13 research outputs found

    Penang Civil Engineering Student’s Society (P’CES) Clubhouse 2023: program kepimpinan jatidiri dan USR bersama penduduk dan jawatankuasa masjid / Ts. Fairus Azwan Azizan, Mohd Zaini Endut and Ts. Zanariah Abd Rahman

    No full text
    Pada 24 hingga 26 November 2023, program P’CES Clubhouse telah dianjurkan di Pulau Pangkor, Perak oleh Penang Civil Engineering Student’s Society (P’CES). Program ini melibatkan 28 orang pelajar Pengajian Kejuruteraan Awam UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) dan dua orang pensyarah pengiring iaitu Ts. Fairus Azwan Azizan dan En. Mohd Zaini Endut. Program ini bertujuan untuk memperkukuhkan sifat kepimpinan dan jatidiri dalam kalangan ahli kelab dan juga penglibatan mahasiswa dalam pelbagai aktiviti khidmat masyarakat kepada komuniti

    P’CES Clubhouse 2023 (Program kepimpinan P’CES PPKA UiTMCPP dan USR bersama penduduk/masjid di Pulau Pangkor, Perak) / Ts Fairus Azwan Azizan, En Zaini Endut and Ts Zanariah Abd Rahman

    No full text
    Pada 24 November 2023 sehingga 26 November 2023 telah berlangsungnya satu program untuk ahli kelab Penang Civil Engineering Student’s Society (P’CES) iaitu P’CES Clubhouse bertempat di Pulau Pangkor, Perak. Program ini disertai oleh seramai 28 pelajar Pengajian Kejuruteraan Awam, UiTM Cawangan Pulau Pinang yang semuanya adalah di kalangan ahli kelab ini sendiri dan 2 orang pensyarah pengiring iaitu Ts Fairus Azwan Azizan dan En Zaini Endut. Program ini adalah program kepimpinan dan khidmat komuniti dan dilaksanakan bertujuan untuk menajamkan sifat kepimpinan di kalangan para ahli dan juga meningkatkan jatidiri setiap ahli tersebut. Aktiviti dijalankan pada hari pertama program. Di samping itu juga, pada hari kedua, diadakan aktiviti pembersihan kawasan pantai pada waktu pagi. Pada waktu tengahari dijalankan lawatan rapat kasih iaitu sesi beramah mesra bersama komuniti setempat dan penduduk di Kampung Tengah, Pulau Pangkor

    PPKA juara Sukan Antara Fakulti (SAF) 2022 / Ts Fairus Azwan Azizan and Ts Dr Mohd Samsudin Abdul Hamid

    No full text
    Setelah 2 tahun ditangguhkan kerana Covid-19, tahun ini acara Sukan Antara Fakulti (SAF) ini kembali diadakan di UiTM Cawangan Pulau Pinang. Acara ini berlangsung pada 8 Disember 2022 sehingga 20 Disember 2022. Pengajian Kejuruteraan Awam, UiTM Cawangan Pulau Pinang mengambil bahagian dalam kesemua acara yang dipertandingkan iaitu PUBG, Bola Tampar, Bola Jaring, Futsal, Aerodance, Badminton dan Bola Baring.. Pihak pengurusan PKA telah memberikan amanah kepada beberapa orang staf untuk menjadi pengurus pasukan bagi membantu Team PKA pada kali ini. Ts Fairus Azwan telah dipertanggungjawabkan menggalas tugas sebagai ketua kontijen PPKA dan dibantu oleh pengurus sukan yang terdiri daripada staf-staf PKA sendiri seramai 20 orang. Majlis penyerahan bendera kepada kontijen PKA untuk Sukan Antara Fakulti (SAF) diadakan pada 8 Disember 2022 dan seramai 134 orang atlet terdiri daripada pelajar PKA mengambil bahagian dalam keseluruhan acara yang dipertandingkan. Untuk sukan SAF ini yang berakhir pada 20 Disember 2022, team PKA telah mengutip 4 pingat emas, 1 pingat perak dan 3 gangsa. Pingat emas telah disumbangkan dalam acara bola jaring, badminton campuran, bola baling lelaki dan bola baling perempuan. Atlet aerodance lelaki menyumbang pingat perak untuk PKA manakala 3 pingat gangsa disumbangkan melalui acara bola tampar lelaki, bola tampar wanita dan futsal. Hasil kutipan pingat ini, PKA, UiTM Cawangan Pulau Pinang telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan Sukan Antara Fakulti (SAF) 2022. Penutupan yang terindah buat Team PKA bagi tahun 2022 dengan kejayaan yang dicapai. Semoga semangat dan sokongan ini berterusan bagi memastikan PKA menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik

    Program Jelajah Kasih P'CES / Ts Fairus Azwan Azizan and Ts Zanariah Abd Rahman

    No full text
    Pada 2 Disember 2023 yang lalu, telah berlangsungnya satu program khidmat masyarakat CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY (CSR) di Maahad Tahfiz Akademi Al-Quran As-Syamil (AQSA), Taman Sejahtera, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Program ini melibatkan pelajar ahli kelab Penang Civil Engineering Student's Society (P'CES) PPKA UiTM cawangan Pulau Pinang, kakitangan syarikat THB Maintenance Sdn. Bhd. dan juga staf dan pelajar Maahad Tahfiz Akademi Al-Quran As-Syamil (AQSA). Seramai 36 orang ahli kelab P'CES dan juga 15 orang kakitangan pihak syarikat THB Maintenance Sdn. Bhd. terlibat dalam program ini, dengan menjadikan jumlah keseluruhan adalah 90 peserta

    Kemeriahan program CIS Day 2023 / Ts Fairus Azwan Azizan and Ts Ir Noraziyan Abd Aziz

    No full text
    Civil Inter-batch Day 2023 merupakan satu program aktiviti riadah yang dijalankan untuk seluruh warga Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA), UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMPP). Program ini diadakan pada 14 Januari 2023 di Padang A, UiTMPP anjuran Acedemic Advisory Unit (AAU) dan telah mendapat kerjasama dengan Penang Civil Engineering Student’s Society Unit (PCES). Program riadah ini adalah sebagai salah satu aktiviti pertemuan santai diantara para pelajar dan juga penasihat akademik PKA dengan melakukan aktiviti-aktiviti luar sambil bersukan. Aktiviti sukan ini melibatkan keseluruhan pelajar PKA iaitu pelajar diploma semester 1 sehingga semester 5 dan juga pelajar ijazah semester 1 sehingga semester 8 seramai 950 pelajar bersama penasihat akademik iaitu terdiri daripada 95 orang pensyarah. Program riadah ini bermula jam 7.30 pagi sehingga 8.00 pagi dengan para peserta membuat pendaftaran dan berkumpul di atas padang mengikut rumah sukan yang telah ditetapkan. Sebanyak 9 rumah sukan telah ditetapkan iaitu hitam, ungu, biru, emas, kelabu, putih, kuning, merah, hijau. Selepas ketibaan para tetamu, aktiviti diteruskan dengan membaca doa, nyanyian lagu Negaraku dan ucapan perasmian pembukaan oleh Ketua Pusat Pengajian, Dr Hj Anas Ibrahim. Kemudian akitiviti diteruskan dengan sesi regangan badan iaitu Zumba dan seterusnya pertandingan Cheers mengikut setiap rumah sukan

    Subgrades stabilization of clay soil in Klang using fly ash in relation between CBR value and resilient modulus / Fairus Azwan Azizan

    No full text
    Nowadays, the over dependent on the use of cement and lime have kept the cost of the construction of stabilized soil financially high. Using recycle material such as Fly Ash (FA) can minimize the cost of soil stabilization. The objective of this research was to quantify the enhancement of the subgrade strength using chemical stabilization of Fly Ash (FA) in order to acquire the correlation between California Bearing Ratio (CBR) and Resilient Modulus for stabilization of clay soil. Along with that, the deformation and stabilization of the soil was analyze using numerical modeling in order to determine the cost and benefit of the compacted stabilized soil. FA was obtained from Kapar Energy Venture (KEV) and soil samples were taken from Tanjung Harapan, Klang. Extensive laboratory work has been carried out in order to examine the importance of the research. The samples were tested to determine the optimum moisture content (OMC) and maximum dry density (MDD) using compaction test. The stabilized soil samples were prepared by mixing the FA from 4% to 20% by increasing the additives at 2% each sample. The strength of the samples was tested using Unconfined Compressive Test (UCT) after 7 days of curing in room temperature. Four (4) samples from different percentage of FA at OMC were tested for CBR value and MR value curing in 7 days and 28 days. Those tests were also conducted with minimum -5% from OMC, at OMC and maximum +5% from OMC for every combination of fly ash. The result shows increases in the CBR and MR value by the addition of FA. The presence of FA in different percentage was affected by different curing time period and increased the value of CBR and MR differently. Apart from the percentage of fly ash, the strength of the soil was found significantly affected by the amount of moisture content in the soil. Numerical modeling result using PLAX1S software also shows that the data is not quite sensitive in comparison to the displacement of the pavement layer from day 1 to day 100. With a conventional JKR method, the result of pavement thickness design was 90cm for CBR 2% and 64cm for CBR 15%, using relevant figures and which to enhance the result from numerical modeling. In conclusion, it was found that the used of FA with an adequate amount of moisture is believed to improved soil properties thus offer an alternative for soil subgrades improvement in highway construction

    Jelajah kasih di Maahad Tahfiz Akademi Al-Quran Assyamil (AQSA) / Ts. Fairus Azwan Azizan and Ts. Zanariah Abd Rahman

    No full text
    Pada 2 Disember 2023, satu program khidmat masyarakat University Social Responsibility (USR) telah dijalankan di Maahad Tahfiz Akademi AlQuran As-Syamil (AQSA) yang terletak di Taman Sejahtera, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Program ini dianjurkan oleh Penang Civil Engineering Student’s Society (P’CES) dari UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) dengan kerjasama daripada pihak syarikat THB Maintenance Sdn. Bhd. Program ini melibatkan 36 orang ahli kelab P’CES dan 15 staf dari THB Maintenance Sdn. Bhd., serta para pelajar dan kakitangan AQSA

    Dari kampus ke pelabuhan: lawatan sambil belajar ke Pelabuhan Pulau Pinang (Penang Port)

    No full text
    Seramai 40 orang pelajar dari Program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam(Infrastruktur) dan Diploma Kejuruteraan Awam telah menyertai satu program lawatan sambil belajar ke Pelabuhan Pulau Pinang pada 14 November 2024 bermula seawall 9 pagi sehingga 12 tengahari.Lawatan ini dianjurkan oleh Kelab Penang Civil Engineering Student Society (P’CES) yang bernaung di bawah Fakulti Kejuruteraan Awam(FKA), UiTM Cawangan Pulau Pinang, dan disertai oleh tiga orang pensyarah pengiring iaitu En. Mohd Khairul Azhar Ismail,Ts. Zanariah binti Abd Rahman, dan Ir. Ts. Fairus Azwan Azizan. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan praktikal kepada para pelajar yang sedang mengikuti kursus Highway and Traffic Engineering, khususnya berkaitan pengoperasian pelabuhan, system kawalan trafik perkapalan, serta struktur kejuruteraan dan penyelenggaraan bangunan pelabuhan. Program ini bermula seawal jam 9 pagi dengan sesi ucapan pembukaan yang disampaikan oleh Encik Syarmizar bin Mhd Nasir selaku Pengurus Korporat Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang(SPPP) serta Ts. Zanariah binti Abd Rahman selaku pensyarah FKA UiTM Cawangan Pulau Pinang. Sesi taklimat ini kemudian diteruskan dengan penerangan berkenaan latar belakang Pelabuhan Pulau Pinang, ruang lingkup kerja,ciri-ciri keselamatan yang diamalkan dan operasi yang dijalankan di Pelabuhan Pulau Pinang oleh Puan Norwahida Azwani binti Mat Yusop selaku Jurutera SPPP dan Encik Hazwan bin Azhar selaku Ketua Seksyen Bahagian Operasi Penang Port Sdn Bhd (PPSB). Turut serta di dalam taklimat ini juga ialah para wakil dari SPPP dan para wakil dari PPSB. Selesai sesi taklimat, para pelajar kemudian dibawa masuk ke pelabuhan kontena iaitu di Pengkalan Kontena Butterworth Utara(PKBU) bagi melihat sendiri bagaimana skop kerja dan operasi yang dijalankan selain daripada melihat struktur dan infrastruktur yang ada di dalam kawasan PKBU

    Inspirasi dan kepimpinan P’CES: menyantuni remaja Sekolah Tunas Bakti Teluk Air Tawar, Pulau Pinang

    No full text
    Kelab Penang Civil Engineering Student’s Society (P’CES) telah menganjurkan Program Tunas Bakti yang bertarikh 7 Disember 2024 bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang di Sekolah Tunas Bakti Teluk Air Tawar, Butterworth, Pulau Pinang. Program ini bertujuan memberikan bimbingan dan suntikan motivasi kepada pelajar Sekolah Tunas Bakti Teluk Air Tawar yang disertai oleh 40 orang pelajar. Pelajar sekolah tersebut telah dibimbing oleh 36 orang fasilitator yang terdiri daripada pelajar kelab P’CES dan diketuai oleh Pengarah Program iaitu Ikhmal Firdaus bin Norhisyam. Turut hadir memberikan sokongan sepanjang program ialah empat orang pensyarah dari Fakulti Kejuruteraan Awam yang memainkan peranan sebagai pemandu arah dan penasihat program, iaitu Ts. Zanariah bt Abd Rahman, Dr. ZulAzmi bin Mohtar, Ir. Ts. Fairus Azwan bin Azizan, dan Mohd Khairul Azhar bin Ismail. Antara aktiviti utama yang dijalankan bersama pelajar sekolah adalah ceramah motivasi yang memberi panduan kepada pelajar untuk menghadapi cabaran hidup secara positif dan pro aktif,serta Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang memfokuskan kepada pembangunan sahsiah,kemahiran komunikasi, dan keyakinan diri. Semua aktiviti telah berjalan dengan lancar hasil kerjasama erat di antara fasilitator dan pelajar sekolah serta tenaga pengajar. Program ini melabuhkan tirainya dengan majlis penutup yang diserikan oleh kehadiran Timbalan Pengetua Sekolah Tunas Bakti,Cikgu Sazalimi bin Mohamad,serta Ts. Dr. Samsudin bin Abdul Hamid selaku Ketua Program(Diploma),Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM Permatang Pauh
    corecore