701 research outputs found

    Development of personality as a discipline in psychology

    No full text
    The history of personality dates as far as in the era of Ancient Greek medicine and philosophy when philosophers have been searching ways to define what exactly make us who we are. When the ‘Father of Medicine’, Hippocrates (c.460-377 BC) worked on the notable ‘Four Temperaments or Four Humours’, the Temperament theory which was rooted from the ancient humors theory was developed into a medical theory. These bodily fluids (blood, phlegm, yellow bile and black bile) were linked to different organs and illnesses as represented in the “Four Temperaments and Four Humours” of personality. (Azizi Yahaya et.al, 2009a)

    Faktor-faktor yang mempengaruhi stres di kalangan guru sekolah menengah / Noordin Yahaya, Saini Jaalam dan Azizi Yahaya

    No full text
    Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap dan faktor-faktor yang menyebabkan stres di kalangan guru sekolah-sekolah menengah. Seramai 400 orang guru dari 16 buah sekolah menengah di empat buah negeri yang dipilih secara kelompok atas kelompok yang terdiri daripada soal selidik lebihan kerja, hubungan interpersonal dan persekitaran kerja (Adminstrative Stress Indeks -ASI) dan soal selidik ketandusan emosi, depersonalisasi dan kejayaan diri (General Health Questionnaire -GHQ). Darjah kebolehpercayaan (alfa croncbach) bagi kedua-dua instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah 0.7514 dan 0.8827. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan antara faktor-faktor stres di kalangan guru lelaki dan perempuan di sekolah menengah. Para guru menyatakan bahawa tahap stres guru secara keseluruhannya berada pada tahap yang sederhana. Faktor kejayaan diri merupakan faktor yang paling mempengaruhi stres guru. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor-faktor stres dengan umur, bilangan anak dan pengalaman seseorang guru, tetapi didapati faktor kejayaan diri terdapat hubungan dengan pengalaman

    Bab 6 : Sumbangan sikap terhadap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik

    No full text
    6 SUMBANGAN SIKAP TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR DALAM MATA PELAJARAN MATEMATIK: Azizi Hj. Yahaya Shahrin Hashim PENGENALAN Sikap menggambarkan personali ti, sikap adalah diri kita. Itulah yang sering kita dengar apabila memperkatakan tentang sikap. Adakah be nar kenyataan di atas ? Adakah dengan sikap yang kita ada, dapat ditunjukkan dengan tingkah laku? Sikap seseorang, objek atau ide yang boleh mempengaruhi tingkah laku individu. Mengikut ahli psikol ogi sosial, sikap meliputi 3 komponen yang utama iaitu af ektif, perilaku dan kognisi ( Rajecki, 1989). Komponen afektif merangkumi emosi positif dan negatif individu te rhadap sesuatu iaitu bagaimana perasaan seseorang terhadapnya. Komponen perilaku pula te rdiri daripada kecende rungan atau bertujuan untuk bertindak pada tingkah la ku tertentu yang berk ait dengan sikap kita. Manakala komponen kognisi merujuk kepada kepercayaan dan pemiki ran yang dipegang oleh seseorang terhadap sesuatu objek. Ketiga-tiga komponen dalam si kap ini saling berhubungan dan seterusnya berfungsi dalam pembentukan dan pemantapan sikap individu.Sikap adalah sesuatu yang berbentuk dalaman dan sukar untuk difahami. Ia terletak di dalam sa nubari individu dan bukan semua sikap dapat dizahirkan secara terang dala m realiti kehidupan. Itul ah sikap yang sering membuat manusia tertanya-tanya dan tercari-cari. Melalui si kap, manusia boleh mempelajari pelbagai ilmu baru untuk mempertingkatkan jati diri. Itulah sikap yang sebenar yang perlu ada dalam diri manusia. Banyak kajian telah d ilakukan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran dan pencapaian pela jar-pelajar di sekolah. Antara faktor-faktor yang dapat dikesan itu, dan perlu diberi perhatian ialah berkait rapat dengan sikap pelajar. Sikap memainkan peranan yang penting untuk mencap ai kejayaan di dalam sesuatu perkara atau usaha. Apabila seseorang itu gagal di dalam sesu atu perkara, ramai orang akan menyatakan dia mempunyai sikap yang salah. Di se kolah pula, guru-guru sering menyatakan bahawa kegagalan pelajar-pelajar disebabkan oleh sikap mereka yang negatif sepe rti malas, tidak berminat dan sebagainya

    Keberkesanan program pemulihan tingkah laku di Taman Sri Puteri, Batu Gajah dan Kompleks Dar-As-Saadah

    No full text
    Taman Seri Puteri Batu Gajah, Perak dan Kompleks Dar-Assa’dah, Kuala Lumpur. Di institusi ini, delikuen wanita akan menjalani program pemulihan yang bertujuan untuk memberi bimbingan dan pendedahan kepada mereka sebagai persediaan untuk diterima semula oleh masyarakat. Instrument kajian ialah soal selidik yang digunakan ini diubahsuai daripada kajian Azizi(1990) dan Azizi ( 2004). Darjah kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan Cronbach Alpha di mana nilai keseluruhannya ialah 0.961. Seramai 79 orang pelatih terdiri penghuni yang telah menjalani sekurang-kurangnya 6 bulan program pemulihan tingkah laku di kedua-dua institusi dipilih sebagai responden. Pemboleh ubah yang digunakan dalam kajian ialah Kemudahan dan Kelengkapan yang sedia ada, Program Vokasional, Program Kokurikulum, Program Keagamaan dan Program Bimbingan serta Kaunseling. Dapatan kajian menunjukkan Kemudahan dan Kelengkapan yang tersedia berada di tahap sederhana. Begitu juga Program Vokasional, Program Kokurikulum dan Program Bimbingan dan Kaunseling kurang berkesan. Program Keagamaan adalah berkesan. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara Kemudahan dan Kelengkapan yang sedia ada, Program Vokasional dan Program Kokurikulum di Taman Seri Puteri Batu Gajah, Perak dan Kompleks Dar-Assa’dah, Kuala Lumpur. Terdapat perbezaan yang signifikan di antara Program Keagamaan dan Program Bimbingan dan Kaunseling di Taman Seri Puteri Batu Gajah, Perak dan Kompleks Dar-Assa’dah, Kuala Lumpur. (katakunci: pusat pemulihan, delikuen wanita, kemudahan dan kelengkapan, program vokasional, program kokurikulum, program keagamaan, program bimbingan dan kaunseling) Abstract: The purpose of this study is to evalute the effectiveness of the programmes conducted by two rehabilitation centres for female delinquents. In these centres, the delinquents undergo programmes which aimed to give guidance and help the delinquents change their unwanted behaviour. The data were collected using questionnaires which was adapted from the research done by Azizi (1999) and Azizi (2004). Alpha Cronbach is used to test the reliability of this research. It showed that the overall Alpha value for the programmes is 0.93. A total of 79 respondents were chosen at simplified random to be the respondents of the research. The variables used in the research are the facilities, Vocational Programme, Co-curriculum Programme, Religious Programme and Counseling Programme. The overall findings of the research indicates that facilities and Counseling programme to be less effective compared to Vocational Programme, Co-curriculum Programme, Religious Programme. The results of the research showed that there is no significant difference in the way the facilities, Vocational Programme and Co-curriculum Programme was carried out in these two institution, namely Taman Seri Puteri Batu Gajah, Perak and Kompleks Dar-Assa’dah, Kuala Lumpur. There are significant differences between the Religious Programme and Counseling Programme in these two institutions

    Perkaitan antara gejala ponteng sekolah, kelas dan kokurikulum dengan pencapaian akademik pelajar di sebuah sekolah menengah daerah Skudai, Johor Bahru

    No full text
    The purpose of this study is to identify the relationship between causes of truant, types of truant and activities done during truant against academic achievement among the lower secondary students. The respondents for this study were 80 students from form 1, 2 and 3 were randomly chosen as respondents through simple random sampling. The findings showed that the causes of truant are at the medium level and types of truant are at the low level. Activities done during truant such as helping the family, joining the negative groups, crime are at the low level and working part-time together with loafing are at the medium level. Findings also showed there is no significance relationship between friends, parents, do not like the teacher, do not like the subject and homework with academic achievement and there is significance relationship between family problem with academic achievement. There is no significance relationship between school truant and extra curriculum truant with academic achievement but there is significance relationship between class truant with academic achievement. Findings also show that there is no significance relationship between helping family, loafing and joining the negative groups with academic achievement and there is significance relationship between working part-time and crime with academic achievemen

    Kajian permasalahan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Mersing berasaskan Senarai Semak Mooney: satu kajian lanjutan

    No full text
    Dalam kajian ini penyelidik ingin melihat permasalahan yang paling utama, pencapaian akademik pelajar dalam PMR serta mengenal pasti perbezaan permasalahan yang dihadapi berdasarkan demografi pelajar. Kajian dilakukan ke atas 186 orang responden menggunakan soal selidik yang diterjemah daripada MPCL yang dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian A melibatkan demografi pelajar dan bahagian B melibatkan maklum balas pelajar terhadap elemen permasalahan. Maklum balas yang diterima dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 14.0. Statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai serta statistik inferensi seperti ujian-t telah digunakan dalam kajian ini. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach adalah ? = .895. Hasil kajian menunjukkan tahap permasalahan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar di sekolah menengah daerah Mersing berada pada tahap sederhana (min = 3.20). Permasalahan akademik dan kerjaya merupakan permasalahan yang paling utama (min = 3.82) serta tidak terdapat perbezaan permasalahan pelajar mengikut jantina, bangsa dan lokasi sekolah tetapi terdapat perbezaan permasalahan agama dan moral mengikut bangsa (k = .01 < ? = .05) dan terdapat perbezaan permasalahan persekolahan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar yang dikaji mengikut jantina (k = .004 < ? = .05) dan lokasi sekolah (k = .002 < ? = .05). Ini bermakna pelajar-pelajar tingkatan empat di sekolah menengah daerah Mersing perlu dibantu bagi mengurangkan permasalahan akademik dan kerjaya, serta tumpuan boleh diberi bagi permasalahan agama dan moral mengikut bangsa dan persekolahan mengikut lokasi sekolah

    Stres dalam kalangan guru sekolah menengah di empat buah negeri di Malaysia

    No full text
    Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap dan faktor-faktor yang menyebabkan stres di kalangan guru sekolah-sekolah menengah. Seramai 400 orang guru dari 16 buah sekolah menengah di empat buah negeri yang dipilih secara kelompok atas kelompok. Soal selidik digunakan dalam kajian ini untuk mengukur lebihan kerja, hubungan interpersonal dan persekitaran kerja (Administrative Stress Index, ASI) dan soal selidik ketandusan emosi, depersonalisasi dan kejayaan diri (General Health Questionnaire, GHQ). Darjah kebolehpercayaan (Alfa Cronbach) bagi kedua-dua instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah 0.7514 dan 0.8827. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan antara faktor-faktor stres di kalangan guru lelaki dan perempuan di sekolah menengah. Para guru menyatakan bahawa tahap stres guru secara keseluruhannya berada pada tahap yang sederhana. Faktor kejayaan diri merupakan faktor yang paling mempengaruhi stres guru. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor-faktor stres dengan umur, bilangan anak dan pengalaman seseorang guru, tetapi didapati faktor kejayaan diri terdapat hubungan dengan pengalaman

    Hubungan antara dimensi kecerdasan emosi dengan pencapaian akademik pelajar

    No full text
    Kajian dijalankan untuk mengenal pasti adakah 5 dimensi kecerdasan emosi yang dikenal pasti iaitu kesedaran diri, pengawalan emosi, motivasi diri, empati dan kemahiran interpersonal menyumbang kepada pencapaian akademik pelajar. Subjek kajian terdiri daripada pelajar tingkatan empat (N=370) dengan 127 pelajar lelaki (34.32%) dan 243 pelajar perempuan(65.68%). Subjek kajian juga dikategorikan mengikut 3 etnik utama iaitu Melayu (50%), Cina (42.16%) dan India (7.84%). Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah persampelan rawak berstrata berdasarkan ciri populasi dan menggunakan instrument kajian berbentuk soal-selidik. Daripada analisis yang dijalankan didapati terdapat varian yang signifikan bagi faktor (kesedaran diri, motivasi diri dan empati) terhadap pencapaian akademik pelajar. Pendek kata, pencapaian akademik yang cemerlang merupakan sasaran dan matlamat utama setiap pelajar tidak mengira kelompok etniknya

    Tinjauan amalan pembelajaran koperatif dalam kalangan pelajar tingkatan dua Maktab Rendah Sains Mara

    No full text
    This study was carried out to investigate the influencing factors which affected the cooperative learning styles among form two students in a MRSM. 132 form two students were selected to be the respondents of the study. The reliability and suitability of the questionnaires Cronbach Alpha was used to determine the internal consistency of the questionnaires was at 0.926. The findings indicated that the cumulative mean value for individual factor is 3.88 with 0.52 for the standard deviation. As for peers, the mean value is 4.18 and the standard deviation value is 0.47 followed by teachers factor with 4.17 for the mean value and 0.47 for the standard deviation value. The final factor is the environment with the mean 4.17 and 0.48 for the standard deviation. The findings demonstrate that the peers play the most important role in affecting the cooperative learning style among form two students in MRSM. From the findings, some suggestions are proposed for further research. Amongst the suggestions are to involve other group of respondents for example students in universities or other higher education institution and also students in urban and rural schools
    corecore