Ulum Islamiyyah - The Malaysian journal of Islamic sciences
Not a member yet
323 research outputs found
Sort by
Transformasi Mahkamah Syariah di Malaysia: Keperluan Kajian Semula Terhadap Bentuk Hukuman Bagi Kes-Kes Jenayah Syariah: [Transformation of the Syariah Court in Malaysia: Reassessing Sentences in Syariah Criminal Offences]
Artikel ini membincangkan tentang keperluan untuk mentransformasikan bentuk hukuman di Mahkamah Syariah. Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 1984)[Akta 355] memperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah dibenarkan menjatuhkan hukuman maksimum RM5000.00 denda, atau penjara maksimum 3 tahun atau sebatan 6 kali ataupun gabungan antara hukuman-hukuman berkenaan. Kesemua kesalahan dan hukuman yang disebutkan ini adalah termasuk di dalam konsep takfir yang ditentukan oleh pemerintah dalam konteks kes-kes jenayah syariah. Undang-undang ini sebenarnya telah pun telpakai sejak lebih 35 tahun tanpa mengalami sebarang pindaan. Di dalam Fiqh Islam, pindaan dan penambahbaikan terhadap sesuatu undang-undang yang berbentuk Takzir adalah perlu bagi membolehkan undang-undang tersebut sentiasa relevan dan mampu menangani permasalahan yang berlaku di dalam sesebuah masyarakat dan negara berkenaan.This article discusses on the need to transform and diversify the forms of punishment in the Syariah Court. The Syariah Court Act (Criminal Jurisdiction) 1965 (Amendment 1984) [Act 355] provides that Syariah Court could inflict a maximum of RM5000.00 fine, maximum of 3 years imprisonment or 6 lashes or combination thereof all of which fall under Takzir category; legislated by the government for the Syariah Criminal cases. These provisions have been in use for over 35 years in Malaysia without any modifications. In Islamic Fiqh, the law related to Takzir must always be reviewed to ensure that it relevant to suit with current problems of the society and the nation
Kaedah Soal Jawab Dalam Pengajaran Imam Abu Anifah : Satu Analisis Perbandingan: [Questioning Method in Imam Abu Hanifah\u27s Teaching : A Comparative Analysis]
Kaedah pengajaran merupakan antara elemen penting dalam bidang pendidikan. Ia amat berkait rapat dengan usaha ke arah merealisasikan pendidikan berkualiti dan pengajaran yang berkesan. Makalah ini membincangkan soal jawab sebagai salah satu kaedah pengajaran Abu Anifah. Hal ini diteliti berdasarkan karya dan amalan behalf dalam bidang pengajaran. Makalah ini mendapati bahawa pandangan dan amalan Abfi Anifah berkenaan kaedah soal jawab adalah selaras dengan tradisi Islam yang digagaskan dalam al-Quran, al-Sunnah dan amalan para Sahabat. Kaedah soal jawab ini juga kemudiannya turut dikembangkan oleh para sarjana Islam selepas beliau.Method of teaching is an important element in the process of education. It is closely related to the effort towards a realization of quality education and effective teaching. This article presents the questioning method as one of the teaching method employed by Abfi Hanifah. The discussion is based on a selection of his treatises and his teaching practice thereof. This article found that the questioning method according to Abu Hanifah is in accordance with the Islamic tradition which is derived from al-Quran, al-Sunnah and the practice of the Companions. It is developed later by the scholars of Islam
Analisis Kontrastif Hubungan Kata Kerja Transitif dan Objek Dalam Bahasa Arab dan Bahasa Melayu: [Contrastive Analysis of The Relationship Between Transitive Verbs and Objects in Arabic and Malay Language]
Pengetahuan dan pengalarnan bahasa pertama sering digunakan oleh pelajar semasa mempelajari bahasa asing/kedua. Perbezaan dan persamaan kedua-dua bahasa ibunda dan sasaran memberi implikasi positif dan negatif terhadap pembelajaran bahasa asing/kedua. Artikel ini memerihalkan suatu analisis kontrastif terhadap hubungan kata kerja transitif dan objek dalam bahasa Arab dan Melayu. Struktur dan elemen bagi aspek tatabahasa dalam kedua-dua bahasa tersebut telah dikaji. Analisis kontrastif menunjukkan terdapat beberapa persamaan seperti kata kerja bahasa Arab dan Melayu boleh ditransitifkan melalui penambahan imbuhan; kata kerja transitif yang melampaui kepada dua objek dalam bahasa Arab dan Melayu memerlukan kepada objek tepat dan objek sipi; dan objek di dalam frasa kerja aktif asalnya terletak di akhir ayat. Antara perbezaan yang dikenal pasti adalah pentransitifan kata kerja bahasa Arab kebiasaannya menerima imbuhan awalan atau dalaman sedangkan kata kerja bahasa Melayu menerima imbuhan awalan sahaja, atau awalan dan akhiran sekali gus; kata kerja transitifbahasa Arab boleh melampaui kepada tiga objek dan is tidak berlaku dalam bahasa Melayu; dan alamat i\u27rab dalam bahasa Arab memainkan peranan penting untuk membezakan objek daripada unsur-unsur bahasa yang lain, sedangkan penentuan objek dalam bahasa Melayu dibuat melalui makna perkamusan dan gaga bahasa. Hasil kajian telah membawa kepada implikasi pedagogikal seperti keperluan perkongsian maklumat analisis dengan pelajar, penyusunan bahan pengajaran, dan pengemaskinian kaedah pengajaran berdasarkan keputusan analisis.Knowledge and experience in the first language are often used by students in learning foreign/second language. The differences and similarities of both native and target languages have resulted in positive and negative implications on learning a foreign/second language. This paper describes a contrastive analysis on the relationship between transitive verbs and objects in Arabic and Malay languages. The structure and element from the grammatical aspect in both languages have been studied. Contrastive analysis showed that there are several similarities such as the verbs for Arabic and Malay languages can be made transitive through the addition of prefixes and suffixes; transitive verbs that require two objects in Arabic and Malay languages need direct object and indirect object; and the object in the original active verb phrase is placed at the end of the sentence. Among the differences identified is that the transitivisation of verbs in the Arabic language usually involves adding prefixes or infixes whereas for the verbs in Malay language it only involves adding the prefixes, or prefixes and suffixes at same time; transitive verbs in the Arabic language could require three objects and this does not happen in Malay language; the i\u27rab address (flexi) in Arabic language plays an important role in differentiating objects from elements of other languages, while determining objects in Malay language is done through the meaning of lexicography and language style. Findings of the study led to pedagogical implications such as the need for sharing of analysis information with students, compilation of teaching materials, and updating teaching methods based on analysis outcomes