2882 research outputs found
Sort by
Mengkaji Persepsi Pelajar Mengenai Kandungan Inovasi Animasi 2D Dalam Kursus Pengenalan Kepada Kejuruteraan.
Melihat taraf sistem pendidikan di Malaysia yang semakin rancak pencapaiannya bagi generasi sekarang pada ketika ini, permasalahan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) berjaya diatasi dengan menggunakan kaedah multimedia yang kini telah dianggap sebagai salah satu kaedah teknologi yang amat penting. Multimedia dapat dirumuskan sebagai wadah atau pernyatuan beberapa media yang kemudian didefinisikan sebagai elemen pembentukan multimedia. Oleh itu, multimedia adalah gabungan antara grafik, teks, animasi, video dan bunyi. Animasi adalah variasi multimedia. Multimedia membantu menyediakan bahan-bahan pendidikan, membuat persembahan hiburan, pengiklanan dan banyak lagi. Secara keseluruhan, multimedia sangat interaktif dan merupakan kaedah yang berkesan untuk menyampaikan maklumat. Oleh itu, bidang pendidikan dilihat sebgai salah satu bidang yang paling layak menggunakan teknologi maklumat. Penggunaan animasi dalam bidang pendidikan membolehkan konsep yang kompleks dapat disampaikan secara visual dan dinamik dengan mudah supaya mudah difahami dan diingati oleh pelajar (Jamalludin 2003). Tujuan kajian ini adalah untuk Mengkaji Persepsi Pelajar Mengenai Kandungan Inovasi Animasi 2D Dalam Kursus Pengenalan Kepada Kejuruteraan. Kajian ini menggunakan kaedah teknik pengumpulan data melalui kaji selidik, pemerhatian dan sumber rujukan serta soal selidik. Oleh itu, kajian yang dibuat ini juga merupakan salah satu pendekatan yang berkesan Dengan adanya cara baru terhadap penyampaian yang baru, para pelajar atau pengajar mungkin juga akan meningkatkan lagi mutu pendidikan negara kearah yang lebih baik. Mungkin sebelum ini ada pengajar yang terlepas pandang atau tidak tahu akan medium animasi ini boleh dijadikan sebagai salah satu teknik yang berkesan dalam kaedah penyampaian pengajaran didalam kelas, tetapi selepas adanya penyampaian pengajaran menggunakan medium animasi yang berkesan didalam kelas, semestinya akan dapat membuka peluang untuk para pengajar lain menceburi teknik ini
Kajian Kandungan Kreatif Dalam Video Pengiklanan Digital Dan Impak Kepada Perniagaan
Kajian ini mengkaji kandungan kreatif dalam video pengiklanan digital dan impak kepada perniagaan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti jenis kandungan kreatif dalam video pengiklanan digital dan mengkaji bagaimana ia menarik penglibatan penonton serta mengetahui bagaimana video yang kreatif dapat memberi impak kepada sesebuah perniagaan. Kajian ini dijalankan berdasarkan sesebuah syarikat yang mengalami masalah dalam pembikinan video pengiklanan digital yang kreatif
Kajian Kritikan Sosial Di Dalam Filem “ Man Laksa”
Sebelum melakukan sesebuah kajian ilmiah, pengkaji hendaklah memahami terlebih dahulu apa yang dikatakan dengan pengertian sesebuah filem sebelum melakukan kajian kes. Dalam penghasilan kajian ini pengenalan bagi satu definisi filem amatlah penting hendaklah diketahui oleh pengkaji kerana ianya merupakan element utama bagi mengetahui sebuah filem. Bagi seseorang dalam penghasilan
filem ialah sesebuah filem itu mampu meninggalkan kesan kepada penonton dan supaya penonton mampu memahami apa yang hendak di sampaikan oleh pengarah. Selain itu, filem ini juga didefinisi merupakan satu medium sebagai media komunikasi audio dan visual yang berperanan untuk di sampaikan kepada masyarakat. Konsep kuasa ini dibincangkan melalui elemen naratif dan struktur
menggunakan pendekatan dekonstruksi Michel Foucault (1970). Menurut Foucault (Power, 2011) "pengetahuan adalah kuasa" yang membawa kepada analisis aspek
filem mengenai kuasa dan pengetahuan yang berkaitan dengan kepentingan nasional dan kelas sosial serta bagaimana kuasa mempengaruhi kehidupan masyarakat Malaysia. Penyalahgunaan kuasa yang mengakibatkan isu sosial dan politik seperti rasuah, masalah pendatang tanpa izin dan kepentingan pendidikan dianalisis melalui unsur naratifnya seperti sudut pandang watak-watak filem. Melalui analisis pada adegan tertentu dalam filem ini adalah bertujuan untuk mengungkap konsep kekuatan yang berbeza yang digambarkan dalam filem tersebut
Kritikan Watak Dan Perwatakan Dalam Filem “Jagat” (2015)
Kajian ini dijalankan untuk membuat satu kajian mengenai satu kritikan terhadap tahap kesesuaian watak dan perwatakan dalam filem tempatan “JAGAT” (2015). Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji watak dan perwatakan “Appoy” dalam filem “Jagat” (2015) arahan Shanjhey Kumar Perumal dan menganalisis kesesuaian watak dan perwatakan yang dimainkan oleh pelakon lain. Kajian ini juga akan memberikan satu pendedahan mengenai pemilihan sesebuah watak dan perwatakan adalah amat penting bagi filem. KATA KUNCI : Watak dan Perwatakan, File
Kajian Penjenamaan Semula Reka Bentuk Identiti Korporat Syarikat Fabulove Holding Sdn. Bhd Di Melaka
Penjenamaan semula sangat penting terhadap sesebuah organisasi samaada produk atau perkhidmatan yang disediakan. Kajian ini dilakukan adalah untuk menghasilkan logo baru bagi syarikat Fabulove Holding Sdn. Bhd dan untuk menghasilkan item-item korporat serta pengiklanan yang sesuai untuk syarikat Fabulove Holding Sdn. Bhd. Ia juga bertujuan membuat rekaan baru dan mereka cipta set lengkap identiti korporat bagi syarikat Fabulove Holding Sdn. Bhd. Hal ini kerana logo yang sedia ada agak kurang mendapat sambutan di pasaran. Bukan itu sahaja,item-item identiti korporat juga tidak lengkap dari segi rekaan. Kaedah kajian yang telah dilakukan untuk mendapatkan sumber maklumat yang terperinci melalui, soal selidik,pemerhatian, dan internet. Hasil kajian yang telah diperolehi ialah dapat merekacipta logo Fabulove Holding Sdn. Bhd yang baru dan mencipta satu rekaan untuk diletakkan pada item-item korporat pada organisasi tersebut. Oleh hal yang demikian,kajian ini dapat membantu penyelidik untuk mengetahui konsep utama dan kepentingan penjenamaan semula sesebuah organisasi.
Kata kunci: Penjenamaan semula, identiti korporat, logo, item-item korporat
xi
Rekabentuk Pembungkusan Produk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) Tempatan: Kuih Kapit
Kajian ini adalah mengenai kajian merekabentuk pembungkusan produk perusahan kecil sederhana (PKS) tempatan: kuih kapit. Berdasarkan kajian yang dijalankan terdapat beberapa permasalahan telah ditemui dalam kajian ini antaranya ialah teknik pembungkusan yang kurang menarik dan berkualiti rendah. Berdasarkan pemerhatian yang dijalanan dapat dilihat bahawa pembungkusan produk makanan kuih kapit yang digunakan pada masa kini tidak mempunyai elemen grafik dalam kriteria sesebuah pembungkusan. Penyelidikan ini dibuat dengan tujuan mengenalpasti tahap penerimaan pembungkusan lama dan penggunaan elemen grafik yang berkesan ke atas pembungkusan produk kuih kapit. Persampelan kajian dijalanan secara peringkat umur. Kajian ini berbentuk deskriptif dan ditafsir secara kuantitatif. Pengkaji mendapat maklumat melalui pengedaran borang soal selidik kepada responden secara talian. Dalam borang soal selidik, soalan berdasarkan analisis dapatan kajian, faktor kejelasan penambahbaikan rekabentuk pembungkusan berjaya. Seramai 90% responden jelas tentang masalah pembungkusan sedia ada dan perlu pembungkusan yang baharu dan menarik. Dengan adanya kajian ini, PKS dapat memainkan peranan masing-masing agar masalah ini dapat dikawal bersama-sama dan pembungkusan produk PKS dapat ke peringkat yang lebih tinggi setanding jenama terkenal.
Kata kunci: merekabentuk pembungkusan, PKS, kuih kapi
Kajian Terhadap Penjenamaan Semula Identiti Korporat Syarikat Azkia Printing Trading Di Daerah Lembah Sireh Kota Bharu, Kelantan
Tujuan kajian ini dijanlakan adalah bertujuan untuk penjenamaan semula bagi syarikat AZKIA PRINTING TRADING dan mengetahui bagaimana untuk memastikan penjenmaan semula itu berjaya. Pada dasarnya penjenmaan semula ini bertujuan untuk mengukuh atau membina kembali nama supaya pengguna mengetahui. Penjenmaan semula ini melibatkan banyak perkara seperti menukar logo, identiti korporat, pengiklanan dan lain – lain lagi. Penjenmaan semula juga memerlukan eleman visual dan teori yang tertentu bagi memastikan penjenamaan semula itu Berjaya
Kata kunci: penjenamaan semula, visual, identiti korpora
Kajian Inovasi Alat Bantu Berjalan Untuk Orang Tua
Kajian ini adalah mengenai bagaimana orang tua mengendalikan penggunaan tongkat dalam kehidupan seharian mereka. Tongkat ini berfungsi dalam membantu golongan tua
untuk mengendalikan diri mereka tanpa memerlukan bantuan orang lain. Tongkat adalah alat yang digunakan terutamanya untuk membantu seseorang untuk berjalan kaki,
memberikan kestabilan atau membantu menjaga postur yang baik. Fokus kajian ini untuk mengetahui adakah golongan warga tua ini dedahkan dengan pemilihan alat bantu
berjalan yang sesuai untuk kegunaan seharian mereka. Kepentingan ini adalah untuk memastikan golongan warga tua ini sentiasa berada dalam keadaan yang selamat dan
terhindar dari ancaman kecederaan yang boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan mereka. Dalam bab ini, penyelidik akan membincangkan metodologi yang digunakan
untuk mengumpulkan penemuan. dengan analisis dan kajian yang dijalankan telah mendapat maklum balas dan situasi yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan serta
pemerhatian yang dijalankan menunjukkan situasi yang difikirkan oleh penyelidik semasa menjalankan kajian
Kajian Reka Bentuk Kerusi Okasional Berdasarkan Ukiran Tradisional Tebuk Tembus Tidak Bersilat
Kerusi okasional adalah merupakan salah satu perabot rumah yang juga penting bagi sesebuah rumah iaitu di ruang tamu di samping daripada set sofa. Ia berfungsi sebagai tempat duduk ketika menerima tetamu mahupun untuk berehat bagi tuan rumah sebagai keselesaan pengguna. Seni ukiran tradisional Melayu diterapkan ke dalam kerusi
okasional moden agar seni warisan Melayu dapat dipelihara mengikut peredaran zaman. Kajian ini bertujuan mengenalpasti dan menganalisis spesifikasi ukiran tradisional tebuk tembus tidak bersilat untuk diterapkan dalam reka bentuk kerusi okasional serta perkembangan reka bentuk kerusi tersebut. Penyelidikan ini juga termasuk mencari inisiatif motif ukiran kayu dengan pola lengkap yang sesuai untuk perabot moden ini.
Sepanjang menjalankan penyelidikan ini, pengkaji telah menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif untuk mengenalpasti objektif kajian tercapai
Penggunaan Material Epoksi Terhadap Rekabentuk Meja Kanak-Kanak Di Tadika
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mencipta satu rekabentuk meja kanak-kanak yang akan digunakan di tadika dengan menggunakan bahan epoksi. Bagi mengetahui
rekabentuk meja yang sesuai, kaedah pemerhatian dan soal selidik haruslah dilakukan untuk mengetahui rekabentuk yang bersesuaian untuk diletakkan di tadika. Di samping
itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui sama ada kelebihan yang ada pada bahan epoksi sehingga ianya mampu digunakan untuk menggantikan bahan yang sedia ada
dalam pembuatan meja kanak-kanak yang sedia ada di tadika. Oleh kerana, jika terdapatnya sebarang kekurangan pada epoksi jadi apa gunanya menggunakan bahan
tersebut berbanding bahan yang digunakan sekarang