Jurnal Jabatan Seni Bina
Not a member yet
    186 research outputs found

    A COMPARATIVE STUDY ON THE USER COMFORT PERCEPTION OF THE POST-INDEPENDENCE AND POST-MILLENNIUM ERA PUBLIC SECONDARY SCHOOL CLASSROOM IN MALAYSIA

    Full text link
    The physicality of the classroom has significant influence on the comfort on both teacher and students which associated with the school learning environment. With the current trends moving towards improving the education system and programs in Malaysia, many standards in terms of the comfort level in the classroom of the public school were not taken into consideration as part of the reform measures. This study aims to investigate and analyse how public secondary school classroom design built during Post-Independence and Post-Millennium era affects the perception of student comfort level. To uncover the relation of classroom design on the user comfort level, a comparative study between public secondary school built in Post-Independence and Post-Millennium Era is carried out. The fundamental parameters of comfort level are being assessed which is (a) thermal comfort, (b) visual comfort and (c) air quality through case study observation and questionnaires set up with the students on their perception of comfort level being in the classroom. The results were then analysed, and evidence indicates that there is a clear link between the classroom design and the user comfort level resulting an impact on how certain classroom design element being incorporated have significant impact on the conduciveness of the classroom. This research and findings will aid to provide a guide for the development of future public secondary school design that promotes user comfort in the classroom which will then create an effective learning space

    PENERAPAN ELEMEN BERPANGGUNG KEPADA REKA BENTUK RUMAH TERES DI MALAYSIA UNTUK MENCAPAI KESELESAAN TERMA MELALUI PENGUDARAAN SEMULA JADI

    Full text link
    Kajian ini bertujuan menilai kelebihan penggunaan elemen berpanggung dari segi pengudaraan bagi meningkatkan keselesaan terma dalam reka bentuk rumah teres di Malaysia. Reka bentuk rumah teres pada masa ini mempunyai tahap kelestarian yang tidak memberangsangkan akibat dari kurangnya keselesaan terma yang dicapai. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kondisi tahap pengudaraan dan juga keselesaan terma di dalam reka bentuk seni bina moden rumah teres. Kesesuaian pembinaan elemen berpanggung juga akan dapat dikenalpasti dalam konteks persekitaran di Malaysia. Laporan penyelidikan ini akan memberikan justifikasi perkaitan yang rapat dalam elemen berpanggung, pengudaraan dan juga keselesaan terma dalam konteks seni bina rumah tradisional Melayu dan seni bina rumah teres. Kajian yang dilakukan adalah secara soal selidik keatas 61 responden dan juga melalui pemerhatian. Dapatan kajian merumuskan bahawa elemen berpanggung dalam seni bina rumah teres moden berpotensi dalam mencapai tahap keselesaan terma yang tinggi melalui pengudaraan silang yang dihasilkan. Penggunaan elemen berpanggung didapati sesuai untuk diterapkan dalam pembinaan senibina moden di Malaysia

    TIPOLOGI BANGUNAN SENI BINA MELAYU MODEN DI MALAYSIA

    Full text link
    Pengadaptasian nilai rekabentuk seni bina Melayu tradisional kepada bangunan moden telah diwartakan sebagai salah satu jalan di dalam membina bahasa identiti seni bina kebangsaan seperti yang telah dinyatakan di dalam ‘Seminar Ke Arah Identiti Kebangsaan Dalam Seni Bina’ pada tahun 1981. Sungguhpun mendapat galakan daripada kerajaan, jumlah pembangunan  rekabentuk bangunan baru yang mengadaptasi nilai warisan seni bina Melayu tradisional masih kecil, malah daripada jumlah yang kecil ini, hanya segelintir daripadanya diklasifikasi mempunyai kualiti rekabentuk yang baik. Di dalam kajian ini, penilaian dan klasifikasi dilaksanakan terhadap 12 buah bangunan seni bina Melayu Moden di Malaysia; iaitu merujuk kepada bangunan moden di Malaysia yang direkabentuk dengan mengadaptasi nilai dan karakteristik yang wujud dalam bahasa senibina Melayu tradisional dan juga warisan kesenian dan kebudayaan Melayu. Melaluinya, tipologi bangunan seni bina melayu moden dibentuk dari kerangka seni bina moden klasikal di Barat, di mana kesemua 12 buah bangunan ini telah diklasifikasi mengikut kerangka ini. Kajian ini diharap akan dapat memberi impak di dalam merevolusi pemikiran seni bina Melayu moden di masa akan datang, seterusnya menjadi jambatan kepada pembangunan identiti seni bina nasional yang lebih mapan dan komprehensif

    IDENTITI DAN TIPOLOGI MOTIF UKIRAN KAYU BAGI RUMAH LIMAS JOHOR

    Full text link
    Setiap negara, kumpulan etnik atau budaya mempunyai warisan tradisi tersendiri, termasuk Malaysia dengan variasi budaya antara negeri-negeri yang penuh kepelbagaian. Ukiran kayu merupakan salah satu warisan tradisi yang mampu menonjolkan identiti senibina sesebuah negeri. Walau bagaimanapun, amalan pemilihan reka bentuk dan motif yang bukan milik tempatan menimbulkan ancaman kepada identiti asal dan nilai warisan setempat. Jika amalan sedemikian berterusan dan identiti warisan tempatan tidak dikenal pasti dan direkodkan, reka bentuk tradisional dan motif tempatan yang ditinggalkan oleh nenek moyang tempatan akhirnya akan hilang. Ini termasuklah ukiran kayu Johor. Sebelum ini, tiada usaha telah dibuat untuk mengkaji semula, menganalisis dan mengenal pasti identiti ukiran kayu Johor. Justeru itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti motif-motif ukiran kayu yang ada di sekitar negeri Johor dan menghasilkan tipologi yang membentuk identiti rumah limas Johor. Kajian lawatan tapak telah dijalankan terhadap 50 buah rumah limas Johor untuk mendapatkan data terperinci, mengambil gambar dan menganalisis ukiran kayu. Temubual juga dijalankan dengan pemilik rumah atau penghuni serta pengukir kayu. Sampel dianalisis menggunakan kaedah Kod ‘S’ serta perbincangan dengan pakar untuk mendapatkan pengesahan. Dapatan ini menunjukkan dominasi penggunaan motif flora pada rumah-rumah kajian, terdapat 10 tipologi yang dominan telah dikenalpasti di mana motif labu yang diberi nama ‘labu maya’ merupakan motif yang paling banyak digunakan dan layak diangkat sebagai identiti motif ukiran kayu Johor. Kajian ini diharapkan dapat membantu masyarakat mengenali seni ukiran kayu Johor dan memiliki identiti uniknya sendiri yang dapat diteruskan kesinambungannya bagi generasi akan datang serta panduan berharga bagi pengukir Johor

    SKYSCRAPERS ARCHITECTURAL FORM EFFECTS ON AIRFLOW

    Full text link
    In today’s architectural world, skyscrapers building has been a common typology of building in urban areas despite challenges on its construction, economy feasibility, comfort of occupants and even on its technical aspects like aerodynamic characteristics towards wind. In relation to the air pressure effect on building surfaces due to the mass buildings development, this paper will be reviewing on the varying building forms effects to the wind ventilation circulating the surrounding area. For such building, aerodynamic forces include three modes of action: along wind, across wind and torsional modes. To overcome such challenges, ‘Aerodynamic Mitigation’ techniques and ‘Aerodynamic Shape Optimization’ techniques were used. Basic shapes and modified shapes of square prism, cylindrical and pyramidal were tested through wind tunnel using Airflow meter with Pitot tube to determine the aerodynamic characteristics in winds from different directions. The study also shows the significance of aerodynamic modifications as an effective design approach in terms of mitigating wind excitation. The results of these experiments have led to comprehensive understanding of the aerodynamic characteristics of skyscrapers with various configurations. It is proven to an extent that aerodynamic modifications in building shape could moderate wind responses when compared to original building shape. By comparison, cylindrical shows the best aerodynamic performance followed by pyramidal and square prism

    MATRIKS IDENTIFIKASI KECACATAN, PENILAIAN RISIKO, IMPLIKASI DAN FAKTOR (DRIF): PEMBANGUNAN MATRIKS PENILAIAN KONDISI UNTUK AMBULAN DI HOSPITAL KERAJAAN

    Full text link
    DEFECT IDENTIFICATION, RISK ANALYSIS, IMPLICATIONS AND FACTORS (DRIF) MATRIX: DEVELOPMENT OF CONDITION SURVEY MATRIX FOR AMBULANCES IN GOVERNMENT HOSPITALS AbstractAn ambulance is a prerequisite which may be required to assist with initial treatment of patients, and to take them to the hospital. Demand for ambulance services is increasing, and therefore, maintenance for ambulances will be more frequent to reduce the risks of breakdowns and accidents. Ambulances need to be maintained to ensure they will function properly to provide comfort to patients and paramedics. This study conducted on three ambulances between the ages of 16 to 19 years. DRIF was developed to assess the current state of an ambulance to ensure service availability and adherence to safety factors. Data are collected through visual inspection using a special form to indicate the condition of an ambulance. All data are evaluated using coefficients and weights in numerical values. From a brief description of an ambulance defects, the matrix provides a summarized description of the identified defect, thus saving time during ambulance inspection. The score is used to give an overall risk assessment of ambulances based on the following descriptions: periodic maintenance, minor maintenance, mildly damaged and severely damaged. The overall findings reflect the reliability of the DRIF Matrix. However, the matrix needs to be tested on more ambulances or other vehicles to further assess its reliability. This study suggests the use of the DRIF Matrix as a practical method and assessment for ambulance inspections, carried out under reasonable condition monitoring

    FIRE RISK ASSESSMENT OF OLD LOW-COST RESIDENTIAL APARTMENT BUILDING; A PERSPECTIVES REVIEW

    Full text link
    This study is to analyse the fire risk assessment for the old low cost high residential building in Malaysia. This research is conducted through reviewing the methods of study, scoping fire risk important aspects, and analysing the information in order to mitigate a way to do fire risk assessments in old low-cost residential apartment in Malaysia supported by the Uniform Building By-Law (UBBL 1984). As an outcome, this paper will be outlining future expectation of elements to be conducted on improving fire safety in old low-cost high rise residential building and updating its characteristics by imparting more efficient fire risk assessment method for a better safety of fire protection in old low-cost high rise residential building in Malaysia

    ELEMEN DAN KARAKTER FIZIKAL DI KAWASAN KAKI LIMA RUMAH KEDAI JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN

    Full text link
    Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti serta mengkaji secara kritis hubungan antara rumah kedai vernakular dan kontemporari untuk memahami rekabentuk rumah kedai serta kaki lima yang respon kepada konteks setempat. Usaha pemuliharaan tentang rumah kedai vernakular tidak berlaku secara menyeluruh kerana hanya fasad bangunan sahaja ditekankan dalam agenda pemuliharaan bandar sedia ada. Terdapat elemen warisan lain yang tidak diambil berat antaranya ialah kaki lima. Deretan Rumah kedai di Jalan Tunku Abdul Rahman telah dipilih untuk menjalan kajian terhadap penggunaan dan karakter fizikal I kawasan kaki lima rumah kedai. Kajian kes ini dipilih kerana merupakan fabrik bandar rumah kedai lama serta mempunyai kepentingan dan keistimewaan sejarah yang tersendiri. Kajian ini mengaplikasikan kaedah metodologi kualitatif dimana ia melibatkan beberapa teknik kajian iaitu kajian kes, pemerhatian di tapak kajian serta kajian literatur. Teknik pemerhatian dianalisa secara kualitatif di mana pendekatan pemerhatian berstruktur digunakan. Dengan itu, hasil dapatan kajian yang diperoleh ini dapat menjadi panduan kepada badan-badan profesional serta pihak berkuasa tempatan dalam memahami kepentingan ruang kaki lima di rumah kedai yang menyumbang kepada karakter tempat dan identiti setempat di Malaysia amnya

    PENDEKATAN REKABENTUK BANGUNAN TINGGI DALAM KONTEKS PERBANDARAN: KAJIAN KES DI KOREA SELATAN

    Full text link
    Pada masa kini, bandar-bandar di seluruh dunia telah berkembang maju dan dipenuhi dengan bangunan-bangunan pencakar langit yang gah dan moden. Pertumbuhan yang pesat ini sukar dikawal sehingga kebanyakkan bandar telah kehilangan identiti asalnya dan keperluan serta kepentingan penduduk bandar diketepikan bagi memberi ruang untuk pembinaan bangunan-bangunan tinggi. Namun begitu, isu ini kian mendapat perhatian pihak-pihak yang terlibat seperti arkitek dan jururancang bandar bagi memastikan keperluan dan keselesaan penduduk bandar tetap diutamakan disamping mengharungi arus pemodenan. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti pendekatan reka bentuk bangunan tinggi dalam konteks persekitaran bandar (urbanscape) dan mengenalpasti serta mengkaji kualiti reka bentuk bangunan tinggi dalam mengukuhkan fabrik bandar menggunakan cerakinan teori Responsive Environments. Kajian kes dijalankan di dua bangunan tinggi di Korea Selatan iaitu Menara Twin Tree dan Urban Hive yang terletak di tengah-tengah bandar Seoul kerana mempunyai karakter setempat yang berbeza. Kaedah-kaedah yang digunakan bagi melengkapkan kajian ini adalah melalui kajian pustaka, pemerhatian dan juga temubual bersama arkitek Urban Hive iaitu Kim Incheurl. Hasil daripada kajian ini dapat memberi maklumat tambahan tentang bagaimana bangunan-bangunan tinggi ini direkabentuk dan disesuaikan dalam persekitaran bandar serta mampu menampung kehendak penduduk bandar sendiri.Kata kunci: Pendekatan, rekabentuk, bangunan tinggi, persekitaran banda

    TRANSFORMASI TIPOLOGI BANGUNAN KEDIAMAN DI PERKAMPUNGAN BANDAR. KAJIAN KES: KAMPONG BHARU, MALAYSIA

    Full text link
    Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti transformasi tipologi pada bangunan kediaman ke atas kajian kes yang membawa kepada pembentukan dan perubahan fabrik bandar di Kampong Bharu. Kajian Kes kampong Bharu dipilih kerana ia merupakan salah satu perkampungan bandar dengan landskap budaya Melayu di Kuala Lumpur serta komuniti tunggal yang mendiami kejiranannya. Kedua, transformasi tipologi kediaman di Kampong Bharu dikaji sebagai usaha untuk memahami lebih terperinci mengenai proses perubahan rupa bentuk bandar yang di sebabkan oleh tekanan pembangunan di sekelilingnya. Kaedah penyelidikan yang digunakan ini adalah dengan pemerhatian di tapak kajian serta menganalisis tipologi dan morfologi pada kajian kes. Kaedah kajian yang dijalankan adalah bagi mengenal pasti corak typologi bangunan dan perubahan morfologi bandar yang terbentuk dan berubah mengikut perubahan zaman, masa dan fasa pembangunan. Dengan itu, hasil dapatan kajian yang diperoleh ini akan dimanfaatkan sebagai pendedahan dan panduan kepada badan-bandan profesional seperti arkitek, perakabandar, serta pihak berkuasa tempatan dalam memahami corak transformasi tipologi perumahan di Perkampungan Bandar Kampong Bharu, Kuala Lumpu

    166

    full texts

    186

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    Jurnal Jabatan Seni Bina
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇