UKM Journal Article Repository
Not a member yet
    2545 research outputs found

    Revisiting materials for teaching languages for specific purposes

    No full text
    Teaching materials in languages for specific purposes have evolved in the last few years dramatically. The Internet currently plays a significant role in such development and has permitted both a wider range of resources and its free availability almost anywhere in the World. This paper presents a selection of different types of recent materials for English for Specific Purposes. The paper begins by defining ESP. Then it approaches how materials should shape the student’s own learning, how materials should be selected according to the different skills and then emphasizes the importance of the Internet as a source of materials. The paper concludes with a set of ideas for the future development of ESP materials. The final goal of this paper is to provide the readers with valuable tools that can enhance their teaching through accessible mean

    Aplikasi reka bentuk sistem visualisasi maklumat berasaskan teori persepsi visual dalam ilmu hadis

    No full text
    Visualisasi maklumat(VM) merupakan satu bidang yang berpotensi dalam proses mengembangkan kaedah capaian, pemprosesan dan pengurusan maklumat (Chen & Czerwinski,2000). Aplikasi Visualisasi Maklumat (VM)ini turut dibangunkan dalam bidang pendidikan sebagai bahan pembelajaran kerana kelebihan dan keunikan teknik visualisasi maklumatyang berkeupayaan dalam meningkatkan proses pemahaman melalui penggunaan visual. Disamping itu, aplikasi visualisasi maklumat juga mampu menguruskan suber data yang banyak dan konsep yang kompleks dalam aktiviti pembelajaran. Walaupun teknik visualisasi maklumat berfaedah bagi aktiviti perolehan maklumat dan pembelajaran, pembangunan visual yang dibina bukanlah visual semata-mata tetapi ia melibatkan pembinaan bahan yang berdasarkan teori yang menyokong pemahaman visual tertentu.justeru kajian ini menjadikan Teori Persepsi Visual (TPV)sebagai asas dalam pembangunan untuk mengkaji kesesuaiannya dengan persekitaran data ilmu hadis.Keseimbangan kepada rekabentuk visual yang baik dapat membina perseptual sistem manuasia bagi memahami konsep dan mentafsir maklumat dengan lebih mudah, cepat dan tepat. Berdasarkan teori persepsi visual ini, kajian ini mengkaji kesesuaiannya dengan keperluan perolehan hadis bagi menghasilkan satu reka bentuk sistem visualisasi maklumat berasaskan teori persepsi visual

    Pemediaan produk dan penggunaan logo Starbucks Coffee

    No full text
    Dunia sekarang mengalami perkembangan yang semakin pantas dalam pelbagai bidang industri dan produk serta memberi kesan ke atas perkembangan pola pemikiran kebanyakan orang. Era globalisasi terus berkembang seiring dengan perkembangan teknologi maklumat lebih-lebih lagi dengan munculnya persaingan global yang semakin ketat di antara para pengilang. Ini mengakibatkan persaingan yang tidak terhingga bagi setiap industri yang berkembang. Hal ini menyebabkan setiap industri berusaha dengan kuat untuk memberikan hal-hal yang terbaik demi mendapatkan pengguna atau pembeli yang banyak bagi produknya. Dalam masalah ini periklanan bagi produk yang ditawarkan sangat penting untuk diperhatikan. Iklan dapat membantu dalam pengenalan dan penjualan sebuah produk ataupun perkhidmatan Kajian ini menumpukan pada bidang kajian komunikasi visual semiotik berkenaan dengan logo sebuah industri iaitu logo Starbucks Coffee. Sampel kajian terdiri dari pengunjung kafe Starbucks disekitar Lembah Klang sahaja. Konsep kunci kajian terhad pada takrifan semiotik komunikasi visual, logo, pembentukan imej industri, dan imej industri yang boleh diambil kira dalam pelaksanaan kajian ini. Kajian ini berdasarkan pada tiga fokus dapatan kajian yang merangkumi semiotik visual logo Starbucks, hubungan antara logo semiotik dengan penilaian masyarakat dan imej industri Starbucks yang terbentuk dalam hati khalayak

    Memobilisasikan penyertaan lokal melalui participatory rural appraisal (Pra) bagi penilaian keperluan untuk pembangunan komuniti

    No full text
    Penyertaan adalah suatu isu penting dalam wacana pembangunan. Bagi pihak yang mengajukan pembangunan, penyertaan daripada khalayak sasaran amat dikehendaki dan bagi kalangan khalayak sasaran mereka jarang diajak untuk turut serta dalam proses pembangunan dari awal lagi. Pendekatan Participatory Rural Appraisal (PRA) memberi peluang kepada khalayak sasaran untuk turut sama mengambil bahagian dalam proses pembangunan. PRA boleh digunakan untuk memobilisasikan penyertaan khalayak melalui komunikasi dan interaksi yang menggalakkan komuniti berkongsi pendapat, idea dan pengalaman mengenai masalah lokal, isu, keperluan, dan kepentingan mereka. Pendekatan ini menekankan kepada pengetahuan tempatan dan membantu komuniti lokal untuk menilai keperluan, analisis dan merancang. Oleh yang demikian, PRA digunakan untuk memudahkan perkongsian maklumat, analisis dan tindakan di kalangan pihak berkepentingan. Secara amnya, tujuan PRA adalah untuk membolehkan pihak-pihak berkepentingan seperti kerajaan, komuniti lokal, sektor swasta dan organisasi bukan kerajaan (NGO) untuk bekerjasama dalam merancang program pembangunan yang sesuai dan releven bagi sesebuah komuniti. Di Indonesia dan Filipina misalnya, pengaplikasian PRA dalam program pembangunan komuniti telah menjadi kebiasaan untuk mengukur keperluan dan keinginan komuniti desa. Makalah ini membincangkan kepentingan pendekatan PRA kepada kerja-kerja pembangunan, syarat-syarat perlu untuk menggunakan pendekatan ini, kelebihan pendekatan ini dan sejauh manakah pendekatan ini boleh diaplikasikan kepada pembangunan komuniti di Malaysia

    Remote sensing for mapping RAMSAR heritage site at Sungai Pulai Mangrove Forest Reserve, Johor, Malaysia

    No full text
    The Sungai Pulai Mangrove Forest Reserve (SPMFR) is the largest riverine mangrove system in Johore. In 2003 about 9,126 ha of the Sungai Pulai mangrove was designated as a RAMSAR site. RAMSAR sites are wetland areas that are deemed to have international importance and are included in the List of Wetlands of International Importance. The SPMFR plays a significant socio-economic role to the adjacent 38 villages. Satellite remote sensing is a useful source of information where it provides timely and complete coverage for vegetation mapping especially in mangroves where the accessibility is difficult. This study was carried out to identify and map land cover types using SPOT-4 imagery at the Sungai Pulai-RAMSAR site and its surrounding areas. Through unsupervised classification technique a total of seven classes of land cover type were mapped, where about 90% mapping accuracy was gained from the accuracy assessment. Later, vegetation densities were classified into five levels namely very high, high, medium, low and very low based on crown density scale using vegetation indices model such as NDVI, AVI and OSAVI. Results from NDVI and OSAVI model were almost similar but AVI model detected more on medium vegetation which did not show the real ground condition. The study concludes that SPOT-4 imagery was able to discriminate mangrove area clearly from other land covers type. Vegetation indices model can be used as a tool for mapping vegetation density level in the SPMFR and its surrounding area. Therefore VI’s models from remote sensing are useful to monitor and manage the mangrove forest for sustainable management and preserve the SPMFR as a RAMSAR site in Peninsular Malaysia

    Pembangunan dan perkembangan ekonomi Singapura 1961-1966

    No full text
    Selepas berkuasa pada bulan Julai 1959, pemerintah Singapura di bawah kepimpinan Lee Kuan Yew telah melancarkan Pelan Pembangunan 1961-64. Tujuan pelan ini dilancarkan adalah untuk membawa perubahan ekonomi Singapura dan meraih sokongan penduduk. Singapura perlu menjana ekonomi yang lebih besar, dan dapat memenuhi keperluan domestik serta pasaran global. Penggabungannya dengan Persekutuan Tanah Melayu membolehkannya mendapat akses kekayaan sumber alam dan bekalan air untuk keperluan industri Singapura. Konfrantasi Indonesia-Malaysia serta masalah politik dalaman mempercepatkan hasrat Singapura menyertai gagasan ini. Hasil kajian mendapati Singapura amat berharap kepada persekitaran yang aman dan penyelesaian konflik yang segera untuk kemajuan dan pembangunan Singapura. Sebagai sebuah negara kecil di rantau dunia Melayu, Singapura terpaksa bertindak secara bijaksana apabila timbul sesuatu isu berhubung kedaulatannya, dan hubungannya dengan negara jiran. Kesimpulannya, Singapura cuba menangani hambatan terhadap kemajuan ekonomi dan menangani konflik dengan negara jiran bagi kepentingannya di rantau Asia Tenggara

    Analisis tahap kebolehruntuhan tanah dengan menggunakan skala ROM: kajian di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi (An analysis of landslide level using the ROM scale: the case of the Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi campus)

    No full text
    Runtuhan tanah merupakan suatu proses geomorfologi yang biasa berlaku di kawasan beriklim tropika. Sehubungan itu, satu kajian telah dilakukan bagi menentukan tahap kebolehruntuhan tanah di cerun-cerun bermasalah di sekitar kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Sebanyak 12 lokasi cerun bermasalah terlibat dalam kajian ini. Skala ROM digunakan sebagai asas dalam menentukan tahap kebolehruntuhan tanah cerun bermasalah di kampus UKM, Bangi. Hasil kajian menunjukkan empat (P3, P6, P8 dan P9) lokasi cerun mempunyai tahap kebolehruntuhan tanah yang Kritikal, tiga (P4, P6 dan P7) dikategorikan sebagai Tinggi, tiga lagi Sederhana (P2, P5 dan P12) dan dua (P1 dan P11) sebagai Rendah. Komposisi tekstur tanih yang didominasi oleh pasir dan kelodak didapati sangat mempengaruhi tahap kebolehruntuhan tanah di setiap lokasi persampelan. Sehubungan itu, beberapa cerun bermasalah di sekitar kawasan kampus yang belum dimitigasi perlu dipulihkan segera bagi mengelak kemungkinan kejadian runtuhan tanah berskala besar daripada berlaku pada masa hadapan

    Mechanical and thermal properties of palm-based polyurethane composites filled with Fe3O4, PANI and PANI/Fe3O4

    No full text
    In-situ polymerization method was used to prepare palm-based polyurethane (PU) composites loading with 15 wt% magnetite (Fe3O4), polyaniline (PANI) and Fe3O4 coated with PANI labeled as PU15, PP and PPM, respectively. FTIR spectroscopy analysis indicated a shift in the carbonyl, C=O and NH in PP. The shift of the peak indicated that there was hydrogen bonding between the C=O (proton acceptor) of urethane with NH (proton-donator) of PANI. PPM gave the highest impact and flexural strengths at 4875 kJ/ m2 and 42 MPa, respectively but with the lowest flexural modulus (1050 MPa). Two-stage degradation behavior was observed in the TGA thermogram

    2,045

    full texts

    2,545

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    UKM Journal Article Repository
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇