1,720,991 research outputs found
Bengkel aksesori kreatif dan kitar semula medan terapi melalui seniwarga kampus
Walaupun sibuk dengan tugasan harian, warga kampus Universiti Teknologi MARA, Cawangan Sarawak tidak melepaskan peluang untuk menjayakan Bengkel Aksesori Kreatif dan Kitar Semula bertempat di Bilik Sarjana UiTM Cawangan Sarawak pada 17 Mei 2019. Bengkel yang dianjurkan oleh Biro Sosial, Kelab Kakitangan (KEKiTA) Universiti Teknologi MARA Cawangan Sarawak ini telah disertai oleh seramai 20 orang kakitangan akademik dan bukan akademik. Pihak penganjurtelah menjemput dua orangtenaga pengajar yang berkemahiran dan berpegalaman luas dalam industri pembuatan aksesori wanita di Sarawak
Lawatan ke wad kanak-kanak Hospital Umum Sarawak dan penyerahan sumbangan kempen Drop A Toy PEWANI
Lawatan ke Wad kanak - kanak dan penyerahan sumbangan Kempen Drop A Toy telah diadakan pada 10 Oktober 2008 bertempat di wad kanak - kanak Hospital Umum Sarawak. Seramai 15 orang ahli PEWANI termasuk Ahli Jawatan Kuasa hadir bersama Pengerusi Puan Sharifah Suzana Wan Shukran pada sesi lawatan tersebut
STEM playground sempena Sarawak Career and Training Fair
Pada 10 Mac 2018 (Sabtu) Jabatan Sains Komputer (JSK) melalui Jawatankuasa STEM UiTM Cawangan Sarawak telah menyertai STEM Playground, (SCaT Fair 2018) bertempat di BCCK. Pelbagai aktiviti seperti FunFoto, Sudoku, Puzzle dan Fun Three telah berlansung dengan meriahnya. Peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah khususnya daripada bandaraya Kuching, Samarahan dan Serian telah diberi pendedahan bagaimana untuk mengambil gambar yang balk dengan mengunakan telefon bimbit. Teknik-teknik seperti pencahayaan, postur badan yang betul semasa mengambil gambar serta teknik-teknik penting yang lain. Aktiviti ini disediakan bagi meningkatkankemahiran mengambil gambar dan memori visual
Ceria raya 2008 anjuran bersama PEWANI & KEKITA
Bertujuan untuk meningkatkan semangat perpaduan dan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kakitangan UiTM bagi Mewujudkan suasana muhibah untuk beramah mesra sesama kakitangan tanpa mengira jawatan, bangsa dan agama mewujudkan suasana yang meriah disepanjang majlis berlangsung. Dianggarkan seramai lebih dari 300 orang kakitangan turut sama dan majlis ini telah diserikan lagi dengan kehadiran yang berbahagia Pengarah Kampus Prof. Madya Dr. Jamil Hj Hamali
Samarahan amazing fun race dan komuniti Samarahan bersih dan sihat: sumbangan UiTM Cawangan Sarawak kepada Kota Ilmu Samarahan / Dr Azlina Bujang
Pada 29 Jun 2024, UiTM Cawangan Sarawak telah menyertai Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) dalam penganjuran dua program komuniti yang bertempat di Tasik Desa Ilmu, Kota Samarahan. Program yang dilaksanakan adalah Samarahan Amazing Fun Race dan Komuniti Samarahan Bersih dan Sihat (Plogging & 10,000 Langkah). Samarahan Amazing Fun Race adalah acara utama yang dianjurkan dengan kerjasama UiTM Cawangan Sarawak. Program ini melibatkan penyertaan seramai 70 pelajar dari SMK Muara Tuang dan SMK Kota Samarahan. Acara ini bertujuan untuk menguji kebolehan mental dan fizikal peserta melalui pelbagai cabaran dan aktiviti yang direka untuk memupuk semangat kerjasama, penyelesaian masalah, dan ketahanan fizikal. Sukarelawan dari pelajar-pelajar Komander UiTM Cawangan Sarawak memainkan peranan penting dalam pelaksanaan dan pengurusan acara ini, memastikan setiap aktiviti berjalan dengan lancar
Kutipan derma kilat untuk adik Amirul Dami
Dalam kesibukan menjalankan beberapa aktiviti yang lain, pihak PEWANI juga tidak lupa membantu insan - insan yang memerlukan. PEWANI dengan kerjasama seluruh warga kampus UiTM Samarahan telah mengadakan kutipan derma kilat bagi membantu adik Amirul Ashraf Dami yang mengalami ketumbuhan di kepala dan beberapa kecacatan lain semenjak dilahirkan. Sumber kewangan yang dikumpulkan digunakan untuk menampung kos pembedahan beliau di Hospital Umum Sarawak
Garden dinner PEWANI 2009
Majlis Makan Malam PEWANI 2009 telah dianjurkan pada 8 Mac 2009 bertempat di Dormani Hotel, Kuching. Majlis yang berkonsepkan dekorasi dalam taman ini telah di hadiri oleh 80 orang ahli PEWANI serta turut dimeriahkan dengan kehadiran rombongan PEWANI UiTM Sabah. Pelbagai acara disusun bagi meraikan semua ahli seperti persembahan pelajar, sesi karaoke, permainan individu dan juga kumpulan. Sesi Penyerahan insentif kecemerlangan UPSR dan PMR juga telah diadakan untuk anak-anakahli PEWANI
Majlis berbuka puasa pelajar yatim UiTM Sarawak anjuran bersama PEWANI dan HEP
Dalam kemeriahan menyambut musim perayaan Hari Raya Aidilfitri, Persatuan wanita UiTM Sarawak (PEWANI) dengan kerjasama Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama pelajar yatim UiTM serta ibu - ibu tunggal dikalangan ahli PEWANI. Majlis Berbuka puasa ini telah diadakan di Hotel Penview Inn pada 22 September 2008 dan seramai 70 orang pelajar yatim telah diraikan.Selain dari aktiviti penyerahan sumbangan duit raya kepada pelajar dan ibu tunggal majlis pada malam itu juga diselitkan dengan pelancaran kempen Drop A Toy
Lawatan ke Planetarium sempena cuti sekolah anjuran PEWANI UiTM dan Pusat Tusyen Teratai Bestari
Rombongan lawatan diketuai oleh Puan Sharifah Suzana Wan Shukran selaku pengerusi PEWANI, lawatan ini adalah bertujuan untuk menambahkan pengetahuan tentang alam semesta dikalangan anak- anak ahli PEWANI disamping memberikan pendedahan awal perkembangan teknologi sains yang digunakan dalam bidang penyelidikan angkasa
- …
