2882 research outputs found
Sort by
Unsur Budaya Dalam Teks Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan: Satu Pengaplikasian Teori Pengkaedahan Melayu
Cerita rakyat adalah sebahagian daripada naratif lisan yang diturunkan dari generasi ke generasi melalui tradisi lisan. Cerita rakyat sememangnya memaparkan banyak nilai murni yang memberikan teladan kepada masyarakat. Namun unsur budaya juga perlu diberi perhatian kerana ia turut menyumbang kepada perkembangan jati diri individu. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mengkaji dan menganalisis unsur budaya dalam teks Seuntaian Naratif Lisan di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. Kajian ini membataskan kepada 20 buah cerita rakyat yang dipilih daripada cerita
tokoh dan cerita binatang menerusi teks Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan. Sepanjang proses pengkajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kualitatif menerusi kaedah kepustakaan dan rujukan teks. Selain itu, Teori Pengkaedahan Melayu melalui pendekatan moral, pendekatan dakwah dan pendekatan kemasyarakatan dijadikan sebagai deduktif kajian untuk
memantapkan analisis kajian. Dapatan kajian membuktikan bahawa cerita rakyat yang terkandung dalam teks Seuntaian Naratif Lisan Di Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan mempunyai pelbagai unsur budaya yang dapat memberi pengajaran dan membentuk keperibadian masyarakat sehingga menghasilkan jati diri yang cemerlang
Kearifan Lokal Dalam Seloka Pak Kaduk & Pak Pandir: Aspek Sindiran Dan Kenyataan
Kajian ini dilakukan memfokuskan kepada Kearifan Lokal yang terdapat dalam seloka Pak Kaduk dan Pak Pandir melalui dari segi aspek sindiran dan kenyataan. Kearifan Lokal bermaksud bahagian dari budaya suatu masyarakat yang tidak dapat dipisahkan dari bahasa masyarakat itu sendiri. Hal ini dikatakan ianya merupakan warisan dari orang terdahulu. Disamping itu, kearifan lokal atau local wisdom ini biasanya diwariskan secara turun-temurun dari generasi ke generasi melalui cerita dari mulut ke mulut. Kearifan lokal biasanya terdapat pada cerita rakyat, peribahasa, lagu hingga permainan dalam kalangan rakyat. Manakala seloka merupakan satu tujuan untuk menyindir masyarakat tradisi misalnya dari segi aspek sosial melalui kearifan lokal agar dapat melahirkan keharmonian dan ketatasusilaan. Terdapat tiga objektif kajian dalam tugasan ini adalah yang pertama untuk mengenalpasti fungsi seloka sebagai hiburan kepada masyarakat Melayu tradisi. Kedua pula ialah mengkaji aspek sindiran sebagai alat kawalan sosial masyarakat dalam seloka Melayu. Seterusnya, yang ketiga ialah menganalisis bentuk pengajaran yang boleh diambil daripada seloka. Dalam kajian ini pengkaji banyak menggunakan sumber-sumber rujukan seperti sorotan kajian lepas, jurnal, buku-buku ilmiah, akhbar, kepustakaan internet dan sebagainya bagi menyiapkan tugasan ini. Hasil dapatan kajian dan analisis terhadap aspek sindiran dalam seloka Pak Kaduk dan Pak Pandir mendapati bahawa menghasilkan puisi tradisional seloka bukan sahaja bersifat lawak jenaka ataupun hiburan semata-mata namun, seloka mempunyaai banyak iktibar disebalik aspek sindiran itu dan maksud yang terkandung iaitu mempunyai mesej pengajaran, pendidikan, nasihat kepada khalayak dan pembaca. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa penggunaan kearifan lokal dalam seloka terhadap kalangan masyarakat tradisional adalah sebenarnya sebagai satu alat komunikasi untuk menyedarkan serta memberi impak yang positif kepada khalayak mahupun pembaca dalam membina jati diri dan tingkah laku dalam kehidupan seseorang individu
Pemberdayaan Jati Diri Kanak-Kanak Dalam Teks Adik Sayang Pantun
Pantun kanak-kanak merupakan sejenis puisi tradisional Melayu. PKK bukan sekadar memberi hiburan tetapi juga memberi pengajaran dan pendidikan serta mampu membentuk pemberdayaan jati diri kanak-kanak menjadi seseorang yang berkeperibadian tinggi. Selain itu, PKK juga dicipta dengan bentuk yang ringkas seiring dengan meningkatkanya usia kanak-kanak yang gemar akan bahasa yang mudah dan berirama. Justeru itu, kajian ini akan menggunakan teks kumpulan pantun kanak-kanak yang berjudul Adik Sayang Pantun oleh Ismail Restu kerana bagi pandangan beliau sudah menjadi fitrah kepada kanak-kanak seperti berada di peringkat sekolah rendah menyukai bahasa pantun berirama khususnya pantun dua kerat kerana bahasanya mudah difahami oleh kanak-kanak. Kajian ini dilakukan kerana melihatkan kelompongan dalam hasil kajian lepas dalam bidang yang dikaji iaitu kurang kajian mengenai pemberdayaan jati diri kanak-kanak menerusi pantun kanak-kanak dan masyarakat zaman kini lebih tertumpu kepada sesuatu perkara yang lebih jelas berbanding menelusuri maksud yang digarapkan dalam sebuah pantun
Cerita Binatang Dalam Bentuk Animasi : Analisis Nilai Murni kepada Kanak-Kanak
Kajian ini membincangkan tentang nilai-nilai yang telah diaplikasikan melalui watak haiwan dengan menggunakan pendekatan teori moral dalam sebuah cerita binatang yang telah dianimasikan berjudul Pada Zaman Dahulu hasil keluaran Les' Copaque Production. Cerita animasi Pada Zaman Dahulu yang merupakan sebuah cerita binatang kanak-kanak yang telah menerima perubahan dari segi cerita penulisan lisan kepada bentuk digital. Dalam cerita ini menunjukkan bahawa watak-watak haiwan telah memberi banyak inspirasi kepada kanak-kanak dari segi perkara-perkara yang positif yang dapat dicontohi dan dijadikan sebagai tauladan. Kajian ini juga mengandungi beberapa objektif kajian. Yang pertama adalah bagaimakah nilai-nilai murni yang diterapkan dalam cerita binatang dalam bentuk animasi. Kedua apakah kepentingan cerita binatang dalam bentuk animasi kepada kanak- kanak untuk meminati cerita binatang. Oleh yang demikian, bersesuaian dengan tujuan teori moral yang telah diwujudkan adalah untuk melihat dan mencari nilai-nilai yang baik yang terdapat dalam cerita tersebut. Seperti mana yang telah dikaji dalam cerita animasi Pada Zaman Dahulu, pengkaji telah membuat perbincangan pada bahagian analisis dengan menggunakan objektif-objektif tersebut menggunakan pendekatan teori moral dengan mengambil kira perkara-perkara yang baik.
Kata kunci: cerita animasi, teori moral, nilai murni, kepentingan, Pada Zaman Dahul
Kota Kuala Kedah Sebagai Produk Pelancongan Warisan.
Projek penyelidikan ini merupakan satu kajian mengenai “Kota Kuala Kedah Sebagai Pelancongan Warisan”. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk meninjau tujuan pembinaan Kota Kuala Kedah dalam usaha untuk menjadikan kota ini sebagai salah satu destinasi pelancongan yang berasaskan pelancongan warisan di Kedah. Turut dibincangkan adalah tentang tujuan asal pembinaan Kota Kuala Kedah. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji tentang pembinaan Kota Kuala Kedah terhadap pemerintahan di Negeri Kedah. Selain itu, kajian ini turut mengkaji sejauhmanakah usaha-usaha kerja konservasi di Kota Kuala Kedah yang telah dijalankan. Seterusnya, penulisan ini juga adalah mengkaji tentang kesan pelancongan Kota Kuala Kedah kepada masyarakat setempat. Penulisan ini adalah
tentang kewajaran daerah Kuala Kedah sebagai salah satu destinasi Pelancongan Warisan di Negeri Kedah. Pada akhir bab ini, pengkaji akan memberikan pandangan serta cadangan untuk memastikan bahawa kawasan Kota Kuala Kedah ini diberikan perhatian dan juga mendapat beberapa penambahbaikan daripada pihak Muzium dan Kerajaan Negeri Kedah supaya dapat dijadikan sebagai satu tarikan pelancongan warisan yang menarik sekaligus membangun serta
memperkembangkan lagi sektor pelancongan di Negeri Kedah dan Malaysia. Oleh itu, diharapkan kajian ini dapat dijadikan sebagai panduan dan juga sebagai satu alternatif kepada masyarakat terutamanya pihak-pihak berkepentingan yang
melibatkan diri dalam pembangunan pelancongan terutamanya di Kuala Kedah serta dapat dijadikan sebagai sumber rujukan kepada penyelidik yang akan datang
Tarian Tradisional Negeri Pahang: Zapin Raub
Tarian tradisional merupakan sejenis seni gerak yang terdapat gerakan tubuh badan dan mempunyai unsur-unsur kelembutan dan keindahan. Di Negeri Pahang terdapat seni
persembahan tradisional yang dikenali sebagai Tarian Zapin Raub. Tarian Zapin Raub ini memaparkan cara hidup dan adat resam masyarakat Pahang pada zaman dahulu dan telah
diadaptasi menjadi sebuah bentuk tarian. Permasalahan wujud apabila masyarakat kini kurang mengenali tarian ini. Hal ini menyebabkan warisan budaya ini hampir mengalami
kepupusan oleh kerana kekurangan pelapis atau perintis. Selain itu, ketiadaan perekodan secara bertulis berkaitan Zapin Raub ini menyukarkan generasi masa kini untuk
mengetahui dengan lebih mendalam tentang kesenian kebudayaan ini. Terdapat tiga objektif untuk kajian ini iaitu, mengenalpasti sejarah dan asal usul tarian Zapin Raub,
menganalisis perbezaan di antara Zapin Johor dan Zapin Raub dan mengkaji keistimewaan gerak seni tari di dalam tarian Zapin Raub. Kaedah penyelidikan yang digunakan untuk kajian ini adalah secara premier dan sekunder. Pengkaji berharap tarian Zapin Raub ini boleh diperkembangkan dan diteruskan oleh generasi yang akan datang bagi mengelakkan tarian ini pupus di telan zaman
Kajian Mengenai Simbolik Masakan Minangkabau Dalam Kalangan Masyarakat Minangkabau di Hulu Langat, Selangor.
Kajian ini bertujuan untuk meneroka secara terperinci simbolik masakan Minangkabau di Hulu Langat. Sejak dulu hingga kini, masakan tradisional Minangkabau menjadi kebanggaan masyarakat Minangkabau di Hulu Langat. Kajian ini dijalankan di Hulu Langat, Selangor kerana majoriti penduduk di Hulu Langat terdiri daripada keturunan Minangkabau. Berikutan itu, masakan Padang boleh didapati dengan mudah di Hulu Langat. Namun sejak kebelakangan ini, generasi muda kurang berminat terhadap makanan tradisional ini berikutan kepelbagaian makanan moden dan kontemporari yang berada di pasaran. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis-jenis makanan tradisional Minangkabau, mengkaji peranan masakan Minangkabau dalam kehidupan masyarakat Minangkabau di Hulu Langat serta mengenal pasti mekanisme yang relevan dalam melestarikan makanan Minangkabau. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif di mana sepuluh orang responden yang terdiri daripada masyarakat Minangkabau telah ditemu bual untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan tentang masakan tradisional Minangkabau. Data yang dikumpul daripada responden dianalisis menggunakan analisis tematik. Dapatan kajian menunjukkan terdapat kepelbagaian makanan untuk sarapan pagi, makan tengah ari dan minum petang bagi masyarakat Minangkabau di Hulu Langat. Kajian ini menunjukkan bahawa masakan tradisional Minangkabau merupakan lambang perpaduan yang penting serta baik dalam menjaga kesihatan masyarakat Minangkabau. Selain itu, kajian juga mendapati bahawa promosi melalui media sosial dan festival adalah cara yang relevan untuk mengekalkan masakan tradisional Minangkabau. Cadangan penambahbaikan cara pengawetan masakan tradisional di Malaysia telah dikemukakan kepada pengkaji, masyarakat serta agensi kerajaan untuk mengambil bahagian pada akhir kajian ini
Analisis Penerapan Teori Estetika Bersepadu Dalam Lirik Lagu Zuhud Dan 7 Nasihat
Kajian ini bertujuan untuk merungkai keindahan bahasa yang terdapat dalam lirik lagu terpilih dengan melihat perkaitan antara lirik lagu terpilih dan juga ciri-ciri teori yang digunakan. Penelitian ini menggunakan Teori Estetika Bersepadu dan dua lagu terpilih iaitu Lagu Zuhud dan Lagu 7 Nasihat. Selain itu, kajian ini dijalankan bagi mengisi kekosongan dokumentasi secara ilmiah berkaitan estetika yang terdapat dalam lirik lagu kontemporari dan memberi pencerahan kepada masyarakat umum tentang satu gabungan hebat bidang kesusasteraan dan bidang muzik. Gabungan antara kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif telah digunakan sepanjang kajian ini dijalankan bagi mendapatkan satu bentuk analisis kajian yang tepat dan relevan. Kajian ini merupakan satu bentuk penyelidikan untuk menganalisis penggunaan teori estetika bersepadu dalam lirik lagu terpilih dan mengkaji impak penerapan teori estetika bahasa dalam lirik lagu terpilih terhadap pembangunan bidang sastera di Malaysia. Dalam kajian ini, pengkaji telah mengaplikasikan Teori Estetika Bersepadu oleh Abdul Halim Ali. Justeru itu, pengkaji telah berjaya mencapai kedua-dua objektif yang telah ditetapkan. Hasil keseluruhan penyelidikan menunjukkan bahawa lirik lagu terpilih sememangnya mempunyai penerapan estetika bahasa yang baik. Oleh itu, lagu terpilih telah menepati kesemua ciri yang dianjurkan dalam Teori Estetika Bersepadu. Diharapkan kajian ini mampu menjadi pemangkin kesedaran kepada kesedaran masyarakat umum akan kepentingan memelihara keindahan bahasa ibunda dalam menyelusuri dunia moden hari ini.
Kata Kunci : Estetika, Lirik Lagu Zuhud, Lirik Lagu 7 Nasihat, Teori Estetika Bersepad
Kepentingan Pemuliharaan Koleksi di Muzium Sultan Abu Bakar Dalam Kalangan Generasi Muda.
Bagi memenuhi sukatan pelajaran akhir tahun bagi kursus Pengajian Warisan, satu kajian telah dilaksanakan mengenai ‘Kepentingan Pemuliharaan Koleksi di Muzium Sultan Abu Bakar dalam Kalangan Generasi Muda’. Bagi kajian ini, terdapat tiga objektif iaitu untuk mengenalpasti langkah-langkah yang digunakan dalam pengurusan koleksi muzium Sultan Abu Bakar, untuk mengetahui kaedah-kaedah yang digunakan dalam memulihara koleksi di muzium Sultan Abu Bakar dan untuk mengkaji sejauh mana tahap pengetahuan generasi muda berkaitan dengan pemuliharaan koleksi. Melalui kerjasama dengan muzium Sultan Abu Bakar, Pekan, Pahang, dapat dihuraikan mengenai langkah-langkah pengurusan koleksi, kaedah-kaedah pemuliharaan koleksi dan tahap pengetahuan generasi muda mengenai pemuliharaan koleksi. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini memudahkan kajian untuk dilaksanakan. Akhir sekali melalui kajian ini sedikit sebanyak membantu membuka mata masyarakat terutamanya generasi muda mengenai bidang konservasi serta nilai sejarah dan warisan yang terdapat pada negara
Kaedah Pengurusan Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti Di Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Kajian ini membincangkan mengenai kaedah pengurusan Muzium Diraja Istana Lama Seri
Menanti di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Penjagaan dan pengurusan terhadap muzium dan
koleksi perlu sentiasa dititikberatkan agar setiap koleksi diraja dapat dipelihara dan diberikan
penambahbaikan agar dapat dijadikan tatapan kepada generasi yang akan datang. Muzium
merupakan cerminan kepada masyarakat untuk memahami serta mendalami apa yang berlaku
pada zaman dahulu. Oleh itu, pemeliharaan sebuah institusi yang berkaitan dengan budaya
warisan di sesuatu tempat perlu dilakukan dengan sebaiknya agar dapat oleh generasi akan
datang. Berdasarkan bukti pemerhatian, temu bual, dan kajian lepas yang dijalankan, tesis ini
akan menerangkan tentang bidang konservasi koleksi dalam pengurusan muzium dan
pangurusan koleksi yang betul bagi memelihara koleksi untuk pameran diraja yang terdapat di
Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti.
Kata kunci : pengurusan, penjagaan, memelihara, koleksi, Muzium Diraja Istana Lama Seri
Menant