dan kuari. Sebaliknya, aktiviti ekonomi negeri Selangor dan Melaka didapati mirip atau sama seperti aktiviti ekonomi di wilayah maju. Untuk membolehkan negeri mundur mencapai tahap yang sama seperti negeri maju, analisis LQ mencadangkan agar negeri mundur mengembangkan sektor ekonomi seperti sektor pembuatan dan pembinaan sebagai salah satu cara ke hadapan untuk meningkatkan pendapatan penduduk

    Masyarakat dan amalan pengurusan sisa pepejal ke arah kelestarian komuniti: kes isi rumah wanita di Bandar Baru Bangi, Malaysia

    No full text
    Pertambahan penduduk, proses pembandaran dan perindustrian yang pesat menyebabkan bertambahnya sisa pepejal yang dijana oleh masyarakat. Pengurusan sisa pepejal merupakan antara masalah utama yang dihadapi oleh masyarakat terutama di bandar. Kos pengurusan sisa pepejal dari peringkat pengutipan, pengumpulan, pengangkutan sampah hingga ke tahap pelupusan, sangat tinggi. Kuantiti sisa pepejal khususnya sampah domestik perlu dikurangkan bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan. Aspek kos merupakan penggerak sistem pengurusan sisa pepejal yang baik. Namun, oleh kerana caj yang dikenakan kepada masyarakat tidak setanding dengan kos pengurusan sisa, pihak berkuasa tempatan sukar untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada masyarakat kerana keterbatasan modal, guna tenaga, operasi, kenderaan serta kekurangan peralatan. Oleh kerana kos pengurusan sisa pepejal semakin meningkat, maka program kitar semula dilaksanakan bagi mengurangkan kuantiti sisa pepejal yang dibuang dipunca. Para sarjana mencadangkan supaya caj yang dikenakan kepada masyarakat juga ditingkatkan agar sampah yang dihasilkan oleh masyarakat dapat dikurangkan. Berdasarkan hal tersebut, makalah ini bertujuan menilai apakah cadangan di atas sesuai dengan keadaan di Malaysia. Kajian juga bertujuan mengenal pasti anggaran kesanggupan membayar (WTP) masyarakat terhadap perkhidmatan yang lebih baik. Berasaskan data yang dikumpulkan melalui kaji selidik ke atas wanita di Bandar Baru Bangi, kajian ini menunjukkan kesanggupan membayar (WTP) berkait dengan pendapatan yang diterima masyarakat. Sehubungan itu, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi penjanaan sisa pepejal. Hierarki pengurusan sisa pepejal juga digariskan. Disarankan agar kadar caj berasaskan cross subsidy dilaksanakan. Melaluinya isi rumah yang berpendapatan tinggi dikenakan bayaran yang lebih tinggi. Adakah golongan berpendapatan tinggi bersedia membayar caj yang lebih tinggi bagi mengurus sisa pepejal? Beberapa implikasi dasar akan diutarakan dalam makalah ini

    Going Beyond Counting First Authors in Author Co-citation Analysis

    Get PDF
    The present study examines one of the fundamental aspects of author co-citation analysis (ACA) - the way co-citation counts are defined. Co-citation counting provides the data on which all subsequent statistical analyses and mappings are based, and we compare ACA results based on two different types of co-citation counting - the traditional type that only counts the first one among a cited work's authors on the one hand and a non-traditional type that takes into account the first 5 authors of a cited work on the other hand. Results indicate that the picture produced through this non-traditional author co-citation counting contains more coherent author groups and is therefore considerably clearer. However, this picture represents fewer specialties in the research field being studied than that produced through the traditional first-author co-citation counting when the same number of top-ranked authors is selected and analyzed. Reasons for these effects are discussed

    Perbezaan keperluan pengambilan tenaga kerja baru antara perbankan syariah dengan perbankan konvensional di Medan, Indonesia

    No full text
    Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti perbezaan antara keperluan pengambilan tenaga kerja baru oleh bank syariah dan bank konvensional di Indonesia dengan kajian kes di Medan. Data diperolehi daripada soal selidik yang diedarkan kepada pengurus sumber manusia dan pegawai kanan bank. Kajian ini dibuat dengan menggunakan analisis butir. Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan daripada keperluan dalam pengambilan tenaga kerja baru oleh bank syariah dan bank konvensional, berdasarkan empat faktor iaitu pencapaian pendidikan, kemampuan dan kemahiran teknik, pengalaman bekerja dan karakteristik personal calon tenaga kerja. Ketidakwujudan perbezaan disebabkan oleh latar belakang proses pengembangan bank syariah di Indonesia. Sebahagian besar bank syariah adalah UUS yang dibuka oleh bank konvensional dengan memindahkan tenaga kerja lama ke bank syariah yang baru dan BPRS yang keperluan tenaga kerjanya sangat kecil. Berdepan dengan keperluan tenaga kerja bank syariah yang semakin ramai pada masa hadapan, maka lebih banyak institusi baru untuk mendidik dan melatih calon tenaga kerja bank syariah diperlukan

    Variations on the Author

    Get PDF
    “Variations on the Author” discusses two of Eduardo Coutinho’s recent films (Um Dia na Vida, from 2010, and Últimas Conversas, posthumously released in 2015) and their contribution to the general question of documentary authorship. The director’s filmography is characterized by a consistent yet self-effacing form of authorial self-inscription: Coutinho often features as an interviewer that rather than express opinions propels discourses; an interviewer that is good at listening. This mode of self-inscription characterizes him as an author who is not expressive but who is nonetheless markedly present on the screen. In Um Dia na Vida, however, Coutinho is completely absent form the image, while Últimas Conversas, on the contrary, includes a confessional prologue that moves the director from the margins to the center of his films. This article examines the ways in which these works stand out in the filmography of a director who offers new insights into the notion of cinematic authorship

    Appropriate Similarity Measures for Author Cocitation Analysis

    Get PDF
    We provide a number of new insights into the methodological discussion about author cocitation analysis. We first argue that the use of the Pearson correlation for measuring the similarity between authors’ cocitation profiles is not very satisfactory. We then discuss what kind of similarity measures may be used as an alternative to the Pearson correlation. We consider three similarity measures in particular. One is the well-known cosine. The other two similarity measures have not been used before in the bibliometric literature. Finally, we show by means of an example that our findings have a high practical relevance.information science;Pearson correlation;cosine;similarity measure;author cocitation analysis

    Dispelling the Myths Behind First-author Citation Counts

    Get PDF
    We conducted a full-scale evaluative citation analysis study of scholars in the XML research field to explore just how different from each other author rankings resulting from different citation counting methods actually are, and to demonstrate the capability of emerging data and tools on the Web in supporting more realistic citation counting methods. Our results contest some common arguments for the continued use of first-author citation counts in the evaluation of scholars, such as high correlations between author rankings by first-author citation counts and other citation counting methods, and high costs of using more realistic citation counting methods that are not well-supported by the ISI databases. It is argued that increasingly available digital full text research papers make it possible for citation analysis studies to go beyond what the ISI databases have directly supported and to employ more sophisticated methods

    Author Index

    No full text
    Nao informado
    corecore