66 research outputs found

    Dinamik penguasaan politik Melayu di negeri Selangor dari tahun 2008 hingga 2018 / Muhamad Atlizan Darlis, Mohammad Tawfik Yaakub and Awang Azman Awang Pawi

    No full text
    Kajian ini bertujuan menganalisis penguasaan politik Melayu dalam konteks politik di Selangor dari tahun 2008 hingga 2018, dengan mengambil kira perubahan politik yang signifikan di Malaysia. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif melalui analisis dokumen seperti artikel ilmiah, ucapan politik, dan laporan pilihan raya. Dapatan kajian menunjukkan bahawa gerakan reformasi, peningkatan pengaruh media sosial, dan kelemahan tadbir urus Barisan Nasional (BN) menjadi faktor utama dalam keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12), yang membawa kepada peralihan kuasa daripada BN kepada Pakatan Rakyat (PR). Sokongan bukan Melayu terhadap PR melebihi 90 peratus, manakala sokongan Melayu berada pada kadar 25 hingga 40 peratus. Perpecahan dalam gabungan pembangkang meningkat selepas PRU-12, khususnya apabila sentimen konservatif berkembang di kawasan luar bandar. Kajian ini menggariskan cabaran dalam merundingkan sosiopolitik masyarakat berbilang budaya. Untuk memastikan kestabilan politik di Selangor, pendekatan inklusif yang merentasi sempadan etnik, pematuhan kepada nilai perlembagaan dan dasar yang komprehensif diperlukan. Kajian ini turut meneliti perubahan konsep ketuanan politik Melayu dan kesannya terhadap pentadbiran Selangor. Penemuan ini menekankan keperluan pendekatan kerajaan yang menghargai kepelbagaian dan memastikan pertumbuhan yang adil demi perpaduan politik jangka panjang

    Pelaksanaan penggunaan Bahasa Melayu di Sarawak: antara hak negeri dan kepentingan nasional (1963-1966)

    No full text
    Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan kebangsaan di Malaysia. Ia merupakan salah satu alat untuk mencapai perpaduan nasional. Oleh itu pihak kerajaan cuba melaksanakan usaha penggunaan bahasa Melayu di semua peringkat. Ini termasuklah memperkenalkan bahasa Melayu di Sabah dan Sarawak. Namun demikian pelaksanaannya mengalami masalah apabila kerajaan negeri Sarawak pimpinan Stephen Kalong Ningkan melambat-lambatkan penggunaan bahasa Melayu di Sarawak. Hal ini menimbulkan pertentangan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri untuk melaksanakan penggunaannya di Sarawak. Kerajaan negeri cuba menggunakan alasan dengan Perkara 18 yang menguntukkan kebebasan untuk kerajaan negeri mengekalkan penggunaan bahasa Inggeris di Sarawak sebagai bahasa rasmi. Hal ini membawa kepada bantahan kerajaan pusat dibawah pimpinan Tengku Abdul Rahman. Tengku Abdul Rahman mengingatkan kerajaan negeri Sarawak tentang kepentingan bahasa Melayu untuk perpaduan rakyat. Sebaliknya, Ningkan tidak berganjak dan mahukan status quo bahasa Inggeris dikekalkan di Sarawak. Krisis antara kerajaan pusat dan negeri ini semakin membesar dengan pelbagai isu lain seperti pelaksanaan Malaysianisasi dalam perkhidmatan negeri Sarawak, isu penjualan tanah, pemecatan beberapa menteri kabinet dan masalah peribadi ketua menteri. Hal ini memberi ruang kepada pihak yang tidak senang dengan Ningkan untuk mendesak beliau meletak jawatan. Krisis ini membawa kepada ketidakstabilan kerajaan negeri. Kerajaan persekutuan mengambil tindakan untuk menyingkirkan Ningkan. Dengan sokongan daripada ahli politik Sarawak, Ningkan telah disingkirkan. Artikel ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan dengan mengambil bahan-bahan dari arkib dan perpustakaan. Sumber-sumber yang digunakan adalah sumber bercetak terutamannya dari bahan primari. Menerusi kajian ini mendapati bahawa persefahaman antara kerajaan negeri dan pusat penting untuk mewujudkan keharmonian dalam sesebuah kerajaan

    Menulis dengan budaya pascakolonial: analisis catatan kembara

    No full text
    Kajian ini meneliti catatan kembara terpilih yang diterbitkan dalam bentuk kolum Dewan Sastera (2000-2006) oleh seniman Muhammad Haji Salleh dengan mengkhusus aspek budaya pascakolonial yang terserap dalam pemikiran dan sikap seniman. Penelitian ini penting bagi melihat pandangan, idea, gagasan dan pemikirannya sebagai pengarang pascakolonial. Budaya pascakolonial merujuk kepada sikap, pemikiran, cara menanggapi keseluruhan kehidupan yang kompleks daripada kacamata sikap pascakolonial pengarang. Segala pengetahuan, prinsip berfikir, wawasan dan gagasan-gagasannya diselubungi dengan sikap pascakolonial. Antara penemuan penting dalam analisis ini ialah sikap pascakolonial pengarang kritis bukan sahaja terhadap kolonial, malah turut bersikap kritis terhadap bangsanya sendiri. Pengarang juga didapati menulis dengan kesedaran pascakolonial secara sedar

    Weltanschauung dan manifestasi kepercayaan tradisi etnik di Sarawak

    No full text
    Weltanschauung dan kepercayaan tradisi etnik di Sarawak, iaitu Melanau, Iban dan Kedayan memainkan peranan penting dalam kehidupan mereka seharian. Pandangan dunia mereka dipengaruhi oleh kepercayaan awal, sebelum kedatangan Islam dan Kristian, iaitu animisme yang mempercayai makhluk halus, semangat dan roh, yang menjadi asas kepercayaan masyarakat tradisional. Objektif kajian ini adalah untuk meneliti pandangan dunia dan manifestasi daripada kepercayaan ini yang mencetuskan upacara tertentu bagi memenuhi tuntutan dan keperluan dalam masyarakat etnik tradisi tersebut. Kajian ini menggabungkan pendekatan etnografi dan kajian kepustakaan. Daripada kajian didapati bahawa selepas kedatangan agama Islam dan Kristian, kepercayaan tersebut masih bersemadi dalam kolektif memori masyarakat tersebut. Kolektif memori tersebut menjadi warisan budaya etnik tersebut di Sarawak. Didapati, masih terdapat Melanau Likow atau pagan yang mengamalkannya. Dalam kalangan etnik Iban pula masih diamalkan terutama di luar bandar lebih tertentu untuk pertanian dan perayaan. Makan Tahun etnik Kedayan pula telah mengalami pengislaman sesuai dengan kepercayaan baharu anutan etnik Kedayan. Ternyata, dinamika budaya mempengaruhi pandangan dunia dan mengubah manifestasi kepercayaan tradisi mereka merupakan signifikasi utama hasil penelitian ini

    Transformasi sosial dalam magnum opus Borneo: teks dan konteks

    No full text
    Idea transformasi sosial bukanlah sesuatu yang baru di Pulau Borneo-Kalimantan. Hal ini sudah diperkatakan sejak lebih 100 tahun lagi. Justeru, kajian ini akan menganalisis akar idea transformasi untuk membangunkan masyarakat berdasarkan teks dan konteks pengarang Melayu Sarawak yang dianggap terawal bukan sahaja di Borneo-Kalimantan malah di rantau Asia Tenggara. Kajian ini akan membuktikan bahawa idea transformasi sosial tidak harus dilihat dalam konteks kepartian yang sempit, malah perlu dilihat dari aspek kemajuan untuk membangunkan bangsa secara lebih luas perspektifnya sejajar dengan zeitgeist untuk memahami weltanschauung pengarang. Novel Hikayat Panglima Nikosa pertama yang diterbitkan pada 1876 oleh Ahmad Shawal bin Abdul Hamid dan novel Melati Sarawak oleh Muhammad Rakawi Yusuf yang merupakan narasumber dan naratif agung di rantau nusantara ini adalah contoh tentang idea transformasi serta aspek-aspek seperti pascakolonialisme yang berkaitan dalam teks dan konteks

    Pengajaran Bahasa, Budaya, dan Pendidikan

    No full text

    Pemerkasaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Media Digital

    No full text
    Buku Pengajaran Bahasa, Budaya, dan Pendidikan antaranya memuatkan perbincangan tentang pengalaman, hasil penelitian penulis dalam bidang pengajaran, dan juga hasil penyelidikan yang berkait dengan bahasa, budaya, serta pendidikan. Buku ini juga mengandungi perbincangan tentang teknologi dalam bidang pengajaran bahasa yang dikaitkan juga dengan aspek globalisasi

    Kerelevanan Pengajian Bahasa Melayu Masa Kini: Kajan di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

    No full text
    Buku Pengajaran Bahasa, Budaya, dan Pendidikan antaranya memuatkan perbincangan tentang pengalaman, hasil penelitian penulis dalam bidang pengajaran, dan juga hasil penyelidikan yang berkait dengan bahasa, budaya, serta pendidikan. Buku ini juga mengandungi perbincangan tentang teknologi dalam bidang pengajaran bahasa yang dikaitkan juga dengan aspek globalisasi

    Memperkasakan potensi aplikasi mudah alih bagi pembelajaran bahasa melayu

    No full text
    Telefon pintar dan tablet mempunyai prospek cerah sebagai alat ‎pembelajaran bahasa berbantukan alat mudah alih (MALL) abad ke-21. ‎Proses pembelajaran bahasa juga tidak dapat lari daripada terkena ‎tempias kecanggihan teknologi ini. Kini MALL mula menampakkan ‎popularitinya, walaupun penggunaan buku teks bercetak masih ‎digunakan hingga hari ini. Kelebihan yang ada pada MALL adalah dari ‎segi interaktiviti yang tidak dimiliki buku bercetak. MALL juga ‎dipercayai mampu menarik minat pelajar apatah lagi apabila aplikasi ‎pembelajaran bahasa dihasilkan dengan kreatif dan inovatif. Kini ‎terdapat banyak aplikasi pembelajaran mudah alih di pasaran. Namun ‎aplikasi pembelajaran bahasa keluaran syarikat tempatan agak terhad. ‎Sudah tentu perkara ini menjadi isu dan cabaran ke arah keberkesanan ‎penggunaan teknologi mudah alih terutama bagi pembelajaran Bahasa ‎Melayu.

    Imej kota dalam sastera : suatu analisis terhadap karya Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh

    No full text
    Kajian ini bertujuan untuk menganalisis imej-imej kota dalatn karya Sasterawan Negara Muhammad Haji SaDeh. Di antara aspek yang dikaji ialah latar belakang pengarang, definisi dan konsep kota, kota sebagai latar kehidupan, wajah kota suatu persepsi landasan kepenyairan dan latar sastera Selain itu akan dibuat ana1isis te.rpilih karya-karya yang dianggap signifikan bermula dari kazya terawal beliau yang boleh dikatakan tidak disentuh oleh peneliti sastera sebelum ini sehinggalah ke tahap karya mutakbir yang dihasilkannya. Seterusnya, untuk menjejak imej-imej kota secara teratur serta terarah, ciri-ciri bahasa kota akan dikaji dan diaplikasikan pula dalam karya bagi mendapatkan ciri-ciri bahasa kota da1am karya-karya beliau. Berdasarkan kajian serta penelitian dibuat kita boleh merumuskan bahawa Muhammad Haji Salleh adalah penyair kota yang menggunakail kota sebagai alat penyampaian .fikirannya dan menilai kota secara lebih adil dat1 bertimbang tara. The purpose of this study is to the city images in the poetry by one of the National Literary holder, Muhammad Haji Salleh. The aspects that had been studied are the author back ground, definition and city concept, city as a back ground life and live, imagery as a basically perception of the poet and the literary back ground. Besides that, the selected significance poetiy from his early poetry until the latest one also had been studied. Then, to make the city images become systematically and fungsionaly, the city language characteristics in his poetry also analyzed. From all the observation, discussion and argumentative, we can conclude that Muhammad is a city poet and makes the city as an instrument to bring out his mind. He also judges the city image in a quite fairly and arbitrarily way than other poets in Malaysia
    corecore