An OAI Repository, coming from phpland
Not a member yet
99007 research outputs found
Sort by
Validation assessments on resampling method in imbalanced binary classification for linear discriminant analysis
The curse of class imbalance affects the performance of many conventional classification algorithms including linear discriminant analysis (LDA). The data pre-processing approach through some resampling methods such as random oversampling (ROS) and random undersampling (RUS) is one of the treatments to alleviate such curse. Previous studies have attempted to address the effect of a resampling method on the performance of LDA. However, some studies contradicted with each other based on different performance measures as well as validation strategies. This manuscript attempted to shed more light on the effect of a resampling method (ROS or RUS) on the performance of LDA based on true positive rate and true negative rate through five validation strategies, i.e. leave-one-out cross-validation, k-fold cross-validation, repeated k-fold cross-validation, naive bootstrap, and .632+ bootstrap. 100 two-group bivariate normally distributed simulated and four real data sets with severe class imbalance ratio were utilised. The analysis on the location and dispersion statistics of the performance measures was further enlightened on: (i) the effect of a resampling method on the performance of LDA, and (ii) the enhancement in the learning fairness of LDA on objects regardless of sample size, hence reducing the effect of the curse of class imbalance
Bank profitability determinants: Comparing the United States, Nigeria and South Africa
This study investigates the determinants of banking sector profitability in South Africa, Nigeria and the United States. The findings reveal that cost efficiency, the size of non-performing loans and overhead cost to total asset are significant determinants of the banking sector profitability. In the comparative analysis, the findings from South Africa show that the cost efficiency ratio, overhead cost to total asset ratio and non-performing loans are significant determinants of the banking sector profitability. In the United States, capital adequacy ratio and the size of non-performing loans are significant determinants of its banking sector profitability. In Nigeria, the overhead cost to total asset ratio and cost efficiency ratio are significant determinants of the banking sector profitability. The descriptive analysis reveal that bank net interest margin and return on asset are higher in Nigeria and lowest in the United States which suggests that the Nigerian banking sector is more profitable than the US banking sector. Return on equity is higher in South Africa and lowest in the United States
Seringkali dilihat maqasid itu mengawal keabsahan hukum takl?f? dari
sudut pelaksanaannya, sehinggakan maqasid itu berkuasa
menghentikan atau meneruskan pengamalan sesuatu hukum. Dari
sudut yang lain, hukum-hukum itu pula dilihat sebagai wasilah kepada
maqasid, maka kebenaran dan kewujudan maqasid adalah bergantung
kepada pelaksanaan hukum. Dengan merujuk kepada pelaksanaan
hukum hudud, maqasid yang mahu dicapai adalah pemeliharaan lima
unsur utama (dar?riy?t khamsah) serta penjagaan keamanan umum
yang terkandung di dalam maksud jalb al-ma?lahah. Tujuan utama
kajian ini adalah menjelaskan hubungkait antara hukum dan maqasid,
dalam konteks hubungan antara jalan (was?lah) dan tujuan (maq?ad),
dan antara unsur kecil (juz??) dan unsur besar (kull?), dan kesannya
dalam pelaksanaan hukum secara umum dan hudud secara khusus.
Kajian ini bersandarkan dua kaedah utama, iaitu kaedah pengumpulan
data secara induktif dan kaedah penganalisian data secara deduktif.
Kepentingan kajian ini adalah terserlah pada pengenalpastian ciri
hubungkait antara hukum dan maqasidnya, dan antara maqasid dan
hukumnya, dari sudut pengukuran kesan ketidakcapaian maqasid
terhadap pelaksanaan hukum, dan pengukuran kesan pemberhentian
hukum terhadap pemeliharaan maqasid. Hasil kajian ini mendapati
antaranya ialahpemberhentian sesuatu hukum tidak hanya dilihat
dari sudut pemeliharaan maqasidnya sahaja akan tetapi, diambil kira
juga sudut-sudut yang lain seperti perubahan faktor pada hukum yang
membawanya kepada maqasid yang berbeza, selain itu ketidakcapaian
maqasid adalah berpunca dari kegagalan pelaksanaan hukum yang
sebenarnya, justeru ia tidak membawa kepada pemberhentian hukum
akan tetapi penambahbaikan pelaksanaan hukum tersebut. Hukum
hudud dan pelaksanaannya mesti dilihat dari sudut hubungannya
dengan maqasid melalui cara ini, kerana pemberhentian hukum
sebenarnya mengakibatkan pembatalan maqasid
Kesejahteraan keluarga menurut maqasid syariah dalam konteks masyarakat majmuk di Sarawak: satu tinjauan awal
Islam merupakan sebuah agama yang memberikan perhatian serius
terhadap aspek kesejahteraan keluarga. Hal ini boleh dibuktikan
menerusi prinsip yang menjadi tumpuan dalam maqasid syariah iaitu
menjaga agama, nyawa, keturunan, akal dan harta. Prinsip-prinsip ini
banyak dibahaskan dalam merangka dasar-dasar kesejahteraan
keluarga. Justeru artikel ini menganalisis terhadap aspek kesejahteraan
keluarga menurut maqasid syariah dalam masyarakat majmuk di
Sarawak. Artikel yang bersifat kajian kualitatif ini mengupas
pandangan para ilmuan Islam secara terperinci dengan menggunakan
metod analisis kandungan, induktif, deduktif serta komparatif. Artikel
ini mendapati bahawa pembinaan dasar kesejahteraan keluarga
berteraskan lima prinsip maqasid syariah dalam konteks masyarakat
majmuk di Sarawak boleh dirumuskan menerusi sembilan belas
elemen utama. Teras prinsip pertama (menjaga agama) merumuskan
elemen akidah, keimanan, memupuk keharmonian, saling hormat
menghormati dan amar makruf nahi mungkar. Teras prinsip kedua
(menjaga nyawa) merumuskan elemen pencegahan kezaliman sama
ada kepada diri sendiri atau orang lain, kasih sayang dan bersyukur
dengan anugerah kehidupan. Teras prinsip ketiga (menjaga akal)
merumuskan elemen pencegahan daripada perkara yang
memudaratkan akal, kelestarian akal dan hubungan dengan
persekitaran. Teras prinsip keempat (menjaga keturunan)
merumuskan elemen kewajipan perkahwinan, pendidikan, hubungan
dengan manusia dan hubungan dengan Tuhan (ibadah). Teras prinsip
kelima (menjaga harta) merumuskan elemen pengurusan kewangan
yang merangkumi pendapatan dan perbelanjaan, kebajikan, kewajipan
menunaikan zakat dan melakukan amal jariah seperti sedekah, derma
dan wakaf. Dapatan daripada artikel ini secara langsung membuktikan
bahawa Islam amat mementingkan kepada kesejahteraan manusia
dalam masyarakat majmuk secara umumnya dan kesejahteraan
keluarga secara khususnya untuk kehidupan di dunia serta akhirat
Penggunaan wang bantuan zakat dalam Kalangan asnaf fisabilillah dan asnaf gharim di Universiti Teknologi Malaysia
Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia merupakan salah satu
rakan pungutan zakat kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor.
Sebanyak 31.25% pulangan zakat diberikan kepada PIUTM untuk
diagihkan kepada asnaf gharim, fisabilillah, fakir, miskin dan amil.
Namun begitu, PIUTM menghadapi masalah untuk mengenalpasti
penggunaan wang bantuan zakat yang disalurkan kepada pelajar untuk
bantuan sara diri, bantuan kecemasan dan bantuan latihan industri.
Justeru itu, kajian ini bertujuan mengenalpasti penggunaan wang
bantuan zakat dalam kalangan asnaf. Kajian ini menggunakan reka
bentuk kuantitatif melalui tinjauan soal selidik secara dalam talian
kepada 401 orang responden. Analisis dokumen turut digunakan
sebagai data sokongan data yang diperolehi. Kajian ini menghasilkan
profil latar belakang penerima zakat dan pola penggunaan wang
bantuan zakat. Kajian turut mendapati tiga pola utama pengunaan
wang zakat iaitu belanja makan minum, keperluan harian dan
membantu keluarga. Hasil kajian ini diharapkan dapat dikemukakan
sebagai panduan bagi memantapkan pengurusan dan pentadbiran
zakat yang melibatkan proses kutipan zakat, agihan zakat dan
program pembangunan kendiri asnaf