1,721,054 research outputs found

    Laporan kursus asas pengurusan dokumen terhad, sulit, rahsia dan rahsia besar / Ahmad Azman Mohamad Ramli

    Get PDF
    Pada tarikh 14 Mac 2024, bersamaan pada hari Khamis, bermula pada pukul 9 pagi sehingga pukul 10.45 pagi, Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau telah menganjurkan satu kursus secara dalam talian yang bertajuk Kursus Asas Pengurusan Dokumen Terhad, Sulit, Rahsia dan Rahsia Besar. Penceramah kursus ialah Encik Ahmad Azman Bin Mohamad Ramli, Pensyarah Kanan daripada Pusat Pengajian Sains Maklumat, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau

    Laporan program ceramah di Madrasah Az Zakirin, Chengkau, Rembau, Negeri Sembilan / Ahmad Azman Mohamad Ramli

    Get PDF
    Pada tarikh 26 September 2023, bersamaan pada hari Selasa, bermula pada pukul 9 pagi sehingga pukul 12 tengah hari, seramai lima orang pensyarah daripada Pusat Pengajian Sains Maklumat, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau yang diketuai oleh Encik Ahmad Azman Bin Mohamad Ramli telah mengadakan program khidmat masyarakat di sebuah institusi Pendidikan agama persendirian yang bernama Madrasah Az Zakirin yang terletak di Chengkau, Rembau, Negeri Sembilan

    Program lawatan akademik pelajar ke Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka pada 22 Mei 2023 / Ahmad Azman Mohamad Ramli

    Get PDF
    Pada 22 Mei 2023 bersamaan hari Isnin, bermula pada pukul 9 pagi sehingga pukul 12 tengah hari, seramai 36 orang pelajar berserta dua orang pensyarah pengiring daripada Pengajian Maklumat, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media, UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau iaitu Encik Ahmad Azman Bin Mohamad Ramli dan Encik Mohd Ridzuan Bin Ibrahim telah mengadakan program lawatan akademik ke Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka, yang beralamat di Aras 8, Menara Persekutuan, Jalan Persekutuan, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka

    Pameran kerjaya sempena Minggu Sains dan Teknologi, Peringkat Daerah Rembau, Negeri Sembilan / Ahmad Azman Mohamad Ramli

    Get PDF
    Pada tarikh 12 September 2022, hari Isnin, bermula jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari, dua orang pensyarah daripada Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau iaitu Encik Ahmad Azman Bin Mohamad Ramli dan Encik Mohd Ridzuan Bin Ibrahim telah mewakili UiTM Kampus Rembau mengadakan pameran kerjaya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang diadakan bersempena dengan Minggu Sains dan Teknologi Peringkat Daerah Rembau di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Undang Haji Adnan, Kota, Rembau, Negeri Sembilan. Minggu Sains dan Teknologi Peringkat Daerah Rembau ini pula diadakan bersempena dengan Program Bulan STEM di peringkat Daerah Rembau. Selain daripada UiTM, terdapat beberapa institusi pendidikan tinggi lain dan agensi-agensi kerajaan yang turut serta menyertai pameran kerjaya ini

    Program lawatan akademik pelajar ke Arkib Negara Malaysia negeri Melaka / Ahmad Azman Mohamad Ramli

    Get PDF
    Pada tarikh 9 Disember 2022, hari Jumaat, bermula pada pukul 9 pagi sehingga pukul 12 tengah hari, seramai 30 orang pelajar berserta dua orang pensyarah pengiring daripada Pengajian Maklumat, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau yang diketuai oleh Encik Ahmad Azman Bin Mohamad Ramli telah mengadakan program lawatan akademik ke Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka, yang beralamat di Aras 8, Menara Persekutuan, Jalan Persekutuan, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Melaka. Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka ini diketuai oleh Encik Datu Royniehasim Bin Datu Pindatun sebagai pengarah dan dibantu oleh kakitangan yang seramai lapan orang. Arkib Negara Malaysia Negeri Melaka ini ditubuhkan secara rasmi pada tarikh 1 September 2014. Secara ringkasnya, peranan organisasi ini ialah memberi khidmat nasihat dan rundingan kepada jabatan-jabatan kerajaan di sekitar Negeri Melaka tentang etika dan Langkah pengurusan rekod awam yang mapan, sistematik dan berkesan demi menjamin pemeliharaan rekod awam yang selamat

    Program gotong royong membersih Perpustakaan Madrasah Az Zakirin, Chengkau, Rembau, Negeri Sembilan / Ahmad Azman Mohamad Ramli

    Get PDF
    Pada tarikh 27 September 2022, hari Selasa, bermula pada pukul 9 pagi sehingga 12 tengah hari, seramai sembilan orang pensyarah daripada Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau yang diketuai oleh Encik Ahmad Azman Bin Mohamad Ramli telah mengadakan program khidmat masyarakat di sebuah institusi Pendidikan agama persendirian yang bernama Madrasah Az Zakirin yang terletak di Chengkau, Rembau, Negeri Sembilan. Madrasah ini dimiliki dan diuruskan oleh individu yang bernama Ustaz Zakaria bin Talib dan mula beroperasi pada tahun 2007. Ketika ini madrasah ini mempunyai seramai 20 orang pelajar daripada pelbagai peringkat umur dan menyediakan pengajian mata pelajaran agama seperti hafazan Al-Quran, pengajian kitab Islam dan ilmu kemahiran hidup seperti bercucuk tanam dan penternakan. Madrasah ini menyediakan kemudahan asrama kepada para pelajarnya. Disamping itu, madrasah ini juga menyediakan kelas-kelas pengajian agama kepada para penduduk sekitar

    Program kursus dalam talian yang bertajuk amalan terbaik mengurus borang pada 13 April 2023 / Ahmad Azman Mohamad Ramli

    Get PDF
    Pada tarikh 13 April 2023, hari Khamis, bermula pada pukul 10 pagi sehingga pukul 11 pagi, satu program kursus dalam talian yang bertajuk “Amalan Terbaik Mengurus Borang” telah diadakan dengan jayanya. Kursus ini dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah. Penceramah yang bertugas ialah Encik Ahmad Azman Bin Mohamad Ramli. Beliau merupakan pensyarah kanan yang bertugas di Pengajian Maklumat, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau. Manakala moderator yang bertugas ialah Cik Siti Nur Athirah Binti Abu Amin. Beliau pelajar daripada Pengajian Sains Maklumat, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Media, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau yang sedang menjalani latihan industri selama enam bulan di perpustakaan tersebut

    Laporan penyertaan kakitangan Pusat Pengajian Sains Maklumat, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (PPSMKPPIM), UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau dalam program sambutan Maulidurrasul 1446 Hijrah / Ahmad Azman Mohamad Ramli

    Get PDF
    Pada tarikh 12 September 2024, bersamaan hari Khamis, bermula pada lebih kurang pukul 9 pagi sehingga lebih kurang pukul 1 petang, seramai 5 orang kakitangan PPSMKPPIM, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau telah menyertai program sambutan Maulidurrasul 1446 Hijrah peringkat UiTM Cawangan Negeri Sembilan yang diadakan di Kampus Rembau. Kakitangan PPSMKPPIM yang terlibat menyertai program ini ialah Prof. Madya Dr. Masitah binti Ahmad, Puan Noor Faraliza binti Samsudin, Encik Mohd Naim bin Mohd Nasfi, Encik Mohd Ridzuan bin Ibrahim dan Encik Ahmad Azman bin Mohamad Ramli. Kesemua kakitangan lelaki mengenakan pakaian baju Melayu dan kakitangan wanita berpakaian baju kurung

    Biarkan dia berjaya / Ahmad Azman Mohamad Ramli

    Get PDF
    Biarkan dia berjaya Dia juga ingin mengecap hidup bahagia Dia juga ingin bersemayam di puncak mahligai dunia Gembirakah kita melihat dia sengsara? Bukankan dia sebangsa, darah daging kita? Biarkan dia berjaya Sekiranya dia dicengkam sengsara derita Membawa diri merajuk jiwa lara Gembirakah kita mendengar esak rawannya? Puaskah menyaksi ranap binasa mahligai bangsa mu juga? Biarkan dia berjaya Biarkan dia disanjung mulia gemilang cahaya Umpama Syed Mokhtar Al-Bukhari usahawan ternama Muhammad Muqharabbin penakluk puncak tertinggi di tujuh benua Profesor Diraja Ungku Aziz ilmuan selamany

    Berguru dengan Youtube / Ahmad Azman Mohamad Ramli

    Get PDF
    Pada suatu hari di sekitar bulan Januari, tahun 2023, jam tangan saya kehabisan bateri. Akibatnya jarum jam, jarum minit dan jarum saat di jam tangan saya sudah tidak berfungsi. Saya terasa amat malas hendak pergi ke kedai jam yang kebetulan jauh daripada rumah untuk menukar bateri jam tersebut. Secara tiba tiba terdetik di hati saya kenapa tidak saya mencuba menukar sendiri bateri jam tangan tersebut. Lalu secara spontan saya terus membuka YouTube untuk menonton video-video tentang cara-cara mengganti bateri jam tangan. Apabila membuka sahaja YouTube dan ditaip perkataan” cara menukar bateri jamtangan”, saya dapati banyak video-video yang kandungannya menerangkan tentang cara-cara menukar bateri, menukar aksesori dan membaiki kerosakan jam tangan yang sedang dikongsi dalam media sosial itu. Saya dapati juga video-video itu dikongsi oleh individu-individu daripada pelbagai negara di seluruh dunia. Video yang menjadi pilihan utama saya ialah video daripada negara Indonesia kerana lebih mudah difahami
    corecore