20,904 research outputs found
Gout? apa yang orang awam perlu tahu?
Gout adalah penyakit yang telah berada sekian lama dengan kita yang dipanggil ‘ancient disease’ dan telah di perkenalkan oleh Hippocrates pada abad ke 5. Ianya juga dikenali sebagai ‘King of the diseases and the disease of kings’ kerana sebelumnya dikaitkan dengan orang kaya yang berpenyakit gout akibat kaitan dengan pengambilan makanan yang tinggi asid urik dan meminum arak.
Gout adalah penyakit radang sendi yang didefinasikan sebagai serangan sakit sendi yang berulang-ulang, kemerahan, kepanasan dan pembengkakan sendi akibat masalah peningkatan perlekatan(deposition) kristal-kristal ‘monosodium urate’ pada sendi-sendi, tendon, tulang rawan (cartilage) dan sekeliling tisu- tisu lembut badan
Vaksin COVID-19: yang mana terbaik?
ANTARA VAKSIN COVID-19 PFIZER, SINOVAC DAN ASTRAZENECA, YANG MANAKAH VAKSIN TERBAIK?
Kalaulah ada di kalangan orang awam bertanya anda pasal vaksin covid-19, anda juga sebagai orang awam boleh menerangkan pada mereka yang kurang faham sekiranya anda mempunyai kefahaman asas seperti diterangkan dalam artikel ini. Ini bagi menangani hasutan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab yang menakut-nakutkan orang awam berkenaan vaksin COVID-19
Kesan sampingan vaksin COVID-19 yang tidak memudaratkan
Vaksin covid-19 telah terbukti antara bentuk pencegahan yang terbaik dalam mengekang pandemik jangkitan covid-19 yang melanda dunia. Manfaat perlindungan dari suntikan vaksin ini adalah jauh pentingnya dari kesan kemudaratan kesan sampingannya.
Kesan sampingan adalah berbeza dari seorang kepada seorang yang lain. Sekiranya lagi ramai orang awam mengambil immunisasi covid-19, kita boleh melihat corak kesan sampingan yang dilaporkan oleh penerima vaksin. Maklumat yang diberikan dan dikongsi oleh penerima suntikan, boleh dikumpulkan dan sehingga kini, kita tidak boleh menjangka individu yang akan mengalami kesan sampingan suntikan vaksin.
Hasil laporan yang telah dibentangkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesan sampingan vaksin yang dikumpulkan adalah ringan dan untuk jangka pendek sahaja.
Daripada hasil vaksinasi ini, sistem pertahanan badan (antibodi) akan melindungi kita dari serangan virus yang merbahaya ini. Proses ini kadangkala boleh menyebabkan kesan sampingan tetapi bukan semua mengalami kesan sampingannya.
Kebarangkalian untuk mendapat kesan sampingan (side effects) daripada suntikan vaksin juga bergantung kepada jenis spesifik vaksin yang disuntik sama ada vaksin tersebut keluaran Pfizer, Sinovac atau Oxford AstraZeneca atau pun jenis yang lain
Vaksin COVID-19, apa yang anda perlu tahu?
Secara amnya terdapat 3 jenis vaksin yang telah mendapat pengiktirafan dari badan berwajib kebangsaan dan dunia untuk penggunaannya. Antaranya adalah vaksin Pfizer- BioNTech COVID-19 dan vaksin Moderna’s COVID-19. Kedua-dua vaksin ini sahaja yang dicadangkan oleh “Centre of Disease Control and Prevention” (CDC) yang berpusat di Amerika Syarikat. Vaksin-vaksin lain yang masih dalam kajian percubaan klinikal fasa ke-3 adalah seperti vaksin AstraZeneca’s COVID-19, vaksin Janssen’s COVID-19 dan vaksin Novavax’s COVID-19
Migrain: Apa yang anda perlu tahu
Migrain adalah salah satu jenis sakit kepala yang biasa berlaku, dengan purata sebanyak 2 hingga 15% daripada penduduk dunia pernah mengalaminya. Ianya berada pada tangga yang ke-20 penyebab ketidakupayaan seseorang, yang menyebabkan mereka tidak dapat hadir ke kelas, tidak dapat bekerja, seterusnya mengurangkan tahap kualiti hidup mereka. Ianya melibatkan 15% golongan perempuan dan 6% dari golongan lelaki. Migrain paling kerap berlaku di antara umur 25 hingga 55 tahun.
Ianya adalah jenis sakit kepala nombor 2 dalam hierarki setelah ‘tension type headache’.
Apakah gejalanya??
Sakit kepala yang berterusan, mungkin2 hingga 72 jam.
Sakit kepala yang teruk, biasanya terjadi pada sebelah kepala dan jarang dua-dua belah kepala, berdenyut-denyut dan menjadi lebih teruk apabila melakukan aktiviti fizikal.
Sakit kepala bertambah teruk apabila terdedah kepada cahaya.
Sakit kepala bertambah teruk apabila terdedah kepada bunyi bising.
Kelihatan muka yang pucat.
Loya dan muntah.
Aura berlaku dalam 20% pesakit migrain. Antara gejala aura adalah seperti ‘flashing of light’, ‘shimmering zig-zag lines’ dan mengalami kehilangan ‘visual field’
Penyakit kusta: apa yang anda perlu tahu!
Penyakit kusta juga dikenal sebagai penyakit “Leprosy” atau “Hansen’s disease” sempena nama penemunya, Gerhard Armauer Hansen pada tahun 1874. Ianya juga adalah penyakit berjangkit yang kronik dengan penglibatan kulit dan saraf yang ketara disebabkan oleh bakteria Mycobacterium Leprae. Penyakit ini melibatkan pengkibatan kulit, saraf-saraf periferi, system pernafasan dan juga organ mata. Penyakit ini untuk peringkat awal boleh sembuh sepenuhnya tanpa mendapat komplikasi kekal seperti kecacatan kekal. Ianya juga menyebabkan perubahan kosmetik pesakit yang boleh didikriminasi oleh orang awam dan ‘stigma’ masyarakat
Mati pucuk (erectile dysfunction): apa perkara penting yang anda perlu tahu!
Seringkali kita mendengar istilah ‘Mati Pucuk’. Dianggarkan 1.7 juta lelaki berumur 40 tahun dan ke atas di Malaysia mengalami masalah mati pucuk. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat, mati pucuk bermaksud “tidak ada lagi tenaga kelaki-lakian atau lemah zakar”. Dari segi perubatan pula, mati pucuk atau ‘erectile dysfunction’ merupakan masalah kesihatan seksual di mana seseorang lelaki tidak berupaya untuk memperoleh dan mengekalkan ketegangan zakar yang mencukupi untuk melakukan tusukan (penetrasi) zakar ke dalam faraj
Siapakah yang berisiko untuk menghidap kanser payudara?
Fakta-fakta penting mengenai kanser payudara:
Penyebab kepada 685,000 kematian seluruh dunia pada tahun 2020.
Secara kasarnya, separuh darinya berlaku dikalangan wanita tanpa spesifik faktor-faktor risiko selain daripada jantina dan penambahan umur seseorang.
Kanser payudara berlaku di setiap negara di dunia.
5 hingga 1 peratus kanser payudara berlaku dikalangan golongan lelaki
- …
