34 research outputs found
Festival Bahasa 2023 (FESTBA 2023) / Syahirah Almuddin ... [et al.]
Festival Bahasa merupakan sebuah program kolaborasi di antara Persatuan Bahasa Arab (PBA) dan Eagles English Club (Kelab EAGLES) dengan kerjasama Akademi Pengajian Bahasa Kampus Kuala Pilah yang dilaksanakan pada setiap semester. Program ini telah berjaya dilaksanakan pada semester semester sebelum ini secara dalam talian dan bersemuka. Program ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada para mahasiswa dan mahasiswi UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah. Berikutan kejayaan itu, Persatuan Bahasa Arab dan Eagles English Club sekali lagi telah menganjurkan program ini yang dikenali dengan nama FESTBA2023. Program ini telah dijalankan bermula 5 Jun sehingga 16 Jun 2023 dengan menyasarkan penglibatan daripada mahasiswa dan mahasiswi UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Dato’ Inas, Johol. Terdapat sedikit kelainan dalam program FESTBA yang diadakan pada kali ini. Hal ini kerana, program yang telah dijalankan melibatkan program FESTBA di dalam kampus dan program kemasyarakatan FESTBA di Sekolah Kebangsaan Dato’ Inas Johol yang melibatkan murid sekolah sebagai peserta. Pada semester Mac 2023-Ogos 2023, PBA telah menerajui program ini di bawah pimpinan Puan Syahirah Almuddin dan Puan Norshida Hashim yang merupakan penasihat PBA, bersama dengan ahli jawatankuasa PBA di bawah pimpinan Saudari Nur Fatihah Noorazlan, yang juga merupakan pengarah program FESTBA2023 kali ini. Program ini turut dijayakan oleh Puan Siti Nor Dina Haji Mohd Ali, Puan Anis Shahira Bazlan dan Puan Nurulnabilah Abdul Aziz selaku penasihat Eagles English Club
Smart Arabic 4.0 / Norshida Hashim and Syahirah Almuddin
Program Smart Arabic Learning 4.0 telah dilaksanakan pada 9 Disember 2022 bertempat di Fakulti Bahasa & Linguistik, Universiti Malaya. Program ini merupakan program anjuran Jabatan Bahasa Arab Timur Tengah Fakulti Bahasa & Linguistik Universiti Malaya, ALUMNI Jabatan Bahasa Arab, Universiti Malaya dan Kelab NADI, Universiti Malaya. Program ini merupakan program anjuran tahunan oleh Universiti Malaya sejak tahun 2019 yang melibatkan penyertaan dari IPTA seluruh Malaysia. APB UiTM Cawangan Negeri Sembilan merupakan salah sebuah universiti yang telah menerima jemputan daripada pihak penganjur bagi menyertai program tersebut. Program ini telah berlangsung selama satu hari bermula jam 8.30 pagi - 4.30 petang. Seramai 40 orang peserta dari UiTM Kampus Kuala Pilah telah mengikuti program ini merangkumi pelajar di peringkat Pra-Diploma, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang mengambil kod TAS080 (Fundamental Arabic Reading Skills), TAC151 (Foundation Arabic Level II), TAC401 (Introductory Arabic Language I), TAC451 (Introductory Arabic Level II) dan TAC501 (Introductory Arabis Level III). Program ini terbahagi kepada dua slot utama iaitu Slot 1: “Applying Gamification in Learning Activities Using Scratch” oleh Dr. Tuan Sarifah Aini Syed Ahmad dari Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Cawangan Negeri Sembilan dan Slot 2: "Penterjemahan Bahasa Arab Mudah dan Tepat" oleh Dr. Mat Taib Pa" dari Fakulti Bahasa dan Lingusitik, Universiti Malaya
Analisis morfo-fonologi perkataan pinjaman Bahasa Inggeris dalam Bahasa Arab / Syahirah Almuddin
The research of “ Morpho-phonological analysis of English Loanwords in Arabic” discuss about the change of phonology and morphology aspects that happen in English loanwords in Arabic. In foreign loanwords the questions that arise are either the word is borrowed entirely by way of spelling similarization or to be taken part of it and been similarize with pattern that in the targeted language at the same time the phonology similarization. Thus this research is to fulfill three main objectives that are to identify English loanwords in Arabic, analyse the process that happen in phonology similarization and morphology of these words and how the main morpho-phonology change in those words. The data has been collected from Arabic dictionary “al-Mu‘jam al-Wasit “. 70 words has been choosed and analyzed by way of transcription and analyzing the changes that happen from original language which is English into Arabic from the aspect of the change of sound and the change of morphology. The result is, most of the changes that happen to the sound there is not exist in Arabic. These sounds have been suits by taking the closes sounds from the articulation mode and articulation place. There are also sound changes from the original sound in Arabic cause by the environments. This research also shows there is no specify law method that can be done from morpho-phonology analyzation English loanwords into Arabic
Kem Bestari Solat di Sekolah Kebangsaan Yamtuan Lenggang, Tanjung Ipoh / Norshida Hashim and Syahirah Almuddin
Persatuan Bahasa Arab Kampus Kuala Pilah melalui Akademi Pengajian Bahasa Kampus Kuala Pilah telah menerima jemputan dari Sekolah Kebangsaan Yamtuan Lenggang sebagai fasilitator Kem Bestari Solat Peringkat Sekolah 2023. Kem ini telah berlangsung pada 14 Oktober 2023 bermula jam 8 pagi sehingga jam 1 tengahari bertempat di sekitar sekolah tersebut. Seramai 20 orang pelajar daripada Persatuan Bahasa Arab dan 2 orang pensyarah Bahasa Arab Kampus Kuala Pilah telah terlibat sebagai fasilitator dalam kem tersebut. Pelajar sekolah yang mengambil bahagian dalam kem Bestari Solat adalah seramai 83 orang peserta melibatkan pelajar tahap 1 dan tahap 2
Pemanfaatan video YouTube dan video TikTok dalam pembelajaran Bahasa Arab / Norshida Hashim and Syahirah Almuddin
Kini, teknologi telah menjadi aspek penting dan keperluan utama kepada semua individu dan masyarakat. Perkembangan teknologi telah menyumbang kepada peningkatan tahap komunikasi manusia. Ramai orang menggunakan platform media untuk meluahkan perasaan, berkongsi ilmu dan idea di platform media. Platform media yang dikenali sebagai media sosial ini telah menjadi medium rujukan utama masyarakat seluruh dunia untuk mendapatkan maklumat mengenai sesuatu perkara kerana media sosial menyediakan maklumat terkini yang diperlukan masyarakat secara cepat. Aktiviti pembelajaran bahasa asing seperti bahasa Arab juga telah berkembang melalui media sosial. Pembelajaran bahasa Arab di Malaysia bermula dari peringkat tadika lagi. Subjek bahasa Arab telah dimasukkan ke dalam sukatan pembelajaran secara formal sejak dari sekolah rendah, menengah sehingga ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) mengikut keperluan kurikulum dan aliran yang dibawa. Di Universiti Teknologi MARA (UiTM), bahasa Arab merupakan kursus elektif yang boleh diambil oleh para pelajar dari pelbagai program. Kursus bahasa Arab di UiTM merupakan kursus 2 jam kredit yang memperuntukkan Jam Pembelajaran Pelajar (Student Learning Time, SLT) sebanyak 80 jam bagi sepanjang semester. Jam Pembelajaran Pelajar ini merangkumi 28 jam pertemuan secara bersemuka (Face-to-Face) sepanjang semester kerana pelajar hanya bertemu dengan pensyarah selama 2 jam sekali pada setiap minggu. Manakala Jam Pembelajaran Pelajar yang berbaki perlu diperuntukkan pelajar secara pembelajaran secara kendiri (Self Study) selain Jam Penilaian (Assessment)
Representasi pelarian Syria dalam laman web al Jazeera Arab dan BBC Arab dengan menggunakan analisis wacana kritikal / Syahirah Almuddin
Pelarian sering digambarkan secara negatif di dalam media. Beberapa stereotaip mengenai pelarian dapat dilihat dalam gambaran media iaitu: terlibat dengan jenayah, berstatus haram, sebagai ancaman kepada identiti negara dan ekonomi. Jika dilihat, kebanyakan kajian yang telah dibuat melibatkan pelarian dari negara dan bangsa yang berlainan. Namun begitu, kajian ini dibuat bagi memberikan gambaran yang lebih jelas bagaimana representasi pelarian Syria dipaparkan dalam artikel berita al-Jazeera selaku wakil kepada bangsa Arab dan BBC sebagai wakil orang luar. Objektif utama kajian ialah mengenalpasti cara representasi pelarian Syria dalam al-Jazeera dan BBC, mengenalpasti aspek intertekstualiti dan interdiskursitiviti yang mempengaruhi representasi pelarian Syria dalam al-Jazeera dan BBC dan menjelaskan amalan sosial yang disampaikan melalui laporan kedua-dua laman berita al-Jazeera Bahasa Arab (AJA) dan BBC Bahasa Arab (BBCA). Kajian ini menggunakan pendekatan Model Tiga Dimensi analisis wacana kritikal (CDA) Fairclough (1992), yang merangkumi 3 dimensi, iaitu teks, amalan wacana dan amalan sosial. Model ini digunakan untuk menganalisis korpus yang mengandungi 100 topik berita mengenai Pelarian Syria dari tahun 2013 sehingga 2015 dari kedua-dua laman berita al-Jazeera (50 artikel) dan BBC (50 artikel). Dapatan menunjukkan terdapat empat representasi yang sering dikaitkan dengan pelarian Syria melibatkan: (i) pelarian sebagai pelarian, (ii) pelarian sebagai angka, (iii) pelarian sebagai mangsa dan (iv) pelarian sebagai orang yang memerlukan bantuan. Kajian ini mendapati terdapat perspektif yang berbeza terhadap pelarian Syria oleh bangsa Arab yang diwakili oleh al-Jazeera dan masyarakat luar yang diwakili oleh BBC. Al-Jazeera dilihat lebih beremosi melalui pemilihan perkataan yang digunakan ketika melaporkan kesusahan pelarian. Al-Jazeera dan BBC menyampaikan berita mewakili negara Arab dan negara Eropah. Negara Arab seperti Qatar tidak ditonjolkan sebagai negara yang menerima pelarian. Manakala BBC merupakan pihak yang terlibat dengan isu kemasukan pelarian ke Eropah. Hal ini telah membentuk corak laporan antara dua buah badan berita yang mengalami pengalaman yang berbeza dengan isu pelarian
CGCT TAC401 (past tense & present tense in Arabic Language: an introduction) / Syahirah Almuddin ... [et al.].
Projek Collaborative Teaching bagi kod Bahasa Arab Tahap 1 TAC401 (Introductory Arabic Level 1) telah diadakan pada 15 Jun 2023. Webinar ini merupakan projek di bawah Collaborative Group: Collaborative Teaching (CGCT) 2023 yang dikelolakan oleh Centre for Innovative Delivery & Learning Development (CIDL) UiTM. Projek ini telah dilaksanakan menggunakan Model 2 yang merupakan model kolaborasi penyampaian. Selain itu juga, projek ini telah melibatkan kolaborasi antara dua universiti yang berbeza: UiTM dan Universiti Malaya bersama tenaga pengajar jemputan dari industri luar iaitu sekolah. Penceramah jemputan merupakan seorang guru panitia Bahasa Arab Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Seremban. Projek ini dijalankan secara dalam talian melalui webinar yang berlangsung secara live selama 1 jam menggunakan platform YouTube dan Zoom Meeting
Program Smart Arabic Learning / Norshida Hashim, Syahirah Almuddin and Noorshahida Wahab
Program “SMART ARABIC LEARNING” bagi kod subjek bahasa ketiga (Bahasa Arab) TAC101, TAC151, TAC401, TAC451 DAN TAC501 adalah program anjuran bersama pensyarah-pensyarah bahasa Arab di bawah APB, Kampus Kuala Pilah dengan Jabatan bahasa Arab Fakulti Bahasa & Linguistik Universiti Malaya dan ALUMNI Jabatan Bahasa Arab Universiti Malaya. Kebanyakan pelajar menganggap subjek Bahasa Arab adalah bahasa yang sukar dipelajari dan difahami terutamanya bagi mereka yang tiada asas bahasa Arab. Maka, program “SMART ARABIC LEARNING” ini diadakan sebagai salah satu usaha dan langkah untuk memberi pengetahuan mengenai teknik berkesan pembelajaran bahasa Arab. Program ini melibatkan perkongsian pengalaman dan pendedahan pembelajaran menggunakan aplikasi atas talian bagi meningkatkan motivasi diri pelajar untuk mempelajari bahasa Arab dengan lebih mudah dan efektif
Happy Kids Happy World / Norshida Hashim, Syahirah Almuddin and Noorshahida Wahab
Projek Happy Kids Happy World dari UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Kuala Pilah telah berjaya mendapatkan kelulusan pembiayaan sebanyak RM4,500.00 daripada pihak Khind Starfish Foundation. Pembentangan projek kepada pihak Khind telah diadakan pada 6 Julai 2019 bertempat di Pejabat Khind di Bukit Jelutong. Projek ini merupakan program kesukarelawanan dalam membantu menyediakan dan menceriakan ruang bacaan yang kondusif di wad kanak-kanak Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah. Antara aktiviti-aktiviti yang menarik dijalankan bersama pesakit kanak-kanak adalah seperti ‘Fun with Us’: Playing ‘Ahsulu!’ iaitu permainan kad kosa kata yang menyeronokkan untuk mempelajari perkataan bahasa Arab, ‘lnteractive Storytelling’ di sudut bacaan bersama pesakit kanak-kanak, dan juga mengecat dan melukis mural oleh pelajar UiTM. Program ini telah dijalankan selama lima sesi yang bermula dari 14 September dan berakhir pada 16 November 2019
Mari belajar nombor dalam Bahasa Mandarin dan Bahasa Arab dan kepentingannya / Ong Woon Chuan, Norshida Hashim and Syahirah Almuddin
Dalam dunia globalisasi zaman kini, penguasaan pelbagai bahasa telah menjadi salah satu keupayaan yang penting untuk pembangunan peribadi, kemajuan sosial dan perhubungan antarabangsa bagi seseorang pelajar. Bagi bahasa Mandarin dan bahasa Arab, ia adalah dua bahasa yang digunakan secara meluas di seluruh dunia dan mempunyai impak besar terhadap budaya dunia. Jadi mempelajari nombor dalam dua bahasa ini, terutamanya nombor 0 hingga 10, adalah kunci utama untuk membuka pintu pembelajaran kedua-dua bahasa ini
