UKM Journal Article Repository
Not a member yet
    2545 research outputs found

    Mempakej pelancongan Tasik Chini sebagai rizab biosfera

    No full text
    Tasik Chini merupakan sebuah tasik air tawar kedua terbesar di Malaysia, telah lama dikenali sebagai destinasi alam semula jadi oleh para pelancong. Namun, pada akhir 1990-an, kedatangan pelancong didapati merosot dan ini menjejaskan komuniti yang menawarkan ekopelancongan, terutama Orang Asli. Dilaporkan bahawa Tasik Chini dan persekitarannya terjejas oleh aktiviti manusia seperti pertamian ladang, perlombongan dan pembalakan. Pengistiharan Tasik Chini sebagai Rizab Biosfera pada Julai 2009 telah memberikan kesempatan kepada kawasan ini mendokong pelancongan lestari. Adalah menjadi suatu peluang untuk mempakej pelancongan berasaskan fungsi Rizab Biosfera. Makalah ini bertujuan untuk menganalisis bagaimana Tasik Chini perlu mempakej destinasi dan apakah komponen yang menentukan imej pelancongannya. Kajian ini menggunakan data primer dan sekunder yang diperoleh daripada beberapa program kesedaran awam dan survey ke atas komuniti setempat pada Jun 2008. Hasil kajian mendapati pakej pelancongan Tasik wajar mendokong prinsip modal alam semulajadi, modal sosial, modal ekonomi dan modal budaya setempat. Kajian ini mencadangkan agar usaha mempakej Tasik Chini sebagai Rizab Biosfera perlu mengambilkira pengelaman terintegrasi, yang mana konservasi, pembangunan dan sokongan untuk penyelidikan, pendidikan dan senggang menjadi entiti interaksi antara pelancong dan tuan rumah Tasik Chini

    Penagih dadah dan keadaan berisiko tinggi kembali relaps.

    No full text
    Kajian terhadap pengenalpastian tahap kecenderungan penagihan dari aspek “situasi berisiko tinggi relaps” seperti emosi negatif, tekanan sosial dan konflik interpersonal bermanfaat dalam penyediaan input asas kepada kaunselor dadah, ahli-ahli psikologi, pekerja sosial serta para pengubal dasar yang kini berhadapan dengan cabaran dalam memulihkan penagih. Oleh itu, artikel ini disediakan bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmana tahap penagihan relaps daripada tiga aspek iaitu emosi negatif, tekanan sosial dan konflik interpersonal dalam kalangan penagih dadah yang sedang mendapatkan khidmat rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) di Semenanjung Malaysia. Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan SPSS for Windows. Seramai 400 orang penagih relaps terdiri dari lapan buah PUSPEN di Semenanjung Malaysia dipilih sebagai responden kajian dan dijalankan dengan menggunakan rekabentuk tinjauan keratan-lintang (cross-sectional survey) bermula pada bulan Mac hingga April 2007. Dalam artikel ini, tahap penagihan relaps dalam kalangan penagih diukur dengan menggunakan skala yang dibangunkan oleh Marlat & Gordon dengan memperolehi nilai kebolehpercayaan .884. Hasil kajian mendapati secara keseluruhan, 93.6% daripada penagih dadah yang dikaji menunjukkan tahap berisiko tinggi relaps pada tahap sederhana (84.7%) ke tahap yang tinggi (8.8%). Keputusan kajian ini menunjukkan bahawa majoriti responden yang terlibat dalam kajian ini berada dalam keadaan yang dinamakan sebagai „bersituasi berisiko tinggi‟ untuk kembali relaps. Oleh itu, penekanan pengajaran tentang teknik dan strategi daya tindak menghindari diri penagih daripada menagih semula perlu diberikan penekanan utama khasnya kepada pelatih yang akan dibebaskan dari pusat pemulihan dadah sebagai persediaan menghadapi rintangan dan dugaan hidup yang mencabar setelah dibebaskan

    Women’s voices in relation to fate, cultural practices and life satisfaction: A case study of Sarawakian single mothers in Samarahan, Sarawak.

    No full text
    This paper describes the women‟s feelings on religious beliefs in relation to fate, cultural practices and life satisfaction. Using their own language, these women expressed their happiness and hope to achieve a better life. Fate is used as self-defense, self-persuasion, and excuses when dealing with stressful life events. Women in this study used „muhasabah‟ to improve their self and be a better person. This interview study is part of survey research of single mothers in Samarahan, Sarawak. The interviews were conducted from May to June 2001 at selected villages in Samarahan. Results had shown that most of single mothers described life satisfaction and happiness in terms of fate, role fulfillment, and a good social interaction. In spite of their ongoing difficulties and stigmas on their marital failure, these women put an effort to improve their social interactions and avoid any societal conflicts. It is clear that these women accept their roles as primary caregivers and lives with modesty, honor and dignit

    Improvement on marital satisfaction by using quality approach

    No full text
    If a product is tangible to be measured then satisfaction is intangible to be measured. It has no quality standard therefore satisfaction is different according to one to others. In other way, we may say that satisfaction has various approaches to represents its quality level. Therefore in this study, we provide new perspective to improve marital satisfaction by using customer satisfaction based approach. Using the new approach, we identify gap value between spouse’s level of importance and practice with respect to several marriage dimensions chosen in this paper. Then, we emphasize some actions need to be taken to improve the marital satisfaction with precisely and specifically addressed to the most dimension needed. The inappropriate efforts may give no significance result to the marital satisfaction. In this article, we assess the quality of marital satisfaction to three dimensions which are Marital Relationship, Marital Adjustment and Marital Intimacy. 1,213 questionnaires returned are distributed across West Malaysia. The result shows that marital relationship is the first priority since this dimension has the lowest level of satisfaction, followed by marital intimacy then marital adjustment as the third priority needs to be improved

    Esl performance in reading motivation and reading comprehension in democratic and authoritarian contexts.

    No full text
    In spite of much great research since the last three decades, still there are many essential things about motivation that we need to know. it becomes a mystery because although it exists in everyone but the way of showing if different in terms of degree, time and context. one of the important responsibilities of school administrator is discovering and nurturing motivation between individuals in any educational process. The purpose of the study is to investigate the process of reading motivation and reading Comprehension in relation to both Malaysian higher educational context types namely, Democratic and Authoritarian with learners' gender to find out whether the degree of performance qualitatively vary as educational context and learners variable vary. To this end, three hypotheses were raised,which were tested through lengthy and multi instrumental procedures, Results showed that educational context have significant effect on learner performance. Students out performed in Democratic context in both reading motivation and reading comprehension and the Democratic educational setting gender groups showed highest performance level and the Authoritarian setting groups atood as a lowest performance

    Analisis ciri-ciri luahan Sungai Chini dan Sungai Paya Merapuh Tasik Chini, Pahang bagi waktu normal, waktu basah dan selepas banjir.

    No full text
    Pengukuran ciri-ciri luahan sungai pada waktu normal, waktu basah dan waktu selepas banjir telah dijalankan di Sungai Chini dan Sungai Paya Merapuh, Tasik Chini, Pahang. Persampelan telah dijalankan sebanyak lima kali dalam masa lima bulan berturutan, iaitu bermula pada bulan September 2007 sehingga Januari 2008. Eksesais fizikal melibatkan pengukuran ciri-ciri fisiografik sungai seperti pengukuran keratan rentas, kedalaman dan halaju arus sungai diukur bagi dua waktu dalam musim normal dan musim basah. Bagi tujuan keselamatan, persampelan tidak dijalankan semasa banjir berlaku pada bulan Disember 2007, namun penganggaran luahan banjir dilakukan dengan mengunakan rumus Manning bagi kedua-dua sungai kajian. Kedalaman hujan diukur menggunakan tolok hujan HOBO Proware dengan bacaan tertinggi direkodkan dalam bulan Disember 2007 iaitu bacaan kumulatif sebanyak 844.4 mm. Aras air di Sungai Chini diperolehi daripada stesen luahan sungai di Kuala Sungai Chini manakala persampelan dan pengukuran in situ bagi mendapatkan data hidraulik Sungai Paya Merapuh dilakukan secara manual setiap kali persampelan mengikut musim dijalankan.. Berdasarkan ujian kolerasi yang dijalankan, kadar alir sungai adalah dipengaruhi oleh kedalaman sungai dan taburan hujan dengan signifikan dengan bacaan 3.32 x 108 ± 2.86 x 106 L/hari air (selepas banjir), sebanyak 2.13 x 108 ± 1.01 x 107 L/hari air (waktu biasa), dan 3.10 x108 ± 5.04 x 106 L/hari (waktu hujan) bagi Sg Chini, manakala bagi Sg Paya Merapuh adalah 9.96 x 106 ± 2.17 x 105 L/hari (selepas banjir), 1.29 x 107 ± 1.12 x 106 L/hari (waktu biasa) dan 1.60 x 108 ± 1.64 x 107 L/hari (waktu hujan), dan Kajian ini memberikan maklumat awalan yang penting tentang adaptasi dan keupayaan maksimum Sungai Chini dan Sungai Paya Merapuh terhadap kejadian banjir

    Kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas, Kelantan: Analisis geografi pilihan raya

    No full text
    Geografi pilihan raya adalah kajian aspek ruangan organisasi manusia dan keputusan pilihan raya. Subjek kajian yang utama adalah manusia dan interaksinya dengan proses pengundian. Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Gua Musang, Kelantan diadakan pada 27 September 2010. DUN ini tidak pernah dimenangi oleh PAS kecuali pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 yang sinonim dengan fenomena ‘tsunami’ politik negara. Adalah tujuan artikel ini untuk menganalisis PRK DUN Galas dari aspek isu dan strategi kempen; politik pembangunan; pola pengundian, etnik dan faktor kemenangan. Dalam PRK ini, calon BN, Abdul Aziz Yusoff menewaskan calon PAS/Pakatan Rakyat, dengan majoriti 1,190 undi. Berdasarkan pemerhatian dan temubual di lapangan, isu negeri dan nasional seperti isu tuntutan royalti minyak, kenaikan harga petrol, pembinaan Menara Warisan dan kes perbicaraan salah laku Ketua Pembangkang, tidak mempengaruhi pilihan politik pengundi di kawasan ini. Sebaliknya, isu setempat seperti hak milik tanah; perumahan; pembangunan infrastruktur setempat; penerokaan tanah; pencemaran; perubahan landskap alam sekitar Lojing dan pemaparan janji-janji pembangunan yang sedang dan telah dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat telah memberi kelebihan kepada BN untuk menjuarai ‘isu-isu rakyat’ di Galas. Faktor kemenangan juga dikaitkan dengan kepemimpinan Pengarah Pilihan Raya DUN Galas iaitu Tengku Razaleigh Hamzah dan keberkesanan strategi kempen bersemuka dengan pengundi. Dari segi pola pengundian pula menunjukkan peningkatan jumlah undi yang diterima oleh calon BN bagi kesemua lokasi dan etnik

    Analisis trend hujan di Bandaraya Ipoh Perak 1970-2007.

    No full text
    Penelitian terhadap trend hujan jangkamasa panjang adalah penting dan relevan dalam kajian hidrologi khususnya sebagai alat untuk mengesan dan mengenalpasti perubahan yang berlaku dalam sistem hidrologi. Untuk itu, data hujan bulanan dan tahunan dari tahun 1970 hingga 2007 yang diperolehi daripada Jabatan Meteorologi Malaysia dianalisis dengan menggunakan ujian statistik dan Ujian Mann-Kendall bagi mengesan perubahan (meningkat, menurun atau stabil) atau trend yang berlaku. Dapatan kajian menunjukkan trend hujan tahunan meningkat dari tahun 1970-2007 dengan purata tahunan 2497 mm. Rekod juga menunjukkan bahawa trend hujan yang meningkat semasa Monsun Timur Laut dan Monsun Barat Daya dalam tempoh yang sama. Hujan maksimum adalah pada bulan April dan Oktober iaitu semasa berlakunya pertukaran monsun. Rekod juga menunjukkan kawasan Ipoh menerima hujan paling banyak semasa Monsun Timur Laut walaupun stesen hujan terletak di sebelah pantai barat Semenanjung Malaysia dengan purata 1016 mm. Hujan bulanan dari tahun 1970-2007 menunjukkan kepelbagaian variasi. Berdasarkan Ujian Mann-Kendall (S), bulan Mei (-21), September (-25), Oktober (-35) dan Disember (-16) menunjukkan trend yang menurun dan bulan-bulan lain menunjukkan trend yang meningkat. Keadaan ini jelas menunjukkan variasi hujan yang kompleks di kawasan tropika. Faktor perubahan iklim global masa kini serta hidrometeorologi tempatan dijangka mempengaruhi trend hujan serta perubahan guna tanah khususnya aktiviti perbandaran yang wujud di bahagian tengah lembangan Kinta iaitu di Bandaraya Ipoh

    Pendapat dan keperluan generasi muda di kawasan Parlimen Muar, Johor

    No full text
    Kawasan Parlimen Muar, Johor yang terdiri daripada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani dan Sungai Balang yang sedang mengalami kemajuan pesat sesuai dengan kedudukannya sebagai pusat pentadbiran daerah Muar. Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi telah mempengaruhi kehidupan serta keperluan generasi muda dan juga mempengaruhi pendapat serta pilihan politik mereka. Justeru,artikel ini akan menganalisis keperluan dan pandangan politik semasa generasi muda di kawasan kajian.Berdasarkan pemerhatian dan soalselidik di lapangan, hasil kajian mendapati bahawa mereka mahukan lebih banyak peluang pekerjaan dan tingkat upah/gaji yang sesuai dengan keadaan ekonomi semasa;inginkan kemudahan jalur lebar/internet diperluaskan; perbanyakkan aktiviti sukan dan rekreasi dan inginkan lebih banyak pusat kemahiran didirikan dan pemberian biasiswa ditambah. Dari aspek kepimpinan mereka memerlukan pemimpin yang bersifat jujur, bersih, amanah dan mementingkan rakyat/pengundi dan mahukan ruang yang lebih untuk menyuarakan pendapat mereka tentang politik semasa. Dari sudut alam sekitar pula, mereka menyarankan pihak berkuasa agar menggerakkan aktiviti gotong royong di kalangan masyarakat setempat di samping mencantikkan landskap persekitaran agar lebih segar dan ceria. Hasil kajian juga mendapati 71.0 peratus di kalangan mereka menyokong peranan kerajaan dalam memantapkan agenda pembangunan belia Negara dan 66.1 peratus menyatakan gagasan 1 Malaysia disokong, dihayati dan dimanifestasikan. Dari aspek pentadbiran awam pula, 82.3 peratus responden menyatakan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) untuk wakil rakyat dan Menteri adalah baik dan pembaharuan yang dilakukan oleh Perdana Menteri dalam menerajui pembangunan negara terus mendapat sokongan generasi muda (73.9 peratus). Mereka juga menyatakan (71.9 peratus) bahawa kepimpinan kawasan Muar perlu dikekalkan kerana telah menunjukkan prestasi yang amat baik. Merujuk kepada parti politik yang akan diundi pada pilihan raya umum akan datang, masing-masing 66.8 peratus dan 67.6 peratus akan mengundi BN di peringkat DUN dan Parlimen Muar

    Masalah halatuju industri bina semula kenderaan perdagangan di bawah semakan dasar Automotif Nasional, 2009.

    No full text
    Semakan semula Dasar Automotif Nasional pada 2009 (DAN09) telah meninggalkan dampak yang besar ke atas industri bina semula kenderaan perdagangan di negara ini. Pemansuhan berperingkat Lesen Import (AP) berkuatkuasa 1hb. Februari 2010 – 31hb. Disember 2015 telah menyekat industri bina semula (rebuilt) dari mengimport casis, kabin, enjin, transmisi, axle dan lain-lain komponen bagi tujuan pengeluaran. Kesannya, industri bina semula kenderaan perdagangan di seluruh negara berhadapan ketidaktentuan halatuju dan dilema penutupan kilang-kilang. Artikel ini membahaskan kewajaran pelaksanaan dasar pemansuhan AP di bawah DAN09 dengan meneliti hujah-hujah institusional berhubungnya, reaksi balas industri serta beberapa isu semasa yang dihadapi pihak industri. Data kajian dikumpul melalui tinjauan soalselidik ke atas 12 industri serta pemerhatian di tiga kilang di Pulau Pinang dan Lembah Klang. Tiga siri perbincangan fokus kumpulan turut diadakan dengan lima exco Pertubuhan Pembina Semula Kenderaan Perdagangan (CVRAM) antara Ogos hingga Oktober 2010. Kajian mendapati langkah pemansuhan AP berdasarkan hujah-hujah keselamatan, liberalisasi pasaran dan perlindungan alam sekitar dipersepsikan pihak industri rebuilt sebagai tidak kukuh, tidak demokratik dan diselubungi kepincangan tadbir urus. Pelaksanaan DAN09 memunculkan beberapa isu ke atas industri rebuilt seperti kekaburan polisi dan kebuntuan rundingan, sekatan pengeluaran, legitimasi perniagaan dan penyertaan dalam strategi keluar. Pihak industri mahu dasar penghapusan AP dikaji semula manakala isu-isu kelemahan institusional dan tadbir urus ditangani dengan langkah-langkah penambahbaikan di pihak kerajaan dan industri

    2,045

    full texts

    2,545

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    UKM Journal Article Repository
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇