17 research outputs found

    Analisis konteks wacana dalam novel contengan jalanan / Muhammad Faizuddin Hashim

    No full text
    Konteks wacana merupakan salah satu topik dalam analisis wacana yang menentukan pentafsiran makna sesebuah wacana disebabkan pengertian teks dalam wacana menunjukkan teks tersebut memiliki struktur yang saling berkait antara satu sama lain. Oleh hal yang demikian, analisis wacana jelas menunjukkan bahawa ia merupakan salah satu cabang ilmu linguistik yang memfokuskan kepada pertautan dan ketenunan perkataan demi perkataan, ayat demi ayat serta perenggan demi perenggan yang membentuk sebuah wacana yang lengkap. Kajian analisis wacana ini melihat kepada analisis konteks wacana dalam novel Contengan Jalanan karya Hlovate (2011). Teori yang diketengahkan oleh Brown dan Yule (1987) menjadi panduan utama bagi menganalisis konteks wacana mengikut jenis-jenisnya iaitu rujukan, praanggapan, implikatur dan inferens. Penentuan data kajian ini diambil sebanyak 229 perenggan daripada jumlah keseluruhan perenggan dalam novel ini iaitu 1065. Hal ini demikian kerana, dengan bilangan perenggan sebanyak itu sudah memadai untuk menganalisis konteks wacana dalam kajian ini. Keempat-empat jenis konteks wacana ini dianalisis dengan mengenal pasti petikan atau dialog dalam data kajian yang menerapkan empat jenis konteks wacana ini. Selain itu, jenis konteks wacana ini juga dikira kekerapan penggunaannya bagi mendapatkan jenis konteks wacana yang lazim digunakan dalam data kajian. Kata kunci: konteks wacana; rujukan; praanggapan; implikatur; inferens

    PKP bukan penghalang PDP

    No full text
    Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia yang berkuatkuasa bermula 18 Mac 2020 telah menutup hampir keseluruhan sektor di Malaysia. Sektor pendidikan juga tidak terkecuali dengan penutupan keseluruhan pusat pendidikan bermula dari pendidikan awal kanak-kanak atau taska, sekolah rendah, sekolah menengah sehinggalah institusi pengajian tinggi tidak kira sama ada institusi kerajaan mahupun swasta. Jika dilihat, pusat pendidikan antara tempat yang sangat berisiko dan berpotensi untuk berlakunya penyebaran COVID-19 ini kerana para pelajar dan pendidik akan berkumpul di satu tempat yang sama dalam jumlah yang ramai pada satu-satu masa. Oleh sebab itu, pusat pendidikan perlu ditutup sepenuhnya sepanjang tempoh PKP bagi membendung penularan wabak ini

    Visual illustration and photography on Islamic book cover designs: a semiotic analysis

    No full text
    The publication of religious books recently has been in line with the publication of books of other genres. It is because of the increase in the demands by the readers in addition with the design of the book covers which has been made up more interesting. Hence, this research was aimed to identify the influence of visual illustration and photography displayed on book covers which preferred by the readers. Sign theory by Peirce (1839) and Semiotic Analysis by Stokes (2003) were applied for the purpose of data analysis. A book published by Telaga Biru Sdn. Bhd. entitled Ikon Syabab by Umar Muhammad Noor (2014) has been made as the research data focusing on the taxonomy aspect of its cover. The results showed that the proper use of pictures was undeniably able to attract the readers to buy the religious book currently in the market. This research also was predicted to be able to contribute to the national socio-economic interest, generate a rich cultural society and elevate the percentage of book publication in Malaysia

    Buddhism according to Modern Muslim Exegetes

    No full text
    This paper offers preliminary notes on Buddhism in modern Muslim exegesis with an emphasis on Tafsir al-Qasimi by Muhammad Jamal al-Din al-Qasimi (1866–1914) and al-Mizan fi Tafsir al-Qurʾan by Muhammad Husayn Tabatabaʾi (1892-1981). The research adopts a qualitative design using content analysis to collect the data. In this paper two main questions regarding both exegetes will be explored. The first question concerns the sources of both scholars for their information about Buddhism by including the discussion in their exegesis. The second question concerns the methodology they used to discuss Buddhism in the Qurʾan since this has not been done by any classical exegetes nor among the most modern exegetes. Studies have found that the approach of the two exegetes is different from both the classical and modern exegetes because their work also contains resources from the fields of comparative religion and the history of religion to make their work relevant in the current context and reliable to be referred to by any parties. The author concludes that both al-Qasimi and Tabatabaʾi used analysis (taḥlil) in discussing verses related to the position of the Buddha

    Buddhism according to Modern Muslim Exegetes

    No full text
    This paper offers preliminary notes on Buddhism in modern Muslim exegesis with an emphasis on Tafsir al-Qasimi by Muhammad Jamal al-Din al-Qasimi (1866–1914) and al-Mizan fi Tafsir al-Qurʾan by Muhammad Husayn Tabatabaʾi (1892-1981). The research adopts a qualitative design using content analysis to collect the data. In this paper two main questions regarding both exegetes will be explored. The first question concerns the sources of both scholars for their information about Buddhism by including the discussion in their exegesis. The second question concerns the methodology they used to discuss Buddhism in the Qurʾan since this has not been done by any classical exegetes nor among the most modern exegetes. Studies have found that the approach of the two exegetes is different from both the classical and modern exegetes because their work also contains resources from the fields of comparative religion and the history of religion to make their work relevant in the current context and reliable to be referred to by any parties. The author concludes that both al-Qasimi and Tabatabaʾi used analysis (taḥlil) in discussing verses related to the position of the Buddha

    Penggunaan media dalam kalangan ibu bapa kanak-kanak autisme

    No full text
    Autisme merupakan kecelaruan perkembangan yang membawa impak terhadap kemampuan seseorang kanak-kanak berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang sekelilingnya. Statistik terkini menunjukkan peningkatan dalam prevalens autisme iaitu 1 daripada 70 orang kanak-kanak akan menghidap autisme (Center for Disease Control and Prevention of United States, 2018). Hal ini membawa kepada kepentingan kesedaran masyarakat untuk mengetahui maklumat berkenaan autisme. Ibu bapa merupakan golongan paling dekat dengan perkara ini kerana autisme boleh dikesan seawal umur dua tahun. Hal ini menjadi peranan ibu bapa untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya jika anak mereka disahkan menghidap autisme. Maka, keperluan maklumat berkaitan autisme perlu disebarluaskan terutamanya kepada golongan ibu bapa untuk mengesan tanda-tanda awal autisme. Namun, bukan itu sahaja, keperluan penyebaran maklumat ini juga dilihat sebagai satu kepentingan untuk disampaikan kepada orang awam kerana masyarakat dilihat masih belum memahami dengan baik berkenaan autisme dan mula memberi tanggapan negatif terhadap golongan kanak-kanak sebegini. Kadang kala masyarakat terkeliru antara autisme dengan down sindrom walhal dua penyakit ini adalah berbeza sama sekali. Oleh yang demikian, media dilihat sebagai satu medium yang berupaya untuk menyebarluaskan maklumat malah ibu bapa juga turut menggunakan media untuk mendapatkan maklumat-maklumat autisme dalam mengendalikan anak autistik mereka. Jadi, kajian ini ingin meneliti penggunaan media dalam kalangan ibu bapa sama ada bagi mendapatkan maklumat mahupun menyebarkan maklumat berkenaan autisme. Kajian ini menggunakan kaedah temubual mendalam dengan menemu ramah 5 orang ibu bapa kanak-kanak autisme yang dipilih secara rawak hasil bantuan daripada Makmal Autisme Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Ibu bapa yang telah dipilih sebagai informan dalam kajian ini merupakan ibu bapa yang menghantar anak autistik mereka ke makmal autisme tersebut untuk mendapatkan khidmat pendidikan awal kanak-kanak autisme

    Tahap pengetahuan bahasa Mendriq dalam kalangan pelajar Sekolah Kebangsaan Kuala Lah, Gua Musang, Kelantan

    No full text
    Komuniti Orang Asli merupakan antara golongan minoriti di Malaysia termasuklah bagi suku kaum Mendriq di Gua Musang, Kelantan. Fenomena seperti kepupusan bahasa boleh berlaku sekiranya jumlah penutur sesuatu bahasa mengalami penurunan yang ketara. Oleh hal yang demikian, kajian ini dilaksanakan bertujuan mengenal pasti leksikal dalam bahasa Mendriq dan menganalisis tahap pengetahuan bahasa Mendriq dalam kalangan pelajar Sekolah Kebangsaan Kuala Lah, Gua Musang, Kelantan. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan kualitatif yang melibatkan instrumen kajian seperti kaedah temu bual dan persampelan rawak mudah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa 10 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Kuala Lah mempunyai pengetahuan yang agak baik dalam bahasa Mendriq bagi 10 leksikal yang diajukan kepada mereka. Walau bagaimanapun, usaha memelihara bahasa Mendriq ini tetap perlu dilaksanakan berikutan bahasa ini merupakan bahasa yang berada di ambang kepupusa

    ACTION VERBS IN ACTION VIA AUGMENTED REALITY (AVIAR)

    No full text
    In Outcome-based Education (OBE), action verbs (AVs) used must be clear and measurable to ensure successful learning experiences. Students who fail to understand the implications of the stated AVs are likely to fail inmeeting their lecturers' expectations. Motivated by the Dual-coding theory, AVIAR is developed to help students and teachers visualise the underlying expectations of AVs through Augmented Reality (AR). Past studies show that AR can help students master vocabulary faster when they are able to visualise the words learned. When the selected AVs scanned using AVIAR, virtual information will appear either in English, Arabic or Malay. Hopefully, AVIAR will reduce mismatches between student comprehension and teacher expectation

    Readability of COVID-19 information by the Malaysian Ministry of Health

    No full text
    Background and Purpose: COVID-19 pandemic has caused catastrophe to global health. To collectively break the chain of infection, the Malaysian Ministry of Health (MMoH) disseminates information about COVID-19 through its official websites. Since they are intended for the general public, this crucial information must be easy to comprehend. A textual analysis was conducted to assess the readability level of COVID-19 information by the MMoH. Methodology: Out of 661 materials related to COVID-19 from four MMoH’s websites, 14 texts were purposively selected for the analysis. The Formula Kebolehbacaan Khadijah Rohani (FKKR) and Sistem Kebolehbacaan Bahasa Melayu (SPIKE) were then employed to check their reading difficulty. Findings: It was found that most of the texts were written above the recommended level, 6th grade or year 6. The findings suggest that this information is readable to three-quarters (78.7%) of Malaysian adults aged 15 and above. However, the remaining 21.3% of the same population, which equals 5.3 million Malaysian adults, may not be able to comprehend this information due to their illiteracy or minimal education. SPIKE Dyslexia scores revealed that nine texts are categorised as difficult. This could impede those with reading difficulties to understand the COVID-19 information provided by this ministry. Contributions: These research findings are hoped to be useful for the improvement of health literacy among the general public by taking into account reading difficulty of health information
    corecore