1,721,541 research outputs found

    A. Samad Ismail di sebalik Memoir Pak Sako

    No full text
    A SAMAD ISMAIL menarik perhatian saya apabila beliau menimbulkan pelbagai persoalan dalam ‘Kata Pendahuluan’nya sepanjang 15 halaman (11-26) untuk Memoir Pak Sako (1997). Walaupun Samad menulis lalu memperkenalkan Pak Sako kepada masyarakat pembaca, Samad sebenarnya menceritakan peribadinya sendiri

    Soalan-soalan yang tidak dijawab oleh A Samad Ismail

    No full text
    TAN SRI A SAMAD ISMAIL adalah cendekiawan awam, nasionalis dan negarawan yanf dilupakan. Beliau diberi anugerah Tokoh Wartawan Negara pada tahun 1988, selain dikenali sebagai seorang wartawan terulung dan terbilang, juga merupakan penulis kreatif, pejuang bahasa dan aktivis politik. Beliau juga terlibat pejuang-pejuang penentang penjajahan Belanda dalam pembekalan senjata dalam perjuangan kemerdekaan Indonesia tahun 1940an. Samad ditangkap sebanyak tiga kali di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dan oleh pihak penjajah British sejurus tamat Perang Dunia Kedua, salah satunya pada tahun 1951 dan kemudian oleh Kerajaan Malaysia dalam tahun 1970an, dan akhirnya dibebaskan pada tahun 1981, setelah dipenjara selama lima tahun

    Menggali Makna Teks A Samad Said

    Get PDF
    Seminar Pemikiran Sasterawan Negara (SN) A. Samad Said di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, baru-baru ini menyorot pemikiran politik SN Datuk (Dr) A Samad Said yang tersembnyi di sebalik kontroversi dan permainan diksi dalam karyanya

    Merentasi sejarah tiga negara: A Samad Ismail sebagai wartawan, cendekiawan awam dan negarawan

    No full text
    Ucaptama ini, selari dengan objektif Simposium, bukan saja untuk mengiktiraf Tan Sri A Samad Ismail sebagai wartawan, cendekiawan awam, dan negarawan, tetapi juga untuk menyemak kembali naratif tokoh tersebut. Selama ini, ramai yang menceritakan mengenai Samad adalah dari mereka yang mengenali beliau secara peribadi, sebagai rakan seperjuangan, rakan sekerja, sebagai anak didik beliau. Apa yang diketahui ialah sosok Samad dari episod dan peristiwa peribadi, pengalaman mereka dengan Samad di New Straits Times atau Berita Harian. Mungkin klise yang biasa di dengar. Saya ingin melihat Samad, serta pemikiran dan wawasan yang dibawanya dari sudut sejarah dan sosiologi, lalu menjurus kita memahami kewartawanan dan persuratkhabaran dalam masyarakat dan negara – khususnya masyarakat Melayu dan kepulauan Melayu, serta pertembungan, pertindihan dan interaksi kewartawanan dengan permodenan, penjajahan dan perubahan

    ANALISIS ASPEK KEMASYARAKATAN MELALUI PEMIKIRAN A. SAMAD SAID DALAM NOVEL DAERAH ZENI DAN HUJAN PAGI

    No full text
    Abstrak Kajian ini dijalankan untuk menganalisis aspek kemasyarakatan melalui pemikiran oleh A. Samad Said dalam novel popular beliau yang bertajuk Daerah Zeni dan Hujan Pagi. Hal ini kerana aspek kemasyarakatan yang dibincangkan dalam novel oleh A. Samad Said dapat menggambarkan kekuatan pemikiran pengarang melalui kreativiti beliau yang dapat memberi sumber maklumat terkini kepada khalayak atau pembaca. Oleh itu, kajian ini juga dijalankan bertujuan mengenal pasti dan menganalisis aspek kemasyarakatan melalui pemikiran A. Samad Said dalam novel Daerah Zeni (1985) dan Hujan Pagi (1992). Di samping itu, reka bentuk kajian ini bersifat kualitatif melalui kaedah kepustakaan dan analisis kandungan teks. Selain itu, teori sosiologi dijadikan sebagai deduktif untuk memantapkan analisis perbincangan. Sebagai kesimpulannya, hasil dapatan kajian ini membuktikan bahawa A. Samad Said bijak mengutarakan cetusan idea dan kreativiti dalam usaha membincangkan isu semasa yang dapat diterima secara terbuka oleh masyarakat di dalam novel popular beliau. Abstract This study was conducted to analyze the aspects of society through the thinking by A. Samad Said in his popular novel titled Daerah Zeni and Hujan Pagi. This is because the societal aspects discussed in the novel by A. Samad Said can illustrate the strength of the author\u27s thinking through his creativity which can provide the latest sources of information to the audience or readers. Therefore, this study was also conducted by aiming at identifying and analyzing the aspects of society through the thinking by A. Samad Said in the novels Daerah Zeni (1985) and Hujan Pagi (1992). This study is qualitative in nature by using the library methods and text content analysis. In addition, sociological theory is used deductively to strengthen the analysis of the discussion. This study has proven that A. Samad Said has wisely expressed the spark of ideas and creativity in an effort to discuss current issues that can be openly accepted by the community in his popular novel. &nbsp

    Leksis gender dalam novel terpilih A. Samad Said

    Get PDF
    Leksis merupakan unit yang penting dalam bahasa terutamanya dalam pembentukan ayat. Dari sudut linguistik, leksis merupakan perbendaharaan kata dalam bahasa. Dari sudut linguistik, leksis gender ialah perbendaharaan kata yang melibatkan jantina sama ada jantina lelaki, perempuan atau neuter (neutral). Penyelidik menyenaraikan tiga objektif kajian yang utama, iaitu, mengenal pasti penggunaan leksis gender dalam novel terpilih A. Samad Said, menganalisis leksis gender menggunakan teori analisis komponen, dan merumuskan kekuatan penggunaan leksis gender dalam novel terpilih A. Samad Said. Data penyelidikan dikumpul daripada empat buah novel terpilih A. Samad Said, iaitu ‘Langit Petang (1980)’, ‘Di Hadapan Pulau (2000)’, ‘Sungai Mengalir Lesu (2005)’, dan ‘Adik Datang (2012).Data leksis gender yang terdapat pada novel tersebut akan dianalisis menggunakan Teori Analisis Komponen.Hasil penyelidikan mendapati bahawa leksis gender yang dipaparkan dalam novel terpilih A. Samad Said dikategorikan kepada tujuh, iaitu, kekeluargaan, bentuk panggilan, gelaran, pekerjaan/jawatan, kata sifat, kata ganti nama diri dan kata nama. Hasil penyelidikan ini juga mendapati bahawa penggunaan leksis gender yang tepat dan betul akan mewujudkan kesantunan semasa berbahasa. Penggunaan teori analisis komponen juga dapat menyelesaikan masalah leksis gender yang dikatakan bersinonim. Selanjutnya, daripada 10,398 leksis gender yang dikaji, didapati leksis gender daripada kategori kata ganti nama diri mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu sebanyak 5,297, diikuti pula leksis gender daripada kategoti kekeluargaan yang berjumlah 1,928 dan leksis gender daripada kategori bentuk panggilan sebanyak 1,410. Penyelidikan yang dijalankan juga mendapati bahawa terdapat kaitan antara leksis gender dengan kesantunan. Di samping itu, penggunaan teori analisis komponen amat bersesuaian dalam menentukan makna sesuatu perkataan

    Proses kreatif A. Samad Said dalam penghasilan karya kreatif

    No full text
    Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan memahami aktiviti-aktivti dalam proses kreatif A. Samad Said berasaskan model proses kreatif Graham Wallas. Kajian ini menggunakan kaedah analisis deskriptif berpandukan data kepustakaan dan temu bual. Data dalam bentuk kepustakaan dan temu bual dihurai secara deskriptif berpandukan empat peringkat perkembangan proses kreatif Graham Wallas. Hasil kajian menemukan lima peringkat perkembangan kreatif A. Samad Said, iaitu peringkat pencambahan, pencarian diri, menemui diri, membina keperibadian dan peringkat keunggulan. Selain itu, kajian ini juga dapat menunjukkan koherensi gerak kerja kognitif A. Samad Said dengan karya yang dihasilkan berasaskan lima peringkat perkembangan kreatifnya. Hasil kajian juga menunjukkan, ada beberapa gerak kognitifnya yang terkeluar daripada kerangka model Wallas. Hasil kajian ini menunjukkan, proses kreatif pengarang bergerak secara tersusun dan bertahap dengan gerak kognisinya. Sementara itu, aspek yang ada signifikasi agama khususnya berkait dengan niat pengarang tidak dapat dijelaskan dengan model ini. Berasaskan hasil daripada kajian ini, pengkaji mencadangkan satu penelitian lebih luas terhadap pengarang-pengarang lain penting dilakukan bagi merangka sebuah model proses kreatif berasaskan nilai-nilai Melayu dan Islam yang boleh dijadikan asas memahami proses kreatif pengarang muslim

    Leksis gender dalam novel A. Samad Said: satu analisis medan semantik

    Get PDF
    Leksis merupakan unit yang penting dalam bahasa terutamanya dalam pembentukan ayat. Dari sudut linguistik, leksis merupakan perbendaharaan kata dalam bahasa. Dari sudut linguistik, leksis gender ialah perbendaharaan kata yang melibatkan jantina sama ada jantina lelaki, perempuan atau neuter (neutral). Penyelidik menyenaraikan tiga objektif kajian yang utama, iaitu, mengenal pasti penggunaan leksis gender dalam novel terpilih A. Samad Said, menginterpretasi leksis gender menggunakan teori Medan Semantik (Syed M. Naquib al-Attas, 2001), dan menjelaskan jalinan leksis gender dengan medan semantik dalam novel A. Samad Said. Data penyelidikan dikumpul daripada empat buah novel terpilih A. Samad Said, iaitu ‘Langit Petang (1980)’, ‘Di Hadapan Pulau (2000)’, ‘Sungai Mengalir Lesu (2005)’, dan ‘Adik Datang (2012). Dalam penyelidikan ini, penyelidik menggunakan kaedah kualitatif bagi menjawab objektif kajian. Penyelidik juga menggunakan kaedah analisis kandungan teks bagi mengenal pasti leksis gender yang terdapat dalam novel terpilih A. Samad Said. Data leksis gender yang terdapat pada novel tersebut akan dianalisis menggunakan Teori Medan Semantik S. Ullmann (1963) menerusi pendekatan model analisis T. Izutsu (1964) dan Syed M. Naquib al-Attas (1970 dan 2001). Hasil penyelidikan mendapati bahawa leksis gender yang dipaparkan dalam novel terpilih A. Samad Said dikategorikan kepada tujuh kata fokus, iaitu, kekeluargaan, bentuk panggilan, gelaran, pekerjaan/jawatan, kata sifat, kata ganti nama diri dan kata nama. Selanjutnya, daripada 10,398 leksis gender yang dikaji, didapati leksis gender daripada kategori kata ganti nama diri mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu sebanyak 5,297 kekerapan, diikuti pula leksis gender daripada kategori kekeluargaan yang berjumlah 1,928 kekerapan dan leksis gender daripada kategori bentuk panggilan sebanyak 1,410 kekerapan. Hasil dapatan akhir menunjukkan bahawa setiap kata fokus akan menerbitkan satu konsepsi berdasarkan medan semantik yang melatarinya. Kata fokus yang dinyatakan mempunyai jalinannya dengan makna setiap kata kunci yang mengelilingi kata fokus yang membentuk lingkungan konsepsi sehingga menubuhkan medan semantik bagi leksis gender dalam novel terpilih A. Samad Said

    Konsep dan pentafsiran kata warna dalam antologi puisi A. Samad Said

    No full text
    Kajian ini menggunakan himpunan puisi A. Samad Said yang dikumpulkan dalam tempoh 50 tahun, iaitu dari tahun 1950 hingga 1999. Semua puisi tersebut telah tersiar dalam majalah (seperti Fashion, Mastika, Remaja, Bintang, dan Irama) dan dalam akhbar tempatan, termasuk terbitan di Singapura (seperti Utusan Zaman dan Fikiran Rakyat). Tujuan kajian ini adalah untuk memberikan tafsiran semantik terhadap konsep warna dalam bahasa Melayu, khususnya berdasarkan data-data yang diambil daripada buku yang berjudul A. Samad Said: Sebuah Antologi Puisi yang menghimpunkan Karya-Karya Selama Lebih Setengah Abad (2007), yang dikumpulkan dan diberi pengantar oleh Dharmawijaya. Hasil kajian menunjukkan bahawa A. Samad Said banyak menggunakan warna panas, khususnya warna merah dalam puisinya yang boleh dikaitkan dengan emosi marah, penentangan dan kecewa terhadap sesuatu peristiwa yang berlaku

    Leksis Gender Kekeluargaan dalam Novel Terpilih A. Samad Said: Kajian Analisis Komponen Makna

    Get PDF
    Novel merupakan wadah untuk menyampaikan pengalaman atau pengamatan seseorang terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa. Penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk menerangkan makna leksis gender kekeluargaan dalam novel terpilih A. Samad Said. Masalah yang dikaji dalam penyelidikan ini ialah kebanyakan pengguna bahasa mengetahui penggunaan leksis gelaran kekeluargaan, namun makna sesuatu leksis kekeluargaan kurang difahami. Dalam penyelidikan ini juga memaparkan dua objektif yang utama, iaitu mengenal pasti leksis gender kekeluargaan dalam novel A. Samad Said dan menganalisis leksis gender kekeluargaan dalam novel A. Samad Said menggunakan teori analsis komponen. Hasil penyelidikan mendapati bahawa leksis gender lelaki kekeluargaan merupakan leksis gender yang paling banyak digunakan, iaitu sebanyak 833, diikuti leksis gender perempuan sebanyak 499 dan leksis gender neuter sebanyak 80. Komponen makna leksis gender kekeluargaan yang mempunyai komponen makna yang hampir sama juga dapat dirungkaikan seperti leksis ‘bapa’, ‘ayah’, dan ‘bapak’
    corecore