35 research outputs found

    Hubungan penggunaan saluran komunikasi dengan kualiti hidup komuniti Orang Ulu di Sarawak

    No full text
    Peningkatan kualiti hidup bagi masyarakat luar bandar merupakan agenda utama dalam perancangan pembangunan kerajaan Malaysia. Oleh itu, penyediaan dan pembangunan infrastruktur saluran komunikasi bagi masyarakat luar bandar adalah perlu. Bagi tujuan mengenal pasti hubungan penggunaan saluran komunikasi sebagai peramal kepada peningkatan kualiti hidup dalam kalangan masyarakat luar bandar, kajian telah dilakukan ke atas kumpulan sasaran masyarakat Orang Ulu di Sarawak, Malaysia. Kajian ini telah dijalankan di Daerah Belaga, Sarawak. Teknik persampelan responden adalah secara rawak. Data kajian telah dikumpul mengguna borang soal selidik berstruktur. Hasil analisis regresi berganda menunjukkan kekerapan komunikasi antara perseorangan merupakan faktor peramal kepada peningkatan kualiti pengangkutan dan perhubungan, penyertaan sosial dan keselamatan awam masyarakat Orang Ulu di Sarawak. Sementara itu, penggunaan radio merupakan antara faktor peramal kepada peningkatan kualiti penyertaan sosial, perumahan dan alam sekitar. Penggunaan saluran televisyen merupakan faktor peramal kepada peningkatan kualiti penyertaan sosial, keselamatan awam, persekitaran pekerjaan, kehidupan keluarga, pendidikan dan pendapatan dan pengagihan. Penggunaan telefon bimbit pula dapat menjadi peramal dalam peningkatan kualiti kesihatan, alam sekitar dan pengangkutan serta perhubungan kerana telefon bimbit dapat membantu untuk mendapatkan maklumat secara tepat daripada sumber yang dipercayai. Kesimpulannya, penyediaan maklumat dalam saluran komunikasi yang pelbagai perlu menitikberatkan maklumat yang sesuai dengan keperluan semasa

    Peranan komuniti dalam hubungan penggunaan saluran komunikasi terhadap peningkatan kualiti hidup masyarakat Orang Ulu di Sarawak

    No full text
    Peningkatan kualiti hidup bagi masyarakat luar bandar merupakan satu agenda utama di dalam perancangan pembangunan oleh kerajaan Malaysia. Oleh itu, penyediaan dan pembangunan infrastruktur adalah perlu untuk menyediakan saluran komunikasi bagi masyarakat luar bandar. Bagi mengkaji hubungan penggunaan saluran komunikasi ke arah peningkatan kualiti hidup di kalangan masyarakat luar bandar, satu kajian telah dilakukan ke atas kumpulan sasaran masyarakat Orang Ulu di Sarawak, Malaysia. Pengumpulan data adalah menggunakan borang soal selidik dan temubual bersemuka dengan responden. Seramai 356 orang responden yang dipilih secara rawak bagi tujuan kajian ini dan data dianalisis menggunakan program ‘Statistical Package for Social Science’ (SPSS) versi 19.00. Hasil kajian dipersembahkan dalam bentuk statistik deskriptif, pekali korelasi separa dan regresi pelbagai. Keputusan kajian menunjukkan responden meliputi lelaki (56.7%), etnik Kenyah (88.5%), umur lebih daripada 40 tahun (71.4%), tahap pendidikan SPM dan ke bawah (91.6%), mengusahakan penanaman kelapa sawit (60.1%) dan padi bukit (32.0%). Mod penggunaan saluran komunikasi adalah dikategorikan seperti berikut: telefon bimbit dan komunikasi antara perseorangan (sering) manakala bagi radio (jarang) dan televisyen (jarang sekali). Penggunaan telefon bimbit paling kerap digunakan di antara saluran komunikasi dari empat hingga enam kali seminggu bagi tujuan menelefon (35.1%), SMS (19.9%) dan lain-lain maklumat 9.0%. Bagi televisyen, jenis saluran TV yang paling digemari ialah Media Prima (24.4%) bagi mendapatkan maklumat berkaitan lain-lain maklumat (47.2%) dan maklumat kerajaan (44.2%). Berdasarkan kualiti hidup, sebanyak 63.2% responden berpendapatan kurang daripada RM1,500.00. Namun demikian, tahap kualiti kesihatan, pendidikan, kehidupan keluarga, persekitaran pekerjaan, perumahan, alam sekitar dan keselamatan awam di kawasan kajian masih dikategorikan sebagai memuaskan. Kualiti bagi pengangkutan dan perhubungan atau komunikasi dan penyertaan sosial adalah pada tahap sederhana. Peranan komuniti dalam kajian memainkan peranan yang sangat signifikan dalam penggunaan saluran komunikasi untuk mempengaruhi kualiti hidup di kawasan luar bandar. Hasil kajian analisis korelasi separa menunjukkan hubungan signifikan di antara penggunaan saluran komunikasi (komunikasi antara perseorangan, radio, televisyen dan telefon bimbit) dengan kualiti hidup (penyertaan sosial, kehidupan keluarga,keselamatan awam dan pendapatan dan pengagihan) masyarakat Orang Ulu di Sarawak. Hasil kajian analisis regresi menunjukkan kekerapan komunikasi antara perseorangan merupakan faktor penyumbang kepada peningkatan kualiti pengangkutan dan perhubungan, penyertaan sosial dan keselamatan awam di kalangan masyarakat Orang Ulu di Sarawak. Sementara itu, penggunaan radio merupakan satu faktor penyumbang kepada peningkatan kualiti penyertaan sosial, perumahan dan alam sekitar. Bagi penggunaan saluran televisyen, ia merupakan faktor menyumbang kepada peningkatan kualiti penyertaan sosial, keselamatan awam, persekitaran pekerjaan, kehidupan keluarga, pendidikan dan pendapatan dan pengagihan. Telefon bimbit menyumbang dalam peningkatan kualiti kesihatan, alam sekitar dan pengangkutan dan perhubungan atau komunikasi. Kesimpulannya, penggunaan saluran komunikasi boleh meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar sekiranya perkhidmatan tersebut dinaiktaraf

    Penerimaan Maklumat Teknologi Pertanian dalam Kalangan Pekebun Kecil Lada Hitam di Kawasan Penempatan Semula Asap Koyan, Belaga, Sarawak, Malaysia

    No full text
    Lada hitam (Piper nigrum L.) merupakan tanaman komersial pilihan kepada penduduk di Penempatan Semula Asap-Koyan, Belaga sebagai sumber pendapatan mereka kerana mempunyai nilai pasarannya yang tinggi. Namun, penerimaan maklumat teknologi pertanian di kawasan luar bandar adalah terhad kerana kemampuan untuk memiliki alatan komunikasi masih kurang. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi mengetahui penerimaan maklumat teknologi pertanian di kalangan pekebun kecil lada hitam. Penerimaan maklumat teknologi pertanian ditentukan dengan menggunakan kekerapan, kesesuaian dan kepentingan sumber maklumat yang diukur dengan menggunakan skala Likert. Pengumpulan data kajian dibuat menggunakan borang soal selidik yang perlu dijawab semasa temubual bersemuka dengan responden. Seramai 300 orang responden dipilih secara rawak mengikut jenis subsidi untuk mewakili 1,375 pekebun kecil lada hitam yang berdaftar. Data dianalisis menggunakan program 'Statistical Package for Social Science' (SPSS) versi 14.00. Hasil kajian dipersembahkan dalam bentuk statistik deskriptif dan pekali korelasi Spearman. Keputusan menunjukkan jenis maklumat yang amat diperlukan oleh responden berhubung dengan teknologi pertanian lada hitam adalah maklumat teknologi dan maklumat input berbanding maklumat pasaran, geografi dan pinjaman. Sumber komunikasi interpersonal pula diterima sebagai sumber maklumat yang sahih berbanding media cetak dan media elektronik kerana maklumat yang diberi oleh pegawai pertanian dianggap lebih tulen, mempunyai tahap kepercayaan yang tinggi dan dapat dilihat dengan nyata. Kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara penerimaan maklumat dengan ciri-ciri demografi dan keusahawanan. Sebaliknya, hubungan signifikan yang positif dilihat bagi penerimaan maklumat teknologi pertanian dengan keperluan maklumat, kredibiliti sumber maklumat dan perhubungan dengan agen pengembangan. Kesimpulannya, penerimaan maklumat teknologi pertanian daripada sumber-sumber maklumat menunjukkan pe.tani lebih memilih kepentingan maklumat berbanding kekerapan dan kesesuaian maklumat. Ini jelas menunjukkan bahawa kepentingan maklumat yang diterima memberi idea kepada pembaharuan pengetahuan untuk meningkatkan hasil tanaman dan produk berasaskan pertanian. Sebagai cadangan, bagi meningkatkan keberkesanan penyampaian maklumat pada masa akan datang diharapkan agar perancangan yang rapi perlu dibuat yang meliputi keperluan petani secara khusus dengan kos yang berpatutan

    EVALUASI KINERJA SUPPLIER BUAH SEMANGKA DENGAN METODE ANALYTICAL NETWORK PROCESS (ANP)

    No full text
    Jika membutuhkan abstrak atau isi jurnal silahkan menghubungi author melalui email [email protected], [email protected], [email protected] Terima kasih   Â

    Impak globalisasi media terhadap kesepaduan sosial dalam kalangan belia di Malaysia

    No full text
    Malaysian youth have enjoyed a media-rich environment at the best level. The ability to have entertainment technology is increasing and the rate of internet use among youth is also at a high level. In today's era of Globalization, the youth generation is now increasingly absorbing the culture of the virtual world. Social cohesion is an important essence in strengthening the role of youth in Malaysia. Media is a site of integration in achieving unity. Filling the media and communication is an element in measuring the success of integration. This study aims to provide information and explanations about the use of media as a site of integration and the role of youth in forming social cohesion. This study uses a qualitative approach through non-participant observation and focused discussion groups involving 22 youth and youth leaders in Malaysia. Analysis of the findings of the study found that the media is an agent of change and the best platform for youth to share about the importance of social cohesion. The rapid development of technology in the mass media also affects the behaviour of individuals and society. The concern and moral values in the implementation of activities have formed positive aspects in the behaviour of youth. Therefore, the use of media towards beneficial matters can be used as an indicator in shaping social harmony, especially among the Malaysian society

    Distribution, growth habit and morphological characteristics of Piper borneense N.E.Br. varieties in Sarawak, Malaysia

    No full text
    Preserving and documenting ethnobotanical knowledge and plant use practices by ethnic groups is an urgent responsibility. This study aims to determine and document the ecological requirements and the distribution of Piper borneense varieties, their growth habits, and their morphological characteristics. This study was conducted in Belaga, Tatau and Bintulu, Sarawak, Malaysia. The plant samples were collected, Global Positioning System (GPS) readings and ecological conditions were recorded, and plant samples were analysed. Three different varieties were identified, and variety 1 was found to be widespread in the study area. The distribution of Piper species variety was greatly influenced by human activities and natural factors, while the growth habit was greatly influenced by soil's organic substrate, light intensity and soil moisture. Changes to forest environment area need to be monitored so that the growth of wild piper community and its growth habits are easily understood for sustainable forest management

    Narratives in conversation : orality in the writings of three African Italian women : Ribka Sibhatu, Gabriella Ghermandi and Igiaba Scego

    No full text
    This thesis was scanned from the print manuscript for digital preservation and is copyright the author. Researchers can access this thesis by asking their local university, institution or public library to make a request on their behalf. Monash staff and postgraduate students can use the link in the References field

    刘德华和Tulus歌词 的语言风格对比分析 (Andy Lau Hé Tulus Gēcí De Yǔyán Fēnggé Duìbǐ Fēnxī)

    No full text
    This research is entitled "Language Style Contrastive Analysis on the Lyrics of Andy Lau Song and Tulus Song Lyrics 刘德华和Tulus歌词的语言风格对比分析(andy lau hé tulus gēcí de yǔyán fēnggé duìbǐ fēnxī). This study discusses contrastive analysis of Andy Lau song lyrics and Tulus song lyrics. In learning Chinese not only just learn vocabulary but Chinese Literature students also need to learn the style of language in Mandarin. Due to the language style in Mandarin and the style of language in Indonesian not all of them experience equality. Raising the issue of differences and similarities in the style of language in song lyrics, this research is expected to provide an overview of the style of language in Indonesian and the style of language in Mandarin. This study has the objectives of (1) describing how the language style differs from Andy Lau song lyrics and Tulus song lyrics; and (2) describe how the language style differs from Andy Lau song lyrics and Tulus song lyrics. The theory that I use is the theory of contrastive analysis by Guntur Tarigan. In this study the author uses qualitative methods as a method to solve problems that exist in this study. The results of this study indicate that there are four differences and two similarities in the language style of Andy Lau song lyrics and Tulus song lyrics.Penelitian ini berjudul “Analisis Kontrastif Gaya Bahasa Pada Lirik Lagu 刘德华Dan Lirik Lagu Tulus Andy Lau 和tulus歌词的语言风格对比分析(lau hé tulus gēcí de yǔyán fēnggé duìbǐ fēnxī). Penelitian ini membahas mengenai analisis kontrastif pada lirik lagu Andy Lau dan lirik lagu Tulus. Dalam mempelajari bahasa mandarin tidak hanya cukup belajar kosakata saja tetapi siswa Sastra Cina juga perlu mempelajari gaya bahasa pada bahasa Mandarin. Dikarenakan gaya bahasa pada bahasa Mandarin dan gaya bahasa pada bahasa Indonesia tidak semuanya mengalami persamaan. Mengangkat masalah perbedaan dan persamaan gaya bahasa pada lirik lagu, penelitian ini diharapkan dapat memberikan suatu gambaran tentang gaya bahasa pada bahasa Indonesia dan gaya bahasa pada bahasa Mandarin. Penelitian ini memiliki tujuan yaitu (1) mendeskripsikan bagaimana perbedaan gaya bahasa pada lirik lagu Andy Lau dan lirik lagu Tulus; dan (2) mendeskripsikan bagaimana perbedaan gaya bahasa pada lirik lagu Andy Lau dan lirik lagu Tulus. Teori yang penulis gunakan adalah teori analisis kontrastif oleh Guntur Tarigan. Dalam penelitian ini penulis menggunakan metode kualitatif sebagai metode untuk memecahkan masalah yang ada dalam penelitian ini. Hasil penelitian ini menunjukan bahwa adanya empat perbedaan dan dua persamaan gaya bahasa pada lirik lagu Andy Lau dan lirik lagu Tulus.Skripsi Sarjan

    PERANCANGAN MOTION GRAPHIC “STOP BULLYING” SEBAGAI MEDIA EDUKASI UNTUK REMAJA

    No full text
    Bullying merupakan masalah serius yang perlu diperhatikan. Bullying seringkali terjadi pada masa remaja. Berdasarkan hasil data studi pendahuluan mengenai bullying pada 121 remaja usia menengah di Kota Bandung terdapat sebesar 89,9% pernah menjadi korban tindak bullying, sebesar 97,5% pernah melihat tindak bullying di sekitar mereka. Melalui data tersebut menunjukan bahwa perilaku bullying sangat memprihatinkan, pasalnya dampak terburuknya dari adanya perilaku bullying dapat menyebabkan kematian. Oleh karenanya dibutuhkan media edukasi yang tepat. Penulis menggunakan media edukasi motion graphic yang dapat diakses dimana saja dan kapan saja. Penelitian ini juga dibuat untuk mengetahui tahapan dalam merancang, prinsip desain yang tepat, dan hasil uji coba pada ahli materi, ahli media dan respon remaja. Penelitian ini menggunakan metode MDLC dengan enam tahap yaitu concept, design, material collecting, assembly, testing, dan distribution. Perancangan media edukasi menghasilkan video motion graphic “Stop Bullying” yang dapat memberikan pemahaman kepada remaja. Hasil pengujian yang dilakukan oleh ahli materi diperoleh hasil 91,4% dalam kategori "Sangat Layak”. Selanjutnya dilakukan oleh ahli media mendapat persentase 96,3% dalam kategori "Sangat Layak". Serta hasil uji respon pengguna oleh remaja mendapatkan persentase 95,5% dengan keterangan “Sangat Layak”. Maka video motion graphic “Stop Bullying” ini “Sangat Layak” digunakan sebagai media edukasi untuk remaja. Hasil video motion graphic ini akan disebarluaskan pada media sosial peneliti dan dibagikan kepada sekolah SMK Karya Budi sebagai media bimbingan konseling bullying. ---------- Bullying is a serious problem that needs attention. Bullying often occurs during adolescence. Based on the results of preliminary study data on bullying in 121 middle-aged adolescents in Bandung City, 89.9% have been victims of bullying, 97.5% have seen bullying around them. Through this data, it shows that bullying behavior is very concerning, because the worst impact of bullying behavior can cause death. Therefore, the right educational media is needed. The author uses motion graphic educational media that can be accessed anywhere and anytime. This research was also made to find out the stages in designing, the right design principles, and the results of trials on material experts, media experts and teenage responses. This research uses the MDLC method with six stages, namely concept, design, material collecting, assembly, testing, and distribution. Educational media design produces a motion graphic video "Stop Bullying" that can provide understanding to teenagers. The results of testing conducted by material experts obtained a result of 91.4% in the "Very Feasible" category. Furthermore, the media expert got a percentage of 96.3% in the "Very Feasible" category. And the results of the user response test by adolescents get a percentage of 95.5% with the description "Very Feasible". Then this "Stop Bullying" motion graphic video is "Very Appropriate" to be used as an educational media for teenagers. The results of this motion graphic video will be disseminated on the researcher's social media and shared with SMK Karya Budi school as a medium for bullying counseling guidance
    corecore