UKM Journal Article Repository
Not a member yet
    2545 research outputs found

    Pembangunan perindustrian dan impak terhadap ekonomi lokal di Dumai, Riau, Indonesia.

    No full text
    Pembangunan perindustrian di Indonesia pada era autonomi daerah harus dapat menjawab segala tentangan globalisasi ekonomi dunia dan mampu menjangkakan perkembangan perubahan persekitaran. Makalah ini bertujuan menganalisis impak pembangunan perindustrian terhadap pembangunan ekonomi lokal pada era autonomi daerah Riau, Indonesia. Kajian lapangan dijalankan untuk mendapatkan pendapat pakar dari key informant di Dumai serta Pekan Baru di Riau, Indonesia. Pembangunan perindustrian mempunyai impak positif dan negatif. Pembangunan perindustrian pada era autonomi daerah lebih mementingkan aspek pertumbuhan ekonomi dan pembangunan fizikal manakala kualiti persekitaran tergugat. Justeru, pembangunan perindustrian mesti mengambilkira kepentingan persekitaran untuk kepentingan generasi hadapan. Kemorosotan kualiti persekitaran memberi impak terhadap kemorosotan kualiti hidup penduduk tempatan dan kualiti persekitaran. Oleh hal sedemikian, langkah-langkah perlu dilaksanakan demi memelihara kesejahteraan dan keselamatan generasi masa akan datang

    Penggunaan teknik berilium-7 untuk menganggar kadar hakisan tanih jangka pendek

    No full text
    Artikel ini merencanakan kegunaan radionuklid berilium-7 sebagai bahan surihan alternatif dalam kajian hakisan tanih. Kegunaan berilium-7 dalam kajian hakisan tanih adalah untuk menganggar kadar hakisan tanih dan kehilangan tanih jangka pendek berdasarkan kejadian hujan semasa. Kemampuan radionuklid berilium-7 telah terbukti melalui beberapa kajian yang menguji potensi radionuklid ini sebagai penyurih yang efisien dan signifikan untuk menganggar kadar hakisan tanih jangka pendek. Penggunaan radionuklid berilium-7 dalam kajian hakisan tanih harus dilakukan secara sistematik dengan memenuhi beberapa andaian penting dan memahami batasan penggunaannya berdasarkan ciri sesuatu ekosistem. Walau bagaimanapun, berilium-7 tetap sesuai digunakan sebagai penyurih hakisan tanih jangka pendek dalam pelbagai ekosistem selagi andaian dan batasan kepenggunaannya dipatuh

    Kandungan logam berat dalam persekitaran tanih dan dillenia suffruticosa di Kawasan Lombong Pelepah Kanan, Kota Tinggi Johor

    No full text
    Kajian ini dijalankan di kawasan lombong besi Pelepah Kanan di Kota Tinggi, Johor. Tiga bahagian tumbuhan (daun, batang dan akar) Dillenia suffruticosa serta substrat tanih yang menyokong pertumbuhannya dikumpulkan dari kawasan tanih lombong. Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan kandungan logam berat dalam tanih dan tumbuhan Dillenia suffruticosa. Sebanyak 14 sampel tanih dan tumbuhan Dillenia suffruticosa dikumpul untuk dianalisis. Kandungan logam berat jumlah dalam tanih diekstrak dengan asid nitrik dan asid perklorik dalam nisbah 3:1 manakala kandungan logam berat tersedia dalam tanih diekstrak dengan larutan ammonium asetat-asid asetik. Kandungan logam berat dalam tumbuhan pula diekstrak melalui kaedah penghadaman basah. Kandungan logam berat didalam larutan hasilan ekstrak tanih dan tumbuhan ditentukan dengan Spektrofotometer Penyerapan Atom Nyalaan (Perkin Elmer Model 3300). Hasil kajian menunjukkan bahawa Fe mencatatkan kepekatan purata jumlah yang tertinggi di dalam tanih diikuti oleh Mn, Sn, Co, Cu, Pb, Zn, Ni, Cd dan Cr. Kepekatan purata logam berat tersedia dalam susunan menurun adalah serupa dengan purata kepekatan jumlah. Logam berat yang banyak diambil oleh tumbuhan berdasarkan BACnya adalah Ni,Mn, Cr, Sn, Zn dan Cu. Didapati tumbuhan Dillenia suffruticosa ini sesuai sebagai agen fitoremidiasi untuk logam-logam ini

    Popularisation of mathematics (Pempopularan Matematik)

    No full text
    Mathematics is generally regarded as the most dry subject at school, made up of routine,difficult, boring, arcane and irrelevant calculations which have nothing to do with discovery and imagination. You may have noticed how terms in mathematics have an unnerving effect on most students as well as the public. “Dull” and “Urgh” are the most common epithets often used to describe the subject. Whether we realise it or not, mathematics is around us, in our everyday life, and we are using the subject. Mathematics exists in nature. Mathematics is used in the kitchen; when we do our shopping, build a house, travel on the highway, and in whatever things that we do. Even then, whenever we talk about mathematics, many fear the subject; they have the mathematicophobia, and try to avoid the subject. The fact is that,mathematics is a part of our life. We have to make the public aware of this. This is the duty of mathematicians or mathematical scientists. Popularisation of mathematics could be done at various levels in the society, young and old, and wherever we are; at home, nurseries, schools,universities, offices, supermarkets, and on the highways. In this paper we will discuss how this could be achieved

    2,045

    full texts

    2,545

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    UKM Journal Article Repository
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇