1,721,065 research outputs found
Hedonisme / Halipah Hamzah
Hedonisme adalah fahaman yang menekankan bahawa keseronokan dan kepuasan diri adalah matlamat utama dalam hidup. Dalam konteks ini, keseronokan hedonism merujuk kepada pencarian kebahagiaan melalui aktiviti yang memberikan kepuasan segera dan melibatkan kebendaan, seperti membeli barangan mewah, berhibur di kelab malam, berjudi, berpelesiran, melepak, penyalahgunaan dadah, dan seumpamanya. Hedonisme sering dikritik kerana boleh membawa kepada gaya hidup yang berlebihan dan tidak seimbang. Ia juga boleh mengakibatkan kesan negative seperti kemerosotan moral di mana mengutamakan keseronokan boleh menyebabkan seseorang mengabaikan nilai-nilai moral dan etika. Hedonisme juga menyebabkan kepincangan sosial dengan peningkatan dalam jenayah, kemalasan, dan pengangguran kerana individu lebih fokus kepada keseronokan daripada terlibat dengan tanggungjawab sosial
Kemurahan hati / Halipah Hamzah
Kemurahan hati bererti pemberian ikhlas, tidak mengungkit, tanpa diminta, melihat bahawa yang diberikan itu hanyalah sedikit. Si peminta merasa gembira dengan adanya orang yang bermurah hati dan si pemberi pula merasa senang hati apabila dapat memberi. Individu yang memberi sebahagian dan meninggalkan sebahagian untuk dirinya dikatakan seorang pemurah. Individu yang memberikan kepada orang lain lebih banyak daripada yang ditinggalkan untuk dirinya sendiri maka dia memiliki sifat kemurahan hati dan orang yang menderita kemelaratan tetapi tetap mengutamakan orang lain dengan memberikan hartanya maka dia bersifat dengan altruisma. Sifat kemurahan hati berada di tengah-tengah di antara sifat boros dan kedekut
Konsep dan falsafah Pendidikan Islam / Halipah Hamzah
Asas peradaban Islam adalah pendidikan yang komprehensif
bersumberkan kepada al-Qur'an dan al-Sunnah. Islam memandang
serius segala bentuk pendidikan terutamanya pendidikan rohani, kemerdekaan dan akhlak. Pendidikan Islam memiliki falsafah dan matlamat yang murni serta unggul. Pendidikan Islam juga lebih menekankan kepada pembangunan individu yang melibatkan aspek fizikal, rohani dan akhlak. Pendidikan Islam menyampaikan ilmu mengenai ketuhanan Allah SWT dan dengan pengetahuan inilah manusia mengenali asal-usul dan kedudukan dirinya serta memberi pengiktirafan kepada Penciptanya Allah SWT Pendidikan Islam bertujuan untuk melahirkan seorang individu Muslim yang baik dan seterusnya menjadi seorang yang profesional atau bersifat
profesional. Rasulullah SAW adalah merupakan satu-satunya model pembentukan sahsiah yang patut diteladani oleh seluruh umat Islam khususnya ahli-ahli pendidikan Islam. Kesempurnaan dan keidealan sahsiah dan peribadi Rasulullah SAW ini dijelaskan dalam sabda Baginda yang bermaksud: "Sesungguhnya aku diutuskan bagi menyempurnakan akhlak yang mulia.
Entertainment and entertaining in Maqasid Syariah / Halipah Hamzah
In this challenging modern age, the Muslim community, whether young or old, is stuck with the influence of Western culture namely the culture of hedonism. The goal of this culture is simply to find pleasure regardless of the legal view. Islam requires entertainment and entertaining in life. However, Islam lays down guidelines related to entertainment and entertaining to ensure that individual who entertain is not negligent. The objective of this study is to explain to the Muslim community about the law on the forms of entertainment favored by Muslims in the present century. This study also aims to clarify the guidelines of entertainment and entertaining according to Islamic law. The research question discussed in this writing is about the forms of entertainment that are prevalent in the Muslim community and its relationship with Maqasid Syariah. This study adopts data collection and data analysis methods. In an effort to collect data and information, this study is based on library research from primary and secondary sources involving Quranic sources, hadith, scholarly views, books, dictionaries, scholarly writing and journals. These data were analyzed using inductive, deductive and comparative methods. The result of the study obtained that the law of entertainment and excessive entertainment is illegal and there are guidelines and demands of Maqasid Syariah that need to be complied with in entertainment and entertaining
Geran padanan ACIS UiTMCPP dengan UIN SUKA / Halipah Hamzah
Pada 24 Oktober 2023, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) menerima kunjungan delegasi dari Universitas Islam Negeri Sunan Kalijaga (UIN SUKA), Indonesia. nTujuan utama lawatan ini adalah untuk mengeratkan hubungan ukhuwwah di samping membincangkan kerjasama penyelidikan dalam bentuk geran padanan. Perbincangan ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan kerjasama dalam bidang penyelidikan dan pembangunan antara kedua-dua institusi
Kajian hubungan etnik dalam kalangan remaja Muslim / Halipah Hamzah
Malaysia sering dikaitkan dengan kebijaksanaan dalam pengurusan keharmonian kaum. Ini kerana rakyat Malaysia hidup secara aman harmoni meskipun masyarakat di negara ini terdiri daripada lebih 70 kumpulan etnik dengan tiga kaum majoriti. Kajian-kajian emperikal berkaitan hubungan etnik di Malaysia mendapati bahawa masyarakat pelbagai kaum ini lebih selesa berada dalam kelompok etnik masing-masing. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap hubungan etnik dalam kalangan remaja Muslim. Metodologi yang digunakan adalah kajian melalui soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis dan dibentangkan dalam bentuk peratusan melalui carta pai. Seramai 330 orang responden terlibat dalam kajian ini. Kebanyakan responden mempunyai tahap hubungan etnik yang baik dengan melibatkan hubungan dengan pelbagai kaum dan bangsa. Namun, masih terdapat segelintir remaja Muslim yang hanya menjalin hubungan dengan rakan sesama agama sahaja atas alasan saling memahami kerana persamaan agama. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap hubungan etnik dalam kalangan remaja Muslim memuaskan namun masih belum sepenuhnya menepati kehendak syariat Islam yang mengarahkan hubungan etnik antara umat manusia perlu dijalin tanpa mengira agama, bangsa atau keturunan. Justeru, semua pihak memainkan peranan penting sama ada kerajaan, masyarakat, mahupun individu itu sendiri dalam memastikan hubungan etnik terjalin secara harmonis ke arah mewujudkan perpaduan kaum
Budaya hedonisme dan cabarannya terhadap pembangunan tamadun ummah / Halipah Hamzah
Teras pembangunan tamadun Islam yang merupakan tamadun sebaik-baik umat ialah pembangunan kerohanian. Pembangunan tamadun dalam Islam adalah pembangunan yang menghayati maqasid al-shari 'ah, khususnya lima tujuan utama syariat Islam iaitu memelihara agama, akal, nyawa, keturunan (maruah) dan harta. Setelah kelima-lima perkara ini terjamin, kesejahteraan dan keadilan masyarakat turut terjamin seterusnya melahirkan tamadun hakiki. Kemajuan atau kemunduran sesebuah tamadun sebahagiannya didasari oleh budaya dan ditunjangi oleh moral masyarakat. Penghayatan nilai-nilai akhlak yang mutlak dan tinggi menjamin kesejahteraan, keharmonian dan keamanan dalam masyarakat. la juga akan menjadikan bangs a itu terhormat dan disegani di mata dunia. Cabaran terhadap pembangunan tamadun ummah dalam aspek sosial yang berpunca daripada ledakan dan gelombang teknologi maklumat di era globalisasi kini tidak kurang hebatnya. Gejala keruntuhan akhlak, kelemahan budaya integrity dan pembudayaan ilmu dalam masyarakat merupakan suatu cabaran besar kepada pembangunan tamadun ummah. Penularan budaya hedonisme dalam masyarakat, khususnya remaja, merupakan salah satu cabaran besar kepada pembangunan tamadun Islam. Budaya ini melalaikan masyarakat dan menjejaskan pembinaan tamadun ummah
Human development and hedonism culture challenges: a review from islamic perspective / Halipah Hamzah
Islamic development consists of human development, material development, technology development, and development of knowledge. Major aspect of Islamic development is human development. Human development is the process of human change to a better condition includes elements of physical, intellectual, spiritual and emotional. Spiritual and physical developments should be given priority in human development because of the negligence of one of these aspects lead to the imperfections in life for individuals, communities and countries. In the process of human development, there are many challenges to be faced. Among them are the challenges arising from cultural phenomenon hedonism. This culture brings challenges to the characteristics of human development, among which are a challenge to faith, knowledge, morality, justice and so on
Kedudukan para Nabi, Malaikat dan Jin menurut perspektif Islam / Halipah Hamzah
Alam ini sama ada alam nyata atau alam ghaib memiliki penghuni. Semua penghuni ini mempunyai peranan, tanggungjawab dan tugas tersendiri. Para malaikat dan jin antara makhluk Allah di alam halus berbanding manusia
yang merupakan makhluk kasar. Pelbagai persoalan sering diperbincangkan oleh para sarjana dan ulama Islam mengenai makhluk Allah ini. Antaranya mengenai makhluk termulia antara nabi dan malaikat, iblis daripada golongan jin atau malaikat, peranan malaikat dalam medan perang dan Iain-lain. Hasil daripada pandangan yang diutarakan oleh para sarjana dan ulama Islam ini menjadikan umat Islam lebih memahami dan menghayati tentang persoalan tersebut. Di samping itu pemikiran yang dipercambahkan
oleh para ulama dan sarjana Islam dapat membantu generasi pada hari ini dalam mencetuskan idea serta memberi panduan dan bimbingan dalam mengharungi liku-liku hidup
Pemikiran dakwah Syed Qutb berdasarkan Tafsir Fi Zilal Al-Quran / Halipah Hamzah
Sayyid Qutb was a prominent figure who had contributed widely in various fields. One of his contributions that can be emulated by Muslims is his insights in his preaching. His struggles in preaching were carried out as a group through collective participation in the movement of the Muslim Brotherhood as well as individually through the writing of books and articles. One of his famous books was according to the interpretations of the Quran Fi Zilal. This study aims to explore the thinking of Sayyid Qutb’s missionary method of analysis based on interpretations of the Quran Fi Zilal. The study has proven that the method based on his missionary thoughts coincides with those outlined in the Quran that use the al-hikmah, al-maw`izah al-hasanah and al-mujadalah methods. Throughout the life of Sayyid Qutb, he was a missionary who was patient, persistent, humble, calm, quiet and always trusting in God
- …
