1,807,856 research outputs found

    Buletin Perpustakaan Tengku Anis Edisi 2013 / Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Kelantan

    Full text link
    Buletin Perpustakaan Tengku Anis yang dikeluarkan pada tahun 2013 memaparkan maklumat pencapaian bahagian, aktiviti dan program yang telah dilaksanakan , program galakan membaca serta makluman kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Perpustakaan Tengku Anis

    Bengkel aplikasi Microsoft 365 dalam tugasan pejabat harian / Perpustakaan Tengku Anis

    No full text
    Pada 31 Mei 2022 (Selasa) yang lalu, Perpustakaan Tengku Anis (PTA) UiTM Cawangan Kelantan telah mengadakan Bengkel Aplikasi Microsoft 365 Dalam Tugasan Pejabat Harian bermula jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari bertempat di Bilik IT PTA yang melibatkan semua staf Perpustakaan Tengku Anis UiTM Cawangan Kelantan. Objektif bengkel ini adalah untuk meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan staf Perpustakaan Tengku Anis UiTM Kelantan serta meningkatkan ketampakan (visibility) UiTM Cawangan Kelantan khususnya Perpustakaan Tengku Anis (PTA) dalam usaha menambahbaik pengurusan pejabat

    Kursus “tips & tricks Microsoft 365” dalam tugasan pejabat harian / Perpustakaan Tengku Anis

    No full text
    Perpustakaan Tengku Anis UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang telah menganjurkan Kursus “Tips & Tricks Microsoft 365” Dalam Tugasan Pejabat Harian secara atas talian menggunakan medium Cisco Webex pada 22 Mei 2022 (Ahad) bermula jam 9.30 pagi hingga12.00 tengahari kepada staf Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Cawangan Kelantan serta dibuka kepada staf daripada cawangan lain. Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan kemahiran ICT dalam kalangan staf PUiTM Kelantan, meningkatkan ketampakan (visibility) UiTM Cawangan Kelantan khususnya Perpustakaan Tengku Anis (PTA) dalam usaha menambahbaik pengurusan pejabat serta mencipta keseragaman dalam menjalankan tugas mengikut peredaran teknologi seiring dengan perkhidmatan Perpustakaan Digital

    Bicara alumni: alumni vs library / Perpustakaan Tengku Anis

    Full text link
    ada 30 Mei 2022 (Isnin), jam 9.30 pagi hingga 10.30 pagi, Perpustakaan Tengku Anis (PTA) telah melaksanakan satu program siaran langsung atas talian “Live@PTA” Bicara Alumni: Alumni VS Library. Panel jemputan terdiri daripada alumni UiTM iaitu Encik Mohd Azrie Bin Mat Nor, Pengarah Urusan Nebula Horizon Sdn. Bhd. dan juga Encik Saidi Nor Azam Ali, Novelis/Pereka The Patriots Malaysia Publishing manakala moderator ialah Cik Nur Aisyah Bt Mohd Noor, Pelajar Latihan Industri. Sesi bicara ini dilaksanakan menggunakan medium “Streamyard” melalui “Facebook” Rasmi Perpustakaan Tengku Anis (PTA) dan “Youtube Channel” oleh Perpustakaan Tengku Anis, UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang. Program Live@PTA ini merupakan satu program bual bicara, perkongsian pengetahuan dan maklumat dikalangan pakar-pakar dalam bidang tertentu dan juga usaha untuk membudayakan budaya membaca dikalangan masyarakat kita khususnya warga UiTM

    Kursus: “design easy with Canva” / Perpustakaan Tengku Anis

    No full text
    Pada 5 Julai 2022 (Selasa), Perpustakaan Tengku Anis (PTA) UiTM Cawangan Kelantan telah mengadakan Kursus: “Design Easy with Canva” bermula jam 9:00 pagi hingga 12:00 tengahari kepada semua staf Perpustakaan Tengku Anis UiTM Cawangan Kelantan serta dibuka kepada warga UiTM yang berminat untuk menyertai kursus ini. Kursus ini dijalankan menggunakan medium atas talian iaitu Cisco Webex. Kursus ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran reka cipta dan penerbitan bahan hebahan dalam kalangan staf khususnya staf PTA UiTM Cawangan Kelantan serta seluruh warga UiTM. Perkongsian bagi kursus ini disampaikan oleh Encik Mohd Alfarabie Mohd Nasir,Pustakawan Kanan Perpustakaan Tun Abdul Razak dan kursus ini mendapat maklum balas yang positif daripada peserta yang hadir

    Program “meets up user friendly@PTA 2022” / Perpustakaan Tengku Anis

    No full text
    Pada 14 Julai 2022 (Khamis), Perpustakaan Tengku Anis (PTA) UiTMCK Kampus Machang dengan kerjasama pelajar latihan industri telah mengadakan Program “Meets Up UserFriendly @PTA 2022” selama 3 jam bermula pada 10:00 pagi sehingga 1:00 petang bertempat di Ruang Legar PTA. Program ini dikendalikan oleh pelajar latihan industri serta staf PTA UiTM Cawangan Kelantan bagi memenuhi keperluan pengguna dalam aktiviti yang disediakan. Program ini memperkenalkan perkhidmatan yang terdapat di Perpustakaan Tengku Anis dan membantu menarik minat pelajar dan staf UiTM Cawangan Kelantan untuk membaca disamping melakukan aktiviti yang merangsang minda

    Program ihya’ ramadan: sentuhan kasih FLIPS / Perpustakaan Tengku Anis

    Full text link
    Program ini dianjurkan oleh FLIPS, iaitu gabungan Fakulti Pengajian Maklumat (FPM), Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP) dan Fakulti Undang-undang (FUU), UiTM Kampus Cawangan Kelantan dengan kerjasama Perpustakaan Tengku Anis, Unit Kesihatan, Unit Kerjaya dan Kaunseling, PEWANI, Klinik Ikram, Kelab Keluarga Islah dan PUSPANITA. Program ini dimulai dengan ucapan aluan oleh Ketua Pusat Pengajian (KPP) FLIPS, ucapan perasmian oleh Rektor UiTM Kelantan iaitu YBhg. Prof. Dr. Haji Abdol Samad Nawi, penyampaian sumbangan kepada anak yatim, dan dua sesi taklimat daripada Klinik Ikram dan Perpustakaan Tengku Anis

    Bengkel penyediaan profil penyelidik / Perpustakaan Tengku Anis

    No full text
    Perpustakaan Tengku Anis (PTA) dengan kerjasama Unit Pengurusan Penyelidikan & Inovasi(URMI), UiTM Cawangan Kelantan telah mengadakan Bengkel Penyediaan Profil Penyelidik pada 22 Jun 2022 (Rabu), jam 10:00 pagi secara atas talian dengan menggunakan platform Cisco Webex. Seramai 130 orang daripada pelbagai organisasi telah menyertai bengkel ini. Diharapkan semoga melalui bengkel ini dapat membantu para penyelidik dan bengkel ini juga dibawah SDG: 4 “Quality Education” dan SDG 17: “Partnership for the Goals”

    Program jom baca bersama 10 minit: “blind date with a book” / Perpustakaan Tengku Anis

    Full text link
    Sempena Program Jom Baca Bersama 10 Minit “Bangkit Baca & Bersyukur”, pihak Perpustakaan Tengku Anis UiTM Cawangan Kelantan telah mengadakan satu Program Jom Baca Bersama: “Blind Date with a Book” pada 21 April 2022, jam 10.45 pagi hingga 11.30 pagi yang bertempat di Aras 1 Perpustakaan Tengku Anis. Program ini merupakan program anjuran bersama Perpustakaan Tengku Anis dengan Fakulti Pengurusan Maklumat dan juga Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK). Program ini melibatkan staf dan juga pelajar daripada Fakulti Pengurusan Maklumat UiTM Cawangan Kelantan. Para peserta dikehendaki memilih bahan bacaan yang telah dibalut tanpa mengetahui tajuk dan kulit buku. Bahan bacaan yang dibalut ini hanya memaparkan kata kunci sahaja dan ini merupakan pertemuan pertama mereka. Para peserta akan membaca bahan bacaan yang dipilih selama 10 minit dan kemudiannya membuat ulasan mengenai bahan bacaan tersebut
    corecore