44 research outputs found
Predikat terbahagi Bahasa Melayu : tumpuan kepada fungsi gramtid keterangan
Kajian ini meneliti kedudukan farasa yang berfungsi sebagai keterangan dalam ayat penyata bahasa Melayu, terutamanya ayat tunggal. Data kajian diperoleh menerusi data korpus Dewan Bahasa dan Pustaka. Kajian ini bertitik tolak daripada kekeliruan fungsi gramatis keterangan yang dikemukakan dalam Tatabahasa Dewan (2009) dan Tatabahasa Asas (2012). Dari segi terminologi sintaksis, keterangan merupakan elemen yang bersifat opsyenal, namun dalam contoh yang dikemukakan oleh kedua-dua buku tatabahasa ini menimbulkan isu. Isu pertama, contoh yang dikemukakan tidak menggambarkan ciri fungsi gramatis keterangan dan isu kedua, keterangan berada di kedudukan akhir ayat. Berlandaskan isu yang dikemukakan, objektif kajian ini ialah menganalisis secara deskriptif kedudukan keterangan dalam ayat dan mengemukakan contoh ayat daripada data korpus yang menunjukkan bahawa terdapat unsur keterangan yang berada pada kedudukan awal ayat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat ayat bahasa Melayu yang keterangan dan predikat berada pada awal ayat. Di samping itu, didapati bahawa keterangan tidak semestinya berada dalam predikat, atau predikat tidak semestinya hadir selepas predikat. Predikat terbahagi, iaitu kedudukan keterangan yang berada pada awal ayat menunjukkan bahawa elemen keterangan telah mengalami proses pergerakan. Kajian ini juga berpendirian bahawa isu istilah seperti istilah keterangan perlu diselaraskan dengan konvensi linguistik supaya tidak timbul kekeliruan berkenaan fungsi gramatis keterangan
Kajian linguistik dan kesantunan yang menggunakan facebook di Malaysia : satu tinjauan literatur
Kesantunan ialah satu bentuk perlakuan yang mewujudkan dan mengekalkan pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi sosial (Leech, 1983). Interaksi dengan penggunaan bahasa yang tepat merupakan kesantunan bahasa yang menjadi asas untuk menjamin keharmonian perbualan antara penutur dan pendengar (Grice, 1975; Grundy, 2000; Rabahyah dan Zaitul Azma, 2017). Kesantunan bahasa yang digunakan di laman facebook oleh pengguna di Malaysia menunjukkan pelbagai fungsi dan maksim dalam penyampaian mereka secara tulisan. Sebagai contoh, meminta, mendesak, menyatakan, beramah tamah, mengecam dan sebagainya. Oleh itu, kajian ini adalah untuk mengkaji kesantunan bahasa yang digunakan dalam ruangan komen di laman facebook. Kajian ini adalah untuk menganalisis kajian linguistik yang menggunakan laman facebook oleh pengguna di Malaysia. Kajian ini juga untuk mengenal pasti kajian linguistik tentang kesantunan bahasa di laman facebook oleh pengguna di Malaysia berdasarkan kajian-kajian terdahulu. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan yang merujuk kajian-kajian lepas sebagai bahan kajian. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat banyak kajian linguistik yang dilakukan dengan menggunakan facebook di Malaysia. Namun begitu, kajian kesantunan bahasa yang menggunakan facebook adalah kurang dilakukan khususnya kajian di Malaysia
Motivasi rumus salin dalam penjanaan ayat tanya bahasa Melayu dalam program minimalis
Dalam teori terdahulu sebelum Program Minimalis, iaitu teori Kuasaan dan Tambatan, dan Prinsip dan Parameter variasi ayat dijana oleh Gerak-? yang menggerakkan sesuatu konstituen ke mana-mana sahaja dengan meninggalkan tikas. Tikas ini berada dalam satu rantaian yang sama dengan unsur anteseden/operator yang telah digerakkan. Dalam Program Minimalis yang dirangka secara eklektik daripada idea Chomsky (1995), Marantz (1995) dan Radford (2009). Gerak-? telah digugurkan. Sebaliknya penjanaan ayat dan variasinya dijana melalui operasi rumus salin. Kajian ini menganalisis motivasi rumus salin dalam penjanaan ayat tanya wh- dan ayat ya-tidak bahasa Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan data kajian diperoleh melalui introspeksi. Data tersebut kemudiannya dirujuk kepada dua orang informan penutur jati bahasa Melayu untuk mengesahkan penerimaan atau penolakannya. Dapatan kajian ini mendapati bahawa fitur [+/-wh] dan fitur-fitur tepianyakni [+/-komp], [+/-wh] [+/-fokus], dan [+/-in situ] merupakan fitur yang menjadi pemangkin atau penghalang dalam menjana ayat tanya wh- dan ya-tidak bahasa Melayu dan variasinya
Objek dalam Ayat Transitif Bahasa Melayu: Analisis Program Minimalis
Fungsi gramatis objek sering menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna bahasa Melayu walaupun penjelasan telah diberikan dalam buku tatabahasa pegangan, Tatabahasa Dewan. Bertitik tolak daripada isu kekeliruan objek, kajian ini bermatlamatuntuk memberikan huraian secara teoretis tentangfungsi gramatis objek dalam ayat bahasa Melayu dengan meneliti perilaku sintaksis empat kata kerja, iaitu kata kerja “mencari”, “mencarikan”, “menderma” dan “mendermakan”. Penjelasan teoretis adalah berlandaskan Program Minimalis. Dari aspek metodologi, kajian ini menggunakan data korpus DBP dan korpus dibuat individu dengan yakin (DIY) daripada akhbar Berita Harian Online. Di samping itu, soal selidik juga dilakukan untuk memperoleh penilaian kebolehterimaan ayat berdasarkan intuisi penutur natif bahasa Melayu. Hasil kajian menunjukkan bahawa penutur natif bahasa Melayu menerima bahawaayat “mencari” dan “menderma” mempunyai dua argumen yang berfungsi sebagai subjek dan objek langsung. Bagi kata kerja “mencarikan”, didapati bahawa penutur natif bahasa Melayu cenderung terhadap binaan dua objek yang diwakili oleh frasa nama. Walau bagaimanapun, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa bagi kata kerja “mendermakan”, subjek kajian cenderung memilih binaan datif, iaitu FN+ kata kerja + FN + FP. Kajian ini berpendirian bahawa objek tak langsung dalam bahasa Melayu perlu diberikan pilihan, sama ada ada frasa nama atau frasa preposisi yang terdiri daripada kontruksi FN + FN atau FN + FP. Binaan datif ini selari dengan intuisi penutur natif dan justifikasi secara teoretis
Malay Comparative and Superlative
In the Malay language, comparatives, such as ‘lebih’ ( more) and ‘kurang’ ( less), and superperlatives, such as ‘paling’ ( most’) and ‘sangat’ ( very), are said to exist with an adjective phrase, for example, ‘lebih besar’ ( bigger), ‘kurang manis’ ( less sweet), ‘paling cantik’ ( most beautiful’), and ‘sangat besar’ ( biggest). Comparatives and superlatives in Malay are categorised as intensifiers. Comparatives and superlatives in Malay are also expressed with the use of the affixes ‘ter-’ and ‘se-’. Grammarians claim that comparatives and superlatives forms collate with adjective structure. Based on this claim, this study aims at describing the comparatives and superlatives features. The features are examined using the corpus from Korpus DBP and Corpora Collection Leipzig University. Which are then generated using Antconc. The results from Antconc show comparatives and superlatives characters and statistics. The study shows that comparatives ‘lebih’ ( more) and ‘kurang’ ( less) and superlatives ‘paling’ ( most) and ‘sangat’ ( very) forms exist with count phrase, verb phrase, and prepositional phrase. Besides, this study shows that the meanings expressed by comparatives and superlatives when combined with an adjective phrase are different from comparatives and superlatives that collocate with count phrase, verb phrase, and prepositional phrase
Motivasi Rumus Salin dalam Penjanaan Ayat Tanya Bahasa Melayu dalam Program Minimalis
Previous theories prior to the Minimalist Program, such as the Government Binding Theory (Chomsky, 1981) and Principles and Parameters, the variation of sentence structures are explicated via the rule move-α, whereby it moves any constituents to any position in a sentence and leaves behind a trace (t) in its antecedent/operator-trace chain. Within the Minimalist Program approach, which was eclectically derived from the ideas in Chomsky (1995), Marantz (1995) and Radford (2009), the rule move-α has been dropped. Sentence generation and sentence varieties are generated via copying rules instead. This study analyses the motivations that support copying rules in the generation of wh-questions and yes-no questions. This study employs the qualitative method and the data for this study was collected through native speakers' introspection. Subsequently, the data were referred to two informants who are native speakers of standard Malay to determine their grammaticality. This study finds that feature [+/-wh] and the edge feature; namely [+comp], [+/-wh], [+/-focus],] and [+/-in situ] are features that motivated or were barriersto the generation of wh- and yes-no questions and their varieties in the Malay language.
Keywords: Minimalist Program, copying rules, features, wh- questions, yes-no questionsDalam teori terdahulu sebelum Program Minimalis, iaitu teori Kuasaan dan Tambatan, dan Prinsip dan Parameter variasi ayat dijana oleh Gerak-α yang menggerakkan sesuatu konstituen ke mana-mana sahaja dengan meninggalkan tikas. Tikas ini berada dalam satu rantaian yang sama dengan unsur anteseden/operator yang telah digerakkan. Dalam Program Minimalis yang dirangka secara eklektik daripada idea Chomsky (1995), Marantz (1995) dan Radford (2009). Gerak-α telah digugurkan. Sebaliknya penjanaan ayat dan variasinya dijana melalui operasi rumus salin. Kajian ini menganalisis motivasi rumus salin dalam penjanaan ayat tanya wh- dan ayat ya-tidak bahasa Melayu. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan data kajian diperoleh melalui introspeksi. Data tersebut kemudiannya dirujuk kepada dua orang informan penutur jati bahasa Melayu untuk mengesahkan penerimaan atau penolakannya. Dapatan kajian ini mendapati bahawa fitur [+/-wh] dan fitur-fitur tepian; yakni [+/-komp], [+/-wh] [+/-fokus], dan [+/-in situ] merupakan fitur yang menjadi pemangkin atau penghalang dalam menjana ayat tanya wh- dan ya-tidak bahasa Melayu dan variasinya.
Kata kunci: Program Minimalis, rumus salin, fitur, ayat tanya wh-, ayat tanya ya-tida
Syntax-Semantics Interface in Malay Comparatives
Malay is an SVO agglutinative language. The language expresses comparatives morphologically and syntactically. Syntactically, the degree adverb, such as ‘sangat’ and ‘paling’, is used to indicate comparative by placing itu before or after an adjective as shown in (1) to (3):
(1) Shafiq seorang ketua yang sangat tegas.
(2) Tapi, aku malu pada diri aku sendiri dan malu sangat pada dia.
(3) Maka dengan ugama kita Islam inilah senjata kita yang paling tajam dan kuat buat mengalahkan sekalian musuh-musuh kita itu
Analisis visual komik Zunar berdasarkan semiotik Peirce dan teori relevans
Kemajuan teknologi hari ini telah memberikan impak yang cukup besar terhadap aktiviti dan gaya hidup manusia seharian. Impak ini lebih ketara pada media massa dan medium komunikasi yang ada pada hari ini sama ada yang berbentuk audio mahupun visual. Salah satu media yang turut menerima kesannya ialah majalah humor atau komik yang semakin maju dan bergerak pantas dari segi penghasilan dan penyebaran karyanya. Majalah humor atau komik hari ini bukan sahaja diterbitkan secara bercetak malahan diterbitkan secara atas talian juga dan ia boleh diakses melalui pelbagai aplikasi yang ada. Perkembangan industri komik ini memberikan isyarat bahawa medium komik turut berperanan dalam memberikan hiburan, maklumat, kritikan dan sindiran kepada masyarakat pada hari ini. Peranan komik sebagai medium kritikan sangat ketara dan didapati memberikan kesan pada pembaca sekitar 2014 hingga sekarang tentang isu-isu politik yang melibatkan pemimpin-pemimpin tertinggi di Malaysia. Justeru, bagi memperlihatkan bahawa komik ini merupakan satu bentuk komunikasi yang sangat ostensif yang mampu menyampaikan maklumat dengan cara yang sangat jelas dan berkesan, maka satu kajian diketengahkan bagi mengkaji komik Zunar yang berkisarkan isu politik Malaysia dengan menggunakan pendekatan semiotik Peirce dan Teori Relevans. Dengan menggunakan kedua-dua teori ini, cara mana bentuk visual sebagai kod komunikasi dapat diinterpretasikan dengan sebaik-baiknya bagi mencapai maksud yang sebenar dapat dijelaskan dengan empiris dan berpada berdasarkan idea-idea yang digagaskan oleh teori yang tersebut
Pendekatan kemahiran berfikir aras tinggi menerusi pemetaan metafora konsepsi dalam penulisan bahagian pendahuluan karangan Bahasa Melayu
Kemahiran berfikir merupakan salah satu aspirasi murid yang sangat penting untuk melahirkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke-21. Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu amat dititikberatkan, terutamanya dalam penulisan karangan. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) menerusi pendekatan Metafora Konsepsi diperkenalkan bagi meneliti idea dalam penulisan bahagian pendahuluan karangan bahasa Melayu oleh pelajar-pelajar tingkatan lima. Kajian ini menggunakan pendekatan Metafora Konsepsi menerusi teori Semantik Kognitif yang diperkenalkan oleh George Lakoff & Mark Johnson (1980). Teori ini menggagaskan proses pemetaan yang abstrak kepada konkrit menerusi Metafora Konsepsi di samping mewajarkan proses metonimi yang terhasil menerusi pemetaan Metafora Konsepsi tersebut. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis dokumen. Seramai tiga orang pelajar yang dipilih secara persampelan bertujuan untuk terlibat dalam kajian ini bagi menilai bahagian pendahuluan hasil karangan mereka berdasarkan kepada analisis elemen KBAT menerusi pendekatan Metafora Konsepsi. Instrumen senarai semak diaplikasikan sebagai metode analisis. Hasil kajian menunjukkan bahawa pemetaan idea dalam penulisan pendahuluan karangan pelajar melibatkan pelbagai jenis Metafora Konsepsi. Dapatan ini menunjukkan bahawa pelajar-pelajar telah membina idea pendahuluan dalam karangan jenis perbincangan dengan mengaitkan latar pengetahuan yang berhubung kait dengan pengalaman badaniah. Menerusi kajian ini, elemen KBAT yang menjadi inti pati penting dalam kurikulum negara dapat dihayati dari perspektif interdisiplin, iaitu dalam bidang Pendidikan dan bidang Semantik secara tidak langsung. Kajian berasaskan pendekatan Metafora Konsepsi bukan sahaja dapat membantu guru-guru dalam meneliti hubungan antara elemen KBAT dengan konteks kognitif pelajar, malahan dapat menjadi garis panduan bagi mengesan idea kreatif dan kritis dalam penulisan bahagian pendahuluan karangan bahasa Melayu
