1,720,994 research outputs found
Obituari Prof. Dr. Umar Junus (1934-2010)
Obituari Prof. Dr. Umar Junus (1934-2010)</jats:p
Pantun Anak Ayam oleh Ajip Rosidi
Pantun Anak Ayam oleh Ajip Rosidi. Jakarta: Pustaka Jaya, 2006. Halman 40 diresensi oleh Umar Junus, Malaysia</jats:p
Gaya dan data: suatu pemikiran
Makalah ini merupakan pengantar untuk kajian gaya dalam konteks sejarah bahasa Melayu. Dibuka dengan "persoalan sekitar pengertian gaya", yang membicarakan pengertian gaya yang memungkinkan saya melihat gaya wacana Melayu dalam konteks sejarah bahasa Melayu. Saya terperangkap antara gaya yang secara statistik dominan dan gaya yang merupakan penyimpangan. Ini ditambah dengan gaya sebagai suatu fenomena tertentu. Bahagian kedua ialah "persoalan data untuk kajian gaya". Bahasa Melayu bukan sahaja dipisahkan olehjarak masa - lama dan baru, tetapi juga oleh geografi - Malaysia dan Indonesia. Ini perlu dibicarakan sebelum melangkah kepada pembicaraan yang lebih Ianjut dan saya akan bicarakan hal ini pada bahagian kedua
Yang dan transformasi nominal dan wacana sebelum abad ke-20: gaya verba dan nominal
Yang membezakan (1) "Orang itu memukul saya" dengan (2) "Orang yang memukul saya itu ... " (1) ayat lengkap, manakala (2) bahagian suatu ayat yang lanjutannya ditandai oleh / .. ./. (1) gaya verbal, manakala (2) gaya nominal. /yang/ pada (2) menjadikan "orang itu memukul saya" bahagian suatu ayat yang lebih panjang kerana ayat (2) hasil gabungan (1) dengan ayat lain. (2) ayat dengan gaya nominal. /yang/ pada 2 menominalkan ayat yang predikatnya kata kerja, atau verba, V. Tetapi
/yang/ pada (4) "Gadis yang cantik itu ... " menominalkan ayat yang predikatnya adjektif, A, iaitu (3) "Gadis itu cantik". Secara kata, yang sinonim dengan nan. Gay a nominal juga mungkin berbentuk Ike- -an/, /peN- -an/ atau /per- -an/.
Gaya verbal melukiskan gerak manakala gay a nominal menerangkan sesuatu. Ini memang terlihat pada wacana sebelum abad ke-20. /yang/ jarang ditemui pada bahagian teks yang melukiskan gerak, tetapi biasa ditemui pada teks yang menerangkan sesuatu. Selain itu, nan hanya ditemui pada puisi. Dan dalam perbandingan puisi dan prosa, struktur /yang A/ lebih kerap ditemui pada puisi sedangkan struktur /yang V/ lebih kerap pada prosa. Biasa juga dicatat bahawa gaya nominal dengan /ke- -an/, /peN- -an/ dan /per- -an/ jarang-jarang ditemui pada wacana sebelum abad ke-20
Perkataan maka dan wacana sebelum abad ke-20
Kehadiran begitu banyak perkataan maka dalam teks tulisan jawi dari masa sebelum abad ke-20 disebabkan kerana tulisan jawi/Arab tidak mengenal tanda baca seperti noktah dan koma. Tulisan itu juga tidak mengandungi huruf besar. Lalu maka begitu sahaja dianggap pengganti tanda baca. Hal ini dinyatakan misalnya oleh A. Samad Ahmad (1979) dan Virginia Matheson (1982) - saya kutipkan dalam teks.
Pembicaraan saya kini melihat kemungkinan lain. Menolak maka hanya bertugas sebagai pengganti tanda baca. Ada dua wacana dengan maksud yang sama tetapi berbeza dari segi konteks, penceritaan dan tak penceritaan. Maka hanya saya temui pada konteks penceritaan, tidak pada konteks tak penceritaan. Hal ini mendorong saya mengaitkan maka dengan wacana penceritaan. Maka mengaitkan peristiwa pada satu (bahagian) ayat dengan peristiwa pada (bahagian) ayat sebelumnya - tidak saya tolak kemungkinan adanya unsur sebab-akibat. Oleh sebab konteks tak penceritaan tidak memerlukan pengaitan peristiwa ini, pada konteks ini boleh dikatakan tidak ada atau jarang-jarang ditemui maka. Kenyataan ini yang saya cuba membuktikannya dalam makalah ini
Penguasaan bahasa dan kreativiti wacana sastera: fenomena Membunuh Orang Gila Sapardi Djoko Damono
Dengan Membunuh Orang Gila, Sapardi muncul sebagai pengarang cerpen, padahal sebelumnya dia hanya menulis puisi. Pengucapan bahasa antologi ini berbeza dari yang menandai cerpen dalam
Pengarang Telah Mati, antologi cerpennya yang lebih dulu. Cerpennya bukan "prosa yang puisi" yang memanfaatkan bentuk puisi. Ia memanfaatkan mekanisme pengucapan bahasa puisinya, pengucapan bahasa tanpa pemborosan dan staccato, yang penuh lompatan tanpa kata yang menandai hubungan antara dua unit pengucapan bahasa. Ini dimungkinkan oleh pengalaman puisi dan penguasaan bahasa Sapar di dan oleh pengalamannya bergerak dalam dunia ilmu sastera dan bahasa. Kerana itu dia juga mampu menggunakan kata dan ungkapan yang selama ini dianggap telah mengklise namun di tangannya berubah menjadi sesuatu yang segar dan menyegarkan
MSS 1589 (Undang-Undang Minangkabau) dan Perkembangan Teori Ilmu Mutakhir
Teori ilmu mutakhir, bila saya tidak ketinggalan zaman, ditandai oleh perkembangan berbagai "teori" yang berkembang dalam fizik yang ada hubungan dengan fikiran Niels Bohr: Physics is not about how the world is, it is about what we can say about the world (Paul Davies & John Gribbin, 1992:21). Hakikat ini memang terlihat dalam perkembangan teori fizik yang biasa luput dari perhatian orang sebab biasa diabaikan. Atau difahami sesuai dengan perkenalan orang yang amat sederhana dengannya, mungkin sekadar pelajaran sekolah menengah atau sedikit lebih lanjut. Perbezaan pemikiran antara dua teori lebih berupa perbezaan cara melihat sesuatu yang dapat dibaca pada berbagai buku yang ada menyinggung perkembangan teori fizik. Dan untuk tidak membebani rujukan
saya batasi kepada: M. Mitchell Waldrop (1992), Roger Lewin (1993) dan John Brockmans (1995). Kerana itu, perkembangan teori fizik kadang kala lebih teras a muncul sebagai wacana atau punya ciri wacana dengan kekuatan lebih terletak pada argumentasi
- …
