28 research outputs found

    Pelaburan saham: pengenalan asas / Mustafa Kamal Mat and Saflina Azis

    No full text
    Pelaburan saham merupakan salah satu cabang perniagaan. Dengan pelaburan, ia boleh mendatangkan pulangan yang lumayan. Daripada sisi lain, pelaburan saham juga boleh mengakibatkan kerugian. Sama seperti perniagaan, ada ketika untung, ada juga waktunya rugi melanda. Oleh itu, untuk menjadi seorang pelabur, perlulah ada ilmu. Ilmu pelaburan penting untuk mengelak daripada terpedaya dengan janji pulangan yang lumayan. Terdapat banyak impak negatif jika seseorang individu melaburkan duit mereka tanpa sebarang ilmu asas pelaburan. Begitulah pentingnya ilmu pengetahuan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan ataupun perkara. Hal ini turut menjadi asas dalam agama Islam iaitu hendaklah melakukan sesuatu perbuatan itu dengan ilmu

    Kepimpinan pelajar di kampus / Mustafa Kamal Mat and Saflina Azis

    No full text
    Di tengah-tengah hiruk-pikuk kehidupan kampus Berkumpul suara muda penuh harapan dan impian Pemimpin pelajar bintang yang bersinar Membawa cahaya, menerangi jalan yang samar Dengan langkah berani, mereka melangkah maju Menggenggam visi, mengukir cita-cita yang luhur Dalam persatuan, mereka teguh berdiri Menjalin ikatan, membina komuniti yang harmoni Suara mereka bergema di dewan kuliah, Menggugah semangat, menyalakan api perjuangan Menyuarakan hak, membawa perubahan Kepimpinan pelajar, suara generasi masa depa

    Ceramah percukaian individu: rahsia jimat cukai / Norhidayah Ismail and Saflina Azis

    No full text
    Setiap individu yang menerima pendapatan sama ada daripada sumber penggajian, penerimaan imbuhan ataupun menjalankan perniagaan, individu tersebut perlu mengisytiharkan setiap pendapatan yang diperolehi kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melalui borang yang berkenaan (boleh merujuk kepada laman sesawang LHDNM). Tarikh akhir bagi melengkapkan borang cukai untuk individu yang menerima pendapatan melalui penggajian adalah sebelum 30 April setiap tahun manakala bagi individu yang menjalankan perniagaan adalah sebelum 30 Jun setiap tahun. Fakulti Perakaunan teiah mengambil inisiatif menganjurkan satu sesi ceramah percukaian lndlvldu berkenaan bagalmana untuk memakslmumkan pelepasan cukal yang telah dlperkenalkan oleh plhak LHDNM. Program lnl telah berjaya dllaksanakan pada harl Khamls, 31 Mac 2022 yang lalu secara dalam tallan dengan menjemput Enclk Luzman Bln Md Amln merupakan Ketua Penolong Pengarah LHDNM Cawangan Seremban

    Internal auditors' role in addressing ESG reporting challenges at Deloitte India / Suraya Yusof and Saflina Azis

    No full text
    Examining the roles of internal auditors in Environmental, Social, and Corporate Governance (ESG) reporting at Deloitte India reveals the evolving business landscape where organizations face scrutiny not only on financial performance but also on environmental, social, and governance impact. Social audit, assessing an organization's ethical performance, complements financial metrics, aligning goals with practical operations. ESG reporting, once a trend, is now crucial for public assessment, aiming to manage risks alongside seizing opportunities. Its significance in finance is growing, influencing investment decisions, and companies' transparent communication of ESG initiatives affects their financial access. Deloitte India confronts challenges like climate change and diversity, underscoring the vital role of internal auditors in navigating ESG reporting complexities. Their responsibilities encompass assurance beyond financial audits, ensuring accuracy and transparency in ESG reporting. The subsequent sections of this report delve into specific roles, challenges, recommendations, and conclusions regarding Deloitte's internal auditors in ESG reporting

    Accounting issues: Fraud / Nur Syahira Abu Mansor and Saflina Azis

    No full text
    Accounting issues vary in severity, complexity, and frequency, but their fundamental concept remains consistent. Despite efforts by the Financial Accounting Standards Board (FASB) to make GAAP accounting rules more flexible and less burdensome, stakeholders often disagree with its decisions. These issues encompass a range of preventable accounting aspects that directly impact a company, such as inaccurate financial statements, security risks, outdated standards, and negative audit outcomes. In cases of fraud, accounting issues stem from inadequate internal controls, lack of training on changing regulations, dependence on individuals, and ethical lapses. Fraud related accounting issues may include major financial errors, undetected fraud due to weak controls, misapplication of GAAP standards, regulatory breaches, and cybersecurity threats. Such issues can distort a company's profitability and cash flow and may arise from embezzlement or collusion due to inadequate internal controls

    Tugasan pelajar universiti dan kaitannya dengan AI / Saflina Azis and Mustafa Kamal Mat

    No full text
    Dalam dunia pendidikan tinggi, tugasan pelajar universiti merupakan salah satu aspek penting yang membentuk kemahiran dan pengetahuan mereka. Dengan pelbagai jenis tugasan yang diberikan, dari esei hingga projek kumpulan, pelajar dituntut untuk berfikir secara kritis dan kreatif. Namun, dengan kemajuan teknologi yang pesat, khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI), cara pelajar menyelesaikan tugasan telah mengalami perubahan yang ketara. AI kini memainkan peranan yang semakin penting dalam proses pembelajaran. Alat-alat seperti pembantu maya dan aplikasi pemprosesan bahasa semula jadi membantu pelajar dalam mengumpul maklumat dan menyusun idea. Misalnya, aplikasi seperti Grammarly bukan sahaja membantu dalam pembetulan tatabahasa tetapi juga memberikan cadangan untuk meningkatkan gaya penulisan. Ini membolehkan pelajar menghasilkan tugasan yang lebih berkualiti dan profesional. Salah satu cabaran terbesar bagi pelajar universiti adalah mencari sumber maklumat yang relevan dan berkualiti untuk tugasan mereka

    Performance reporting practices of public universities in Malaysia / Saflina Azis and Mustafa Kamal Mat

    No full text
    The implementation of performance measurement is one of the efforts done by the public organisations to broaden their accountability. Performance measurement is a tool in guiding an organisation to achieve its aims and goals. The performance of any organisation mainly could be seen in the annual reports produced. The public organisations have different aims, objectives and functions, thus, reports prepared are different from those in the private sector. Their financial statements especially are likely to be fundamentally different. This preliminary study focuses on public universities in Malaysia. The main objective is to investigate the financial performance practices of the public universities in Malaysia. Obviously, the performance reporting practices of Malaysian public universities is very poor. More actions and improvements need to be done in order to be more accountable to the stakeholders

    E-Invoicing di Malaysia: manfaat dan cabaran / Mustafa Kamal Mat and Saflina Azis

    No full text
    E-invoicing, atau invois elektronik, melibatkan pertukaran invois secara elektronik antara perniagaan dan pihak berkuasa cukai. Ia direka untuk menggantikan invois kertas tradisional, yang membolehkan perniagaan menjana, menghantar, dan menerima invois dalam format digital. Peralihan ini adalah sebahagian daripada strategi lebih luas Malaysia untuk mengukuhkan infrastruktur perkhidmatan digital dan memperkemas pentadbiran cukai, seperti yang digariskan di dalam Rancangan Malaysia Ke-12. Pelaksanaan e-invoicing ini merupakan satu inisiatif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), bertujuan untuk meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos, dan meningkatkan pematuhan dalam ekosistem perniagaan. Peralihan daripada invois berasaskan kertas tradisional kepada format digital dijangka akan memperkemas transaksi kewangan dan memudahkan pengumpulan data secara masa nyata, selaras dengan trend global ke arah digitalisasi. Pelaksanaan ini telah bermula pada 1 Ogos 2024 yang lalu, telah menyasarkan pembayar cukai dengan pendapatan tahunan melebihi RM100 juta dan akan dilaksanakan secara berperingkat untuk membolehkan perniagaan menyesuaikan diri secara beransur-ansur

    Ekosistem kewangan hijau memacu negara masa hadapan / Mustafa Kamal Mat and Saflina Azis

    No full text
    Dunia kini terdedah kepada cabaran alam sekitar yang kronik, menyebabkan keperluan kewangan yang lebih mampan perlu disegerakan agar Malaysia dapat menyediakan keadaan yang lebih ampuh kepada generasi seterusnya. Kemunculan kewangan hijau (green finance) merupakan medium yang berkesan bagi memacu perubahan positif ekonomi negara. Menurut Bank Dunia, kewangan hijau adalah suatu kemudahan kewangan yang menyumbang kepada matlamat alam sekitar yang lebih baik dan meningkatkan kesedaran sosial terhadap persekitaran. Ini termasuklah pelaburan dalam projek pembangunan mampan, kewangan iklim dan dasar yang menggalakkan ekonomi agar lebih berdaya saing. Ringkasnya, kewangan hijau ini didefinisikan sebagai sebarang aktiviti kewangan berstruktur merangkumi produk atau perkhidmatan, yang dicipta untuk memastikan hasil alam sekitar yang lebih baik. Ini termasuklah pelbagai skim pinjaman, mekanisme hutang dan pelaburan yang digunakan untuk menggalakkan pembangunan projek hijau atau meminimumkan kesan ke atas iklim projek yang lebih kerap. Malahan, ia juga boleh melibatkan gabungan kedua-duanya

    Staf residen kolej: teman setia pelajar di kampus? / Saflina Azis and Mustafa Kamal Mat

    No full text
    Kehidupan di kolej kediaman adalah salah satu aspek penting dan paling menarik dalam perjalanan kehidupan sebagai seorang mahasiswa. Di universiti mereka bukan hanya belajar mencapai kecemerlangan akademik, tetapi juga belajar untuk berdikari dan menjalin hubungan sosial yang agar lebih bermakna. Dalam perjalanan ini, salah seorang individu yang tidak patut dilupakan ialah staf residen kolej. Di Universiti Teknologi MARA, staf residen kolej merupakan individu yang bertanggungjawab menjaga kebajikan dan mengawasi keselamatan mahasiswa di kolej kediaman. Daripada menguruskan hal ehwal harian sehinggalah merancang pelbagai aktiviti sosial, mereka berperanan bagi memastikan keselesaan dan keharmonian mahasiswa di kolej kediaman terjaga, terutama bagi yang baru pertama kali berjauhan dari keluarga
    corecore