1,722,058 research outputs found
Rahsia muka tanpa jerawat?
Jerawat adalah penyakit biasa yang dihadapi golongan remaja. Ianya perlu dirawat kerana boleh memberikan kesan fizikal dan psikologi yang berpanjangan kepada pesakit. Ramai di antara mereka yang merasa rendah diri dan boleh menjurus kepada penyakit kemurungan yang membimbangkan.
Penyebab-penyebab utama jerawat secara amnya adalah:
1) Pembiakan kuman anaerob ‘propionibacterium acnes’ yang menyebabkan keradangan kulit.
2) Peningkatan penghasilan sebum disebabkan oleh penghasilan berganda oleh kelenjar sebum.
3) Pertukaran keratin folikel yang menyebabkan penghasilan komedon.
4) Radang kulit muka disebabkan oleh produk yang dihasilkan oleh bakteria.
Objektif rawatan jerawat adalah untuk membantu menghilangkan keradangan kulit dan komedon, memastikan ianya tidak berulang dan juga mengelakkan pesakit dari mengalami kesan parut kosmetik serta masalah psikologi.
Secara amnya, rawatan untuk jerawat boleh di kategorikan kepada dua iaitu rawatan intensif (induction) iaitu bagi memastikan ketiadaan jerawat secara total (remission phase) dan rawatan pengekalan (maintenance phase)
Fenomena jerebu di Malaysia
Fenomena jerebu adalah kerana terbentuknya partikel-partikel (opalescent) di atmosfera yang kecil berpunca dari pembakaran secara terbuka dan meluas, pelepasan asap-asap dari kilang dan juga pembebasan asap dari kenderaan-kenderaan. Ianya tidak dapat dilihat oleh mata kasar dan berterbangan diudara. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang sangat banyak dan berkumpul, ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.
Bahan utama pencemar udara utama semasa jerebu adalah seperti bahan partikel yang berukuran kurang dari 10mm/m3diameter, ozon, gas beracun karbon monoksida, gas nitrogen dioksida dan sulfur dioksida.
Jabatan meteorology (MET Malaysia) telah melaporkan keadaan beberapa buah negeri di Malaysia yang menerima tempias jerebu susulan kebakaran hutan di lima wilayah besar di negara Indonesia. Dikhabarkan bahawa jerebu ini akan berterusan dalm tempoh 7 hari berikutan monsoon barat daya dengan cuaca kering dan stabil. Ianya juga telah melaporkan bacaan tidak sihat iaitu di Johan Setia, Selangor, dan Rompin, Pahang dimana terdapat kebakaran di kawasan berkenaan
Pengecaman gigitan ular berbisa
Gigitan ular adalah salah satu kejadian yang boleh membuatkan kebanyakan orang menjadi panik. Ini kerana, gigitan itu mungkin disebabkan oleh ular yang berbisa.
Namun, adakah sukar untuk mengenal sama ada ular itu berbisa atau tidak?
Apakah petanda ular itu adalah berbisa?
Sakit pada kesan gigitan (intense local pain)
Pembentukan bengkak (oedema) pada bahagian gigitan yang semakin membesar.
Kewujudan ruam merah/kesan lebam (petechiae/echymoses) dan biji berair berwarna jernih atau berdarah (serous/hemorrhaghic)
Ada gejala sistemik seperti loya, muntah, cirit-birit, sakit perut yang teruk, kurang sedar, tekanan darah rendah, masalah kegagalan saraf, masalah pernafasan dan kencing berdarah
Migrain: Apa yang anda perlu tahu
Migrain adalah salah satu jenis sakit kepala yang biasa berlaku, dengan purata sebanyak 2 hingga 15% daripada penduduk dunia pernah mengalaminya. Ianya berada pada tangga yang ke-20 penyebab ketidakupayaan seseorang, yang menyebabkan mereka tidak dapat hadir ke kelas, tidak dapat bekerja, seterusnya mengurangkan tahap kualiti hidup mereka. Ianya melibatkan 15% golongan perempuan dan 6% dari golongan lelaki. Migrain paling kerap berlaku di antara umur 25 hingga 55 tahun.
Ianya adalah jenis sakit kepala nombor 2 dalam hierarki setelah ‘tension type headache’.
Apakah gejalanya??
Sakit kepala yang berterusan, mungkin2 hingga 72 jam.
Sakit kepala yang teruk, biasanya terjadi pada sebelah kepala dan jarang dua-dua belah kepala, berdenyut-denyut dan menjadi lebih teruk apabila melakukan aktiviti fizikal.
Sakit kepala bertambah teruk apabila terdedah kepada cahaya.
Sakit kepala bertambah teruk apabila terdedah kepada bunyi bising.
Kelihatan muka yang pucat.
Loya dan muntah.
Aura berlaku dalam 20% pesakit migrain. Antara gejala aura adalah seperti ‘flashing of light’, ‘shimmering zig-zag lines’ dan mengalami kehilangan ‘visual field’
Molluscum contagiosum: jangkitan kulit berbentuk ‘PUSAT’
Molluscum contagiosum adalah penyakit kulit berjangkit bukan kanser yang disebabkan oleh jangkitan virus kumpulan poxvirus. Ia dipindahkan dari seseorang melalui kulit ke kulit dan adalah salah satu penyakit yang biasa dijumpai di klinik kesihatan primer.
Penyakit ini adalah terhad tanpa komplikasi jangka masa panjang walaupun pesakit yang mengalaminya biasanya yang berimuniti rendah;contohnya pesakit HIV atau kencing manis. Ia dapat juga berlaku pada golongan kanak-kanak
Roti ququs / Nurul Atirah Che Man
Roti Wap Balik Pulau is a recent addition to Balik Pulau, Penang's culinary landscape, offering a unique take on traditional steam bread. This place, located in a region known for its food, has gained popularity for its quality and innovation. By using local ingredients, Roti Wap Balik Pulau ensures freshness and authenticity in every bite, for both locals and tourists who want to try Penang’s many flavors. Recently, they launched a new line of steam bread called Roti Ququs. The rebranding aims to capture the essence of their signature fluffy texture The tagline "Gebu Pasti Terpesona" describes the product. The name Ququs is a mix of tradition and modernity, demonstrating their commitment to evolving the steamed bread experience. Each Roti Ququs promises to deliver an irresistibly fluffy texture that will leave you enchanted and wanting more. For this final project, the owner has suggested three new fillings for Roti Ququs to add to the menu. First, the pistachio filling has a nutty goodness that goes well with the soft, fluffy bread. Second, the cookies and cream filling are comforting and indulgent for those with a sweet tooth. Last, the sambal ikan bilis filling has a bold Malaysian flavor profile, with spicy chili paste and savory anchovies for the adventurous eaters. Through Roti Ququs, the designer hopes to highlight Roti Wap Balik Pulau's innovation and quality while also showcasing Penang's flavors. With these new products, the designer hopes to contribute to Roti Ququs's goal of providing more delicious and addictive steam bread for their customers in Balik Pulau and beyond
Selamatkah rawatan PDE5-I (cth: Viagra) untuk “mati pucuk” ?
Mati pucuk (erectile dysfunction) menjadi igauan pesakit yang biasanya disebabkan oleh kencing manis, darah tinggi atau penyakit jantung koronari yang tidak terkawal. Mereka tidak dapat mempertahankan ereksi (ketegangan penis) seperti yang dimahukan. Melalui kajian yang dijalankan, phosphodiesterase type 5 inhibitor (PDE5-I) adalah penawarnya dan menjadi ubat pilihan utama yang digunakan dalam rawatan “mati pucuk”. Ianya berfungsi dengan meningkatkan paras cyclic guanosine monophosphate(cGMP) di dalam otot penis.
Mati pucuk didefinisikan sebagai ketidakupayaan untuk mencapai ereksi atau mengekalkan ereksi yang cukup untuk kepuasan seksual
Pentingkah saringan penyakit jantung koronari untuk orang dewasa?
‘Atherosclerosis’ adalah penyebab patologi utama kepada penyakit jantung koronari. Ianya merupakan penyebab kepada morbiditi dan mortaliti yang utama di seluruh dunia.
Di negara Malaysia, penyakit jantung koronari adalah 1 per 4 penyebab kematian utama di hospital- hospital kerajaan iaitu sebanyak 24.4%
Pentingnya vaksin influenza – Dr Mohammad Hj. Che’ Man
Virus influenza?
Merupakan punca kepada jangkitan saluran paru-paru akut yang disebabkan oleh Influenza A dan B. Ianya adalah penyakit epidemik yang terjadi hampir setiap tahun terutama sekali pada waktu musim sejuk di kawasan yang beriklim khatulistiwa.
Golongan veteran dan individu yang mempunyai masalah penyakit kronik adalah antara pesakit yang berisiko tinggi mendapat komplikasi teruk daripada jangkitan virus influenza, termasuklah kematian.
Golongan muda selalunya tidak terlalu terkesan dengan virus influenza kerana kebiasaannya, penyakit ini adalah ‘self-limiting’ atau dalam bahasa mudah, sistem imunisasi mereka dapat mengawal penyakit ini daripada menjadi lebih teruk. Terdapat beberapa jenis virus influenza yang sering menyerang manusia, contohnya influenza A H1N1, influenza A H3N2 dan 2 jenis influenza B yang berlainan struktu
Antara kaf dan nun: kun fayakun / Shaibatul’ Islamiah Che Man
Proudly mentioned, the poems featured in this anthology are a testimony to the depth of feelings, spirits, and the tireless solidarity of the authors with the Palestinian people. Each poem written from the depth and breadth of the soul serves as a powerful reminder of the shared humanity that unites us all
- …
