13 research outputs found

    Paparan suara Norhashimah Hashim dalam karya menyerlah makna keindahan Sastera Melayu

    No full text
    Link to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my/Karya sastera sejak tradisi didapati jelas dihasilkan dengan tujuan yang utama untuk hiburan, dan mengisi waktu yang lapang selepas kerja seharian. Pelbagai genre puisi dan prosa yang terhasil secara tidak langsung mengangkat persoalan tentang kehidupan manusia yang pelbagai rencam, dan terus menyalurkan pengajaran untuk kebijaksanaan. Oleh yang demikian, sebuah karya yang baik itu tetap dituntut agar menggunakan kebaikan, iaitu cerita, bahkan bahasa yang baik untuk menyampaikan suatu makna yang baik. Bagi menyelusuri perkara ini, kertas ini menggunakan penelitian kualitatif analisis teks untuk merungkaikan dua buah novel oleh Norhashimah Hashim sebagai data kajian, iaitu Lagu Merdu Irama Sumbang (2017) dan Catatan Seorang Hamba (2018). Berpandukan Puitika Sastera Melayu (Muhammad Haji Salleh) dengan perincian oleh Mana Sikana (2015), kajian akan tertumpu kepada aspek pemilihan bahan penceritaan, teknik penyampaian, penggunaan bahasa, dan fungsi sastera dalam menghadirkan keindahan dalam data kajian. Dapatan kajian menjelaskan bahawa novel oleh Norhashima Hashim menggarapkan keindahan sastera Melayu dengan makna bahawa karya berkenaan memberikan pengalaman, pendidikan dan pengajaran dalam membijaksanakan khalayak sastera secara keseluruhan

    Kepala lembu dan kerbau: Makna yang terungkap dalam sajak siber

    No full text
    Kemajuan teknologi komunikasi maklumat telah memunculkan media baru; misalnya blog, emel, sms, facebook,youtube, twitter, multiply, dan friendster.Melalui media baru ini, komunikasi dan interaksi antara manusia berlaku di alam siber. Tidak terkecuali dengan para pengkarya pelbagai genre sastera; mereka berkarya di alam siber. Kesusasteraan menggunakan media baru dinamakan kesusasteraan siber atau kesusasteraan elektronik atau kesusasteraan dalam talian. Selari dengan perkernbangan dunia internet, muncul sebuah majalah sastera eiektronik yang dinamakan eSastera.com (http://esastera.com) yang mula beroperasi di alam siber sejak 2002.Di Malaysia, eSastera.com merupakan satusatunya majalah sastera elektronik dalam bahasa Melayu yang aktif daIam pernerbitan pelbagai genre sastera dan member ruang kepada para ahli dan khalayak siber berinteraksi di alam siber. Ahli eSastera.com seramai 8,487 orang sehingga 15 Jun 2010.Berdasarkan rekod, eSastera.com telah memaparkan 13,796 buah sajak siber dengan pelbagai tema, imej , audio-video,animasi dan warna. (Data sajak siber sehingga 15 Jun 2010, jam 1.40 petang). Ada sajak siber yang bertema khusus yang tidak dipaparkan dalam media konvensional cetak arus perdana. Namun,eSastera.com pernah menganjurkan Sayernbara Kepala Lembu (dari 9 Ogos 2009 hingga 18 September 2009 ) dan Sayembara Sajak Kerbau (dari 17 Mei 2008 hingga 31 Oktober 2008 ) dengan mengambil data sajak tentang 'kepala lembu' dan 'kerbau,'kertas kerja ini mengulas makna yang terungkap di sebalik "kepala lembu" dan binatang "kerbau" dalam sajak siber. Antara penyair yang menghasilkan sajak siber tentang kepala lembu ialah Yajuk, Ria Asmira, Mokhtar Sah Malik, Jebat Sarawak, dan Damak. Penyair yang menghasilkan sajak tentang kerbau pula misalnya Kalamutiara, AzmiRahman, Ria Asmira, Ramy, Brirasa, Nimoizty, dan Nfaizal

    Telaah Filologi dalam manuskrip Melayu: menggali akal budi pemikir bangsa

    No full text
    Link to publisher's homepage at https://penerbit.unimap.edu.my/Telaah filologi terhadap naskhah-naskhah Melayu merupakan suatu usaha yang penting bagi mendedahkan kepada khalayak pembaca tentang unsur yang terkandung dalam sesebuah naskhah. Kajian terhadap naskhah Melayu amat penting dalam usaha menggali khazanah bangsa dalam mendepani era revolusi 4.0 agar dapat membangun modal insan negara yang seimbang dan harmoni. Di dalamnya terkandung pelbagai adat resam kebudayaan, buah fikiran, budi pekerti, pantang larang, hiburan dan pancaran pelbagai dimensi kehidupan masyarakat nusantara yang sezaman dengannya. Sehubungan itu, makalah ini akan meneliti naskhah Hikayat Nabi Sulaiman (MSS 2341) yang diperoleh daripada Pusat Manuskrip Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) yang menggunakan tulisan jawi bertulis tangan. Penelitian dengan menggunakan kaedah analisis teks ini menggunakan teori interteks dengan menumpukan kepada aspek ekspansi atau perluasan yang terdapat dalam naskhah Hikayat Nabi Sulaiman dengan teks dasar atau hipogramnya adalah bersumberkan Al-Quran. Hasil penelitian memperlihatkan bahawa berlaku ekspansi, iaitu pengembangan atau perluasan dalam naskhah Hikayat Nabi Sulaiman secara berleluasa melalui peristiwa yang ditokok tambah daripada teks hipogram atau teks dasar sebagai usaha pengembangan ilmu dan menyeru masyarakat mendekati ajaran Islam. Hal ini secara tidak langsung dapat memanjangkan hayat sesebuah manuskrip terutama dalam revolusi industrI 4.0 melalui teknik digitalisasi sehingga dapat diakses oleh khalayak di peringkat antarabangsa

    Pancaran makna dalam kesusasteraan Melayu

    No full text
    Usaha memperbanyak buku ilmiah dalam bidang kritikan sastera khasnya kesusasteraan Melayu giat diteruskan. Justeru, buku Pancaran Makna dalam Kesusasteraan Melayu mengungkapkan dan menjelaskan pelbagai dimensi pemikiran Melayu dalam pelbagai genre kesusasteraan, iaitu pantun, teks adikarya, lirik lagu, cerpen mutakhir, dan puisi siber.Pembicaraan karya sastera dalam buku ini bersifat santai dan memudahkan pembaca memahami makna teks yang dibicarakan. Pembaca diharap dapat memanfaatkan kandungan buku ini sama ada sebagai bahan rujukan, pengajaran dan pembelajaran atau bacaan umum bagi memahami dengan lebih mendalam makna yang tersurat dan tersirat dalam pelbagai genre sastera

    Berkarya di alam siber: Jaringan ilmu tanpa sempadan, tanpa mengira waktu, dan tanpa mengambil kira siapa pensiber

    No full text
    Kemunculan media baru, misalnya blog, SMS, YouTube, facebook, dan twitter dalam era teknologi dan globalisasi telah mengubah cara dan gaya berinteraksi, menyebarkan dan mewujudkan jaringan ilmu, serta melahirkan ramai pensiber. Selain itu, penciptaan komputer yang berinternet telah memunculkan eJurnal (http://www.doaj.org/) di http://cmslib.uum.edu.my/psb/ eAkhbar, eMajalah, eBook (http://en.wikipedia.org/wiki/E-book) atau eBuku. Paparan dan penyebaran pelbagai ilmu dalam apa jua bahasa di mayapada ini melalui media elektronik begitu sibuk lalu lintasnya di lebuh raya siber; tidak terkecuali karya sastera yang dipaparkan dan dikomposisikan dalam satu-satunya majalah sastera elektronik berbahasa Melayu di dunia, iaitu eSastera.com (http://esastera.com) yang muncul sejak 2002 dengan nama asalnya CommunityZero (http://communityzero.com) yang diasaskan oleh Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Bin Wan Abas atau nama penanya Dr. Irwan. (http://esasterawan.org/irwan). Di ruang eSastera.com atau di eSasterawan.net, para pensiber (penulis/ pengarang siber) berkarya; menulis entri di blog untuk bacaan khalayak siber, menulis karya kreatif; sajak, sajen (sajak jenaka), puisi Melayu tradisional, pantun, soneta, ulasan dan kritikan sastera, haiku dan tankya, cerpen, drama, novel, bicara karya sastera PMR dan SPM, madah serta berinteraksi di alam siber atas nama sastera, seni dan budaya Melayu. Pensiber memanfaatkan pelbagai ilmu dalam pelbagai disiplin; bahasa, politik, agama, dan ekonomi, sastera, untuk tujuan sama ada penyampaian dan perkongsian ilmu atau penyataan fikir rasa pensiber terhadap sesuatu isu yang menyentuh manusia sejagat. Pensiber memanfaatkan teknologi yang sedia ada terutamanya internet, dan mengakses bahan-bahan dari laman blog, audio-video, imej, dan animasi, sekaligus diri pensiber berada dalam sebuah perpustakaan atau dunia siber ilmu. Justeru, kertas kerja ini menghuraikan manfaat oleh khalayak siber terhadap pelbagai fikir rasa pensiber dalam karya siber. Selain itu, aplikasi pelbagai unsur siber atau multimedia, dan taupan (link) ilmu ke laman blog di luar karya

    PEMBENTUKAN PERPADUAN DI MALAYSIA MELALUI NILAI BUDAYA DALAM ANIMASI UPIN DAN IPIN (Unity Formation in Malaysia Through Cultural Values in Upin and Ipin Animation)

    No full text
    Tidak dapat dinafikan lagi bahawa perpaduan kaum di Malaysia belum lagi utuh. Perasaan curiga antara kaum masih lagi wujud kerana sesetengah masyarakat yang terpengaruh dengan sentimen perkauman yang sering dihujahkan oleh pihak pihak tertentu termasuklah ahli politik. Hal ini telah menyebabkan masyarakat di Malaysia kurang memahami budaya masyarakat lain malah takut untuk bergaul dengan kaum lain. Kepelbagaian budaya di Malaysia perlu diraikan oleh setiap masyarakat di Malaysia dengan berusaha untuk memahami budaya kaum lain. Animasi Upin dan Ipin memainkan peranan dalam mempromosikan budaya majmuk di Malaysia dengan memaparkan perasaan kasih sayang dan keharmonian rakyat Malaysia, malah telah diangkat sebagai duta mahabbah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis nilai nilai pendidikan budaya yang terdapat dalam animasi Upin dan Ipin yang dapat membantu dalam membentuk perpaduan di Malaysia terutamanya dalam kalangan kanak kanak. Kajian berbentuk kualitatif ini menggunakan kaedah analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian untuk menyerlahkan nilai pendidikan budaya dalam animasi Upin dan Ipin berdasarkan pandangan Teori Sosiolisasi. Hasil kajian mendapati bahawa nilai budaya yang terdapat dalam animasi Upin dan Ipin memberikan pengetahuan yang baharu tentang kepelbagaian budaya di Malaysia, serta penting sebagai satu usaha yang baharu tentang kepelbagaian budaya di Malaysia, serta penting sebagai satu usaha memupuk perpaduan di Malaysia

    MENCARI TITIK PERSAMAAN DAN PERBEZAAN DALAM NOVEL DAN FILEM POPULAR MELAYU

    No full text
    Karya kreatif bukan dihasilkan dari ruang kekosongan. Setiap satunya mempunyai asas dan merakamkan detik hati penciptanya untuk memperkatakan ‘sesuatu’ yang melingkari kehidupan manusia. Suatu realiti yang dekat dengan diri, masyarakat, dan persekitaran kerap kali digarapkan untuk memaparkan nilai atau persoalan kemanusiaan secara keseluruhannya. Oleh yang demikian, makalah ini bertujuan memperkatakan tentang kandungan atau tema dan persoalan yang dipaparkan dalam dua genre kreatif, iaitu novel dan filem yang masing-masing mendapat perhatian yang tinggi daripada khalayak pembaca, dan penonton. Untuk tujuan ini, novel popular yang diulang cetak 27 kali, Ombak Rindu (Fauziah Ashari,2012) dan filem dengan judul yang sama, “Ombak Rindu” dijadikan bahan penelitian tentang unsur persamaan dan perbezaan dalam kedua-dua media itu; bercetak dan audio-video-visual (AVV). Selain itu, teks novel apabila dipindahkan atau ditransformasikan kepada filem, berlaku sama ada pengekalan, pengguguran, penambahan, pengubahsuaian atau pengekalan naratif, watak dan perwatakan, dialog, latar dan sebagainya. Namun yang dikekalkan ialah tema dan persoalan cinta yang pastinya menjadi popular dalam kalangan pembaca novel dan penonton filem Melayu khasnya.</jats:p

    Interaksi Antara Muka Surat Verso dan Muka Surat Recto Dalam Buku Cerita Bergambar Kanak-Kanak

    No full text
    Buku cerita bergambar kanak-kanak merupakan karya sastera berbentuk kreatif yang menyampaikan jalan cerita melalui teks dan gambar. Buku cerita bergambar kanak-kanak yang bermutu memaparkan peristiwa yang hadir secara serentak pada dua halaman yang saling menghadap iaitu antara muka surat verso dan muka surat recto. Namun, kebanyakan buku cerita bergambar kanak-kanak didapati mengabaikan kepentingan komposisi antara muka surat verso dan muka surat recto (Nikolajeva, 2006). Interaksi antara muka surat verso dengan muka surat recto yang terdapat dalam buku cerita bergambar kanak-kanak penting untuk menyatakan pelbagai makna dan tanggapan melalui pergerakan gambar. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti interaksi antara muka surat verso dengan muka surat recto yang terdapat dalam tiga buah buku cerita bergambar kanak-kanak daripada tiga genre dan menganalisis interaksi antara muka surat verso dengan muka surat recto berdasarkan pendekatan Nikolajeva (2006). Kaedah analisis kandungan digunakan dalam kajian ini dengan meneliti empat buah buku cerita bergambar kanak-kanak yang terdiri daripada genre cerita rakyat, genre cerita haiwan, genre cerita fantasi dan genre cerita realistik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa interaksi antara muka surat verso dengan muka surat recto yang terdapat dalam ketiga-tiga buah cerita bergambar kanak-kanak sememangnya menepati makna dan tanggapan yang dikemukakan oleh Nikolajeva (2006). Rumusannya, makna dan tanggapan yang terdapat pada muka surat verso dan muka surat recto dalam buku cerita bergambar kanak-kanak penting untuk menjadikan sesebuah buku cerita itu berkualiti

    Pembangunan Model Adaptasi Sastera Kanak-Kanak Dalam Industri Kreatif di Malaysia: Ke Arah Pembentukan Modal Insan dalam Memartabatkan Warisan Seni Negara (S/O 13136)

    No full text
    Kesusasteraan kanak-kanak telah berkembang pesat seiring dengan perkembangan ilmu dan teknologi. Hasil kesusasteraan kanak-kanak dalam bentuk media cetak telah diberi nafas baru melalui kreativiti, inovasi, dan gabungan teknologi digital dalam penghasilan produk kreatif. Kini, hasil kesusasteraan kanak-kanak dapat dinikmati dalam bentuk media baru, iaitu melalui adaptasi animasi karya sastera. Pelbagai karya animasi kanak-kanak telah diadaptasi kepada filem dan rancangan televisyen (TV) yang semakin mendapat tempat dalam kalangan penggiat industri kreatif dan secara tidak langsung turut menjana ekonomi negara. Fenomena ini memperlihatkan peranan karya sastera sebagai agen pembentuk peribadi kanak-kanak secara tidak langsung menjadi semakin penting. Namun begitu, sejauh manakah penggiat industri kreatif dapat menterjemah aspek pemikiran dan falsafah murni yang terkandung dalam karya adaptasi sastera kanak-kanak ini masih menjadi persoalan. Adakah teknik adaptasi yang dilakukan selama ini sesuai dan mengambil kira keperluan pembangunan sahsiah kanak-kanak dipertimbangkan dalam menghasilkan adaptasi karya kreatif? Sehubungan itu, kajian ini bertujuan meneliti dan menganalisis karya sastera kanak-kanak yang diadaptasi kepada medium digital seperti cerita dan filem animasi yang dapat menterjemah aspek pemikiran dan falsafah sebagai suatu usaha ke arah pembentukan pembangunan modal insan yang seimbang dari aspek fizikal dan mental. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dalam bentuk analisis teks dan soal selidik. Dapatan kajian memperlihatkan bahawa dari aspek teknik adaptasi yang dilakukan, kanak-kanak cenderung memilih teknik adaptasi sebahagian atau longgar. Hal ini kerana berlaku tokok tambah secara sederhana mengikut kesesuaian latar masa, zaman dan khalayak menjadikan cerita tersebut lebih menarik untuk dinikmati. Kajian ini juga turut menghasilkan suatu model adaptasi karya sastera kanak-kanak yang dapat dijadikan sebagai suatu garis panduan kepada penggiat industri kreatif dalam melahirkan karya adaptasi mengikut acuan budaya masyarakat Malaysia agar dapat membentuk pembangunan modal insan yang seimbang. Kepentingan kajian ini dilihat selaras dengan Pelan Tindakan Dasar Industri Kreatif Negara, iaitu memperkasa industri kreatif Negara secara menyeluruh berasaskan kreativiti dan inovasi bagi menyumbang kepada ekonomi berpendapatan tinggi melalui produk berkualiti serta memartabatkan warisan seni buday

    Pageturners dalam Buku Cerita Bergambar Kanak-kanak

    No full text
    Buku cerita bergambar kanak-kanak merupakan satu genre yang istimewa dalam kesusasteraan kanak-kanak. Gambar dalam buku cerita bergambar kanak-kanak berfungsi sebagai daya penarik yang penting untuk menarik minat serta menggalakkan seseorang kanak-kanak itu membaca pada peringkat umur yang rendah. Namun, kajian tentang buku cerita bergambar kanak-kanak di Malaysia kurang mendapat perhatian yang sewajarnya. Sebagai satu genre sastera yang unik, teks dan gambar dalam sesebuah buku cerita bergambar kanak-kanak mempunyai fungsi yang sama untuk menjadikan sesuatu cerita itu bermakna. Hal ini menyebabkan hubungan antara teks dengan gambar dalam buku cerita bergambar kanak-kanak menyumbang kepada perkembangan elemen sastera yang memberi kesan kepada pembacaan kanak-kanak. Pageturners merupakan elemen yang hanya terdapat dalam buku cerita bergambar kanak-kanak dan berfungsi untuk menimbulkan unsur suspens dalam kalangan pembaca kanak-kanak. Sehubungan dengan itu, kertas kerja ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti pageturners dalam buku cerita bergambar kanak-kanak dan menganalisis pageturners dalam buku cerita bergambar kanak-kanak berdasarkan pendekatan Nikolajeva (2006). Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan dengan meneliti enam buah buku cerita bergambar kanak-kanak yang mengandungi penggunaan pageturners. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pageturners yang terdapat dalam buku cerita bergambar kanak-kanak yang dikaji digunakan untuk menimbulkan unsur suspens dan rasa ingin tahu dalam kalangan pembaca kanak-kanak. Kesimpulannya, pageturners yang terdapat dalam buku cerita bergambar kanak-kanak berperanan untuk menjadikan sesebuah buku cerita bergambar kanak-kanak itu menarik dan menjadikan pembaca kanak-kanak berasa terhibur
    corecore