UUM e-journals System (Universiti Utara Malaysia)
Not a member yet
    3544 research outputs found

    Representasi ‘Hubungan Terlarang’ dalam lirik lagu “Gemuruh” Search Ft Wings berdasarkan semiotik Roland Barthes: (Representation of \u27Forbidden Relationships\u27 in the lyrics of the song "Gemuruh" Search Ft Wings based on the semiotics of Roland Barthes)

    No full text
    Makna dalam bentuk muzik mempunyai variasi tersendiri yang signifikan terhadap realiti sosial dan ideologi yang dibawa oleh pelbagai kelompok genre muzik. Genre muzik ‘Rock’ misalnya, ekspresi yang dizahirkan menerusi lirik serta irama yang ditampilkan merepresentasikan luahan tersendiri hasil dari tantangan realiti kehidupan harian dalam sesebuah kelompok masyarakat. Persoalannya, adakah pendengar menyedari dan memahami makna sebenar lirik yang diungkapkan atau hanya terbuai dengan kesyahduan melodi nyanyian dan pesona iringan muzik yang melatarinya? Terdapat juga tuduhan bahawa terdapat lagu didakwa mempunyai unsur ‘negatif’ dan tidak sesuai diperdengar kepada umum. Sedangkan penilaian itu tidak cuba mengesan manifestasi sebenar yang ingin disampaikan oleh penulis lirik. Kajian ini dijalankan untuk menganalisis dan menjelaskan makna yang terkandung dalam lirik lagu bergenre rock pada sekitar era 1990-an iaitu “Gemuruh”. Kajian juga akan memerihalkan manifestasi sebenar atau mesej yang ingin disampaikan oleh penulis lirik disebalik paparan peristiwa yang digambarkan dalam lirik lagu tersebut. Kaedah analisis dijalankan secara kualitatif dengan memfokus kepada “teks lirik” sebagai objek, dengan cara mentafsir serta memahami kod ‘tanda’ (decoding sign) di sebalik teks tersebut menerusi pendekatan semiotik Roland Barthes. Justeru analisis akan melalui dua tahap (two order of signification), iaitu tahap 1) komponen penanda (signifier) dan petanda (signified) melibatkan makna detonasi, konotasi dan mitos bagi melihat ketepatan maknanya agar lebih mudah diyakini dan sesuai dijadikan sandaran pemahaman masyarakat. Kajian mendapati bahawa lirik lagu tersebut adalah merupakan suatu bentuk usaha memberi kesedaran dan pesanan kepada setiap pasangan yang bercinta termasuklah kepada mereka yang bakal mendirikan rumah tangga agar tidak melakukan perkara di luar batas pergaulan

    Penginterpretasian sikap positif dan nilai kemanusiaan dalam sumber pengajaran dan pembelajaran seni bahasa berdasarkan teori relevans: (Interpreting positive attitudes and humanitarian values in language arts teaching and learning materials based on relevance theory)

    No full text
    Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), memasukkan elemen seni bahasa dengan mengekalkan karya sastera dalam silibus pembelajaran. Hal ini kerana seni bahasa atau KOMSAS menjadi alat untuk meneladani sikap positif kepada pelajar. Sifat-sifat positif yang terdapat dalam novel dapat menjadi pengajaran kepada pelajar. Kajian ini bertujuan menganalisis sikap dan nilai kemanusiaan dalam perisitiwa-peristiwa yang terdapat dalam novel seni bahasa untuk diteladani oleh pelajar. Kajian dilakukan menggunakan kaedah kualitatif secara analisis dokumen sepenuhnya. Pengkaji menggunakan pendekatan Teori Relevans (Sperber & Wilson, 1986). Data kajian ini daripada novel Di Sebalik Dinara oleh Dayang Noor (2014). Bagi pembuktian nilai murni yang terdapat dalam novel ini, pengkaji telah menganalisis ujaran daripada watak Marilyn berdasarkan frasa “mendakap anak gadisnya, “sayang kamu”, “tidak mahu kehilangan kamu” dan “kucupan hangat”. Dengan bantuan analisis Teori Relevans (TR) dan Rangka Rujuk Silang (RRS), dapat membuktikan perwatakan Marilyn ialah seorang ibu yang sangat menyayangi dan merindui anaknya yang telah lama terpisah. Penggunaan leksikal seperti “mendakap”, dan frasa “tidak mahu kehilangan kamu lagi” dan “sayang kamu” dapat memberi kesan kognitif sedia ada dalam diri pelajar. Berdasarkan implikatur yang terhasil pelajar dapat memahami sikap positif dan nilai kemanusiaan yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam ujaran yang digunakan. Kajian ini mendapati ujaran-ujaran yang terdapat dalam setiap peristiwa dalam novel dapat menimbulkan pelbagai andaian dan kesan kognitif kepada pelajar. Hasil kajian menjelaskan terdapat sikap positif dan nilai kemanusiaan dalam diri “Mummy” iaitu nilai kasih sayang. Sikap positif dan nilai kemanusiaan iaitu sifat kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya ini dapat dijadikan teladan kepada pelajar kerana kasih sayang sangat penting dalam hubungan kekeluargaan

    Kuasa dan ideologi visual satira politik dalam media sosial: Kajian berpandukan wacana kritis dan semiotik sosial: (Power and ideology of visual political satire in social media: Study on critical discourse analysis and social semiotics)

    No full text
    Sumber visual pada masa kini telah dijadikan sebagai satu bentuk penyampaian dan komunikasi politik yang berkesan. Kepelbagaian visual khususnya satira politik di Malaysia dilihat sebagai ruang untuk membentuk cakna khalayak terhadap sumber ini. Kajian melibatkan satira visual dalam penelitian kuasa dan ideologi jarang diketengahkan oleh para sarjana memandangkan terdapat sensitiviti tertentu dalam menyuarakan pandangan. Kajian ini meneliti kuasa dan ideologi di sebalik visual satira politik Malaysia di media sosial. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan kualitatif berdasarkan analisis kandungan visual. Media sosial ‘X’ dijadikan sumber data visual satira politik diperoleh. Penyesuaian teori pula mengguna pakai Analisis Wacana Kritis oleh Fairclough (1995; 2006) dan Teori Semiotik Sosial oleh Kress dan Leuween (1996). Dengan gabungan dan penyesuaian kedua-dua teori ini, kuasa dan ideologi visual dapat dirungkaikan sebaiknya. Hasil kajian mendapati bahawa penghasilan visual satira politik di Malaysia sememangnya mempengaruhi satira yang diketengahkan melalui kuasa dan ideologi di media sosial. Pembinaan kuasa dan ideologi secara visual satira juga dilihat sebagai satu dominasi kritik yang berkesan untuk menyuarakan apa-apa pandangan dalam senario kepolitikan. Oleh itu, kajian ini memberi pengetahuan dan kefahaman tentang kuasa dan ideologi di sebalik visual satira politik dalam konteks politik di Malaysia berpandukan wacana kritis dan semiotik sosial

    MALAY FOLK SONGS IN PRESCHOOL EDUCATION:A MEDIUM FOR THE FORMATION OF MALAY IDENTITY

    No full text
    Learning through music has been proven to greatly aid in the development of moral values among preschool children. This study aims to examine the extent to which Malay identity is instilled through Malay folk songs. The research was conducted in three preschools located in the Bachok district of Kelantan. Ten songs were selected as samples for this study. The focus is on the development of children\u27s attitudes and social cognition, based on the Behaviourism Theory by Skinner (1953) and Social Cognitive Theory by Bandura, A. (1962), and their relationship with the Characteristics of Malay Identity as introduced by Teuku Luckman (1990). The research design employed is qualitative in nature. The methods used include interviews, observations, and data analysis. The informants for the in-depth interviews in this study were three preschool teachers in Bachok, Kelantan. The findings highlight that Malay folk songs not only possess a unique personal aura behind the aesthetics of their melodies and lyrics, but also have the ability to engage children in developing the foundational aspects of Malay identity in their attitudes and actions. This study recommends that research on Malay folk songs needs to be further enhanced, not only to nurture a sense of identity among children, but also to strengthen their psychological resilience in facing the challenges of globalization and new media, which contribute to identity crises among today’s yout

    DESIGN AND EVALUATION OF A 2D EDUCATIONAL GAME ON MALAYSIAN CULTURAL HERITAGE: TRAVEL GAME – HERITAGE QUEST JOURNEY TO THE PAST

    No full text
    This study presents the design, development, and evaluation of Travel Game: Heritage Quest – Journey to the Past, a 2D educational game created to enhance awareness of Malaysia’s tangible cultural heritage, particularly the Lenggong Valley and the Perak Man. Developed using the open-source Godot Engine (v4.0) and guided by the Agile methodology, the project integrates interactive storytelling, puzzles, and non-playable character (NPC) dialogues to promote heritage learning through exploration and problem-solving. A total of 21 participants, including students and general users, took part in usability testing via online playthroughs and post-game surveys. Quantitative results indicated high usability and engagement scores (mean ≥ 4.6/5), while qualitative feedback revealed strong appreciation for the game’s visual design, narrative structure, and cultural content. Participants also demonstrated improved understanding of Malaysian prehistoric heritage after gameplay. These findings suggest that serious games can effectively complement heritage education by transforming passive learning into interactive, meaningful experiences. The study contributes to the growing body of digital heritage learning by offering a localized, culturally contextualized model for integrating educational games into both academic and tourism settings

    EMBEDDING SUSTAINABILITY IN CULTURAL EVENTS: INSIGHTS FROM THE PENANG GEORGE TOWN FESTIVAL

    No full text
    This study investigates how environmental, social, and economic sustainability initiatives influence participant satisfaction and experience at the Penang George Town Festival (PGTF), a leading cultural heritage event in Malaysia. Guided by Sustainable Development Theory and the Triple Bottom Line (TBL) framework, the research adopts a quantitative, participant-centered approach to evaluate how attendees perceive and respond to sustainability efforts. Using structured surveys, data were collected from 150 participants and analysed through descriptive statistics, reliability testing, and Pearson correlation analysis. The findings reveal that all three sustainability dimensions significantly affect participant satisfaction, with social sustainability notably cultural inclusivity and community engagement emerging as the strongest predictor (r = 0.68, p < .001). Environmental (r = 0.61) and economic (r = 0.54) sustainability also show meaningful positive impacts. These results affirm that sustainability practices are not only operational imperatives but also critical experiential drivers in cultural events. The study contributes to the limited empirical evidence from Southeast Asian contexts and highlights the need for holistic, multidimensional sustainability strategies in festival planning. The insights derived are particularly valuable for festival organizers, destination managers, cultural policy-makers, and local community stakeholders seeking to enhance event quality, promote inclusive development, and strengthen tourism resilience

    DESIGNING FOR EMOTIONAL WELL-BEING: A KANSEI-BASED APPROACH TO DEVELOPING A MENTAL HEALTH APP FOR UNIVERSITY STUDENTS

    No full text
    University students experience increasing mental health difficulties because of academic load, emotional shifts, and limited access to personalised wellness resources. This paper presents MoodBloom, a mobile mental health application designed with Kansei Engineering (KE), a methodology that converts feelings into specific design specifications. The study used a three-stage Kansei process — Kansei Research, Kansei Analysis, and Product Design — to integrate functional demands with emotional design components. During early development, a formative evaluation was conducted to understand expert perceptions of functional usability of the Moodbloom prototype through task-based testing. The summative evaluation used a high-fidelity prototype with 35 university students to validate the application’s emotional effectiveness and assess the presence and strength of each Kansei element in the user experience. The study identified seven Kansei elements—calm, supportive, reassured, peaceful, comforted, joyous, and connected—and applied them as evaluation criteria. Results demonstrated that MoodBloom\u27s design effectively produced a digital space that is not only useful in a functional sense but also emotionally calming and resonant. The evaluation confirmed that all seven Kansei elements were consistently present and effectively expressed in the app\u27s design. The research shows the need for emotionally sensitive design in preventive mental health aids. It provides a framework for future development in higher education settings, despite being restricted to a non-clinical student population

    ASSESSING THE IMPACT OF ECONOMIC POLICIES ON UNEMPLOYMENT: A BIBLIOMETRIC PERSPECTIVE

    No full text
    This study examines the evolution and current state of research on economic policies and unemployment through a comprehensive bibliometric analysis to identify research patterns, influential contributions, and emerging trends. The investigation analyzes 867 publications from Scopus and Web of Science (WoS) databases (1966-2024) using ScientoPy for bibliometric analysis and VOSviewer for network visualization, encompassing publication patterns, citation analysis, institutional contributions, subject areas, and keyword analysis. Results reveal contrasting database dynamics, with WoS demonstrating growth (AGR: 3%, ADY: 30) despite fewer publications (379), while Scopus maintains broader coverage (488 publications) despite negative growth (AGR: -1%). Business and Economics emerges as the dominant discipline with 357 publications. The International Labour Review leads source of publications with 16 papers, while Gordon (1997) represents the most influential work with 326 citations. The study\u27s reliance on Scopus and WoS databases creates potential Western-centric bias, particularly evident in the geographical concentration of European and Australian institutions. This analysis provides strategic insights for researchers and policymakers while highlighting opportunities for geographical diversity and interdisciplinary approaches, emphasizing the need to incorporate regional databases and emerging themes, especially in digital labor markets and post-pandemic employment patterns

    INTERVENSI KAUNSELING DALAM MENANGANI ISU TINGKAH LAKU SEKSUAL DALAM KALANGAN REMAJA (Counseling Interventions in Addressing Sexual Behavior Issues among Adolescents)

    No full text
    Masalah tingkah laku seksual dalam kalangan remaja adalah isu yang semakin membimbangkan di mana ia mempengaruhi kesejahteraan mental dan fizikal serta masyarakat secara keseluruhan. Intervensi kaunseling memainkan peranan penting dalam menangani isu ini dengan menyediakan sokongan psikososial dan pendidikan yang diperlukan untuk mengubah tingkah laku seksual yang berisiko. Program intervensi kaunseling yang efektif tidak hanya memberikan maklumat mengenai risiko dan tanggungjawab seksual, tetapi juga menawarkan sokongan emosi yang diperlukan untuk membuat perubahan yang berterusan. Pendekatan yang melibatkan remaja secara aktif melalui perbincangan interaktif dan latihan praktikal membantu mereka memahami dan mengatasi tekanan sosial yang mendorong tingkah laku seksual berisiko. Berdasarkan kajian-kajian lepas, matlamat artikel ini adalah untuk berkongsi maklumat berkaitan senario yang berlaku dalam kalangan remaja pada masa kini. Perbincangan ini juga akan menumpukan dapatan kajian lepas berkaitan dengan tingkah laku seksual dalam kalangan remaja di samping berkongsi pandangan yang merangkumi isu – isu semasa intervensi kaunseling yang melibatkan golongan remaja bagi menangani isu seksualiti ini.  Kata kunci: Tingkah laku seksual, remaja, intervensi kaunseling. ABSTRACT  Sexual behavior problems among adolescents are an increasingly concerning issue, as they impact both mental and physical well-being as well as society as a whole. Counseling interventions play a vital role in addressing this issue by providing the necessary psychosocial and educational support to change the risk of sexual behavior. Effective counseling intervention programs not only provide information about sexual risks and responsibilities but also offer the emotional support needed to make lasting changes. Approaches that actively engage adolescents through interactive discussions and practical training help them understand and overcome the social pressures that lead to risky sexual behaviors. Based on previous studies, the aim of this article is to share information regarding the current scenarios faced by adolescents. This discussion will also focus on past research findings related to adolescent sexual behavior while offering insights into current issues surrounding counseling interventions targeted at adolescents to address matters of sexuality.

    FAKTOR DAN CABARAN DALAM MENANGANI MASALAH SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA DI KAWASAN PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (PPR): KAJIAN KES DI LEMBAH SUBANG 1 DAN 2 (Factors and Challenges in Addressing Social Problems among Adolescents in the Public Housing Program (PPR) Area: Case Study in Subang Valley 1 and 2)

    No full text
    Masalah sosial sering dikaitkan dengan kemiskinan, jenayah dan fenomena sosiobudaya yang menghalang masyarakat daripada mengecapi potensi maksima mereka. Artikel ini membincangkan tentang faktor dan cabaran dalam menangani masalah sosial dalam kalangan remaja di Program Perumahan Rakyat (PPR) di Lembah Subang 1 dan Lembah Subang 2. Seramai 250 orang responden terlibat dalam kajian ini dengan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu melalui pengedaran soal selidik. Analisis data menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) melalui ujian deskriptif. Secara keseluruhannya, penemuan kajian ini mendapati bahawa terdapat pelbagai faktor yang mendorong remaja mengalami masalah sosial seperti faktor kewangan, faktor persekitaran, faktor diri sendiri dan juga faktor keluarga. Selain itu, dari aspek cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa dalam menangani gejala sosial ini adalah seperti kurangnya pengawasan daripada ibu bapa, anak yang sering memberontak, masalah ekonomi yang dihadapi, perbezaan budaya dan nilai serta pergaulan ibu bapa dan anak yang semakin terhad. Berdasarkan dapatan kajian ini, beberapa langkah yang relevan seperti memperkasakan penguatkuasaan undang-undang, melakukan kempen-kempen kesedaran dan keperluan ibu bapa meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak. Kata Kunci: Faktor, cabaran, strategi, PPR, masalah sosial remaja. ABSTRACT Social problems are often associated with poverty, crime, and sociocultural phenomena that hinder communities from reaching their full potential. This article discusses the factors and challenges in addressing social issues among adolescents living in the Public Housing Program (PPR) in Lembah Subang 1 and 2. A total of 250 respondents participated in this study, which employed a quantitative method through the distribution of questionnaires. Data analysis was conducted using the Statistical Package for Social Sciences (SPSS) through descriptive testing. Overall, the findings indicate that various factors contribute to adolescents experiencing social problems, including financial constraints, environmental influences, personal factors, and family-related issues. In addition, challenges faced by parents in addressing these social issues include lack of parental supervision, rebellious behavior among children, economic difficulties, cultural and value differences, as well as increasingly limited parent-child interactions. Based on the findings, several relevant measures are recommended, such as strengthening law enforcement, conducting awareness campaigns, and encouraging parents to spend more quality time with their children.

    0

    full texts

    3,544

    metadata records
    Updated in last 30 days.
    UUM e-journals System (Universiti Utara Malaysia)
    Access Repository Dashboard
    Do you manage Open Research Online? Become a CORE Member to access insider analytics, issue reports and manage access to outputs from your repository in the CORE Repository Dashboard! 👇