2882 research outputs found
Sort by
The factors affecting customer satisfaction on food delivery apps in Kuala Lumpur, Malaysia
This study was conducted to examine the factors affecting customer satisfaction on food delivery apps in Kuala Lumpur, Malaysia. The independent variables of this study comprised effort expectancy, performance expectancy and social influence, whereas the dependent variable in this study was customer satisfaction. This study had three objectives which are to examine the relationship between effort expectancy and customer satisfaction on food delivery apps in Kuala Lumpur, Malaysia, to identify the relationship between performance expectancy and customer satisfaction on food delivery apps in Kuala Lumpur, Malaysia and to analyze the relationship between social influence and customer satisfaction on food delivery apps in Kuala Lumpur, Malaysia. The quantitative research method was selected, and a questionnaire was used as the research instrument to collect data. A convenience sampling method was used, and 403 respondents were evaluated in this study. A structured questionnaire was used in this study. The data was collected using Google form. The data collected is analyzed using Statistical Packages for Social Science Version 26 (SPSS Version 26) software based on descriptive statistics, reliability analysis, and correlation analysis. As for the result, all of the independent variables (effort expectancy, performance expectancy, social influence) that had been studied in this research had relationships towards the dependent variable (customer satisfaction) on food delivery apps in Kuala Lumpur, Malaysia. Through this study, it will understand the factors influence customer satisfaction and a better understanding and knowledge that affect customer satisfaction
Road To UMK 2021 Siri 01 - Fakulti Perubatan Veterinar (FPV)
Program penerangan berkenaan program pengajian di Fakulti Perubatan Veterinar (FPV
Konsep Rekabentuk Almari Pakaian Yang Dapat Memenuhi Keperluan Dan Kehendak Pengguna Di Malaysia
Konsep rekabentuk almari pakaian telah lama bertapak dalam industri pembuatan di Malaysia. Perkembangan ini selari dengan hasrat kerajaan yang mahu memperkasakan
industri pembuatan perabot dalam menjana proses reka bentuk produk. Reka bentuk almari pakaian yang sedia ada pada masa kini kebanyakannya tidak mengambil kira aspek
keperluan dan kehendak pengguna di Malaysia. Matlamat utama penyelidikan ini adalah untuk mengenalpasti konsep rekabentuk almari yang dapat memenuhi keperluan
pengguna di Malaysia, mengkaji spesifikasi dan prinsip rekaan dalam rekabentuk almari ergonomik melalui persepsi pengguna dan mereka bentuk konsep almari pakaian yang
dapat dibangunkan berdasarkan kepada persepsi pengguna di Malaysia. Hal Ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup pengguna di Malaysia dengan mencadangkan reka
bentuk almari pakaian yang sesuai. Untuk mencapai tujuan kajian ini, tinjauan yang melibatkan 60 responden pengguna almari dilakukan untuk mendapatkan maklum balas
mengenai konsep rekabentuk almari yang dapat memenuhi keperluan pengguna. Secara keseluruhan, kajian ini dapat mengenal pasti aspek yang diperlukan dalam rekabentuk
konsep almari pakaian terhadap keperluan dan kehendak pengguna di Malaysia. Oleh itu, hasil kajian ini memberi satu impak yang sangat besar dalam pembangunan reka bentuk konseptual almari pakaian terutamanya dalam usaha untuk meningkatkan kualiti dan nilai tambah pembuatan industri perabot di Malaysia
Rekabentuk Identiti Korporat Produk Pks Tempatan: Wan Nik Warisan
Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti penerimaan pengguna terhadap produk perusahaan kecil sederhana (PKS) “Wan Nik Warisan” di Malaysia. Segelintir masyarakat atau pengguna memilih untuk menggunakan produk yang dikeluarkan oleh luar negara. Hal ini telah menyebabkan penurunan terhadap permintaan bagi produk perusahaan kecil sederhana (PKS) iaitu produk tempatan. Selain itu, kajian ini juga akan mengenalpasti cara pembungkusan yang digunakan oleh produk yang dikeluarkan “Wan Nik Warisan”. Cara pembungkusan yang baik dan menarik perhatian pengguna akan memberikan impak yang positif serta dapat memuaskan hati pengguna. Ianya juga boleh menaikkan permintaan pelanggan jika ianya menepati citarasa dan berkualiti. Di samping itu, produk yang dikeluarkan oleh “Wan Nik Warisan” ini juga akan dikenal pasti dari segi reka bentuk logo yang akan memberi impak kepada pengguna. Sesuatu logo yang menarik akan berkesan dengan pengguna boleh mengingati logo produk tersebut. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan iaitu kaedah kualitatif iaitu bacaan ilmiah dan sumber rujukan lepas manakala kaedah kuantitatif iaitu soal selidik secara atas talian yang berjumlah 102 responden. Keputusan yang diperolehi daripada soal selidik menunjukkan dapatan analisis kajian yang dijalankan, 86.3% daripada responden bersetuju bahawa penjenamaan semula yang dijalankan adalah bersesuaian dan mencapai objektif yang disenaraikan. Oleh yang demikian, kajian dijalankan untuk mengenalpasti perkara di atas supaya dapat diatasi dan dapat membantu dari segi yang penting dan keberkesanannya.
Kata kunci: perusahaan kecil sederhana (PKS), logo, pembungkusan, penjenamaan semula
Kepentingan Penggunaan Ilustrasi Dalam Rekabentuk Pembungkusan Produk Tempatan
PENGENALAN
Bab satu daripada cadangan penyelidikan ini termasuk latar belakang kajian, pernyataan masalah, objektif penyelidikan serta pertanyaan penyelidikan kajian. Bab ini juga mengandungi beberapa huraian terperinci tentang kepentingan kajian serta input mengenai penyelidikan.
Pembungkusan adalah salah satu faktor penting dalam pemasaran "barangan pengguna" dan turut berperanan dalam menyampaikan manfaat produk kepada pelanggan. Ini adalah di dalam kawalan syarikat dan merupakan cara untuk memenuhi perubahan dalam persekitaran perniagaan. Oleh itu, pembungkusan produk juga berkaitan dengan pembolehubah lain dalam campuran pemasaran. Demikian, reka bentuk pembungkusan adalah tertakluk kepada satu set kompleks yang mempengaruhi dari persekitaran perniagaan dan produk itu sendiri yang ingin dipasarkan
Kajian Rekabentuk Sofa Dalam Pemahaman Neuroaesthetic
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji nilai estetik dalam rekabentuk sofa dalam pemahaman neuroaesthetic. Bagi mengetahui nilai estetik dan kecantikan dalam sesebuah rekabentuk pada sofa. Rekabentuk sofa yang sedia ada pada masa kini
kebanyakannya tidak mengambil kira aspek estetik dan juga memenuhi citarasa pengguna di Malaysia. Matlamat utama penyelidikan ini adalah untuk membangunkan
sebuah rekabentuk konsep sofa yang mempunyai nilai estetik dengan pendekatan persepsi pengguna dan kaedah konseptual yang paling sesuai untuk diterapkan dalam
proses pembangunan rekabentuk sofa. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui permasalahan nilai estetik pada sofa dan sejauhmanakah kecenderungan
pengguna untuk membeli produk tersebut. Oleh kerana, jika terdapatnya komen negatif pada rekabentuk sofa yang sedia ada maka akan dilakukan satu rekabentuk sofa yang
mengikut kehendak masyarakat pada masa kini. Dengan itu, bagi menarik perhatian pada sesuatu produk bagi mencantikkan atau menambah nilai estetik dalam sofa
adalah bertujuan meningkatkan keselesaan dan menyelesaikan masalah pengguna sofa
Factors that motivate recreation participation among UMK students
This study investigates the factors that motivate recreation participation among UMK students. The aim of this study is to identify the connection between the intrinsic and extrinsic motivation of UMK students to do recreation activity. The purpose of this study is to define the relationship between intrinsic and extrinsic motivation that activates the participation factor of those operations. Quantitative study was carried out to achieve the objective. The total respondents in this study was conducted through online surveys to gather the data from 327 UMK students. There is a high positive correlation between intrinsic and extrinsic motivation towards recreation participation among UMK student. The study finds out the most significant factors that have an impact on the recreational involvement is because they want to maintain physical health and well-being. We conclude that intrinsic and extrinsic motivation will increase the recreation participation
Kajian Tentang Pantulan Warna Dan Cahaya Mengikut Teknik Chiaroscuro Pada Karya Potret Catan.
Kajian yang dijalankan adalah berkenaan dengan teknik pantulan warna dan cahaya mengikut teknik Chiaroscuro iaitu dimana pengkaji telah menfokuskan pada karya potret catan. Oleh itu, dalam menghasilkan catan, pengkaji haruslah memilih satu objek atau benda untuk dijadikan sebagai subjek matter. Dalam menghasilkan sesuatu karya, ia
sangatlah menitikberatkan akan kreativiti , kehalusan dan juga puguasaan teknik dalam memilih media yang sesuai untuk digunakan
Rekaan Pakaian Pengantin Inspirasi Pakaian Tradisional Puteri Perak.
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji rekaan pakaian pengantin inspirasi pakaian tradisional puteri perak. Objektif yang digunakan dalam kajian ini ialah untuk mengenal ciri ciri keunikan baju tradisonal puteri perak sebagai pakaian pengantin, merekabentuk busana pengantin berinspirasikan baju tradisonal puteri perak dan objektif yang terakhir ialah menghasilkan pakaian pengantin berkonsepkan tradisional dengan gabungan elemen moden dari barat. Ketiga tiga objektif itu dipilih untuk mengkaji aspek sebenar mengapa fesyen pengantin barat lebih menarik minat dalam fesyen pengantin melayu pada hari ini. Tambahan lagi, kaedah yang digunakan untuk menyiapkan kajian ini ialah kaedah kualitatif. Dalam kajian ini, penyelidik ingin mengenalpasti permasalah dalam kajian ini iaitu apakah ciri ciri keunikan baju tradisonal puteri perak sebagai pakaian pengantin, bagaimanakah proses merekabentuk pakaian pengantin berinspirasikan baju tradisonal puteri perak dan persoalan kajian yang terakhir ialah bagaimanakah menghasilkan busana pengantin berkonsepkan tradisional dengan gabungan unsur moden dari barat Secara konklusinya, penyelidik dapat mengenalpasti sejauhmana fesyen pakaian pengantin moden telah meresap dalam fesyen pengantin masyarakat melayu yang menyebabkan permasalahan ini terjadi
Aplikasi Motif Bunga Ketam Guri Pada Selendang Dengan Menggunakan Kaedah Batik Blok.
Alam semula jadi seperti bunga ketam guri merupakan antara flora yang cukup kuat dan sinonim dalam kehidupan tradisi masyarakat Melayu dan terutamanya terhadap pereka seni. Selain itu, kajian ini membincangkan tentang sejarah batik. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat faktor faktor kurangnya penggunaan motif bunga ketam guri pada pemakaian selendang sekarang. Seterusnya, kajian ini juga membincangkan tentang kepentingan menggunakan kaedah batik blok. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif untuk mengumpul data yang melibatkan pelajar, orang awam untuk mendpatkan pendapat dan pengetahuan daripada mereka. Instrumen kajian ini ialah soal selidik. Kajian ini fokus secara mendalam tentang kajian aplikasi motif bunga ketam guri pada pemakaian selendang dengan menggunakan kaedah batik blok