1,720,989 research outputs found

    Sejarah dialog antara agama di Malaysia

    No full text
    Pembudayaan amalan dialog antara agama dalam tamadun Alam Melayu bermula sejak kurun ke-2 dan menjadi signifikan pada kurun ke-15 melalui aktiviti perdagangan yang menghasilkan interaksi antara masyarakat. Pada peringkat awal, amalan dialog yang berlangsung adalah berbentuk Dialog Kehidupan dan pembudayaannya masih berlangsung hingga ke hari ini dalam pelbagai bentuk. Justeru, artikel ini membincangkan sejarah amalan dialog antara agama di Malaysia. Reka bentuk kajian ini bersifat kualitatif dengan menggunakan kajian kepustakaan dan pendekatan sejarah. Dapatan mendapati bahawa amalan dialog di Malaysia telah bermula sejak kurun ke-18 melalui aktiviti perdagangan dan harian masyarakat. Ketika ini bentuk amalan dialog bersifat tidak formal. Manakala pasca kemerdekaan, amalan dialog yang dibudayakan dalam bentuk yang lebih formal melalui penubuhan Pure Life Society, terkubur rentetan Peristiwa 13 Mei 1969. Usaha untuk membudayakan amalan dialog kembali aktif khususnya pasca 1970 oleh beberapa NGO sebagai tindak balas daripada gelombang Islamisasi yang melanda negara ini

    Dialog antara agama menurut perspektif Islam

    No full text
    Kewujudan masyarakat pluralistik khususnya dari aspek agama, bangsa dan budaya memerlukan suatu wadah di kalangan masyarakat. Dalam hal ini, dialog antara agama dilihat sebagai wadah yang efektif bagi membina persefahaman dan sikap toleransi dalam kalangan masyarakat. Namun begitu, pengamalan dialog dalam kalangan masyarakat ironinya berasaskan kepada kefahaman yang salah terhadap dialog antara agama, antaranya adalah mengaitkannya dengan metode pluralisme agama yang dicanang pihak Barat, dan ada juga menganggap ia sebagai suatu bentuk perdebatan. Hal ini mengundang persepsi negatif dan kecelaruan kefahaman dalam kalangan masyarakat mengenai maksud sebenar dialog antara agama. Justeru, artikel ini membincangkan konsep dialog antara agama menurut perspektif Islam. Reka bentuk kajian adalah bersifat kualitatif dengan menggunakan kajian kepustakaan. Dapatan menunjukkan Islam menggariskan tiga konsep dialog antara agama, iaitu perdebatandakwah dan pembinaan persefahaman dan hubungan yang baik antara penganut agama. Di sini peri pentingnya pelbagai pihak khususnya dalam kalangan pengamal dialog antara agama untuk memahami konsep dialog antara agama bagi memastikan pelaksanaan dialog berlangsung menurut disiplinnya yang sebenar

    Amalan dialog antara agama dalam kalangan ahli angkatan belia islam malaysia (ABIM) negeri Johor dan Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI)

    No full text
    Dialog antara agama adalah merupakan interaksi antara pelbagai penganut agama untuk membina persefahaman dan memupuk sikap toleran antara satu sama lain. Dalam konteks negara ini, amalan dialog antara agama mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat melalui usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak NGO antaranya Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Johor. Kertas kerja ini akan membincangkan tahap dan bentuk amalan dialog antara agama kedua-dua ahli pertubuhan. Reka bentuk kajian adalah bersifat kuantitatif dan kualitatif. Bagi kuantitatif, seramai 60 ahli Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) dan 102 ahli Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor telah terlibat sebagai responden. Bagi kualitatif, metode temu bual digunakan terhadap dua pimpinan setiap pertubuhan. Selain itu, sejumlah dokumen-dokumen pertubuhan seperti laporan tahunan, buletin, laman sesawang turut dianalisis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap amalan dialog antara agama ahli Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) adalah pada tahap tinggi, dengan jumlah skor min sebanyak 3.50, manakala tahap amalan ahli Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor adalah pada tahap sederhana, iaitu min sebanyak 3.35. Dapatan juga menunjukkan, bentuk amalan dialog antara agama ahli Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa (IPSI) lebih efektif daripada bentuk amalan dialog antara agama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor

    Pemikiran dan sumbangan Fethullah Gulen dalam dialog antara agama

    No full text
    Peradaban umat manusia terbina dengan wujudnya interaksi dalam aspek agama, bangsa dan budaya. Melalui interaksi yang berlangsung, masyarakat dari pelbagai latar belakang akan dapat saling mengenali seterusnya membina persefahaman dalam membangunkan sebuah masyarakat yang harmoni. Asasnya adalah daripada jiwa yang suci yang terhasil dari amalan kerohanian. Berpasak daripada ini, Fethullah Gulen merupakan sarjana yang terkehadapan dari sudut pemikirannya dalam dialog antara agama dalam konteks lokal dan global. Justeru, artikel ini akan membincangkan pemikiran Fethullah Gulen dalam dialog antara agama. Metode kajian adalah bersifat kualitatif melalui kajian kepustakaan dan pendekatan sejarah. Kajian mendapati, pemikiran Fethullah Gulen dalam dialog antara agama sebahagian besarnya terkesan daripada pemikiran tokoh pemikir Islam Turki, Said al-Nursi dalam menekankan pendekatan toleransi dan dialog. Selain itu, pendekatan Gulen khususnya melalui pergerakan Gulen dilihat lebih aktif dalam mengembangkan ideanya menerusi pendidikan dalam pelbagai medium

    Kefahaman ahli angkatan belia islam malaysia (ABIM) negeri Johor dalam dialog antara agama

    No full text
    Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor memainkan peranan yang signifikan dalam dialog antara agama bermula pada tahun 1998. Memfokuskan terhadap masyarakat di Johor, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor terlibat dalam membudayakan amalan dialog antara agama. Penglibatan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor dalam dialog antara agama mencetuskan persoalan mengenai tahap kefahaman ahli dalam dialog antara agama. Justeru, kertas kerja ini membincangkan tahap kefahaman Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor tentang dialog antara agama. Reka bentuk kajian adalah bersifat kuantitatif dan kualitatif. Bagi kuantitatif, seramai 102 responden dalam kalangan ahli Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor. Bagi kualitatif, metode temu bual digunakan terhadap dua pimpinan pertubuhan. Selain itu, sejumlah dokumen-dokumen pertubuhan seperti laporan tahunan, laman sesawang turut dianalisis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kefahaman dialog antara agama ahli Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor adalah pada tahap tinggi dengan jumlah skor min sebanyak 3.89. Dapatan ini juga menunjukkan bahawa ahli Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Johor mempunyai tahap kefahaman yang tinggi tentang dialog antara agama

    Going Beyond Counting First Authors in Author Co-citation Analysis

    Full text link
    The present study examines one of the fundamental aspects of author co-citation analysis (ACA) - the way co-citation counts are defined. Co-citation counting provides the data on which all subsequent statistical analyses and mappings are based, and we compare ACA results based on two different types of co-citation counting - the traditional type that only counts the first one among a cited work's authors on the one hand and a non-traditional type that takes into account the first 5 authors of a cited work on the other hand. Results indicate that the picture produced through this non-traditional author co-citation counting contains more coherent author groups and is therefore considerably clearer. However, this picture represents fewer specialties in the research field being studied than that produced through the traditional first-author co-citation counting when the same number of top-ranked authors is selected and analyzed. Reasons for these effects are discussed

    Variations on the Author

    Full text link
    “Variations on the Author” discusses two of Eduardo Coutinho’s recent films (Um Dia na Vida, from 2010, and Últimas Conversas, posthumously released in 2015) and their contribution to the general question of documentary authorship. The director’s filmography is characterized by a consistent yet self-effacing form of authorial self-inscription: Coutinho often features as an interviewer that rather than express opinions propels discourses; an interviewer that is good at listening. This mode of self-inscription characterizes him as an author who is not expressive but who is nonetheless markedly present on the screen. In Um Dia na Vida, however, Coutinho is completely absent form the image, while Últimas Conversas, on the contrary, includes a confessional prologue that moves the director from the margins to the center of his films. This article examines the ways in which these works stand out in the filmography of a director who offers new insights into the notion of cinematic authorship

    Appropriate Similarity Measures for Author Cocitation Analysis

    Full text link
    We provide a number of new insights into the methodological discussion about author cocitation analysis. We first argue that the use of the Pearson correlation for measuring the similarity between authors’ cocitation profiles is not very satisfactory. We then discuss what kind of similarity measures may be used as an alternative to the Pearson correlation. We consider three similarity measures in particular. One is the well-known cosine. The other two similarity measures have not been used before in the bibliometric literature. Finally, we show by means of an example that our findings have a high practical relevance.information science;Pearson correlation;cosine;similarity measure;author cocitation analysis

    Dispelling the Myths Behind First-author Citation Counts

    Full text link
    We conducted a full-scale evaluative citation analysis study of scholars in the XML research field to explore just how different from each other author rankings resulting from different citation counting methods actually are, and to demonstrate the capability of emerging data and tools on the Web in supporting more realistic citation counting methods. Our results contest some common arguments for the continued use of first-author citation counts in the evaluation of scholars, such as high correlations between author rankings by first-author citation counts and other citation counting methods, and high costs of using more realistic citation counting methods that are not well-supported by the ISI databases. It is argued that increasingly available digital full text research papers make it possible for citation analysis studies to go beyond what the ISI databases have directly supported and to employ more sophisticated methods
    corecore