32 research outputs found
Kepimpinan transformasional ke arah mendorong tingkah laku tenaga kerja yang inovatif di kalangan syarikat 50 syarikat penghargaan
Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) di Malaysia memainkan peranan yang penting di dalam pertumbuhan, pekerjaan dan pembangunan ekonomi negara. Hal ini telah dipersetujui oleh pelbagai pihak menyatakan bahawa SME merupakan pusat transformasi ekonomi yang utama di negara ini kerana mereka membentuk asas kepada aktivit-aktiviti di sektor swasta dan merangsang inovasi dan berperanan sebagai penstabil semasa kelembapan ekonomi negara
Faktor pemindahan pengetahuan teknologi di kalangan pekerja tempatan
Malaysia adalah sebuah negara yang boleh dikelaskan sebagai negara yang masih muda tetapi telah menjalani banyak perubahan dalam struktur ekonominya. Untuk merealisasikan Wawasan 2020, kerajaan mula menceburi dan mempergiatkan diri di dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan. Penglibatan ini adalah sangat penting bagi membolehkan kerajaan mencapai tahap 7 peratus per tahun dalam pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang diperlukan dalam visi merealisasikan impian Wawasan 2020. Bagi rancangan jangka panjang kedua (RRJP2), sasaran pertumbuhan tersebut berjaya dicapai melalui penglibatan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan. Sejak 30 tahun yang lalu, KDNK dalam sektor pembuatan telah menurun dari 24.6 peratus kepada 22.3 peratus, namun sektor perkhidmatan telah mencatatkan peningkatan dari 46.8 peratus kepada 57.7 peratus (Kasim, 2020)
Hubungan antara tingkah laku perkongsian pengetahuan dan tingkah laku kerja inovatif di kalangan pekerja PKS
Dalam ekonomi global yang semakin dinamik, pengetahuan menjadi sumber kepada organisasi untuk terus berkembang (Davenport & Prusak, 2005; Foss & Pedersen, 2002; Spender & Grant, 2006). Hal yang demikian, organisasi memerlukan pekerja yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu dan sedia menyumbang keupayaan serta berkongsi pengetahuan yang mereka ada kepada pekerja yang kurang berpengalaman atau tidak mempunyai kemahiran (Hinds, Patterson & Pfeffer, 2001). Lantaran itu, pengurusan akan lebih berkesan dan berjalan lancar jika organisasi dapat memberi penekanan dengan menggunakan kelebihan serta sumber yang ada (Damodaran & Olphert, 2000).Pengetahuan didefinisikan sebagai kefahaman, kesedaran, aturan atau kemahiran yang diperoleh daripada pemerhatian, pembelajaran dan pengalaman (Johnson et al., 2005). Dalam pada itu, sumber pengetahuan yang dieksploitasi secara efektif dapat menjana idea yang bernas dan inovatif. Seterusnya, perkongsian pengetahuan adalah proses pemindahan pengetahuan daripada seorang individu kepada individu yang lain dalam sesebuah organisasi (Park & Im, 2003). Ia juga merupakan proses dalam mengumpul perkongsian pengetahuan daripada para pekerja dalam organisasi tersebut. Perkongsian pengetahuan boleh dikaitkan dengan kesediaan atau keperluan pekerja untuk menyumbang pengetahuan atau kemahiran kepada pekerja lain. Menurut kajian lepas, amalan perkongsian pengetahuan yang cekap mempengaruhi inovasi pekerja (Yu, Yanfei & Hailin, 2007)
Hubungan di antara efikasi kendiri dan tingkah laku kerja inovatif dalam kalangan pekerja pembuatan
Inovasi dalam organisasi merupakan sebuah proses perubahan yang dapat menghasilkan sesuatu dalam bentuk produk, proses, atau prosedur yang bersifat baharu dalam sebuah organisasi (Ganzer et al., 2017). Untuk mencapai negara berstatus tinggi dalam inovasi, sebuah organisasi perlu membuat pembaharuan dengan memanfaatkan keupayaan pekerja agar lebih berinovatif. Bagi menghadapi keadaan ini, organisasi perlu mentadbir dan bergerak seiring dengan perubahan arus masa agar dapat bersaing dan terus bertahan dalam sektor industri dalam era permodenan. Ini penting bagi sebuah organisasi untuk merekrut dan mengambil pekerja yang tepat untuk bekerja secara kreatif serta mewujudkan persekitaran yang mendorong pekerja untuk terlibat dalam tingkah laku kerja berinovatif. Efikasi kendiri adalah salah satu pembolehubah utama yang mendapat perhatian dan mempunyai implikasi yang penting untuk memahami kreativiti dan inovasi (Puente-Díaz, 2016). Seseorang mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk menghasilkan hasil kerja yang inovatif adalah disebabkan oleh faktor efikasi kendiri (Tierney & Farmer, 2011). Di zaman era globalisasi masa kini, inovasi dilihat sebagai pemangkin bagi menentukan acuan dan kepantasan negara untuk mencapai tahap maju. Malaysia kini bergerak melangkaui dan melepasi teras peralihan kepada ekonomi yang diterajui oleh teknologi. Kemajuan teknologi sangat penting dalam mengekalkan kelebihan daya saing negara. Walau bagaimanapun, pekerja perlu mengeluarkan idea yang kreatif agar tingkah laku seiring dengan transformasi sebenar untuk berlakunya inovasi. Tingkah laku kerja inovatif terdiri daripada tingkah laku yang saling berkaitan untuk merujuk kepada inovatif seseorang individu (Kleysen & Street, 2001)
Faktor pendorong penerimaan teknologi pengawasan pintar dalam kalangan masyarakat: kajian kes di Johor Bahru
Kewujudan teknologi pengawasan kian berkembang dengan pesat saban hari. Pembinaan bandar pintar adalah antara faktor yang mendorong peningkatan penggunaan teknologi pengawasan pintar ini. Dalam konteks pengawasan, bandar pintar memantau keadaan di bandar melalui sensor dan kamera atau video yang ditempatkan di sekitar bandar untuk mengumpul data mengenai kehidupan masyarakat (Xu & Liu, 2015)
Hubungan di antara amalan pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) dan inovasi produk di kalangan syarikat pemprosesan makanan industri kecil dan sederhana
Pada era globalisasi ini, keperluan pelanggan menjadi semakin sukar untuk dipenuhi telah mewujudkan persaingan sengit di kalangan organisasi menyebabkan sesuatu organisasi sangat sukar untuk bertahan. Oleh itu, pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) menjadi falsafah pengurusan dan amalan syarikat yang membantu dalam menguruskan organisasi untuk meningkatkan keberkesanan dan prestasi keseluruhan ke arah mencapai status bertaraf dunia sejak dua dekad yang lalu (Yusof & Aspinwall, 2000). Di Malaysia, banyak organisasi mula menganggap kualiti sebagai komponen penting dalam rancangan perniagaan mereka untuk menghadapi cabaran persekitaran global yang baru. Sebilangan besar organisasi memberi tumpuan kepada Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) berbanding amalan kualiti lain (Nusrah, Ramayah & Norizan, 2006). Oleh kerana inovasi telah dikenali secara meluas sekarang, organisasi perlu menggabungkan kedua-dua aspek inovasi dan kualiti untuk mencapai prestasi yang tinggi. Oleh itu, hubungan antara TQM dan inovasi telah menjadi tumpuan dalam literatur amalan pengurusan (Feng et al., 2006)
Inovasi industri kecil dan sederhana (IKS) di Muar
Dalam era globalisasi ini, Industri Kecil dan Sederhana atau lebih dikenali sebagai IKS di Malaysia mengalami perkembangan yang amat pesat. Industri Kecil dan Sederhana IKS memainkan peranan penting kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara. Tambahan pula, peranan inovasi juga semakin penting dan merupakan faktor utama dalam mewujudkan peluang baharu bagi menghasilkan nilai yang lebih tinggi untuk masyarakat dari segi sosial dan ekonomi. Menurut Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (2012-2020), IKS menyumbangkan sebanyak 32% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), 59% daripada guna tenaga dan 19% daripada eksport negara. Menurut Unit Perancangan Ekonomi (2015), inovasi merupakan elemen yang penting dalam agenda pembangunan negara kerana ia menjadi pemangkin utama bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing untuk Malaysia menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020
Ciri-ciri keusahawanan di kalangan mahasiswa FPTP, UTHM
Keusahawanan adalah satu sektor yang sedang berkembang pesat dalam pembangunan Malaysia. Disebabkan oleh kepentingan sektor keusahawanan, ini telah menjadi salah satu agenda nasional di banyak negara.Kepentingan keusahawanan kepada ekonomi Malaysia telah terbuktikan dengan pelbagai sokongan mekanisme dan dasar yang wujud untuk usahawan termasuklah pembiayaan, infrastruktur fizikal dan khidmat nasihat perniagaan. Penubuhan Kementerian Pembangunan Usahawan pada tahun 1995, jelas menunjukkan bahawa semakin pentingnya peranan kerajaan dalam isu pembangunan usahawan Malaysia (Ariff & Abu Bakar, 2005)
Korelasi antara eko inovasi dan prestasi kelestarian organisasi
Malaysia merupakan sebuah negara yang maju dan telah mencapai pembangunan sosioekonomi pada masa kini. Walau bagaimanapun, Malaysia masih menghadapi beberapa cabaran dalam menguruskan alam sekitar iaitu isu perubahan iklim. Isu perubahan iklim ini adalah isu alam sekitar pada masa kini yang semakin mendapat perhatian oleh masyarakat di seluruh dunia. Terdapat beberapa isu alam sekitar iaitu hujan asid, penipisan lapisan ozon, pemanasan global, dan pencemaran air. Isu alam sekitar ini semakin berleluasa di seluruh dunia dan semakin ramai institusi serta individu cuba untuk menangani masalah ini (Cordano et al., 2010)
Hubungan penerimaan teknologi dan komitmen secara normatif
Sesuatu teknologi yang baru diaplikasikan di sesebuah organisasi sering dinilai melalui fungsi dan kelebihan untuk meningkatkan produktiviti organisasi terutamanya untuk bersaing dengan organisasi lain. Organisasi mungkin tidak mengambil kira maklumbalas daripada pekerja sebelum sesuatu teknologi baru dilaksanakan. Sehubungan itu, sekiranya penggunaan teknologi maklumat ini tidak bersesuaian dengan matlamat dan misi organisasi, situasi pekerja, persekitaran, struktur dan budaya, ini akan membawa kepada dua kesan yang besar. Kesan yang pertama adalah membantutkan proses pembangunan dalam mencapai matlamat. Kesan yang kedua pula adalah ia akan menjadi menyebabkan pekerja bersikap negatif dan kurang komited untuk terus kekal dalam organisasi (Allammeh, Shavaran & Dabaghi, 2011). Ini disokong oleh Perl & Griffin (2009) yang mendapati bahawa pekerja yang mempunyai ilmu teknikal tentang komputer yang terhad akan mengalami kebimbangan dalam menggunakan komputer dan ini akan mengakibatkan mereka bersikap negatif terdapat penerimaan teknologi sekiranya pekerja ini perlu mengendalikan perisian yang baru. Kajian yang telah dilakukan oleh Murrell & Sprinkle (1993) mengenai impak sikap negatif komputer terhadap kepuasan dan komitmen pekerja secara umum menunjukkan bahawa pekerja beranggapan bahawa diri mereka tidak mampu menggunakan komputer dan tidak mahu melibatkan diri mereka dengan komputer
