10 research outputs found
Penyebaran maklumat dalam kempen pilihan raya umum ke-12 : Strategi mendekati golongan orang kurang upaya / Haziah Saari dan Mujibu Abd Muis
Melangkahi era digital kian menonjolkan kepentingan maklumat dalam menjana
kehidupan yang progresif, inovatif dan kreatif. Maklumat yang dinilaikan sebagai aset
atau komoditi menjadi entiti teras dalam membuat keputusan yang tepat serta berupaya
menghurai sebarang permasalahan secara efektifmaupun efisien. Dalam konteks pilihan
ray a maklumat yang terkini, telus dan tepat sewajamya dapat disalurkan kepada semua
lapisan masyarakat tanpa wujudnya sebarang pendiskriminasian. Bagaimanapun
fenomena terlepas pandang ini masih berlaku di kalangan Orang Kurang Upaya (OKU)
khasnya di kalangan komuniti pekak di Malaysia. Jurang komunikasi yang ketara sejak
sekian lama menyebabkan golongan ini terus dipinggirkan dan seakan-akan dinafikan
hak dalam menerima maklumat yang relevan. Ini mengakibatkan mereka tidak dapat
membuat keputusan yang benar-benar tepat dan bijak dalam memilih calon terbaik
semasa pilihan ray a. Sehingga penghujung 2006, terdapat 29,522 orang pekak di
Malaysiayang mewakili 15% daripada 197,519 jumlah keseluruhan OKU yang berdaftar
secara sukarela. Statistik ini dijangka lebih tinggi kerana enakmen yang mewajibkan
semua OKU mesti mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat belum digubal.
Pengabaian dalam mendekati komuniti pekak semasa proses pilihan ray a perlu diatasi
kerana sudahpasti bilangan mereka berupaya meningkatkan peratus kertas undi calon calon
yang bertanding. Beberapa masalah dan cadangan telah digariskan sebagai
alternatif dalam menarik lebih ramai komuniti pekak keluar mengundi serta memilih
calon terbaik sekaligus merapatkan jurang komunikasi yang telah merentangi hak mereka
sepanjang dua betas kali pilihan raya umum
Cabaran, peluang dan ruang dalam Pilihan Raya Umum ke-13: satu penilaian terhadap parti-parti yang bertanding / Mujibu Abd Muis, Badrul Mohamed dan Jazimin Zakaria
PRU 13 semakin hampir kepada semua parti-parti bertanding. Walaupun Perdana Menteri masih berahsia dan berteka teki akan tarikh sebenar PRU tersebut, tanda-tanda bahawa ianya semakin hampir kuat kelihatan. Antaranya Konvensen BN 2010 dan pertemuan tertutup Datuk Seri Najib dengan kesemua Ahli-ahli Parlimen BN baru-baru ini memberikan indikasi tersebut. Dalam masa yang sama, pengumuman kesiap siagaan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) turut memberi indikasi bahawa pilihan paya akan sedia untuk dilangsungkan pada bila-bila masa sahaja. Dipihak BN, mereka kembali bersemangat setelah kembali memenangi beberapa pilihan raya kecil ditambah dengan momentum perubahan yang di bawa oleh Datuk Seri Najib. Di pihak Pakatan Rakyat pula, mereka akan kembali diuji sebagai kerajaan yang memerintah berbanding sebagai pembangkang sebelumnya. PRU 13 dijangka akan menjadi satu pilihan raya yang sengit dan terbuka apabila kedua-dua parti mempunyai peluang yang seimbang. Persoalannya sejauh mana strategi yang disusun akan selari dengan isu yang dibawa nanti akan diterima rakyat. Artikel ini cuba membincangkan secara ringkas apakah peluang, ruang dan cabaran kepada BN mahupun Pakatan Rakyat dalam PRU 13 nanti. Ia akan cuba menganalisis berdasarkan beberapa isu-isu utama yang berlaku sepanjang 2008-2010
Control and exploitation of the virtual space in facing the forthcoming 13th Malaysian General Election – a critical evaluation of space continuum and prospect for national front (Barisan Nasional) / Badrul Azmier Mohamed@Bakar and Mujibu Abd Muis
The significant roles of the virtual space is undeniable in today’s society. Despite its intangible nature, its impact is being seen in most of the domains in a human’s life. Even in the political sphere, a myriad of events and phenomena which has happened could be the effects of what transpire in the virtualspace. It is found that in spite of various actions taken by the authority to curtail its influence, the anarchic elements and ultimate freedom enjoyed in the virtual world still prevail. This leads to anxiety in the ruling party which political survival has always depended on its success in controlling the practices in the government’s administration. Such control is deemed necessary to prevent and demolish any forms of subversion. Ironically, this concept of control is now regarded as as an outdated framework. Due to such control too, most plans for further changes or reformations will be difficult without some forms of assistance from the virtual space. As a consequence, the government of the day whose power is already established also feels compelled to extend its influence to the virtual world so that the virtual community can be persuaded to lend their support to the existing government. Recently, numerous political events which clamour for more democratic changes are taking place locally as well as internationally. Such uprisings indirectly raise some questions regarding Barisan Nasional as a ruling party which survival has been ascertained by the “controlling machine”. Hence, this article attempts to review the ruling party’s usage and harrassment of the virtual space at the federal level in its endeavour to maintain its hegemony as the only ruling party in the coming 13th General Election. This study utilised content analysis and observation towards any statements, actions or policies promoted by any political actor related to the ruling party in the usage and harrassment of the virtual space in Malaysia
Cabaran, peluang dan ruang dalam pilihan raya umum ke-13: satu penilaian terhadap parti-parti yang bertanding
PRU 13 semakin hampir kepada semua parti-parti bertanding. Walaupun Perdana
Menteri masih berahsia dan berteka teki akan tarikh sebenar PRU tersebut, tanda-tanda
bahawa ianya semakin hampir kuat kelihatan. Antaranya Konvensen BN 2010 dan
pertemuan tertutup Datuk Seri Najib dengan kesemua Ahli-ahli Parlimen BN baru-baru
ini memberikan indikasi tersebut. Dalam masa yang sama, pengumuman kesiap siagaan
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) turut memberi indikasi bahawa pilihan paya
akan sedia untuk dilangsungkan pada bila-bila masa sahaja. Dipihak BN, mereka
kembali bersemangat setelah kembali memenangi beberapa pilihan raya kecil ditambah
dengan momentum perubahan yang di bawa oleh Datuk Seri Najib. Di pihak Pakatan
Rakyat pula, mereka akan kembali diuji sebagai kerajaan yang memerintah berbanding
sebagai pembangkang sebelumnya. PRU 13 dijangka akan menjadi satu pilihan raya
yang sengit dan terbuka apabila kedua-dua parti mempunyai peluang yang seimbang.
Persoalannya sejauh mana strategi yang disusun akan selari dengan isu yang dibawa
nanti akan diterima rakyat. Artikel ini cuba membincangkan secara ringkas apakah
peluang, ruang dan cabaran kepada BN mahupun Pakatan Rakyat dalam PRU 13 nanti.
Ia akan cuba menganalisis berdasarkan beberapa isu-isu utama yang berlaku sepanjang
2008-2010
Sejauh mana peranan agama dalam politik Malaysia
Ramai sarjana dan ahli politik Malaysia berpandangan Tsunami Politik pada 8 Mac 2008 didakwa sebagai titik mula bagi perubahan dalam landskap politik Malaysia. Agama yang sekian lama menjadi elemen terpenting dalam politik Malaysia yang perkauman dilihat semakin kurang peranannya. Politik Malaysia pasca Tsunami Politik dilihat lebih ‘sekular’, ‘buta warna’ atau tidak komunal. Bersandarkan keputusan pilihan raya umum 8 Mac 2008 dan pelbagai pilihanraya kecil yang kebanyakannya lebih memihak kepada Pakatan Rakyat, agama dilihat semakin hilang peranan dalam politik Malaysia. Begitu juga dengan penggunaan agama dalam memasarkan politik, parti-parti yang dahulunya begitu cenderung dalam menggunakan agama bagi beroleh sokongan nampaknya memilih pendekatan lembut berbanding radikal.
Justeru itu, kajian ini cuba melihat sejauh mana agama memainkan peranan dalam politik Malaysia secara menyeluruh
Perubahan generasi dan perkembangan demokrasi di Malaysia pasca pilihan raya umum ke-12
Dalam sistem demokrasi, pilihan raya merupakan elemen penting dalam menentukan tahap demokrasi sesebuah negara. Pilihan raya memberikan hak memilih kepada rakyat untuk menentukan parti atau pemimpin yang akan memegang kuasa. Sepanjang 52 tahun Malaysia merdeka, pilihan raya umum telah dijalankan secara tetap dan konsisten dalam sistem
pemerintahannya. Pilihan Raya Umum 2008 (PRU 2008) menyaksikan Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan terbesar dalam sejarah penyertaannya. Kekalahan ini berlanjutan dalam beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) pasca PRU 2008 menyebabkan timbul persoalan apakah BN mampu bangkit semula pada pilihan raya akan datang. Perubahan
generasi, modernisasi dan kepesatan teknologi dikenal pasti sebagai penyumbang kepada kekalahan BN itu. Kemunculan generasi baru dalam pilihan raya jelas menunjukkan bahawa generasi di Malaysia telah beranjak dari generasi merdeka kepada pasca merdeka. Perubahan ini menjadikan politik pilihan raya di Malaysia menarik untuk dikaji. Ini
kerana perubahan generasi menuntut kepada perubahan strategi untuk memancing undi. Dalam hal ini BN dikatakan gagal untuk beradaptasi dengan perubahan tersebut. BN yang berterusan menggunakan politik pembangunan gagal tampil dengan strategi baru untuk memikat pengundi muda. Tambahan pula, beberapa isu, kontroversi dan kelemahan pentadbiran kerajaan diteraju BN memburukkan lagi reputasi BN di mata rakyat, terutamanya golongan muda/belia. Justeru itu, kertas
kerja ini cuba membincangkan perubahan ini kepada perkembangan dan amalan demokrasi di masyarakat Malaysia yang majmuk sifatnya. Perbincangan akan cuba melihat kesan perubahan itu secara langsung dan tidak langsung kepada suasana politik Malaysia dan cuba melihat indikasi-indikasi baru untuk memahami perubahan tersebut
Sejauh mana agama memainkan peranan dalam politik Malaysia / Badrul Azmier Mohamed @ Bakar...[et.al.]
Ramai sarjana dan ahli politik Malaysia berpandangan Tsunami Politik pada 8 Mac 2008 didakwa sebagai titik mula bagi perubahan dalam lanskap politik Malaysia. Agama yang sekian lama menjadi elemen terpenting dalam politik Malaysia yang perkauman dilihat semakin kurang peranannya. Politik Malaysia pasca Tsunami Politik dilihat lebih ‘sekular’, ‘buta warna’ atau tidak komunal. Bersandarkan keputusan pilihanraya umum 8 Mac 2008 dan pelbagai pilihanraya kecil yang kebanyakannya lebih memihak kepada Pakatan Rakyat, agama dilihat semakin hilang peranan dalam politik Malaysia. Begitu juga dengan penggunaan agama dalam memasarkan politik, parti-parti yang dahulunya begitu cenderung dalam menggunakan agama bagi beroleh sokongan nampaknya memilih pendekatan lembut berbanding radikal. Justeru itu, kajian ini cuba melihat sejauh mana agama memainkan peranan dalam politik Malaysia secara menyeluruh
Control and Usage of the Virtual Space in Facing the Upcoming 13th General Election – A Critical Evaluation of Space and Opportunities for Barisan Nasional
Barisan Nasional di ruang maya: Isu-isu Berbangkit di Facebook menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 / Badrul Azmier Mohamed @ Bakar ...[et al.]
Laman sosial Facebook kini menjadi fenomena sejagat yang mempengaruhi
kehidupan manusia. Penggunaannya yang meluas, tuntas dan pantas
menjadikan ruang ini umpama satu medium untuk merevolusikan cara
maklumat disebarkan. Kewujudan Facebook pada asalnya digunakan bagi
tujuan sosial kini telah menjangkaui fungsi asasnya. Penggunaannya bukan
hanya menjadi ruang untuk berniaga malah turut berperanan sebagai
platform untuk berpolitik. Jika keputusan Pilihan Raya Umum ke-12
(PRU-12) yang tidak mengejutkan itu didakwa kerana peranan blog, maka Pilihan Raya Umum ke-13 mungkin bakal menyaksikan kuasa baru di
ruang maya iaitu Facebook dalam menentukan jatuh bangun sesebuah
parti dalam persaingan politik di Malaysia. Penubuhan beberapa laman di
facebook yang secara terbuka membantah langkah yang diambil oleh parti
pemerintah menjelaskan peningkatan peranan politik yang dimainkan oleh
laman sosial ‘1M Malaysians Reject 100-Storey Mega Tower’. Laman ini
merupakan sebuah laman terkini yang menjadi perbualan bukan hanya di
ruang maya, malah juga di ruang nyata. Apa yang menarik, laman tersebut
telah mencatat sejarah apabila sebuah ‘demonstrasi’ telah dilakukan oleh
lebih 100,000 rakyat Malaysia di ruang maya. Justeru, penulisan ini memberi
kesempatan untuk meninjau secara sepintas lalu isu-isu yang dibangkitkan
di ruang maya yang mungkin berbeza dari ruang sebenar
Pilihan raya kecil Permatang Pauh: pertembungan dua strategi yang berbeza / Ibrahim Abu Shah ... [et al.]
Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh diadakan apabila Datuk Seri Wan Azizah meletakkan
jawatan sebagai ahli parlimen Permatang Pauh untuk memberikan laluan kepada Ketua
Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pelbagai isu telah dikemukakan
dalam kempen Pilihan Raya kecil tersebut daripada isu yang berbentuk "character
assassination" kepada isu-isu nasional. Pelbagai isu yang telah digunakan sewaktu
Pilihan Raya Umum ke-12 masih lagi digunakan seperti kemelesetan ekonomi,
penyalahgunaan kuasa dan pembaharuan politik. Isu-isu baru yang tertonjol pula
menyentuh isu peribadi Anwar Ibrahim dan percubaan Anwar Ibrahim untuk menuju ke
Putrajaya. Pilihan Raya kecil tersebut juga memaparkan pelbagai strategi "psy-war"
dalam kempen politik Pilihan Raya. Dengan menggunakan kaedah lama seperti perang
poster, ceramah-ceramah, propaganda dengan penggunaan media arus utama, ceramah
kelompok dan juga strategi baru seperti penggunaan internet, laman blog dan SMS.
Sesungguhnya Pilihan Raya Kecil ini menggambarkan pertembungan dua strategi yang
berbeza antara parti yang mengekalkan kerusi dengan sebuah jentera parti yang
menguasai politik peringkat nasional. Kerta kerja ini akan cuba menyingkap strategi
tersebut dalam usaha untuk memenangi hatipengundi Permatang Pauh. Kertas kerja ini
adalah hasil penyelidikan dan pengamatan proses Pilihan Raya yang telah dijalankan
oleh penyelidik dari Universiti Teknologi MARA
