USM Journal Management System (Univ. Sains Malaysia)
Not a member yet
2330 research outputs found
Sort by
Feminist Translation Strategies in Children’s Literature: A Case Study of Helen Wang’s Translation of Bronze and Sunflower
In recent years, children’s literature has gained researchers’ attention as a secondary genre. Expounding on the (secondary) status of women, translators, and children’s literature, this study draws on how female translators address the translation of children’s literature by analyzing Helen Wang’s renowned Chinese-English translation of Bronze and Sunflower. There are many studies on this translation from different perspectives, which includes translation strategies. Nevertheless, few studies have approached translation strategies from the lens of feminism. Hence, the present article aims to address two issues by taking Helen Wang’s translation as a case study:1) What feminist strategies did Wang employ when translating this book? 2) Did Wang hereby display feminist consciousness? To this end, Delabastita’s (1993) taxonomy on translation strategies was adopted to analyze the parallel corpus selected from the original work and its translated version. Overall, the analysis uncovered evidence of the use of these five strategies: substitution, repetition, deletion, addition, and permutation, which suggests that Helen Wang had a feminist approach while translating. Through these feminist translation strategies, she intervened in girls’ passive image and women’s secondary status, and erasing the values they violate, hence the demonstration of her feminist consciousness. This study may lead to a greater focus on feminist translation strategies in children’s literature, with its findings providing a reference for researchers in translation as well as for translators of children’s literature. Suggestions for future research are outlined at the end of the article
The Use of Polysemy and Footnote in Preserving the Artistic Conception in English Translations of Classical Chinese Poems
The difficulty of translating classical Chinese poetry into English is mainly related to the background differences between Chinese and Western cultures. In literary translation, especially poetry, translating thoughts and emotions in classical Chinese that preserve the artistic conception of the source text could be one of the main challenges that literary translators face. In this study, Yan Fu\u27s translation theory was employed to analyze the translations of classical Chinese poetry and identify the dominant principle in translating classical Chinese poetry to English. Ten classical Chinese poems were selected purposefully to describe the translatability features of the classical Chinese poems into English qualitatively. The artistic conception and polysemes were analyzed and exemplified to explore how they were portrayed. Descriptions of how footnotes were used in creating the artistic conception in the English translation of the selected classical Chinese poems were provided. The findings indicated that the use of polysemy and footnotes can help to maintain the artistic conception in the English translations of classical Chinese poetry. Application of Yan Fu\u27s translation theory may enhance the quality of translated classical Chinese
Technology Integration in ESL Classroom: Advantages and Challenges
This study aims at identifying the emerging trends of technology integration, and the potential advantages and contributing obstacles in the domain of English as a second language (ESL) learning and teaching. The advantages of technology integration in ESL learning were examined in the Pakistani context. The data was collected from 10 ESL teachers through semi-structured interviews. This qualitative study employed a thematic analysis technique to figure out the advantages and obstacles of using technology among participants. The findings of the study shed light on some advantages including opportunities to take online tests and quizzes, the ability to answer the question immediately, to improve grades in English tests and assignments, to foster collaboration and independent learning, and to improve English language in terms of receptive and productive skills. However, the current study also highlights some obstacles in relation to technology integration in ESL learning such as the evolutionary nature of technology, appropriateness of tools in use, availability of the resources, and familiarity with the rapid technological advancements
Falsafah dan Etika Penggunaan Air dari Perspektif Islam
Air merupakan anugerah Allah SWT yang amat berharga dan memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian manusia. Tanpa kehadiran air, kehidupan manusia akan menjadi porak-peranda. Dari perspektif Islam, air bukan sekadar dilihat sebagai entiti fizikal semata-mata, tetapi ia juga mempunyai nilai intrinsik falsafah dan etika yang mendalam. Konsep kewujudan air merangkumi pelbagai lapisan sumber kehidupan, sebagai lambang kesucian, petanda rahmat Allah SWT, dan juga penyumbang kepada keseimbangan alam. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif berasaskan analisis kandungan bagi menghuraikan falsafah, prinsip dan etika penggunaan air dari sudut perspektif Islam. Hasil kajian menunjukkan bahawa Islam menekankan kepentingan air dan meletakkan air sebagai elemen penting dalam kelangsungan hidup dan ibadah. Dari sudut etika, Islam meletakkan panduan yang jelas tentang penggunaan air, di mana pembaziran air (israf) adalah dilarang keras, walaupun dalam keadaan air yang banyak. Selain itu, Islam juga menekankan kepentingan menjaga kebersihan air, melarang pencemaran, menggalakkan perkongsian sumber air secara adil, serta menegah amalan monopoli. Prinsip ini selari dengan maqasid syariah yang bertujuan melindungi nyawa dan kesihatan manusia. Kajian ini menunjukkan bahawa falsafah dan etika penggunaan air dalam Islam adalah bersifat holistik, iaitu menggabungkan aspek spiritual, moral, dan praktikal dalam pengurusan sumber air
Keseimbangan Dakwah Terhadap Saudara Baru Dan Golongan Asnaf Di Malaysia: Satu Tinjauan Dari Perspektif Psikologi
Istilah saudara baru dan golongan asnaf tidak asing lagi di Malaysia. Mereka merujuk kepada kelompok minoriti yang wajar diberikan keutamaan dalam agenda dakwah tanah air. Langkah memperkukuhkan bantuan dan bimbingan kepada mereka adalah penting sama ada dari sudut keagamaan mahupun dari aspek kelangsungan hidup. Saudara seagama harus tampil ke hadapan dan memberi sokongan penuh kepada mereka dengan apa jua cara yang boleh. Usaha dakwah yang terhad ditambah pula dengan isu kemiskinan menjadi antara persoalan yang sering dibangkitkan dalam kalangan para sarjana. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengkaji keseimbangan pendekatan dakwah kepada saudara baru dan golongan asnaf di negara kita dari perspektif psikologi. Pengumpulan data secara kualitatif telah disempurnakan dengan menjalankan kajian literatur dan dokumentasi maklumat daripada perpustakaan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pembawakan dakwah terhadap saudara baru perlu sentiasa diseimbangkan dengan penyampaian dakwah terhadap golongan asnaf. Pendekatan dakwah terhadap saudara baru dan golongan asnaf amat berpotensi untuk membangunkan sudut psikologi mereka. Kajian mengenai dakwah dan psikologi ini akan dapat dimanfaatkan oleh para sarjana dan pengkaji dakwah pada masa hadapan bagi memastikan kewajipan berdakwah kepada saudara baru dan usaha membantu golongan asnaf di negara kita akan sentiasa berada dalam fasa kemajuan
Naratif Barat dan Interpretasi Timur: Evolusi Eurosentrisme dalam Kajian Orientalis
Eurosentrisme merupakan suatu ideologi yang mengutama dan mengagungkan sejarah, kebudayaan dan ketamadunan Eropah sebagai indikator utama dalam menilai peradaban lain, khususnya peradaban dunia Timur. Ideologi ini berkembang pesat pada abad ke-19 Masihi dan menjadi asas dalam penulisan Orientalis dengan memberi sudut pandangan Barat yang bersifat prejudis, cenderung merendahkan tamadun Timur dan membentuk stereotaip yang tidak tepat terhadap masyarakat dan budaya Timur. Dengan itu, kajian kepustakaan dijalankan bagi meneliti meneliti perkembangan ideologi Eurosentrisme dalam membentuk naratif dan tanggapan terhadap masyarakat Timur serta kesannya dalam bidang akademik dan hubungan antara tamadun. Kajian ini mendapati bahawa penulisan para Orientalis telah tersebar luas dalam wacana akademik dan memainkan peranan utama dalam membentuk stereotaip serta tanggapan yang tidak tepat terhadap masyarakat, tamadun dan kebudayaan Timur. Sehubungan itu, para sarjana perlu lebih peka dan mendalami aspek sejarah, pemikiran dan sistem nilai masyarakat, peradaban serta kebudayaan Timur melalui sumber-sumber yang lebih autentik dan berautoriti tanpa bergantung kepada penulisan Orientalis semata-mata
Peranan MMi Care Association dalam Pembangunan Keperibadian dan Keprofesionalan Wanita Muda India di Malaysia, 2000-2010
Pertubuhan-pertubuhan bantu mandiri wanita muncul sebagai aktor sosial atau sebagai agen yang aktif dalam memperjuangkan isu-isu yang berkaitan dengan gender dan hak wanita. Artikel ini bertujuan untuk mengkaji peranan pertubuhan MMi Care Association yang ditubuhkan pada tahun 2003, sebuah pertubuhan bantu mandiri yang ditubuhkan khas untuk membawa perubahan dalam diri serta perwatakan wanita India terutamanya gadis-gadis muda India dalam lingkungan umur 17 hingga 30 tahun. Terdapat beberapa isu yang telah dikenal pasti yang menjadi penghalang kepada wanita muda India mengorak langkah ke hadapan. Isu-isu seperti warna kulit, isu agama dan bahasa, masalah seksual, kehamilan zaman remaja, peningkatan kes perceraian dan ibu tunggal menjadi kekangan kejayaan wanita India di Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji peranan yang telah dimainkan oleh MMi Care Association dalam pembangunan keperibadian dan keprofesionalan wanita muda India di Malaysia. Kajian ini juga akan menilai keberkesanan program yang telah dijalankan serta menganalisis masalah, kekangan serta cabaran yang telah mereka lalui sepanjang tempoh perancangan dan perlaksanaan inisiatif-inisiatif ini. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah pendekatan kualitatif dan sejarah lisan. Pendekatan sejarah lisan digunakan bagi mengutip memori dan pengalaman peribadi mereka yang telah terlibat secara langsung dalam pertubuhan bantu mandiri ini. Dapatan kajian mendapati usaha-usaha yang dilakukan oleh MMi Care Association merupakan satu pendekatan jangka panjang ke arah memperkaya budaya dan penampilan moden wanita India kurun ke-21. Pertubuhan ini menggalakkan pembangunan dari aspek keyakinan diri, penghargaan kendiri, kemampuan bersaing, sensitif terhadap budaya dan akhir sekali keinginan untuk membantu wanita muda India yang lain di negara ini.
Kata Kunci: MMi Care Association, penindasan, sejarah lisan, keprofesionalan, keperibadia
Peranan Masyarakat Arab Terhadap Ekonomi Kolonial di Singapura: Antara Implikasi dan Perspektif British, 1820-1940
Kajian ini membincangkan perkembangan ekonomi Singapura setelah wilayah ini ditadbir oleh British dengan memberi tumpuan terhadap aspek peranan masyarakat Arab tempatan dalam tempoh 1820 hingga 1942. Berdasarkan kepada kajian yang dilakukan, penglibatan masyarakat Arab dalam ekonomi Singapura berjaya menjadikan wilayah ini sebagai pelabuhan yang pesat untuk kegiatan perdagangan, sekali gus berjaya menjadikan ekonomi Singapura antara ekonomi terbesar dunia dalam tempoh tersebut. Kajian ini ditulis dengan menggunakan sumber primer dari The National Archives, Kew, London sebagai sumber utama penulisan. Selain itu, penulisan turut menggunakan dokumen dari Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia, terutamanya yang melibatkan catatan oleh individu yang terlibat secara langsung seperti Hikayat Abdullah oleh Abdullah Munsyi bagi mendapatkan kesinambungan dengan dokumen sumber primer tersebut. Dapatan hasil kajian ini merumuskan peranan utama yang dilakukan oleh masyarakat Arab tempatan melalui penglibatan ekonomi di Singapura adalah sebagai pengusaha komoditi, pemodal dan pelabur kerajaan. Kedua-dua peranan ini memberi impak yang besar terhadap kemajuan ekonomi Singapura, terutamanya perkara yang melibatkan kepesatan perdagangan dari Timur Tengah dan Eropah. Selain itu, dapatan kajian ini turut membincangkan perspektif British terhadap masyarakat Arab tempatan berdasarkan kepada penglibatan komuniti itu terhadap ekonomi Singapura.
Kata kunci: Singapura; British; ekonomi; Arab; perdagangan; kolonia
The Influence of Mentifact and Sociofact on The Design and Meaning of Rifa’iyah Batik Motifs for Wedding Ceremonies
The Rifa’iyah community in Kalipucang Wetan Village, Batang Regency, follows the teachings of Kyai Haji (KH) Ahmad Rifa’iyah (1789–1871 CE). Before 1999, they lived in isolation due to accusations of heresy, requiring them to be entirely self-sufficient. This community adheres strictly to Rifa’i teachings in all aspects of life, including batik production. Their batik motifs reflect the Rifa’i prohibition against depicting living beings, such as animals. Women exclusively produce Rifa’iyah Batik, which holds significant cultural value in key life stages, including birth, marriage, and death. Traditionally, young women engaged in batik-making while awaiting marriage proposals and prepared multiple batik pieces for wedding ceremonies, including “seserahan” (dowry exchange) and “akad nikah” (marriage contract). This study examines the intersection of mentifact (Rifa’i teachings), sociofact (community customs), and artefact (Rifa’iyah Batik used in wedding rituals). Mentifacts represent a culture’s ideology, values, and beliefs, while sociofacts refer to the social structures and customs shaping behaviour. In this context, artefacts are human-made objects that address practical and symbolic needs. This study employs a qualitative descriptive approach to gather data through observations, interviews with batik artisans and experts, and a literature review. It uses social semiotics to interpret Rifa’iyah wedding batik as a text composed of signs whose meanings are shaped by the community’s social codes. The findings reveal that artefacts and sociofacts within the Rifa’iyah community influence the visual elements and meanings of batik, emphasising values of loyalty, unity, sincerity, and resilience in marriage
Climate Change in Sri Lanka\u27s Central Province: A Comprehensive Analysis of Multiple Models Across Various Shared Socio-Economic Pathways
Climate change has emerged as a critical issue that demands the attention of global communities, becoming a primary concern for many nations. Sri Lanka\u27s Central Province is particularly vulnerable to these shifts. This study aims to outline the expected patterns of temperature and rainfall in the Central Province under different climatic scenarios, using various models across diverse socio-economic pathways. The data for this analysis were obtained from the global coordination system established by the Coupled Model Intercomparison Project Phase 6. Utilizing carbon emission scenarios SSP2-4.5 and SSP5-8.5, a range of models were examined, and overarching conclusions were drawn using MiniTab 17 software. Under the SSP2-4.5 scenario, the consolidated results from the various models suggest that the average projected temperature for the Central Province from 2020 to 2100 will rise by 1.17°C, with May identified as the warmest month, experiencing a temperature increase of 1.33°C. Average rainfall is expected to increase by 105.56 mm, with November showing the most significant rise at 124.62 mm. In the context of the SSP5-8.5 scenario, the combined results indicate that the average temperature is projected to rise by 1.94°C during the same period, with May again exhibiting the highest temperature increase at 2.17°C. Average rainfall is expected to increase by 125.01 mm, with November encountering the greatest uplift at 184.77 mm. By understanding the projected temperature and rainfall changes in the Central Province, sustainable development in the region can be strengthened, thereby contributing to Sri Lanka\u27s broader economic advancement