1,720,977 research outputs found
Pola Kajian Tafsir Al-Mawdu‘iy di Malaysia
Makalah ini bertujuan meneliti pola kajian tafsir al-mawdu‘iy (tematik) yang dilakukan di institusi-institusi pengajian tinggi Islam awam terpilih di Malaysia. Pola di sini merujuk kepada bentuk, isu dan tema kajian tafsir al-mawdu‘iy. Di Malaysia, kajian tentang al- Quran secara tafsir al-mawdu‘iy ini merupakan suatu perkara baru. Ia bermula sekitar awal tahun 1990-an. Selain itu, pengkajiannya pula dilakukan dalam pelbagai bentuk, isu dan tema. Persoalannya, apakah bentuk-bentuk kajian tafsir al-mawdu‘iy di Malaysia ini? Adakah ia selari dengan bentuk-bentuk kajian tafsir al-mawdu‘iy yang tersedia ada? Apakah pula isu-isu dan tema-tema yang dikaji? Makalah ini cuba menjawab ketiga-tiga persoalan ini dengan memfokuskan perbincangan kepada dua perkara berikut. Pertama, mengenal pasti konsep tafsir al- mawdu‘iy menurut pandangan ulama tafsir. Kedua, mengenal pasti dan menganalisis bentuk-bentuk, isu-isu dan tema-tema kajian tafsir al-mawdu‘iy di Malaysia. Akhirnya makalah ini merumuskan bahawa kajian tafsir al-mawdu‘iy di Malaysia dilakukan dalam empat bentuk. Ia melibatkan pelbagai isu dan tema. Kebanyakannya sangat penting dan sesuai dengan realiti kehidupan masyarakat.Kata Kunci: Pola; Tafsir al-Mawdu‘iy; Tafsir al-Quran
Konseptualisasi Negara Zikir di Negara Brunei Darussalam
Kertas kerja ini bertujuan meneliti dan menganalisis konsep Negara Zikir di Negara Brunei
Darussalam.Negara Zikir merupakan suatu impian baharu yang diilhamkan oleh Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah sebagai sasaran utama Negara Brunei Darussalam ke arah melahirkan sebuah negara maju dan makmur berdasarkan undang-undang Islam
selaras dengan perkembangan negara, visi dan misi negara maju menjelang 2035.Idea dan hasrat
Baginda ini cukup baik sekali kerana benar-benar berkeinginan untuk melihat masyarakat Islam di
Negara Brunei Darussalam cemerlang dalam pelbagai aspek kerana rahmat dan berkat zikir.Namun,
untuk mencapai kecemerlangan tersebut, semua masyarakat Islam perlu memahami konseptualisasi
Negara Zikir itu terlebih dahulu supaya mereka benar-benar meyakininya sebagai acuan dan landasan
yang sangat diperlukan.Tidak dinafikan juga, kemungkinan terdapat sesetengah pihak yang salah
faham tentang konsep Negara Zikir ini dengan beranggapan Negara Zikir itu berhasrat untuk
menjadikan semua masyarakat Islam sentiasa memegang tasbih dan berzikir kepada Allah SWT.
Persoalannya, apakah konsep Negara Zikir itu? Bagaimanakah ia hendak direalisasikan di Negara
Brunei Darussalam jika konsepnya belum kukuh? Bagi menjawab kedua-dua persoalan ini, kertas
kerja ini mempunyai dua objektif utama. Pertama, mengenal pasti konsep zikir dalam Islam; dan
kedua, menganalisis konseptualisasi Negara Zikir di Negara Brunei Darussalam berdasarkan konsep zikir dalam Islam. Berdasarkan analisis kandungan terhadap data sekunder, kertas kerja ini
mendapati konsep Negara Zikir ini bukanlah bersifat retorik semata-mata.Sebenarnya ia merupakan negara yang berorientasikan dan berpaksikan zikir iaitu sentiasa menghubung segala aktiviti dengan kekuasaan Allah SWT. Dalam perkataan lain, aspek siasah, ekonomi, sosial dan pertahanannya adalah berpaksikan zikir
Re-Thinking The Consumerism Phenomenon in The Liberalist-Capitalist Economic System: In A Search of an Islamic Consumerism Model
In the liberalist-capitalist economic system widely applied presently, one who spends his income to maximise material utility is presumed to be something that is rational and encouraged. This is because maximum consumption of material utility is a measure of progress. However, maximising utility consumption to achieve material satisfaction could cause negative effects, especially serious debt problems and bankruptcy. This is due to consumers spending their income to maximise material satisfaction beyond their capability; thus, making them go into debt. The issue is as Muslim consumers, what is the actual level of consumption that should be practiced? Is the measurement also based on the maximum consumption of utilities such as in the liberalist-capitalist economic system mainly practiced today or is there a specific measurement that offers a unique form of consumption? In relation to this issue, this paper aimed to re-thin the consumerism phenomenon in the liberalist-capitalist economic system and explore an Islamic consumerism model, which is otherwise known as wasatiyyah-consumerism. In order to achieve this objective, this study had only explored ideas related to the wasatiyyah-consumerism model. The study found that the wasatiyyah-consumerism model applied the tawhid (monotheism) philosophy, a level of consumerism rooted in the maqasid al-syari‘ah component and aimed at achieving the blessings of Allah SWT
Metode Pengelolaan Konflik Politik: Analisis Kasus Konflik Politik Ali-Mu‘awiyah
Makalah ini bertujuan meneliti dan menganalisis metode pengelolaan konflik politik berlandaskan pengajaran daripada kasus konflik politik yang terjadi antara Sayyidina Ali bin Abi Talib r.a. dengan Mu‘awiyah bin Abu Sufyan. Konflik politik ini terjadi apabila kedua-dua pihak menginginkan suatu keperluan yang sama. Hal ini ditambah dengan adanya hambatan daripada kedua-dua belah pihak. Dengan itu berlakulah pertembungan nilai, kepentingan, tindakan, hala tuju, status dan berbagai-bagai keinginan. Kemuncak dari itu, tercetuslah pula pelbagai strategi politik dan peperangan. Tidak kira sama ada konflik yang berlaku itu kecil atau besar, ia perlu dikelolakan melalui metode yang baik bagi menjamin keutuhan, kestabilan, keamanan dan kemakmuran Negara sentiasa terpelihara. Persoalannya, apakah metode pengelolaan konflik politik berlandaskan pengajaran kasus konflik politik Ali-Mu‘awiyah? Bagi menjawab persoalan ini, perbincangan dalam makalah ini terbahagi kepada dua bahagian. Pertama, membincangkan kasus konflik politik Ali-Mu‘awiyah; dan kedua, membincangkan metode pengelolaan konflik politik berlandaskan pengajaran daripada kasus konflik politik Ali-Mu‘awiyah tersebut. Kajian kualitatif yang menggunakan metode analisis kandungan ini mendapati metode pengelolaan konflik politik berlandaskan pengajaran daripada kasus konflik politik Ali-Mu‘awiyah mempunyai beberapa elemen iaitu berpandukan tasawur al-Qur’an dan al-Sunnah; menggunakan kebijaksanaan dengan bertunjangkan keikhlasan; berwaspada dengan musuh; istiqamah; mengetepikan penglibatan pihak luar; dan menyelidiki sesuatu maklumat yang disebarkan
Tasawur Pembangunan Dalam Al-Qur’an: Kajian Tafsir Al-Mawdu‘Iy
Pembangunan lazim (PL) dan pembangunan berteraskan Islam (PBI) merupakan dua perkara yang berbeza. PL terbina daripada tasawur lazim, manakala PBI pula terbina daripada tasawur Islam. Jika begitu, apakah PL sesuai diadaptasi dan diguna pakai untuk pembangunan di negara-negara umat Islam? Apakah ia boleh menyelesaikan masalah-masalah berkaitan Islam? Berdasarkan permasalahan inilah kajian ini cuba mengkaji tasawur PBI. Ia dilakukan berdasarkan al-Qur’an secara tafsir al-mawdu‘iy untuk mencapai tiga objektif kajian
Philosophical Concept of Halal Science: Thematic Exegesis Research
Philosophy of science in general is divided into three types, which is natural science, social sciences and applied sciences. In fact there are also Islamic scholars who place the science of tauhid as the main factor for avoiding the modern science’s thought such as saintism, rationalism and empiricism and that can effect the philosophy of Islamic science. This includes the field of halal science which is a branch of philosophy of Islamic science. Furthermore, the impacts of science and technology on the theory and application of halal science has led to some polemics in the community including genetically modified food (GMF), biotechnology risk in plants, halal slaughtering using machines, wool or lecithin based on animal or human resources, the use of elements pigs and derivatives in various products, alcohol (alcohol and ethanol) in food and more. Hence, research on philosophy of halal science is important. Therefore, this article has three objectives. First, identify the philosophy of halal science. Second; analyze the verses of the Qur\u27an on the philosophy of halal science and the third; to build the philosophy of halal science based on the Qur\u27an which is the main source and remains relevant. This literature study found that there are three important elements that must exist in the philosophy of halal science namely tauhid as the main support, wahyu as a reference source and third role and values of humankind in the philosophy of Islamic science in managing and using halal science products. Keywords: Philosophy, Islamic science, halal science, thematic exegesi
KOS PENANAMAN (KP) DAN KOS SARA HIDUP (KSH) DALAM PERAKAUNAN ZAKAT PADI DI MALAYSIA
Kajian ini bertujuan meneliti dan menganalisis kos penanaman (KP) dan kos sara hidup (KSH) dalam amalan perakaunan zakat padi di Malaysia, sama ada ia ditolak daripada pendapatan kasar (PK) atau pun tidak. Di Malaysia, terdapat pelbagai kaedah perakaunan zakat padi yang diamalkan. Ada negeri yang tidak menolak kedua-dua kos tersebut; ada pula negeri yang menolak KP sahaja; dan ada juga yang bertindak menolak kedua-duanya daripada PK. Persoalannya, kenapakah terdapat negeri yang membenarkan KP ditolak daripada PK sedangkan fatwa yang dikeluarkan oleh majoriti negeri di Malaysia tidak membenarkan KP tersebut ditolak daripada PK? Kenapakah pula terdapat negeri yang bukan sahaja membenarkan penolakan KP, malah turut ditolak KSH? Apakah asas mereka dalam hal ini? Bagi menjawab kesemua persoalan ini, perbincangan dalam kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama, mengenal pasti KP dan KSH dalam amalan perakaunan zakat padi di Malaysia; dan kedua, menganalisis KP dan KSH dalam amalan perakaunan zakat padi di Malaysia berdasarkan pandangan fuqaha’. Berdasarkan analisis kandungan terhadap data primer dan sekunder, kajian ini mendapati kebanyakan negeri di Malaysia tidak membenarkan penolakan KP dan KSH daripada PK, kecuali empat buah negeri iaitu Perlis, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Sabah dan Sarawak hanya membenarkan penolakan KP daripada PK, manakala Perlis dan Pulau Pinang bukan sahaja membenarkan penolakan KP, malah turut menolak KSH daripada PK. Meskipun berbeza dengan negeri-negeri lain, amalan perakaunan zakat padi di keempat-empat buah negeri ini masih selari dengan pandangan fuqaha’
Tasawur Mahabbah Menurut Badiuzzaman Said Nursi Berdasarkan Kitab Kulliyyat Rasa’il Al-Nur [The Tasawur Of Mahabbah According To Bediuzzaman Said Nursi Based On The Book Of Kulliyyat Rasa'il Al-Nur]
Badiuzzaman Said Nursi merupakan salah seorang tokoh dalam bidang pentafsiran al-Quran. Kitab Kulliyyat Rasa’il al-Nur merupakan bukti nyata usaha beliau yang dilakukan dan masih kekal menjadi rujukan sehingga kini. Terkandung di dalamnya pelbagai perbincangan ilmiah antaranya berkaitan mahabbah. Mahabbah merupakan salah satu daripada nilai-nilai Islam yang ditekankan al-Quran dalam proses pembangunan insan. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mencapai beberapa objektif iaitu; (1) mengenal pasti hakikat mahabbah menurut Badiuzzaman Said Nursi; dan (2) membentuk tasawur mahabbah berteraskan hakikat mahabbah yang diperkenalkan oleh Badiuzzaman Said Nursi. Kajian ini merupakan kajian kualitatif deskriptif berdasarkan analisis teks dan dokumen. Hasil kajian menemukan bahawa Badiuzzaman Said Nursi memiliki sudut pandang yang tersendiri tentang mahabbah, dan tasawur mahabbah yang terbina mengambil kira sudut hubungan vertikal dan horizontal yang perlu diterapkan dalam diri setiap insan untuk membangun menjadi insan yang cemerlang duniawi dan ukhrawi.
Bediuzzaman Said Nursi is one of the figures in Quranic Exegesis. The book of Kulliyyat Rasa'il al-Nur is a clear testament to his efforts and referred by many scholars till nowadays. There are various discussions in Kulliyyat Rasa’il al-Nur and among them is mahabbah. Mahabbah is one of the Islamic values emphasized by the Quran in the process of human development. Thus, this study was carried out to achieve several objectives namely, (1) identify the fact of mahabbah according to Bediuzzaman Said Nursi; and (2) form a tasawur of mahabbah based on the fact of mahabbah introduced by Bediuzzaman Said Nursi. The study is a descriptive qualitative study, based on the analysis of texts and documents. The results of the study found that Bediuzzaman Said Nursi has his own perspective on mahabbah, and the tasawur of mahabbah which is built considers the vertical and horizontal relationship angles that need to be applied in each human being to develop into an excellent worldly and ukhrawi person. 
Kepatuhan Beragama Dalam Kalangan Usahawan Wanita Muslim Dalam Membangunkan Produk Kesihatan Di Malaysia [Religious Devotion Among Malaysian Muslim Women Entrepreneurs Dealing In Health Products]
Setiap individu yang beragama Islam perlu memiliki elemen berpegang teguh pada agama Allah SWT bagi mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan. Elemen berpegang teguh pada agama Allah SWT yang dimaksudkan adalah berkait rapat dengan konsep dua kalimah syahadah yang digariskan dalam agama Islam. Kejayaan yang dikecapi oleh usahawan wanita Muslim yang mengusahakan produk kesihatan sudah tentu mempunyai pelbagai cabaran dan terpaksa menempuhi segala rintangan dalam dunia perniagaan. Sungguh pun begitu, cabaran sebagai seorang usahawan Muslim berjaya bukan sahaja dilihat dari segi jumlah pendapatan dalam perniagaan semata-mata, namun perlu juga berpegang teguh kepada ajaran Islam. Persoalannya, bagaimanakah usahawan wanita Muslim yang mengusahakan produk kesihatan mampu berjaya dalam bidang keusahawanan? Adakah mereka sentiasa berpegang teguh dengan melaksanakan amalan keagamaan dalam kehidupan seharian? Oleh itu, artikel ini bertujuan mengkaji amalan-amalan yang dilaksanakan oleh usahawan wanita Muslim yang mengusahkan produk kesihatan di Malaysia. Bagi tujuan tersebut, artikel ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu melalui temu bual bersama dengan 10 orang wanita Muslim yang berjaya dalam membangunkan produk kesihatan di Malaysia. Data yang didapati kemudiannya dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Sebagai hasilnya, kajian ini mendapati usahawan wanita Muslim yang mengusahakan produk kesihatan di Malaysia melaksanakan amalan-amalan keagamaan dalam kehidupan seharian. Antara amalan yang diamalkan termasuklah pertama, mendirikan solat lima waktu; kedua, menunaikan zakat; ketiga, berpuasa di bulan Ramadan; keempat, menunaikan ibadah haji bagi yang berkemampuan; dan kelima, zuhud dalam kehidupan dengan melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar
- …
