1,724,794 research outputs found
Ping pong bersama Perodua / Siti Azlina Rosli
7 Oktober 2023 (Sabtu) - Persatuan Staf dan Kebajikan Kakitangan (PSKK) UiTM Cawangan Pulau Pinang telah mengadakan perlawanan persahabatan bersama Perodua (Zon Utara) di UiTM Cawangan Pulau Pinang (Kampus Permatang Pauh). Sebanyak 12 acara telah dipertandingkan dan cik Siti Azlina telah dijemput sebagai pemain ping pong dan digandingkan bersama Dr Norain Isa dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia sebagai pasukan bergu wanita. Gandingan pasukan bergu ini telah memenangi perlawanan persahabatan bersama pihak Perodua (Zon Utara) dengan mata skor 4 berbalas 1. Setelah kesemua kemenangan telah dibolot oleh pasukan pingpong dari UiTM Cawangan Pulau Pinang, pihak Perodua Zon Utara telah meminta satu pertandingan bergu campuran lagi untuk memberikan pengalaman dan ilmu kepada pasukan Perodua Zon Utara. Oleh itu, cik Siti Azlina telah dipilih sekali lagi untuk menyertai pasukan bergu campuran bersama salah seorang staf lelaki (PSKK) yang terpilih. Pasukan bergu campuran ini juga telah memenangi perlawanan tersebut dengan mata skor 3 berbalas 2. Tahniah diucapkan kepada semua Jawatankuasa Persatuan Staf dan Kebajikan Kakitangan (PSKK) UiTM Cawangan Pulau Pinang, pengurus pasukan dan pemain yang telah menjayakan perlawanan persahabatan pada tahun ini
Inovasi keusahawanan / Siti Azlina Rosli
Pada tahun ini, Cik Siti Azlina yang mengajar kod kursus ENT300 (Fundamental of Entrepreneurship) telah melibatkan tiga kumpulan pelajar yang terbaik daripada enam kumpulan di dalam kelas beliau dengan projek inovasi keusahawanan di International Virtual Student’s Business Idea and Product Competition (iVISBIPIC) 2023 pada 22 hingga 30 June 2023 anjuran UiTM Cawangan Pahang Kampus Raub yang bertemakan “INTEGRATING CREATIVITY AND INNOVATION IN THE NEW NORMS”. Terdapat tiga kategori inovasi keusahawanan yang telah dipertandingkan pada kali ini iaitu: Product Innovation Idea Video for Science & Technology, Product Innovation Idea Video for Social Science dan Business Model Canvas. Atas kekangan masa pelajar-pelajar beliau yang sibuk dengan tugasan dan projek kod kursus yang lain, mereka telah memilih untuk hanya menghantar Business Model Canvas (BMC) sahaja yang tertepatan dengan konsep dan tema pertandingan inovasi pada kali ini. Alhamdulillah, ketiga-tiga kumpulan pelajar itu telah berjaya merangkul 3 medal iaitu 1 medal perak dan 2 medal gangsa
Ping Pong Piala TRHEA / Siti Azlina Rosli
Kejohanan Ping Pong Piala TRHEA anjuran Persatuan Staf dan Kebajikan Kakitangan UiTM Cawangan Pulau Pinang pada tahun ini telah diadakan pada 8 September 2023 (8.30 pagi hingga 5.00 petang) telah berlangsung di Laman Siswa UiTM Cawangan Pulau Pinang (Kampus Permatang Pauh). Terdapat 5 kategori yang dipertandingkan pada kali ini iaitu Perseorangan Wanita, Beregu Wanita, Perseorangan Lelaki Kumpulan A, Perseorangan Lelaki Kumpulan B dan Beregu Lelaki yang terdiri daripada staf UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh dan juga Kampus Bertam. Perlawanan ping pong pada kali ini telah diadakan secara liga. Cik Siti Azlina telah mewakili Jabatan Sains Gunaan dan telah menyertai kejohanan pingpong ini secara perseorangan dan beregu. Pasangan beregu beliau ialah Puan Nur Diyanah Da Halib dari bahagian Infostruktur dan pasukan bergu ini telah memenangi tempat ketiga untuk pasangan beregu wanita. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Prof Madya Ir Ts Dr Hjh Siti Noraini binti Sulaiman selaku Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Pulau Pinang
Santai-santai petanque / Siti Azlina Rosli
13 Oktober 2023 (Jumaat) – Pihak Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia telah menjemput beberapa orang staf luar fakulti mereka untuk bersama-sama beriadah dengan bermain petanque. Oleh itu, pihak Jabatan Sains Gunaan telah menghantar empat orang staf di bawah kumpulan “TEAM ROJAK” iaitu cik Siti Azlina Rosli, Ts Dr Haslinda Abdul Hamid, Puan Marina Mokhtar dan Puan Atikah Rohaini. Setibanya di gelanggang petanque, kesemua peserta terlibat telah diberikan taklimat dan penerangan tentang cara asas dan pengiraan mata dalam permainan petanque kerana rata-rata peserta yang terlibat tidak mempunyai pengalaman dalam sukan ini malah ini adalah kali pertama bagi sesetengah peserta terlibat. Keputusan rasmi bagi “Santai-Santai Petanque” telah berpihak kepada team Rojak di mana team ini telah memenangi perlawanan pada kali ini dengan 8 mata berbalas 2. Walaupun semua pemain berada di bawah cahaya matahari selama 30 minit sahaja dan selebihnya di bawah hujan, mereka telah menunjukkan semangat kesukanan dan kerjasama yang tinggi dengan berjaya menamatkan permainan mereka dengan bergaya. Terima kasih atas jemputan dan tunjuk ajar dari pihak Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia. Diharapkan ukhuwah antara Jabatan Sains Gunaan dan pihak Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia akan terus subur dan berterusan
Seminar Basic Coding CSC128 / Azlina Mohd Mydin and Wan Anisha Wan Mohammad
Seramai 60 orang pelajar yang hadir ke seminar ini pada 8 julai 2023, didewan seminar dari pukul 2.30 hingga 5 petang. Dua orang pensyarah dari Jabatan Sains Komputer Dan Matematik, UiTM Cawangan Pulau Pinang dijemput untuk menjadi penceramah untuk seminar ini. Penceramahnya adalah Puan Azlina Binti Mohd Mydin dan Puan Wan Anisha Binti Wan Mohammad merupakan pensyarah Sains Komputer yang berpengalaman dan mengajar CSC128. Sesi seminar ini dibahagikan kepada 2 slot mengikut topik pembentangan oleh penceramah. Topik-topik yang dibentangkan oleh penceramah adalah Algorithm & Control Structure dan Tips for Final Exam. Para pelajar sangat bersemangat dan memberi maklumbalas yang positif sepanjang sesi seminar
Viewpoint by Guest Writers : Halal issues in processed food: Misuse of the Halal logo / Faridah Hj. Hassan and Azlina Hanif.
Professor Dr Faridah Hj Hassan is a professor of Marketing and Strategic Management from Arshad Ayub Graduate Business School, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. She is a prolific writer and researcher in the areas of Halal food marketing and branding, Islamic tourism and strategic management. Her passion in Halal branding lends her an important role as the Director of iHalal Management and Science, FBM, UiTM. Dr Azlina Hanif is a senior lecturer of Economics from Arshad Ayub Graduate Business School, Universiti Teknologi MARA. Her research interest is in the areas of International Trade and Islamic Economics. She is currently doing research on the research performance of universities in South East Asia under the ERASMUS+ program
- …
